"Menang lagi. best gila jadi Bos," Danial tersengih geli hati sambil duduk menyandar di kerusinya
"Bos? tak baik kita buli pelanggan kita sendiri,"
"Alaa sekali sekala. Bukan diorang tahu pun aku nie owner games nie,"
Borhan dan mail sekadar mengeleng memandang Danial yang sedang ketawa
"Okay.. sudah masuknya waktu berkerja,"
"Dah pukul 5 Dani.. baru kau nak kerja,"
Danial ketawa lagi.
Monitor komputer di biarkan terpasang. Dia memerhati perkembangan permainan games yang di bangunkan oleh syarikatnya
Infernal Engine games nama syarikat yang telah di bangunkan oleh Danial bersama lima orang sahabatnya pada mulanya adalah untuk suka-suka memandangkan mereka semua mempunyai kepakaran dalam bidang Seni Komputer Dan Industri Kreatif
Permainan We Are Number One (WANO) merupakan sebuah permainan telefon pintar genre arena pertarungan atas talian multipemain
Setelah setahun Permainan itu terbitkan, ia telah mendapat sambutan yang cukup mengalakkan sehingga mempunyai pengguna hampir 50 juta di seluruh dunia
Akibat dari kejayaan itu Danial bersama lima orang sahabatnya membangunkan Permainan kedua ber'genre strategy games di kenali sebagai War to be King. Setelah Permainan itu di terbitkan di Google play. Ia turut mendapat sambutan di seluruh dunia sehingga mencecah hampir 10 juta pengguna
Setelah hampir 8 tahun syarikat Infernal Engine games di bangunkan, pelbagai kejayaan telah di raih sehingga tersenarai dalam bursa saham Malaysia dan turut di kenali sebagai syarikat 100 million dollars kerana pernah di tawarkan oleh Tencent holding, vendor permainan video terbesar di dunia asal china namun tawaran itu telah di tolak Danial
"Bos?,"
"Yes my slave,"
"Banyak cantik muka kau. Bila masa pulak aku jadi hamba kau,"
Danial ketawa terkekeh-kekeh begitu juga sahabatnya Mail
"Kau nak apa?,"
"Malam nie jom gie karaoke,"
"Huis karaoke. cara gak. Tapi aku malasla Borhan kalau dah sampai rumah. Comfirm aku malas nak keluar semula,"
"Alaa kita stay jela kat sini sampai magrid lepas solat kita pergila karaoke,"
"Kita bertiga?,"
"Yala. kau ada nak bawak sapa-sapa ke?,"
"Tuuu.. Staf kita tak nak ajak,"
"Weii ramai tu. tapi kalau kau yang belanja. aku dengan Borhan okay je,"
"Kita bertiga jela,"
"Kedekut puya bos,"
"Jimat," Balas Danial lalu ketawa terkekeh-kekeh
PAGI-pagi lagi Wani sufiya melakukan kerjanya seperti biasa. Bilik Tan seri yahya perlu di bersihkan terlebih dahulu sebelum menukar plastik sampah di setiap ruang pejabat selepas itu dia harus membersihkan bilik pantry.
Setelah semuanya selesai. Dia perlu mengisar kertas-kertas maklumat yang tidak lagi di perlukan syarikat
"Ana. you ada nampak tak bekas Blush on i atas meja i?," Tanya Seorang staf wanita kepada rakannya di sebelah
Rakannya sekadar membalas dengan mengeleng
"Hiss mana pulak perginya,"
Pada masa yang sama. Wani kelihatan sedang menukar plastik sampah di belakang wanita itu
"Hey Wani," panggil wanita itu sambil bangun dari kerusi
"Ya cik Ila,"
"Kau ada nampak tak bekas bulat warna pin atas meja nie,"
Wani tergeleng-geleng "Saya tak nampak Cik Ila,"
"Kau cakap betul-betul, kau ada nampak ke tak. Orang kat office nie takde nya kemaruk nak ambil bekas tu," Kata wanita itu seolah-olah sedang menuduh Wani yang mengambilnya
Wani terpinga-pinga hairan. Dia memandang setiap wajah yang sedang duduk. Hampir ke semua sedang memandangnya seolah-olah di pelakunya
"Are you looking for this?,"
"Cik Dania?,"
"I ask you again. are you looking for this?,"
Wanita itu terangguk-angguk pelan dengan raut wajah pucat seperti mayat,
Bekas berwarna pink itu lantas di campak di atas meja mengejutkan staf-staf yang sedang berkerja. Dania berdiri tegak berhadapan dengan wanita itu dengan wajah berkerut berang
"I jumpa bekas bodoh tu dalam toilet. i sebenarnya nak suruh wani buang. Tapi tak sangka pulak ada staf yang berkerja dalam syarikat guaman nie suka-suka hati menuduh orang tanpa bukti,"
"Sa. sa. saya minta maaf Cik Dania,"
"Mengapa you minta maaf pada i. You Sepatutnya minta pada Wani. Not to me,"
Merah padam wajah wanita itu. apatah lagi waktu itu hampir ke semua staf di dalam pejabat memandangnya
"Ma.Maafkan saya wani,"
Wani sufiya sempat melirik pada Dania sebelum membalas "hal kecik je tu cik Ila. Saya tak ambil hati pun,"
Dania tersengih menyenget "Hal kecik," Wanita bertubuh ramping itu melangkah melewati Wani "Lepas you siap kerja you. Datang office i,"
"Baik Cik Dania,"
Selepas menjawab, Wani segera menyambung kerjanya tanpa mempedulikan wanita yang cuba menuduhnya tadi sedang melirik dengan anak mata yang tajam selepas saja Dania berlalu pergi
Kerusi di tarik kasar sebelum menghempaskan punggungnya di atas kerusi. Wanita itu berdengus benci
"Tunggula nanti. ada perluang aku balas balik,"
"You nak balas kenapa? dah terang-terang tadi tu memang salah you,"
"Ah tak payahla kau nak backup sangat cleaner tu Ana,"
"I bukan backup dia Ila. dah memang dia tak salah. Kan dah tak pasal-pasal kena marah dengan Cik Dania,"
Wanita itu mencebit dengan perasaan marah sambil menjeling rakan sejawatnya itu
Wani menguak hujung tudung kepalanya ke belakang di saat dia mahu mengikat hujung plastik sampah yang di kumpulnya tadi di masukan ke dalam plastik sampah yang agak besar. Selalunya dia akan terus turun ke bawah membuang plastik sampah itu namun di sebabkan Dania mahu menemuinya di terpaksa menaruh ke semua plastik sampah itu di dalam store
Kenapa pulak Cik Dania tiba-tiba nak jumpa aku. aku ada buat salah ke?, desis hati Wani sambil berjalan menuju ke bilik Dania
"Kak Ain. Cik Dania tadi suruh saya jumpa dia," Kata Wani sufiya selepas berdiri di balik meja setiausaha kepada Dania
"Ketuk je pintu tu Wani. Cik Dania memang tengah tunggu awak kat dalam tu," Jawab Setiausaha itu
Wani mengangguk mengerti saat itu dadanya semakin kuat berdebar. Fikirannya masih tertanya-tanya alasan mengapa Dania mahu berjumpa dengannya. Pintu bilik di ketuk tiga kali
"Masuk!,"
Wani menghela nafas panjang berusaha menenangkan hatinya. Pintu bilik di buka
Kening Dania terangkat seraya melihat Wani sufiya menutup pintu bilik pejabatnya. Fail-fail yang sedang di belek di biarkan tidak tersusun di atas meja lalu bangun dari kerusinya
Wani mendiamkan diri. Matanya memerhati wanita bertubuh ramping, rambut panjang ikal mengurai, mata galak cantik jelita setiap kali dia memandang Dania terdetik perasaan kagumnya dengan penampilan wanita itu di pejabat sentiasa kelihatan anggun
"I actually ada something mengapa i nak jumpa dengan you," Kata Dania. Wani sekadar mengangguk acah-acah faham
"I selalu nampak you masuk dalam bilik Shafik, You ada apa-apa hubungan ke dengan dia?," Soal Dania sambil berjalan mengelilingi wani sufiya
Pantas Wani mengeleng kepalanya "Saya cuma kemas bilik dia je Cik Dania,"
"Yes. That's i know. cuma i hairan kenapa you duduk lama sangat dalam bilik tu. Kadang-kadang sampai 15 minit, 20 minit. you dengan dia ada buat apa-apa ke dalam tu,"
kenapa pulak minah nie tiba-tiba sibuk pasal aku masuk dalam bilik adik aku sebelum nie takde pun dia sibuk "Selalunya Encik Shafik suruh saya kisar kertas, sebab tu Kadang-kadang saya duduk dalam tu lama," wani memberi alasan
Dania menyegih kerana tidak mempecayai jawapan dari Wani sufiya tadi. "Terus terang saja dengan I wani. Lagi pun I tak kisah pun jika you bedua ada hubungan istimewa,"
Kalau kau tak kisah kenapa kau sibuk tanya. Desir hati wani sufiya kerana geram
"Saya tiada apa-apa hubungan pun dengan Encik Shafik. Pecayalah,"
Dania menghentikan langkah tepat di depan Wani sufiya. Wajah Wani sufiya di tenung lama membuat wani sufiya semakin gelisah
"Bila i tengok lama-lama muka you. boleh tahan jugak. so kalau you mengaku sekalipun. I sure i akan pecaya. Lelaki macam shafik tu bukannya jenis pandang rupa atau status orang, sebab i tahu dia baik orangnya,"
"Betul tu cik Dania, adik saya tu memang baik orangnya," Jawab Wani dengan senyuman bangga tanpa sedar dia mengaku Shafik itu adiknya
"Adik!?,"
Wani sufiya pantas menekup mulut dengan mata mencerlang memandang Dania. Tanpa dia sedari telah terlepas cakap
"Adik angkat ke adik kandung?," Soal Dania lagi masih tidak berpuas hati
Aduh bodohnya macam mana aku boleh telepas cakap. Wani sufiya tidak menjawab mulutnya masih di tekup.
"Hey jawabla bila i tanya," Dania mendesak sambil cuba melepaskan tangan Wani sufiya dari mulut yang sedang di tekup namun Wani tetap berkeras tidak mahu melepaskan tangannya
"Answer my question now!,"
"Ya. ya Cik Dania. Shafik tu adik saya. Adik kandung sayaaaa..," Akhirnya Wani sufiya terpaksa mengalah dengan desakan Dania seperti budak-budak yang inginkan sesuatu
"Hiss susah sangat ke nak mengaku?,"
Wani menghela nafas tenang "Ada sebab saya dengan adik saya rahsiakan hubungan kami,"
"Sebab you cleaner'kan,"
Wani sufiya mengangguk pelan.mengiyakan saja "Saya tak nak adik saya malu. tapi kenapa Cik Dania nak tahu sangat hubungan saya dengan Shafik. Cik Dania suka dengan adik saya ke?,"
"Mana ada!," Dania pantas menyangkal namun raut wajahnya menunjukkan sebaliknya kerana jelas sudah kemerahan
Kening Wani sufiya bertaut memerhati wajah Dania yang sudah kemerahan "Setahu saya Cik Dania sukakan Encik izhamkan,"
"Mana ada! Hiss sudahla you boleh keluar sekarang," Dania merangkul lengan Wani sufiya lalu menarik lengan wanita itu ke pintu "Get out,"
Tubuh Wani sufiya di tolak keluar kemudian pintu itu di tutup. Wani mengetap gigi, geram sungguh di perlakukan seperti itu
Kurang ajar punya perempuan. macamla aku tak boleh keluar sendiri kalau kau suruh
"Kenapa Wani?," tanya Setiausaha Dania mencerlang matanya melihat Wani sufiya di tolak keluar dari bilik bosnya
"Bos kak Ain datang bulan," jawab wani selamba
Wani sufiya berjalan pelan. Raut wajahnya berkerut-kerut memikirkan sikap Dania tadi.
Aku tak pernah tengok Dania bercakap dengan Shafik. Bukan ke dia tergila-gilakan izham. Heyyy entah-entah dia dah mengalah. adik aku pulak jadi sasaran dia. Hiss tak rela aku beriparkan perempuan macam tu. Baik aku bagi amaran kat syafik.
Dania melangkah laju namun tetap memerhati ruang pejabat bimbang jika ada staf perasan waktu dia pergi ke pejabat adiknya
Sebaik sahaja melewati dua pintu pejabat. Dania berhenti di depan jendela kaca yang tidak tertutup dari dalam. Dania menjenguk-jenguk melalui jendela itu namun di dalam pejabat itu kelihatan kosong
Mana pula adik aku pergi. Tak akan dah balik. Hmm Nanti jela aku call.
"JOM-jom let's go karaoke," Ucap Danial selepas menunaikan solat magrid besama Borhan dan mail
"Nak karok kat mana borhan?," tanya mail
"Tempat biasalah.. Ratuku,"
"Cara-cara dah jom,"
"Kau dah tempah Grab?,"
"Dah. sebelum kita solat aku dah tempah. Dalam kul 8 Grab tu sampai,"
Danial ketawa geli hati sewaktu mereka bertiga menunggu di depan pintu lif
"Kenapa kau ketawa?,"
"Yala dari dulu sampai sekarang. kita tak pernah pun bawak kereta kat tempat kerja,"
"Rumah aku dekat stesen LRT buat apa aku nak bawak kereta," jawab Mail
"Samala. rumah aku pun dekat dengan stesen LRT,"
"Aku rasa dah tiga, empat bulan aku tak bawa kereta aku. Entah okay lagi ke tak," Kata Danial pula
"Hiss Tak akanlah lansung tak bawak. Habis tu kau pergi rumah keluarga kau naik apa,"
"Aku tumpang kereta kakak aku. Balik pun dia hantar,"
"Bertuahla kau Dani. eloklah kau kawin cepat,"
"Ini aku tak suka nie tiba-tiba cakap pasal kawin,"
"Kau tak nak kawin ke Dani?,"
"Aku bukan tak nak kawin. Aku cuma tak nak kongsi duit aku dengan orang lain,"
"Itu bukan orang lain Dani. Itu isteri kau,"
"No.. No. Aku cuma akan kawin dengan perempuan sama kaya dengan aku. So dia tak perlu nak usik duit aku," Danial tersengih-sengih memandang Mail dan Borhan
"Suka hati kaula Dani. Harap-harap jodoh kau dengan perempuan miskin,"
"Itu kurang ajar namanya. Doa sahabat sendiri yang bukan-bukan. Ahh Malaslah aku gie. Aku merajuk,"
Mail dan Borhan berpandangan. Borhan menjonket bahu sementara Mail pula mengeleng. padahal dari dulu lagi mereka sangat mengenali sifat sebenar Danial, seorang lelaki yang memandang status wanita. Sewaktu mereka kuliah sehinggalah sekarang Danial tidak pernah bercinta dengan mana-mana wanita kerana terlalu memilih
Dalam masa yang sama. Pintu Lif terbuka. Danial berdiri tegak dengan memeluk tubuh sebagai tanda protes
"Mengada-ngada kau nie. Masukla cepat," Marah Mail sambil menolak Danial masuk ke dalam Lif
Jam 8.20 malam Grab yang di naiki Danial, Borhan dan Mail berhenti di hadapan sebuah bangunan bukit bintang. Mereka bertiga keluar dari Grab itu lalu berjalan menuju ke arah sebuah pusat karaoke News Ktv
Borhan masuk terlebih dahulu bimbang jika pusat karaoke itu penuh
"Ada kosong lagi tak?," Tanya Borhan sebaik sahaja dia berdiri di balik kaunter
"Sekejap ya Encik saya chek dulu," Jawab wanita di balik kaunter sebelum memeriksa pada monitor
Sementara itu Danial dan Mail sudah pun berdiri di sebelah Borhan
"Ada kosong?,"
"Jap. Dia tengah chek,"
"Tinggal satu bilik je Encik. Itu pun bilik vvip,"
"Okay saya ambik bilik itu,"
Wanita itu tersenyum puas. "Encik nak ambil berapa jam?,"
"Kami nak ambil yang nie," Jawab Borhan sambil menunjuk pada package yang tertera di atas meja,"
Setelah selesai sahaja membayar. Wanita itu membawa Danial, Borhan dan Mail ke bilik yang mereka tempah.
Dalam perjalanan. Mereka bertiga mendengar bermacam-macam jenis suara yang keluar dari bilik karaoke. Ada yang terbatuk-batuk. Ada yang menjerit dan ada juga suara-suara wanita menyanyi dengan suara yang merdu
"Tunggu sekejap ya encik," Pinta wanita itu selepas membuka pintu bilik "Kak wani! belum siap kemas lagi ke?,"
Wani sufiya yang sedang duduk melutut di depan sofa menoleh "Sikit je lagi. Kak tengah kutip kaca,"
"Ada gelas pecah ke?,"
"Aah diorang sorok bawah sofa,"
Danial yang sedang berdiri di belakang Mail terjenguk-jenguk memerhati di dalam bilik itu. Wani sufiya berdiri selepas mengutip ke semua sepihan kaca yang pecah.
Sebaik sahaja wani sufiya ingin keluar dari bilik. Mata Danial Terbeliak luas apabila melihat wajah wani sufiya
Weii itukan perempuan yang bagi aku pinjam duit. Ucap Danial dalam hatinya sambil bersembunyi di belakang mail
"Minta maaf ya encik," Ucap Wani sufiya sebaik sahaja melangkah keluar
"Its okay," jawab Borhan tersengih-sengih dan kala itu Danial sedang mengintai wani sufiya di belakang Mail
Dia kerja sini ke? Danial tersengih bila teringat duit yang di pinjam dari wani sufiya masih belum di bayar
"Boleh saya tanya?,"
"Boleh. Tanya saja Encik,"
"Perempuan tadi tu memang kerja sini ke?,"
"Oh kak wani. Dia kerja part time je kat sini,"
Danial terangguk-angguk "Dia kerja kat masjid jamekkan,"
"Aah," wanita itu mengangguk "Encik kenal ke dengan Kak wani?,"
"Tak kenal. Cuma pernah nampak je. Terima kasih ya,"
"Sama-sama,"
Betulla. perempuan tu yang bagi aku pinjam duit. Nak bayar ke tak hah?, Ah lain kali jela,
WANI Sufiya melihat jam di tangannya. Pukul 9, dia mengambil masa rehat setengah jam untuk bertemu dengan adiknya di restoran berdekatan.
Dia berjalan tergesa-gesa. Restoran itu tidak berapa jauh dari pusat karaoke. Sesampai sahaja di hadapan pintu masuk restoran, adiknya melambai
"Kenapa kakak tiba-tiba nak jumpa dengan adik. esok kan boleh," Tanya Syafik sambil kakaknya menarik kerusi untuk duduk
"Kak tak boleh nak tunggu esok. Hal nie penting sangat kena bagitahu kat adik malam nie jugak,"
"Apa yang penting sangat tu kak?,"
"Tadi petang Cik Dania jumpa kakak,"
"Kenapa, kak ada buat salah ke?," Syafik kelihatan cemas. Wani mengeleng
"Tak. Dia tiba-tiba je tanya hubungan kakak dengan adik. katanya dia selalu nampak kakak duduk lama-lama dalam pejabat adik. Lepas tu kak jawabla macam biasa. Kemas bilik adik, tolong adik kisarkan kertas. tapi dia tak pecaya,"
"Kenapa pulak dia sibuk dengan hal kita,"
"Hah itula kak hairan,"
"Habis tu dia tahu tak kita nie adik beradik?,"
Wani sufiya sengaja memuncungkan bibir sambil mengangguk "Dia siap puji adik. Katanya adik baik. sebab tu kakak telepas cakap. yala orang puji adik mestila kakak banggakan,"
"Alah biar je kak kalau dia tahu. selama nie pun mana pernah dia bercakap dengan adik. Pandang pun tak?,"
"Itulah yang kak hairan. Setahu kakak, Cik Dania tu tergilakan Encik izham. Encik izham pulak sukakan Cik Aleya. Kak rasa dia dah mengalahlah dik, hah! mungkin sekarang nia dia nak jadikan adik sasaran dia pulak,"
"Merepek je kakak nie. Cik Dania tu 4 tahun tua dari adik. Hiss tak kuasa adik nak layan,"
"adik jangan cakap depan kakak je. Cik Dania tu cantik orangnya, cuma perangai dia je kak tak suka. Sombong. lagi satu dia tu anak Tan seri, kita nie anak anak yatim piatu je dik mana setaraf dengan keluarga dia,"
"Ya adik sedar siapa diri kita nie kak. Kak janganla risau. Adik tak akan layannya dia. Tapi kak?," Syafik mengaru-garu bawah dagunya
"Apa dia?,"
"Betul ke Encik izham tu suka dengan Cik Aleya?,"
"Macam itula akak dengar. tapi apa yang kak nampak bila cik Dania tu bercakap dengan encik izham macam nak tak nak je Encik izham tu layan Cik Dania tapi kalau dengan Cik Aleya lain macam je Encik izham tu layan. Hah nampak tak?,"
Syafik terangguk-angguk faham "kak kerja part time sampai pukul berapa?,"
"Pukul 3,"
"Biar betul kak. Kenapa lama sangat,"
"Alaa.. kan kakak dah cakap kat adik minggu nie last,"
"Habis tu balik nanti. akak balik naik apa?,"
"Tumpang orang. tapi adik janganlah risau. Kakak tumpang dengan orang perempuan,"
Syafik mengeleng-geleng kepala sambil menatap wajah kakaknya. Seorang kakak yang tidak pernah mengenal erti lelah
ISNIN jam 8.30 pagi dan ketika warga kota berpusu-pusu ke tempat kerja masing-masing. Suasana lobi Menara Tun Borhan padat dengan para perkerja berjalan ke arah penghadang laluan
Danial berjalan melenggang lenggok sambil kedua tangan di dalam poket seluar tracksuit, berbaju t-shirt berwarna biru. Sedang asyik dia berjalan tidak semena-mena seseorang melanggar bahunya
"Hey!,"
"Maafkan saya encik saya tak sengaja," Ucap wani sufiya tertunduk-tunduk kepalanya memohon maaf
"Lain kali...?," Kata-kata Danial terhenti. Kelopak mata Wani sufiya membuntang merenung wajahnya
"Awakkan?,"
Danial mengeleng-geleng pelan miskipun dia tahu maksud Wani sufiya itu. Wani sufiya mencekak pinggang.
"Lain kali kalau takde duit nak bayar cakap je. Tak perlulah nak menipu. Saya tak kisah pun. Tapi awak dah tipu saya. Awak tahu tak dua hari saya tunggu awak. Dahla saya kena ikut jalan jauh. awak takde perasaan bersalah ke. walaupun saya tak kenal awak. tapi saya tetap tolong awak,"
Danial mengeluh pelan "Ya saya sedar saya dah tipu awak. cuma saya tak sengaja sebab saya tiada duit nak bayar,"
"Tak sengaja? Hey awak kalau ya pun awak takde duit apa salahnya awak jumpa saya. takdela saya tunggu awak macam orang bodoh kat sana,"
"Saya minta maaf ya. Insyaallah nanti bila saya ada duit saya bayar balik kat awak,"
"Awak buat apa kat sini?,"
Lama Danial diam dengan pertanyaan Wani sufiya seolah-olah sedang memikir jawapan yang sesuai
"Interview,"
"Hah! interview. Awak pergi interview pakai pakaian macam nie,"
"Saya bukannya orang senang wak. Ini jela pakaian yang saya ada. Lagi pun saya bukannya mintak jawatan bos," Jawab Danial bersahaja namun di sebalik hatinya sedang ketawa terkekeh-kekeh sengaja mahu menipu Wani sufiya
"Ya betul. tapi mana ada orang interview pakai pakaian macam nie wak tak kiralah jawatan apa yang awak mohon,"
"Yaa. awak janganlah risau. pandai-pandaila saya nanti, dah jomla naik lif. Nanti awak pulak lewat masuk kerja,"
Wani sufiya mengangguk mengerti lalu berjalan beriringan dengan Danial menuju ke penghadang laluan
Di hadapan pintu Lif. Wani sufiya asyik mengankat wajahnya memiring melihat Danial lalu di balas Danial dengan jelingan tajam. Kelakuan mereka berdua itu berlarutan sehingga pintu lif terbuka
Wani sufiya dan Danial sama-sama melangkah masuk ke dalam lif namun secara tiba-tiba tubuh mereka di dorong oleh perkerja-perkerja yang turut masuk ke dalam lif sehingga mereka berdua terpaksa berdiri rapat di dinding lif
"Awak nak naik tingkat berapa?," tanya Wani sufiya pelan
"25,"
Wani sufiya menjongket hujung kaki. Matanya memandang papan butang lif
"Boleh tolong tekan nombor 25," Pinta Wani sufiya dengan suara yang lembut. Permintaannya itu di dengari seorang wanita kebetulan berdiri rapat di depan pintu lif lalu wanita itu menekan butang nombor 25
"Terima kasih," ucap Wani sufiya. Dia memandang Danial dengan senyuman lebar lalu di balas Danial dengan anggukan bangga
"Awak?,"
Danial mengankat kening
"Saya rehat 12.30. Boleh tak awak jumpa saya kat luar nanti,"
"Buat apa?,"
"Adalah. awak tunggu je saya,"
"Kalau saya tak nak tunggu?,"
"Tak apa. agak-agak dalam 10 minit saya tak nampak awak. saya anggap jela awak tak nak tunggu saya,"
Danial sekadar mengangguk namun fikirannya tetap tertanya-tanya alasan sebenar Wani sufiya menyuruhnya menunggu
"Saya hairan tengok awak?," Kata Danial pula
"Kenapa?,"
"Tak akan pembantu peguam pakai pakaian macam nie?,"
Kata-kata Danial itu mengejutkan Wani sufiya. Raut wajahnya yang ceria serta merta berubah. Matanya memandang beberapa orang wanita sedang tersengih-sengih memandangnya dan dia tahu siapa wanita itu
"Kenapa awak diam je,"
Belum pun sempat Wani sufiya menjelaskan kepada Danial. pintu lif terbuka di tingkat 12. Dan waktu itu beberapa perkerja wanita yang turut keluar dari lif itu tiba-tiba ketawa dengan kuat
"Bila masa pulak Cleaner kita dah jadi pembantu peguam," ucap Ila sengaja meninggikan suaranya dengan niat mahu memalukan Wani sufiya
Danial sekadar memerhati. Wani sufiya melangkah keluar dengan kepala menunduk
Jahat betul betina tu. Bisik Danial dalam hatinya
SYAFIK yang sedang melakukan kerja merasa terganggu dengan suara gelak ketawa dari luar. Kerana tidak dapat menahannya lagi. Dia terus bangun dari kerusinya lalu mendekati tingkap pejabatnya
Matanya memerhati staff-staf di luar. Beberapa orang staf masih lagi ketawa namun yang membuatkannya hairan mengapa kakaknya berjalan menunduk sewaktu menukar plastik sampah dan pada masa yang sama juga hampir ke semua staf di luar sedang memandang kakaknya seolah-olah sedang mengejek
Mesti ada yang tak kena nie. bisik Syafik dengan perasaan yang geram. Pintu bilik di buka. Syafik melangkah keluar dari biliknya
"Korang takde kerja ke!," Pekik Syafik dengan nada yang kuat lalu melangkah menghampiri ruang pejabat. Dia berdiri sambil mencekak pinggang. "Aku nak buat kerja pun tak boleh tahu tak. korang ingat ini pasar ke!,"
Dan ketika itu suasana pejabat menjadi hening. Yang sedang melakukan kerja terhenti kerjanya. Yang sedang berjalan terhenti langkahnya manakala Wani sufiya pula kelihatan terketar-ketar memandang adiknya
Dania yang mendengar suara Syafik tergesa-gesa keluar dari pejabat malah ketika itu Syed izham, Aleya dan hampir kesemua peguam sudah pun berada di luar pejabat masing-masing memandang ke arah Syafik
"What wrong Syafik. Kenapa you marah-marah nie?," Tanya Dania dengan cemas selepas berdiri di sebelah syafik
"You tak dengar ke diorang nie ketawa tadi?,"
"Yes i ada dengar?,"
"Oh you dengar tapi you biarkan je. You dengar sini Dania, bilik i dekat je dengan diorang. Bila diorang semua nie ketawa i akan dengar. Menggangu i nak buat kerja. you faham tak?,"
"Yes i faham. Tapi tak perlulah you sampai menjerit,"
Syafik berdegus. Berkerut wajahnya memandang Dania seolah-olah mahu menerkam wanita itu.
"Ah sudahlah. Buang masa je cakap dengan you," Ucap Syafik dengan nada di tekan. segera langkah di susun menuju ke biliknya semula
Dania mengeleng-geleng beberapa kali dia tidak menyangka syafik berani memarahinya namun dia tetap merasa lega kerana kejadian itu belaku ketika ayahnya tiada di dalam pejabat.
Setelah syafik masuk ke dalam pejabat. Dania memandang setiap wajah yang sedang duduk di depannya
"Jika i dengar lagi salah seorang you all ketawa, i akan pecat immediately without notice. This is my last warning,"
DANIAL melihat jam di tangannya menunjukkan waktu itu hampir 12.30 tengahari. Hatinya berbelah bahagi dengan permintaan Wani sufiya pagi tadi. Ikutkan hatinya dia lansung tidak berminat berjumpa dengan Wani sufiya lagi memandangkan wanita itu hanya berkerja sebagai cleaner
Hiss nak jumpa ke tak? Hmmm. Dania mengeluh berat. masalah. okayla jumpa kali nie je, lepas tu ucap je Good bye forever. kata Danial seolah-olah sedang bercakap dengan seseorang
"DANI. Nanti nak makan kat mana?,"
"Sorry Borhan. aku nak gie makan dengan my girlfriend,"
"Amboi makan dengan girlfriend,"
"Itula girlfriend paling malang di muka bumi," Ucap Mail seraya mengejek kemudian ketawa dengan Borhan
"Okayla. aku gie dulu. bye-bye,"
Danial turun terlebih dahulu. Ruangan lobi masih kelihatan lengang mungkin selepas beberapa minit ruangan lobi akan menjadi sesak kerana waktu rehat. Dia menunggu di balik pintu lobi sambil memerhati area Lif
Tidak beberapa lama kemudian. Kelihatan kelibat Wani sufiya berlari anak ke arah Danial
Bibirnya tersenyum lega apabila melihat Danial sudi menunggunya
"Lama dah awak tunggu?,"
Danial mengangguk "Satu jam," Jawab Danial sengaja mengusik
"Lamanya," Wani sufiya mulai merasa bersalah "Saya minta maaf,"
"Tipu je,"
"Cakapla betul-betul awak tunggu lama ke tak?,"
"Dalam 10 minit,"
"Hiss awak nie buat saya rasa bersalah je,"
"Kenapa awak nak jumpa saya?,"
Wani sufiya tersenyum "Macam mana dengan interview awak, dapat tak?,"
"Ada lagi second interview,"
"Bila?,"
"Lepas rehat,"
"Habis tu diorang tak marah ke awak pakai macam nie?,"
"Tentula diorang marah. tapi nak buat macam mana. saya bukan ada duit pun nak pakai smart-smart,"
"Okay jom ikut saya,"
"Pergi mana?,"
"Adala. Awak ikut je saya,"
Danial mengangguk lalu berjalan beriringan bersama Wani sufiya tanpa mengetahui arah tuju wanita itu
Mereka berdua masuk ke area pasar masjid jamek selepas melalui stesen Lrt. Ketika itu suasana pasar masjid jamek begitu sesak dengan pengunjung. Wani sufiya asyik menoleh ke belakang bagi memastikan Danial sentiasa berada di belakangnya
"Kat sinila wak,"
Dahi Danial berkerut hairan memandang gerai pakaian "Kita buat apa kat sini?,"
"Beli pakaian awak,"
"Hah! eh tak payah susah-susah,"
Wani sufiya berdiri sambil mencekak pinggang "Awak tak ingat ke apa awak cakap tadi. awak ada second interview tak akan awak nak pakai pakaian macam nie,"
"Habis tu awak nak belikan pakaian untuk saya?,"
Wani sufiya mengangguk-angguk kepalanya. Raut wajahnya begitu bersungguh-sungguh
"Okayla. saya terima je,"
"Nak cari apa kak?," Tanya pemilik gerai pakaian
"Nak cari seluar slack warna hitam,"
"Saiz,"
"35," jawab Danial
"Berapa harga bang," Tanya Wani sufiya sambil melihat pemilik gerai membelek-belek mencari saiz seluar
"Harga asal 80 ringgit. Untuk kakak saya bagi diskaun 10 ringgit,"
"Hiss mahalla. 60 tak dapat ke. saya nak beli dengan kemeja sekali,"
"Ok. Kakak punya pasal. Saya ofer harga 80 ringgit sekali dengan kemeja,"
"Okay saya ambik," Wani sufiya tersenyum memandang Danial
"Kasut nak kak?,"
"Kasut? berapa harganya?,"
Pemilik gerai itu tercari-cari kasut kerja di atas rak "Yang nie kak paling murah saya boleh bagi 50 ringgit tak boleh kurang,"
Wani sufiya memerhati kasut yang sedang di pegang pemilik gerai.
"Tak payah wak, saya dah ada kasut,"
Wani sufiya terus memandang ke bawah melihat kaki Danial tersarung kasut jenis Sneakers berwarna merah
"Betul awak tak nak,"
"Ya saya tak nak,"
Setelah selesai membeli pakaian untuk Danial. Wani sufiya mengajak Danial makan tengahari di restoran nasi kandar
"Kenapa awak belikan saya pakaian?," tanya Danial ketika sedang menguyah nasi
"Sebab saya kesihan," wani sufiya ketawa kecil
"Kesihan? saya ingatkan awak jatuh cinta dengan saya,"
Wani sufiya pantas mengeleng "Hiss takdela sampai ke situ. Saya cuma nak tolong je, nanti kalau awak dah dapat kerja dapat gaji. Bayarla balik pada saya,"
Danial mengeleng pelan. Dia betul-betul tidak menyangka akan bertemu dengan seorang wanita yang sanggup membeli pakaian untuknya kerana kesihan
"Sebelum nie awak pernah tolong orang?,"
"Banyak kali. Tapi tak baik mengunkit,"
"Oh Lupa saya nak tanya awak?,"
"Tanya apa?,"
"Pasal awak kena ketawa pagi tadi. So macam mana. Diorang masih ketawakan awak ke?,"
Wani sufiya mengangguk "Aah teruk saya kena ketawa sampai nak angkat muka pun saya malu. Tapi saya tak salahkan diorang. Saya yang menipu awak. memang patutla saya kena,"
"Maksud awak. Diorang masih ketawakan awak sampai sekarang,"
"Tak. tak. Lepas adik saya mengamuk. Tiada siapa dah berani ketawakan saya,"
"Adik awak kerja sekali dengan awak?,"
"Aah tapi bukan cleaner macam saya. Dia peguam executive kelas dua. Tapi tiada siapa dalam pejabat tu tahu kalau saya kakak dia,"
"Kenapa?,"
"Saya tak nak malukan adik saya,"
"Kalau macam tu kerja jela kat tempat lain. Buat apa kerja kat situ,"
Wani sufiya mengeluh pelan "Dia sajala ahli keluarga yang saya ada. kalau boleh setiap hari saya nak tengok dia berkerja,"
"Awak balik pukul berapa?,"
"enam setengah,"
"Apa kata balik nanti kita jumpa. Saya belanja awak makan,"
"Awak ada duit ke?,"
"Manala tahu kalau saya dapat kerja tak salah kalau saya belanja sikit duit yang saya ada,"
"Ala kalau awak takde duit, awak jangan risau biar saya je belanja awak. Tapi yang murah-murah jela yang mahal-mahal saya tak mampu,"
Danial merenung wajah Wani sufiya. Sejujurnya pertemuan yang di rancang itu adalah pertemuan untuk kali terakhir. Dia akan membayar duit yang telah di janjikan dan akan membayar sekali duit yang di gunakan wani sufiya untuk membeli pakaian tadi. Dan selepas itu dia tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan Wani sufiya
SETELAH habis waktu rehat tengahari. Danial tidak terus masuk ke dalam pejabat tetapi dia masuk ke dalam tandas terlebih dahulu untuk menukar pakaiannya dengan pakaian yang di beli Wani sufiya
Sebaik sahaja Danial selesai menukar pakaiannya barulah dia masuk ke dalam pejabat. Mail dan Borhan sudah memandang dengan raut wajah hairan. Entah mengapa tiba-tiba sahabatnya itu berpakaian formal
"Kau dari mana Dani?,"
"Kan aku dah cakap. Aku makan dengan girlfriend aku,"
"Ooo sebab tula kau pakai macam nie,"
"Tau takpe. kenala pakai formal barula smart,"
"Smart apanya. Baju pun macam tak bergosok,"
Danial ketawa kecil sambil melihat-lihat kemeja yang di pakainya
WAKTU pantas berlalu. Wani sufiya melangkah masuk ke dalam lif sambil melihat jam di tangannya. Raut wajahnya tidak terlihat senang manakan tidaknya sewaktu dia mahu menemui adiknya tadi dia melihat Dania berada dalam bilik pejabat adiknya. Ikutkan hati mahu saja dia merempuh masuk namun dia teringat masalah yang di cetuskan adiknya pagi tadi mungkin Dania menemui adiknya kerana masalah itu
Wani sufiya mengeluh perlahan. Pintu Lif terbuka. Kakinya melangkah keluar. Dia menjenguk memandang ke arah pintu lobi sewaktu melalui penghadang laluan
Danial berpakaian formal sudah menunggu di luar pintu lobi sambil menjinjit papar beg
"Macam mana wak. Dapat kerja tak?," Tanya Wani sufiya selepas melewati pintu lobi
Danial mengeleng "Tak dapat wak,"
"Yakeee. Tak apala awak. banyak lagi kerja kosong kat Kl nie. awak cuma perlu rajin je mencari,"
"Yalah. Nanti saya cuba,"
"Kita nak makan kat mana?,"
Danial melihat jam tangannya "Dah nak dekat magrid. Apa kata kita solat dulu kat masjid jamek. Awak ada bawa telekung,"
"Ada,"
"Jomla kita pergi,"
Sewaktu mereka berdua berjalan menghala ke masjid jamek, wani sufiya tersengih-sengih memandang kemeja Danial
"Walaupun baju nie nampak tak bergosok tapi tetap kemas bila awak pakai," puji wani sufiya
"Tengokla siapa yang memakainya,"
"Tapi kalau rambut awak tu awak bagi rapi, mungkin lagi kemas," kata Wani sufiya lagi memberi saranan memandangkan rambut Danial panjang sehingga mencecah bahu
Danial menyisir-yisir rambut mengunakan jari jemarinya dengan bibir tersenyum menyenget seolah-olah bangga dengan rambutnya
Wani sufiya mengeleng melihat gelagat Danial
Azan magrid berkumbang di masjid jamek merdu azannya. Danial dan Wani sufiya berpisah sementara untuk menunaikan solat
Selepas selesai saja menunai solat. Danial mengajak Wani sufiya makan malam di area pasar seni. Mereka berdua menjamu selera di sebuah restoran memilih hidangan mengikut selera masing-masing
"Dah berapa lama awak kerja kat KL?,"
"11 tahun. Dari umur saya 17 tahun,"
"17 tahun. macam mana dengan Spm?,"
"Saya tak ambil,"
Danial menolak pinggan yang hampir kosong sedikit ke depan lalu meletakan tangannya di atas meja "Boleh saya tahu kenapa awak tak ambil spm?,"
Wani sufiya tersenyum mengangguk "Tapi dengan syarat,"
"Apa dia?,"
"Jangan rasa simpati kat saya bila awak dah dengar cerita saya nanti. saya tak suka meraih simpati orang,"
"Easy. saya memang jenis yang tak perduli perasaan orang,"
Wani sufiya ketawa kecil "Arwah orang tua saya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. waktu tu umur saya baru 17 tahun. Saya tinggal berdua je dengan adik saya. Duduk pulak kat kampung. Memang susah nak cari duit,"
"Kampung kat mana?,"
"Perlis," Jawab Wani sufiya. Danial mengangguk
"Lepas orang tua saya meninggal. Saya dengan adik saya cuma harap simpati dari keluarga belah arwah ayah saya. Sedekahkan barang dapur dengan duit. Tapi keluarga belah arwah ayah saya bukannya orang senang. Sebab tu saya berhenti sekolah. Saya kena cari duit untuk adik saya bersekolah. Lagi pun adik saya lebih cerdik dari saya," Wani sufiya tersengih-sengih
Danial sekadar tersenyum. Matanya sempat melirik pada pipi Wani sufiya telihat jelas lesung pipit ketika wanita itu tersengih
"Habis tu awak datang KL dengan siapa?,"
"Dengan kawan saya. Dia tua setahun dari saya. Dia ada kakak kerja kat hospital KL. Kakak kawan sayala tula yang banyak tolong saya. Saya dapat kerja kontrak sebagai cleaner kat hospital pun sebab dia,"
"Under hospital,"
"Tak. Tak syarikat luar. Sebulan gaji bersih saya 1600 ratus. Alhamdullilah dengan duit tu dapat jugak saya tolong adik saya,"
"Berapa lama awak kerja kat situ,"
"Umm.. enam tahun. Lepas tu saya berhenti sebab kontrak syarikat tempat saya kerja dengan hospital dah tamat. lepas tu saya kerja kat pejabat tingkat 100 menara KLCC. Tiga tahun lebih jugak saya kerja kat situ,"
"Tak sedih pun cerita awak!,"
Wani sufiya ketawa terkekeh-kekeh sambil menutup mulutnya "Jahatnya awak nie,"
"Jomla balik,"
Wani sufiya mengangguk "Sebenarnya saya boleh tunggu bas kat bawah stesen LRT pasar seni,"
"Jomla saya temankan awak ke sana,"
"Tak susahkan awak ke?,"
"Tak. lagi pun saya dah terbiasa jalan kaki," Jawab Danial sengaja mahu menemani Wani sufiya sebagai tanda perpisahan untuk selama-lamanya
Mereka berdua berjalan beriringan melewati beberapa bangunan menghala ke stesen LRT pasar seni
"Andaila kata. tapi awak jangan salah faham ya,"
Danial mengerut dahi tidak mengerti maksud dari kata-kata Wani sufiya "Cakap jela,"
"Okay. Andai kata kalau kita berdua berkahwin. Gaji bersih saya 1800 ratus ringgit campur dengan gaji awak contohlah 2000 ribu ringgit semua sekali 3800 ratus ringgit. Awak agak-agak cukup tak sewa rumah,"
"Berapa sewa sebulan rumah sewa awak?,"
"Saya tak sewa rumah, saya cuma sewa bilik je,"
"Awak tak tinggal dengan adik awak?,"
Wani sufiya mengeleng "Adik saya tinggal kat Brickfields dengan kawan dia,"
Danial mengangguk "Rasanya kalau paling murah sewa rumah kat KL nie mungkin lebih kurang 1000 ringgit,"
"1000 ringgit. ada baki 2800 ringgit. tolak bil api, bil air, barang dapur. transport 1500 ringgit. baki ada lagi 1200 ringgit. Cukup tak wak,"
"Tak cukup,"
"Kalau tak cukup saya boleh kerja part time,"
"Maksud saya. sampai bila kita nak menyewa. Saya nak ada kereta,"
Wani sufiya mengangguk mengerti "Awak suka perempuan macam mana?,"
"Hiss tentula yang cantik. kaya. so bolehlah saya tumpang kekayaan dia. Tak payahla saya susah-susah cari duit,"
"Amboi besarnya impian awak. Saya doakan semoga Allah swt kabulkan impian awak,"
Danial menadah tangan "Amin," lalu meraup wajahnya "Awak pulak takde impian ke?,"
"Saya tak kisah pun siapa jodoh saya walaupun dia kerja cleaner macam saya atau kerja sebagai office boy. penghantar makanan semua tu saya tak kisah Janji saya rasa bahagia. Kalau duit kami tak cukup, saya boleh cari sampai cukup,"
"Maksud saya awak takde impian atau angan-angan kawin dengan lelaki kaya,"
Wani sufiya mengeleng "Tak pernah. Tapi angan-angan jadi bini lelaki handsome pernahlah," Wani sufiya tergelak
"Saya tak handsome ke wak?,"
"Handsome. lagi handsome kalau rambut awak pendek," Puji wani sufiya kemudian tersengih-sengih memandang Danial "Itu bas saya wak. Rasanya bas tu dah nak jalan,"
Wani sufiya berlari-lari anak bersama Danial dan sekarang mereka berada di bawah stesen LRT berdiri di hadapan pintu masuk bas purple line
"Awak. Boleh tak bagi nombor telefon awak," Pinta Wani sufiya sambil menghulur Telefon pintarnya pada Danial
"Maafkan saya wani. saya takde niat nak bagi nombor telefon saya pada awak. Saya ajak awak makan malam nie pun adalah untuk kali terakhir. Saya tiada niat nak jumpa dengan awak lagi," jawab Danial bersahaja tanpa mempedulikan perasaan wani sufiya
Pelan-pelan Wani sufiya menarik telefon pintarnya semula. Wajahnya yang ceria sebelum ini berkerut-kerut rasa terkilan. Bibirnya pula teragak-agak mahu mengukir sebuah senyuman
Wani sufiya terangguk-angguk mengerti "Awak janganla salah faham pasal tadi ya. Saya tak barmaksud apa-apa pun. Saya selalu sedar siapa diri saya. saya cuma nak berkawan je tak lebih daripada tu. Nanti awak balik hati-hati. terima kasih belanja saya makan," Wani sufiya tersenyum jelas terpaksa "Saya doakan awak dapat kerja. Saya naik dulu ya wak, assalamualaikum,"
"Waalaikummusalam," Jawab Danial pelan dengan raut wajah lansung tidak menunjukkan perasaan bersalah
Wani sufiya masuk ke dalam bas dengan perasaan yang sungguh terkilan di tekan sekuat hati. Kelopak matanya mulai berair bukan kerana sedih tetapi merasa malu pada dirinya.
Pelan-pelan dia melabuhkan punggung. Duduk menunduk dengan tangan di ramas-ramas. Air matanya berjatuhan membasahi tangannya. Malu sungguh dia mahu mengankat muka memandang Danial masih setia berdiri di luar bas
Mungkin dia salah faham sebab aku cakap pasal kawin tadi. tapi aku cuma nak kawan je. aku sedar aku nie siapa. Bisik Wani sufiya dalam hatinya
Bas yang di naiki wani sufiya sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bergerak meninggalkan stesen
Sementara di luar bas, Danial masih lagi berdiri memandang Wani sufiya. Dia melepaskan satu keluhan panjang kerana dia tahu saat itu wani sufiya sedang menangis
Okay!. Danial memetik jarinya seolah-olah sudah membuat satu keputusan. Kalau perempuan tu pandang aku lambai aku. aku Dani dah buat keputusan akan jadikan kau sebagai girlfriend aku
Dalam masa yang sama itu juga Bas purple line mulai bergerak. wani sufiya masih lagi duduk menunduk tidak terlihat ada tanda-tanda dia akan mengankat kepalanya memandang Danial untuk kali terakhir
Bas semakin bergerak ke depan. Danial tidak lagi melihat Wani sufiya, hanya belakang bas saja yang kelihatan
Selamat tinggal wani. Ucap Danial sedikit kecewa
Namun tidak sangka di balik tingkap di belakang bas itu, kelihatan kelibat wani sufiya sedang melambai kepadanya dengan bibir tersenyum lebar Dan lambaian itu balas Danial
Tahniah wani. sekarang kau adalah girlfriend aku.
Share this novel
yo kak
oic... adik