"Esok pagi bang, puan seri nak ajak wani tengok rumah-rumah kebajikan di bawah jagaan yayasan. boleh ke bang,"
"Mana abang berani cakap tak boleh,"
"Kenapa?,"
Danial tersenyum memandang wajah isterinya "Takde apa sayang. pergila abang izinkan, tapi jangan lupa sediakan sarapan untuk abang,"
"Eh mestila, tak akanla wani nak pergi macam tu je,"
"Sayangnya.. isteri abang nie,"
"Wani pun sayangkan abang,"
"Tapi sayang kena ingat?,"
"Ingat apa bang?,"
"Yalaa.. sayang pakai cantik-cantik nanti ada orang lelaki terpikat. sayang kenala ingat sayang tu isteri abang,"
"Hiss abang nie.. tentula wani isteri nie abang, Wani tak hinginla lelaki lain,"
"Itula abang nak dengar,"
Wani sufiya tersenyum bahagia kemudian memeluk suaminya penuh kasih
SETELAH pagi menjelang. Pekara pertama yang di lakukan Wani sufiya adalah menyediakan sarapan untuk Danial termasuk lauk pauk kegemaran suaminya itu
Mereka berdua sarapan bersama. Jam 8.45 pagi wani sufiya sudah siap berpakaian jubah muslimah pemberian dari Puan seri Dahlia
"Amboi cantiknya isteri abang,"
"Puan seri suruh wani pakai macam nie. ikut kan, wani tak selesa,"
"Kenala pakai macam nie sayang kalau dah jadi pembantu isteri Tan seri. Barula ada orang hormat,"
"Abang tak kisah ke?,"
"Tak.., Puan seri ada cakap tak balik pukul berapa?,"
Wani sufiya mengeleng
"Takpelaa. yang penting Wani belajar betul-betul ya, dengar apa yang puan seri ajar,"
"Tapi wani takut bang,"
"Laa.. apa yang sayang takutkan,"
"Wani cuma tahu kerja cleaner je. Mana wani tahu jadi pambantu,"
"Sebab tu sayang kena belajar dulu, kalau tak belajar mana tahu,"
"Tapi wani hairanla bang. Wani baru je kenal dengan puan seri. kenapa dia nak suruh wani jadi pembantu dia, padahal puan seri tahu kalau wani nie kerja biasa je,"
"Baru sekarang ke sayang hairan?,"
"Hiss abang nie. memangla semalam lagi wani hairan, tapi wani lupa bila bersama dengan abang,"
"Ooo Nakal juga sayang nie. kang abang tak bagi pergi baru tahu,"
"Abang...,"
Danial tersenyum sambil mengelus lembut atas tudung kepala isterinya "Anggap saja ini rezeki dari perkahwinan kita. sayangkan dah lama kerja sebagai cleaner, mungkin sekarang nie, Allah nak bagi rezeki baru pada sayang,"
"Betul ke bang?,"
"Betul sayang. orang dah bagi perluang terima je. yang penting apa yang di ajar puan seri nanti, sayang dengar betul-betul,"
"Baikla bang,"
Tepat jam 9 pagi Puan seri Dahlia sudah pun sampai di bawah Flat. Anak matanya memerhati. Hanya kelibat Wani sufiya sahaja yang kelihatan di bawah tanpa kelibat Danial
"Bertuah punya anak. tunggu je," Rungut puan Seri Dahlia
"Assalamualaikum puan seri," Ucap wani sufiya sebaik membuka pintu kereta
"Waalaikummussalam. Suami wani mana. Tak teman wani kat bawah?,"
"Tak..,"
Puan seri Dahlia mengeleng pelan "Bertuah punya anak," Bisik hatinya
Kereta di pandu puan seri Dahlia terus begerak sebaik sahaja wani sufiya masuk ke dalam kereta
"Sekarang nie kita pergi dulu ke sungai besi. ada dua rumah kebajikan anak-anak yatim di bawah yayasan kita kat sana. lepas tu kita pergi tengok bangunan baru yayasan dah hampir 90 persen siap,"
"Berapa banyak rumah kebajikan di bawah yayasan puan seri?,"
"Rumah kebajikan anak-anak yatim ada empat, rumah kebajikan orang tua ada dua. Madrasah ada tiga. cuma rumah kebajikan orang tua kita agak special sikit sebab ia lebih kepada jagaan orang-orang Vip,"
"Vip?,"
"Yalaa.. ada anak yang dah berjaya. dah jadi Dato dah jadi tan seri. so diorang tiada masa nak jaga ayah atau mak diorang, sebab tu diorang hantar pada rumah kebajikan. Ada juga yang dah bersara, harta banyak, tapi tiada keluarga,"
Wani sufiya terangguk-angguk mengerti
"Nanti wani tengokla sendiri,"
"Habis tu kerja saya puan seri?,"
"Wani kena belajar bawa kereta,"
"Kenapa puan seri?,"
"Sebagai pembantu saya. Wani dah seperti wakil saya. Kalau saya tiada wani'la kena ambil alih tugas saya,"
"Hah? Saya mana berani puan seri,"
"Sebab tu'la Wani kena belajar dulu. bukannya saya ajar sehari dua, jangan risau,"
Dalam waktu tidak sampai sejam mereka sampai ke detinasi yang di tuju. Puan seri Dahlia mempekenalkan wani sufiya dengan para penjaga rumah kebajikan anak-anak yatim. Hampir setengah sejam juga mereka berbual sambil melihat keadaan anak-anak yatim di situ sebelum pergi ke rumah kebajikan seterusnya
Setelah selesai melawat dua buah rumah kebajikan anak-anak yatim. Puan seri Dahlia membawa Wani sufiya melihat bangunan yayasan yang hampir siap sepenuhnya
"Besarnya puan seri," Ucap wani sufiya kagum, sebaik turun dari kereta
"Bangunan di sebelah sana, tempat kerja kita. Yang sebelah sana pula dewan serbaguna. Dewan tu penting kalau kita nak anjurkan apa-apa event tak perlulah nak menyewa lagi," Puan seri Dahlia memandang Wani sufiya "Tanah nie saya yang punya, dah lama terbiar. saya cuma tunggu ada modal je nak bina semua nie,"
Wani sufiya mengangguk mengerti. Puan seri Dahlia membawa Wani sufiya melihat sekeliling kawasan itu terlebih dahulu sebelum mereka meneruskan perjalanan ke detinasi seterusnya
"Esok saya ambil wani pukul 8.30 pagi ya,"
"Eh tak usah puan seri. Saya boleh pergi sendiri,"
"Dalam sebulan nie wani kena pergi dengan saya sebab kadang-kadang saya tak terus pergi pejabat. saya kena jumpa dengan penyumbang dana,"
"Tak menyusahkan puan seri ke?,"
"Tak wani,"
JAM DI dinding menunjukan waktu 3 tengahari, Danial terbaring di ruang tamu tak habis-habis memerhati Handphone'nya. Rasa rindu pada isteri meresahkan rehatnya.
"Lambat lagi ke bini aku balik. Lama jugak," Danial berguling-guling "Hiss mak aku nie pun satu juga. macamla esok tak boleh nak pergi," runggutnya lagi "Argh.. bosannya...,"
Tidak berapa lama kemudian kedengaran grill pintu berbunyi serta merta Danial bangun dari baringannya
"Abang..,"
"Sayang.. Lamanya," Danial terus memeluk isterinya
Wani sufiya tersenyum dalam pelukan "Wani minta maaf ya bang, Banyak tempat nak kena pergi tadi, paling jauh kuala selangor,"
"Oh ya ke, sayang dah makan ke?,"
"Dah. tapi wani ada belikan lauk untuk abang,"
"Baiknya isteri abang. Abang memang dah lapar sangat nie,"
"Abang tunggu kejap ya. Wani masakan nasi dulu, makan dengan nasi panas lagi sedap,"
"Okay sayang,"
PUAN SERI Dahlia duduk termenung di dapur sebaik pulang menghantar wani sufiya. Bibirnya asyik tersenyum bila teringat masa-masa yang di habiskan bersama menantunya itu
Ketika di rumah kebajikan anak-anak yatim menantunya begitu mesra dengan anak-anak yatim di situ begitu juga ketika di madrasah. Dia tidak menyangka menantunya itu penghafal al-quran
Fikirannya berceleru, sampai bila dia mahu berahsia. Ikutkan hatinya tadi mahu sahaja dia berterus terang namun semua itu adalah tanggungjawab anak lelakinya sebaik-baiknya dia mahu anak lelakinya 'lah yang harus berterus terang terlebih dahulu
"Jauh termenung wak?," Tegur Tan seri yahya sebaik masuk ke dalam dapur
Puan seri Dahlia menghela nafas tenang "Saya terfikirkan menantu kita bang,"
"Kenapa?,"
"Memang baik menantu kita tu bang. waktu kat madrasah tadi. menantu kita tu siap mengajar budak-budak perempuan kat sana. Ustaz kat sana pun terkejut," Jawab puan seri Dahlia tersenyum menguntum bibirnya
"Alhamdulillah. Itukan pilihan Dani,"
"Itu yang saya geram sekarang. Saya WhatsApp anak kita tu bang suruh dia balik. sampai sekarang dia tak balas. Waktu saya ambil wani. dia langsung tak teman isteri dia kat bawah. Geram betul'lah saya,"
"Tentula dia takut dengan awak,"
"Berani buat beranila tanggung. Biar saya bagi penampor sekali kat muka dia tu, hiss geram betul,"
"Hah tengok.. sikit-sikit awak nak tampar. Tentula dia takut,"
"Dania mana bang?,"
"Mana lagi. Keluarla dengan syafikla,"
Puan seri Dahlia mengeleng kesal "Ikut hati saya, esok juga saya nak kawinkan si Dania tu,"
"Lupa abang nak bagitahu awak,"
"Apa dia bang?,"
"Syafik tu adik Wani,"
"Hah!," Puan seri Dahlia terkejut "Betul ke bang?,"
"Ya.. betul,"
"Ya Allah. Kakak kawin dengan Danial, adik kawin dengan Dania. Eh elok sangatla tu,"
"Awak tak kisah ke?,"
"Bagusla tu bang. kalau tinggal bersama pun takde masalah," Lebar senyuman Puan seri Dahlia
Mentari pagi memancarkan bayu yang indah
Seindah cahayanya yang mengguratkan hati yang terus merekah,
Merekah dengan ketulusan yang menghilangkan lelah
Kelelahan yang di habiskan masa-masa semalam
Hari ini adalah hari petama Wani sufiya akan memulakan hari yang baru yang akan mengubah hidupnya. Dari seorang cleaner kini bergelar pembantu kepada seorang puan seri
Danial kusyuk memerhati isteri tercinta sedang menyiapkan diri. Bibirnya tersenyum melihat keindahan raut wajah isteri berseri-seri di waktu pagi
"Abang ada duit?,"
"Tentula ada,"
"Kalau takde bagitahu Wani. jangan senyap je,"
"Abangkan dapat upah hari tu. Hah. duit yang wani bagi hari tu abang dah letak dalam beg duit wani, abang tambah lima ratus,"
Tangan yang sedang merapi tudung terhenti. Wani sufiya memaling memandang suaminya "Simpan jela bang, kenapa bagi Wani?,"
"Tentula abang kena bagi Wani. itukan tanggungjawab abang,"
"Habis tu abang ada duit tak?,"
"Belambak sayang. sayang janganla risau ya. Oh ya. abang lupa bagitahu sayang. minggu depan hari ahad abang kena pergi lagi ke kuantan,"
"Hari tu Abang cakap sekali je,"
"Ada permintaan sayang, abang nak buat macam mana. Lagi pun upahnya banyak,"
"Abang cari jela kerja kat sini. Wani taknak abang berjauhan dari wani. Atau abang duduk je kat rumah. biar wani je kerja,"
"Wani... abang nie suami. abang ada tanggungjawab. itu je kerja yang ada sekarang. bukannya abang nak duduk kat sana selama-lamanya. Tapi kali nie abang janji. itu kali terakhir,"
"Betul?,"
"Betul sayang. Abang janji,"
JAM 9.30 pagi Wani sufiya sudah berada di dalam pejabat Puan seri Dahlia, Ketika sampai pukul 9 pagi tadi. Puan seri Dahlia sempat mempekenalkan menatunya itu dengan staf-staf yayasan
"Ambil nie wani?," Puan seri Dahlia menghulurkan dua buah buku catatan bersama sebuah fail. Wani sufiya bergegas mengambilnya "Wani catit semua alamat-alamat rumah kebajikan dengan madrasah di bawah jagaan kita. sekali dengan nama pengurusnya sekali, Jika setiap kali kita keluar bawa buku tu sekali. andai kata ada masalah ada kekurangan melibatkan rumah kebajikan atau madrasah wani kena catat,"
Wani sufiya terangguk-angguk mengerti. Puan seri Dahlia melihat jam di dinding hampir pukul 10 pagi
"Biarkan dulu Wani. Mari ikut saya,"
"Kemana puan seri,"
"Syarikat guaman suami saya,"
"Kat mana puan seri?,"
"Tempat kerja lama wani'la?,"
"Hah!,"
"Kenapa wani terkejut? wani tak tahu ke saya isteri Tan seri yahya,"
"Betul ke puan seri?,"
"Kenapala pulak saya nak tipu. Dah cepat ikut saya,"
Raut wajah wani sufiya masih lagi dalam keadaan bingungan namun terpaksa jua menurut. "Aku kerja dengan bakal mak mertua adik aku, tak akan adik yang tolong aku?," Bisik wani sufiya di dalam hati
Ketika dalam perjalanan. Raut wajah Wani sufiya berkerut resah. Tempat yang di tuju adalah tempat kerja lamanya. semua staf di situ sangat mengenali dirinya.
"Kenapa dengan muka wani tu. Berkerut je dari tadi?,"
"Saya malu'la puan seri,"
"Mengapa nak malu?,"
"Saya dulu Cleaner kat sana,"
"Apa masalahnya. sekarang nie wani bukannya cleaner lagi tapi sebagai pembantu saya,"
"Itu saya tahu puan seri," Wani sufiya tertunduk resah
"Wani?,"
Wani sufiya mengankat wajahnya semula memandang puan seri Dahlia
"Wani tak usah nak malu. sepatutnya wani merasa bangga sebab jadi pembantu saya. Kisah yang lama tak perlu wani nak ingat. sekarang nie wani dah ada kisah yang baru. Wani patut bersyukur,"
"Saya memang bersyukur puan seri. Tapi layak ke saya jadi pembantu puan seri,"
"Layak atau tak, itu pilihan saya, Dan bagi pendapat saya, wani memang layak sangat jadi pembantu saya. kalau ada orang nak pertikaikan, saya tak perduli. saya tetap dengan keputusan saya,"
Bibir wani sufiya tersenyum mekar. Kata-kata puan seri Dahlia sedikit sebanyak memberikan dirinya sedikit semangat "Terima kasih puan seri,"
Share this novel