Chapter Akhir special 2

Romance Series 16317

Puan seri dahlia berjalan laju ke depan tidak sabar mahu melihat cucu-cucunya sehingga doktor yang membawanya terpaksa berjalan langkah yang sama

"Ini biliknya puan seri," Doktor itu membuka pintu bilik. Puan seri dahlia melangkah masuk. anak matanya melihat Menantunya bersama anaknya kemudian merliar mencari cucu-cucunya

"Sini mak," Panggil Wani

Puan seri dahlia bergegas melangkah menghampiri katil. Alisnya berkerut sebaik melihat cucu-cucunya terbaring di sini kanan dan kiri bawah bahu wani sufiya. Kelopak matanya berair

"Baru lepas menyusu,"

"Wani macam mana?,"

"Alhamdullilah mak.. cuma penat je,"

"Alhamdullilah. Boleh mak dukung?,"

"Boleh,"

"Ya Allah comelnya cucu-cucu mak," Ucap Puan seri dahlia sambil mengankat salah seorang cucunya "Dah bagi nama?,"

"Belum," Jawab Danial tersenyum memandang ibunya

Bibir Puan seri dahlia tersenyum lebar di dodoi-dodoi cucunya itu "Ini perempuan'kan

"Kalau mak ambil yang sebelah kanan itu cucu lelaki mak,"

Tan seri Yahya yang baru sahaja selesai berbicara dengan doktor laju sahaja kakinya melangkah ingin melihat seorang lagi cucunya namun niatnya terhenti sebaik sahaja Dania terlebih dahulu maju mahu mengankat anak perempuan Wani sufiya

"Eh kau nie Dania," Marah tan seri Yahya

Dania sengaja tidak mendengar. Matanya Bersinar-sinar sebaik mengankat anak perempuan iparnya itu "Comelnya...,"

"Apa kata kalau kita bagi nama anak lelaki Danish anak perempuan Sahira," Cadang Puan seri dahlia membuatkan Danial dan wani sufiya saling memandang

"Macam sayang?," Tanya Danial

"Wani setuju je,"

Danial memandang ibunya "Okay mak cun, tapi nama penuhnya?,"

"Muhammad Danish, kalau perempuan sahira sufiya,"

"Wani setuju sangat," Tersenyum lebar bibir Wani sufiya gembira sungguh bila mendengar nama yang di berikan ibu mertuanya

HAMPIR DUA BULAN selepas Wani sufiya keluar dari hospital, umat islam di seluruh dunia sedang menyambut bulan ramadan untuk minggu yang ketiga

Puan seri Dahlia antara insan paling sibuk di rumah, Berulang alik dari dapur ke ruang tamu ingin melihat cucu-cucunya. Wani sufiya kala itu hanya bebaring di sofa tidak di benarkan lansung oleh mak mertuanya membantu di dapur

Dania pula kerap balik awal semata-mata mahu menjaga anak-anak iparnya itu, sampai ada masanya Dania selalu bertikam lidah dengan ibunya gara-gara sikapnya yang suka membawa danish dan sahira tidur di dalam biliknya

Puan seri dahlia melihat jam yang tergantung di dinding. Jarum pendek sudah pun berhenti pada nombor empat. Dia mengalih pandangan memandang cucu-cucunya yang masih lagi terjaga

"Ala. ala cucu-cucu nenek. Kenapa tak tidur lagi nie?," Puan seri dahlia melabuhkan punggungnya di atas karpet bermain-main dengan cucu-cucunya

Kerana masih dalam keadaan pantang Wani sufiya tertidur di atas sofa selepas menyusukan anak-anaknya

Tidak berapa lama kemudian Kedengaran bunyi kenderaan di luar rumah. Raut wajah puan seri Dahlia terus berubah.

"Assalamualaikum,"

"Waalaikummusalam," Jawab puan seri Dahlia pelan

Pintu rumah di buka dari luar. Dania bergegas melangkah masuh sebaik melihat anak-anak buahnya di ruang tamu

"Hai Danish.. hai sahira, Auntie dah balik,"

"Kamu nie Dania asyik balik awal je,"

"Inikan bulan puasa mak,"

"Kenapa tak balik dengan syafik?,"

"Hiss mak nie.. kan Dania dah cakap syafik kat cyberjaya.. Takpe biar Dania jaga Danish dengan sahira. mak pergila masak,"

"Jangan nak mengada-ngada. Dania pergi mandi dulu,"

"Okay.. biar Dania bawa diorang naik atas,"

"Tak payah..,"

"Hiss mak nie," Dania memuncungkan bibirnya. nak tak nak dia terpaksa juga menurut

Sebaik sahaja Dania naik ke atas. Pelan-pelan Wani sufiya bangun dari baringannya "Tak baik mak marah Dania tu mak,"

"Hiss biarkan.. kalau dia bawa naik Danish dengan sahira nie sampai berbuka tak turun-turun,"

Wani sufiya tergelak kecil

KETIKA waktu hanya tinggal 20 minit lagi untuk berbuka puasa. Danial dan syafik tiba di rumah selepas selesai membeli juadah di bazar ramadan yang berdekatan dan setelah itu barula Tan seri yahya sampai di rumah

Suasana di dalam rumah begitu riuh sekali. Puan Seri dahlia sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa sambil di bantu Danial dan Syafik. Manakala Dania pula berada di ruang tamu bersama ayahnya menjaga Danish dan sahira

Wani sufiya hanya duduk di meja makan sekadar memerhati

"Sayang lusa kita pergi shopping ya,"

"Baikla bang,"

"Eh Dani. Baju Danish dengan sahira mak dah tempah tau..,"

"Bila siap mak?,"

"Minggu depan siapla, Tapi ingat tahu," Puan seri dahlia memandang Danial dan Syafik "Raya nie kita pakai baju warna Biru,"

"Okay mak," Jawab Danial dan Syafik serentak

"Rumah kat perlis dah siap ke Dani?,"

"Rasa dah. Semalam pakcik khalid call Dani, dia ada bagitahu yang dia dah beli barang perabot rumah tu,"

"Hah kalau macam tu apa kata raya ke tiga kita semua balik sana,"

"Okayla tu mak,"

Wani sufiya dan syafik tersenyum lebar mendengar kata-kata ibu mertua mereka

"Esok jadi ke mak kita berbuka puasa dengan anak-anak yatim?," Tanya wani sufiya

"Ah ah jadi. jamuan kat dewan,"

"Wani nak ikut mak,"

"Eh tak boleh Wani. Wani'kan dalam pantang lagi,"

"Alaa.. tinggal Empat hari je lagi,"

"Tak bole.. Nanti mak akan buat juga sambutan hari raya untuk diorang, waktu tu wani bole ikut,"

"Bila mak?,"

"Lepas kita balik perlis,"

Wani sufiya mengangguk mengerti

Setelah selesai berbuka puasa. Mereka semua solat mahgrid berjemaah dan ketika masuk solat isyak hanya Tan seri yahya, Danial dan syafik ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat isyak dan tarawih. Dalam jam sepuluh barula mereka pulang ke rumah

Di dalam bilik Wani sufiya duduk di birai katil melihat anak-anaknya berbaring di atas katil kecil yang di sediakan di sebelah katilnya. Danial sejak pulang dari masjid masih lagi bermain-main dengan anak-anaknya

Danish dan sahira masih lagi membuka mata memandang ayahnya

"Anak-anak sayang papa tak mengantuk ke?,"

"Kejap lagi tidurla tu,"

"Sayang dah susukan diorang ke?,"

"Dah.. dua kali,"

"Alhamdullilah. kuat juga anak-anak papa nie menyusu,"

"Sayang kalau mengantuk tidurla dulu.. biar abang jaga,"

"Wani tak mengantuk lagi. Sinila bang duduk sebelah Wani,"

Danial tersenyum dengan permintaan isterinya "Jangan goda abang tahu.. sayang tu masih lagi pantang,"

"Hiss abang nie..," Wani sufiya menarik lengan Danial supaya duduk di sebelah. Sebaik sahaja Suaminya duduk, kedua tangannya memeluk erat tubuh suaminya "Bahagianya Wani bang,"

"Abang pun bahagia sayang,"

"Nanti lepas raya macam mana ya bang,"

"Apa maksud sayang?,"

"Mak suruh Wani duduk sini lagi,"

"Takpela.. kita duduk jela sini,"

"Wani kesihankan abang, kena ulang alik setiap hari,"

"Sini dengan cyberjaya takdela jauh pun. sayang janganla risau,"

"Boleh tak bang kalau wani terus kerja dengan mak?,"

"Boleh sayang.. mak pun dah cakap dengan abang, kat sana ada pengasuh boleh jaga anak-anak kita. tapi abang dah cakap dengan mak. Jangan bagi sayang balik lewat sangat,"

"Abang ambilla Wani,"

"Macam mana abang nak ambil.. wani dengan mak'kan balik sekali,"

Wani sufiya tersenyum semakin kuat tangannya memeluk suamianya "Abang cintakan wani tak?,"

"Tentula sayang.. abang cinnnta sangat pada sayang,"

"Wani pun cinnta sangat pada abang,"

SETELAH hampir berakhir minggu keempat Ramadan. Hari esok seluruh umat islam di malaysia akan menyambut hari kemenangan. Suasana rumah tan seri Yahya begitu meriah dengan terpasangnya lampu-lampu berwarna warni di luar pekarangan rumah

Kali ini Wani sufiya membantu ibu mertuanya menyiapkan juadah hari raya untuk esok pagi

"Kita masak nie untuk keluarga kita je wani. yang lain mak dah tempah, esok lepas solat raya diorang hantar,"

"Ramai ke yang datang mak,"

"Hiss ramai. nanti wani tengokla sendiri,"

Selesai sahaja memasak. Wani sufiya terus ke ruang tamu di mana seluruh ahli keluarganya berkumpul

Danial duduk bersembang dengan ayah dah abang iparnya. Dania pula berbaring di hadapan TV bersama Danish dan sahira

"Dah siap ke?," Tanya Danial sebaik sahaja melihat isterinya

"Dah..,"

"tak hidang ke untuk makan malam?,"

"Hiss abang nie.. tadi'kan dah makan,"

"Tadi lain.. ini lain,"

"Hiss sabarla Dani," Tan seri yahya mencelah

Danial ketawa kecil, begitu juga syafik

"Wani nak naik atas sekejap nak siapkan pakaian untuk esok," Wani sufiya memandang Dania "Kak Dania tolong jaga sekejap Danish dengan sahira,"

"Tentula boleh. Malam nie diorang tidur dengan kakak,"

"Jangan nak mengada," Cepat sahaja Puan seri Dahlia menjawab sebaik sahaja melangkah masuk ke ruang tamu

"Ala mak nie.. malam nie je tak akan tak boleh,"

"Malam nie diorang tidur dengan mak,"

"Asyik-asyik mak je,"

"Itukan cucu-cucu mak. esok, lusa kalau kamu bersalin anak kamu tu biar mak yang jaga,"

"Hiss mana boleh, Dania pindah nanti,"

"Pindahla kalau berani,"

Wani sufiya, Danial, Syafik dan Tan seri yahya sama-sama ketawa geli hati

Danial mencuit peha isterinya "Jomla naik atas abang tolong Wani," Isterinya mengangguk

"Kami naik atas dulu ya,"

"Yalaa..,"

Sesampai saja di bilik tidur. Danial terus berbaring di atas katil. Wani sufiya mengeleng melihat tingkah suaminya itu sebelum membuka almari baju

"Esok.. cuma sha dengan Azlan je ada. Mail dengan Borhan balik kampung,"

"Sha dengan Borhan takde kampung ke bang?,"

"Diorang berdua orang KL. sha orang keramat, Azlan orang Puchong,"

"Ooo.. kawan-kawan abang yang lain?,"

"Tentula balik kampung,"

"Mak kata esok ramai yang datang,"

"Hiss ramai," Jawab Danial sambil melihat isterinya menaruh baju melayu miliknya di atas tempat untuk diseterika "Selalunya rumah nie tempat petama ahli keluarga sebelah mak dengan ayah datang, kenalan diorang pulak datang tengahari sampai ke petang. Hari kedua barula kita boleh pergi beraya,"

Wani sufiya terangguk-angguk mengerti sambil mengosok baju melayu suaminya

"Nanti wani jangan lupa call pakcik, kita nak balik sana raya ketiga,"

"Syafik dah call,"

"Good.. good," Danial tersengih-sengih memandang isterinya "Malam nie anak-anak kita tidur dengan mak,"

Wani sufiya memaling memandang suaminya "Kenapa bang?,"

"Boleh kita buat anak lagi,"

"Hiss abang nie..,"

Danial tergelak besar

Allahu Akbar, Allahu Akbar

Allahu Akbar

La ilahaillallah hu wallah hu Akbar

Allahu Akbar Walilahilhamd

Takbir raya yang bergema kuat menandakan rasa syukur kepada Allah SWT di atas kemenangan umat Islam setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Takbir raya yang bergema kuat itu membuatkan hati wani sufiya dipagut rasa sayu.

Air matanya hampir berliangan saat melihat Seluruh ahli keluarganya berkumpul diruang tamu untuk ke masjid. Selama bertahun-tahun dia merayakan Adilfitri hanya bersama adiknya di kampung dan ada kalanya dia hanya beraya berseorangan di kuala lumpur menangis-menangis di dalam bilik mengenangkan arwah ayah dan ibunya

Dan inilah kali pertama dia mengenakan busana yang cantik hadiah dari suami tercinta

"Amboii.. cantiknya anak-anak buah Auntie..," Ucap Dania sebaik melihat Danish dan sahira mengenakan baju yang di tempah Ibunya "Nanti ikut Auntie pergi beraya ya,"

Wani sufiya mempebetulkan butang leher baju melayu suaminya. Danial kala itu perasan kelopak mata isterinya berair

"Kenapa sedih sayang?,"

"Takde apa-apa bang.. Wani cuma rasa bahagia sangat,"

"Abang pun sama, dapat beraya dengan wani dengan anak-anak kita abang rasa bahagia sangat,"

Dada suaminya di usap-usap lembut. Wani sufiya tersenyum sambil hatinya mengucap syukur kepada ilahi

Di rumah hanya tinggal Wani sufiya bersama ibu mertuanya sedang sibuk menyagikan hidangan pagi raya di atas meja. Danish dan sahira berbaring di ruang tamu

"Nanti dalam pukul 10, orang katering hantar lauk,"

"Banyak ke mak?,"

"Diorang hantar dua kali. Pagi sekali, petang sekali," Puan seri Dahlia tersenyum memamdang menantunya "Hari nie je. Esok giliran kita pula pergi beraya,"

"Wani rasa malu pulak mak,"

"Malu apanya.. Semuanya yang datang tu nantu wani dah kenal. Lagi pun sekarang Wani menantu mak. Tak usah nak malu-malu,"

Wani sufiya tersenyum mengangguk "Wani bersyukur sangat mak. dapat jadi menantu keluarga nie, dapat jadi anak mak," ucap Wani sufiya dengan sebak

"Wani..," Puan seri Dahlia memeluk erat tubuh menantunya "Mak pun bersyukur sangat dapat menantu macam wani tahu..,"

JAM 9.30 Tan seri yahya, Danial, Syafik dan Dania pulang dari masjid setelah selesai solat hari raya. Dania terlebih dahulu keluar dari kereta, bergegas masuk ke dalam rumah semata-mata ingin melihat anak-anak buahnya

"Dania-Dania..," Tan seri yahya mengelang melihat tingkah anak perempuannya itu kemudian menoleh memandang menantunya "Cepatla syafik bagi anak kat Dania tu,"

Syafik ketawa kecil "In sya Allah Yah,"

"Dani cuma risau satu je Yah,"

"Apa dia?,"

"Kalau Kakak tu mengandung, mesti dia pindah nanti,"

"Hiss kau nie Dani..,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience