Chapter 2

Romance Series 16317

Wani sufiya duduk bersandar di dinding sambil memeluk lutut. Dahinya di hantuk-hantuk di atas lutut dengan pelukkan erat pada betis. Perasaan malu masih membelengu hatinya membuat dia sukar untuk memejamkan mata.

Sejujurnya dia lansung tiada niat mengambil kesempatan selepas menolong Danial. Dia sekadar mahu berkawan. itu sahaja niatnya

Hina sangat ke aku nie. Dari dulu sampai sekarang takde yang berubah. Bila aku nak berbual, aku nak berkawan semua orang nak mengelak

Wani sufiya meraung pelan sengaja di tekan. Di dalam biliknya itu dia meluahkan duka yang terpendam. Dia tidak menyangka pertemuan itu sungguh menyakitkan seakan hatinya di cincang-cincang sehingga lumat

BERBEDA dengan keadaan Danial. Lelaki itu kelihatan tenang duduk di sofa dengan kaki menyilang. Matanya menatap kosong kerana saat itu otaknya sedang ligat memikirkan sesuatu

Danial bangun dari sofa lalu melangkah menghampiri pintu sliding door

Apa aku nak buat nanti. Tak akan aku nak cakap "Hey Wani congratulations kerana menjadi kekasih aku. sebenarnya aku nie banyak duit," Danial ketawa. Bodoh tak akan aku nak cakap macam tu.

Danial tersengih-sengih. Apa kata aku terus berpura-pura jadi lelaki loser yang tiada kerja tiada duit, cuba tengok berapa lama dia boleh tahan. tapi.... Danial mengeleng sambil mengosok-gosok dahinya. Hiss Kalau boleh aku nak selalu jumpa dengan dia. Wait? Wait? kenapa pulak aku cakap camtu? biar betul. Danial menyenget hujung bibir kirinya keatas sambil tangannya menyentuh dada. Yes that's true. I know this feelings. I'm falling in love with her

DARI stesen Hang tuah Wani sufiya akan menaiki bas untuk ke pasar seni namun dia tidak menaiki bas untuk ke masjid jamek. Dia berjalan kaki mengunakan laluan belakang centre market.

Langkah di susun perlahan. Laluan itu mengingatkannya pada Danial. Malam semalam. Dia dan Danial mengunakan laluan itu, berjalan berdua-duaan dan sering ketawa ada saja pekara lucu mereka bualkan

Dengan wajah yang sembab. Wani sufiya tersenyum nipis miskipun itu hanyalah satu pertemuan singkat namun baginya pertemuan itu hampir mengubah hidupnya

Aku tak tanya pun nama dia. tapi dia tahu nama aku.. Wani sufiya mengeluh kesal. Kalau aku tanya pun apa yang berubah

Langkah di susun semakin cepat supaya ingatan semalam tidak lagi mengusik fikirannya. Setelah hampir 15 minit berjalan barulah dia sampai ke tempat kerjanya. Namun

Itukan?

Dari jauh matanya jelas melihat Danial sedang melambai. Langkahnya serta-merta terhenti. Tiba-tiba dirinya merasa sungguh malu sehingga terfikir mahu bersembunyi

Kenapa dia lambai kat aku. dia nak apa lagi? Hati Wani sufiya bebelah bahagi dia tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan Danial. Rasa malu masih membelengu dirinya. Hiss tak akan nak balik

Langkah di atur pelan dengan kepala menunduk. Nafas seakan sesak. Langkah yang di atur terasa sungguh berat. Semakin dekat semakin tidak keruan jantungnya berdetak

"Assalamualaikum," Ucap Danial lembut

"Waalaikummusalam," balas Wani sufiya dengan kepala menunduk. Selepas menjawab salam, dia terus menaiki anak tangga untuk ke pintu lobi tanpa memandang Danial

Raut wajah Danial tampak tenang miskipun dia menyedari sikap Wani sufiya seolah-olah ingin menjauhinya dan dia tahu semuanya itu kerana salah dirinya sendiri setelah mengatakan sesuatu yang menyakiti hati Wanita itu

Danial dengan bersahaja berjalan bersebelahan Wani sufiya malah gerak langkahnya seakan sedang menari-nari sehingga gelagatnya itu menarik perhatian perkerja-perkerja yang turut berada di lobi

Diam-diam Anak mata Wani sufiya menjeling pada kaki Danial. Dahinya berkerut hairan. Mahu mangankat muka dia malu

Dah kenapa dia nie. Gembira sangat ke dah malukan aku semalam. Tak akan tak cukup lagi.

Wani sufiya mempecepatkan langkahnya melewati penghadang laluan namun Danial masih mengekorinya di belakang. Dan sekarang mereka berdua sama-sama berdiri di depan pintu lif dengan perkerja yang lain

Danial memerhati setiap wajah yang berada di kawasan itu jika ada perkerja yang dia kenal mungkin perkerja dari syarikatnya

Pintu Lif terbuka. Cepat saja Wani sufiya masuk ke dalam lif.

Amboi macam pelesit. Danial tersengih sambil kakinya melangkah masuk ke dalam lif

Wani sufiya masih menunduk. Seperti semalam dia dan Danial sama-sama berdiri bersandar pada dinding Lif.

"Wani dah sarapan?," Tanya Danial pelan

Wani mengeleng perlahan dalam keadaan masih menunduk

"Saya pun belum," Danial tersengih-sengih "Rehat nanti jom makan sekali,"

Wani sufiya tidak beriaksi dengan ajakan Danial. Lama juga dia mendiamkan diri sehinggalah pintu lif terbuka di tingkat 12

Dengan hati yang berat Wani sufiya melangkah keluar dari Lif. Bukan dia tidak mahu menerima ajakan dari Danial tapi dia bimbang jika Danial mempunyai niat untuk mempemalukannya lagi.

Apabila Pintu Lif tertutup barulah Wani sufiya mengankat mukanya lalu menoleh memandang ke arah pintu Lif. Wani sufiya mengeluh berat tiba-tiba hatinya merasa bersalah

Dia dah lupa ke apa yang dia cakap malam tadi.

Danial mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal. Wajahnya berkerut seolah-olah ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Otaknya bingung memikirkan cara mahu memohon maaf kepada Wani sufiya

Aduhaii macam mana nie. Kalau dia tak nak rehat dengan aku. macam mana aku nak minta maaf. Aku kena gak explain kenapa aku cakap macam tu semalam. Barulah aku boleh luahkan perasaan. Actually I'm falling in love with you Wani. Danial berdegus geram

Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat. Danial terus menuju ke mejanya tanpa menyahut ucapan Staff-staff yang mengucap selamat pagi bahkan ucapan Mail dan Borhan juga tidak balas

Mail dan Borhan berpandangan hairan sebelum Mail bangun dari kerusinya melangkah mendekati meja Danial di susuli Borhan

"Kau dah kenapa Dani? macam bad mod je," Tanya Mail apabila melihat wajah Danial seperti keresahan

Danial duduk bersandar. Rambutnya di garu-garu dengan kerut di wajah memandang Mail dan Borhan "Masalah?,"

"Okay. Apa masalahnya?," Borhan tersengih-sengih selepas bertanya

"Aku dah buat something wrong malam tadi. Stupid betulla,"

Borhan memandang Mail. Dia mengankat wajah sekali. Mail membalas dengan menjonket kedua bahu

"Apa yang kau dah buat. bagitahu jela kami,"

"Kot-kot pasal perempuan semalam yang kau jumpa tu. aku nampak kau dengan perempuan tu pergi masjid jamek semalam," Celah Borhan

"Hah! Itula masalahnya," Danial menjawab sambil duduk merapat pada meja

"Yala cubala cerita, kitorang pun nak tahu,"

Danial mengeluh panjang sebelum memulakan bicara "Ceritanya bermula begini, aku ada jumpa dengan seorang Perempuan secara kebetulan tak di sengajakan. waktu tu aku lupa bawa duit nak beli nasi lemak so di sebabkan aku malas nak patah balik. aku pinjamlah duit dengan perempuan tu tapi aku janji aku akan bayar balik, tapi aku lupa. Korang ingat lagi tak waktu kita pergi karok hari tu?,"

"Ingat," jawab Borhan. Mail sekadar mengangguk

"Sebelum kita masuk bilik. ada pelayan tengah bersihkan bilik tu. korang ingat lagi tak pelayan tu?,"

"Yang ada lesung pipit tu?,"

"Hah itula dia. Aku terserempak dengan dia semalam. dia siap tagih lagi duit yang aku pinjam. Tapi aku cakap aku takde duit. Lepas tu dia tanya aku. aku buat apa kat sini?, aku sajalah tipu, aku cakap aku ada interview. tapi masalahnya semalam aku pakai t-shirt dengan seluar tracksuit. Kalau korang nak tahu pakaian yang aku pakai semalam dia yang belikan,"

"Weii baiknya. Kenal kau pun tak lama siap belikan pakaian lagi,"

"Itula pasal. Dia cakap dia kesihan kat aku. nanti bila aku dapat kerja, dapat gaji. Dia suruh aku bayar balik kat dia. Yalakan mana ada orang interview pakai t-shirt," Danial ketawa kecil

"So.. itu jela masalahnya?," tanya mail sedikit bingung dengan cerita Danial

"Tak.. malam tadi aku belanja dia makan. tapi niat aku sebenar, aku anggap itulah kali terakhir aku makan dengan dia. waktu dia mintak nombor telefon aku. Aku taknak bagi. lepas tu aku cakap terus terang kat dia, aku tak minat lagi jumpa dengan dia lepas nie,"

Mail dan Borhan terlihat sama-sama terkejut

"Weii kau cakap macam tu ke Dani?,"

Danial mengangguk. Mail pula tergeleng-geleng kepalanya

"Mesti dia tersentap Dani. Kalau akula jadi dia. Confirm meraung macam orang gila,"

"Kejap. aku sebenar tak faham kenapa kau cakap macam tu. Perempuan tu ada luahkan perasaan kat kau ke?,"

Danial mengeleng pelan "Tak. Dia cakap dia cuma nak berkawan je dengan aku,"

"Dani-dani," Mail mengeleng lagi. Raut wajahnya tampak jelas begitu kecewa dengan sikap sahabatnya itu

"Kalau kau taknak pun Dani, kau bagi je wrong number, lepas tu kau tak payah jumpa dia. Daripada kau cakap macam tu buat jiwa orang tersentap. Kesihan?," Ujar Borhan pula turut merasa kecewa

"Allah swt bagi kita kekayaan kat dunia nie bukan bererti kita ada hak untuk menyakiti hamba dia,"

Danial mengeleng dengan keluhan yang panjang. Rambutnya yang berserabai di garu-garu kasar "Ya aku tahu Mail. Masalahnya lepas aku cakap macam tu. aku terus jatuh cinta kat dia,"

"Kau serius ke Dani?,"

"Of course'laa tak akan aku nak tipu,"

"Pak," Mail tiba-tiba menepuk tangannya sekali "kau ada cakap tak dekat dia?,"

"Tak sempat Mail. Bas dia dah jalan. Kat bawah tadi aku ada jumpa dengan dia. Tapi dia asyik tunduk je langsung taknak pandang aku,"

"Of coursela dia tak nak pandang. Malu siot,"

"Habis tu aku nak buat macam mana hah. Aku nie bukan ada pengalaman bab-bab memujuk orang perempuan?,"

"Nanti rehat, kau pergi je jumpa dengan dia. Luahkan je terus perasaan kau tu,"

"Dia kerja tingkat berapa Dani?," Borhan bertanya

"Tingkat 12,"

"Tingkat 12? itukan syarikat guaman ayah kau. dia kerja apa kat situ?," Mail bertanya pula

"Cleaner,"

"What!," Mail dan Borhan berpandangan dengan raut wajah terkejut

WANI sufiya masuk ke dalam bilik pejabat adiknya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Dia melakukan kerja tanpa menghiraukan adiknya

Plastik di dalam bekas sampah yang hampir penuh di keluarkan kemudian memasukan plastik sampah yang baru.

Berkerut dahi Syafik memandang wajah kakaknya terlihat sembab dan murung

"Kak nampak macam tak cukup tidur je?,"

Wani sufiya tidak menjawab. Selepas dia memasukan plastik sampah ke dalam plastik sampah yang lebih besar, dia terus keluar dari bilik adiknya tanpa sepatah kata

Syafik terpinga-pinga hairan. Selama dia berkerja di situ, kakaknya tidak pernah mengabaikan pertanyaannya. Setiap kali dia bertanya cepat saja kakaknya menjawab

Kenapa pulak dengan kak wani. ada orang buli ke? Syafik mengetap gigi. Memang nak kena dengan aku.

Jam 12.30 tengahari, Wani sufiya tidak turun ke bawah. Dia menghabiskan masa bersembunyi di dalam bilik store miskipun adakalanya hatinya tergerak untuk turun ke bawah, bimbang jika Danial masih menunggunya namun apabila dia teringat kata-kata Danial malam tadi dia terus mengurungkan niatnya kerana terlalu malu mahu berhadapan dengan Danial

Sementara di luar pintu lobi. Danial Berkali-kali melihat jam di tangan. Dari jam 12.30 sehingga Jam 1.00 tengahari kelibat wani sufiya lansung tidak kelihatan. Ikutkan hati mahu saja dia pergi mencari wani sufiya di tingkat 12 tetapi dia bimbang jika kedatangannya menganggu wanita itu

"Itu bukan Dani ke?," Tanya Mail selepas makan tengahari bersama Borhan

"Aah," Borhan tersengih "Alahai kesihannya sahabat kita tu. masih Setia menunggu,"

"Sapa suruh dia cakap macam tu,"

Borhan memandang Mail dengan kening bertaut "Tapi tak sangka'kan kalau Dani boleh jatuh cinta dengan seorang cleaner,"

"Dah jodoh borhan bukannya kita yang tentukan. Orang rumah aku suri rumah je,"

"Orang rumah aku pun sama,"

"Apa nak malukan. lagi pun Dani bukannya mengharap harta keluarga dia. Terpulanglah dengan siapa dia nak kahwin,"

Borhan mengangguk mengerti pada masa yang sama dia dan Mail sudah pun berada di depan pintu lobi

"Dahla tu Dani, jom naik. esok-esok je kau jumpa dia," Tegur Mail

Danial mengeluh kesal. lebihan rokok yang masih membara di jatuhkan ke bawah lalu di pijak

"Kenapa kau tak naik je jumpa dia. itukan company ayah kau,"

"Malaslah aku,"

"Kalau malas jom naik. lebih baik kau bagi masa supaya hati girlfriend kau tu tenang dulu. Mungkin sekarang nie hati dia tengah kacau,"

"Hati aku pun sama,"

"Hati kau tak penting Dani, we don't care," Borhan tergelak begitu juga Mail

MASA terus berlalu. Sudah dua hari Danial masih setia menunggu di luar pintu Lobi tidak kira pagi, tengahari dan petang namun tidak sekali pun dia melihat kelibat Wani sufiya lagi.

"PUK!," Danial menepuk meja lalu berdiri

"Terkejut aku Dani!," Ucap Borhan sambil mengosok-gosok dadanya

"Aku dah tahan. Aku dah tahan!. Aku stress!,"

"Apa yang kau tak tahan Dani?,"

Danial mengetap giginya "Syarikat kita takde peguamkan?,"

Borhan dan Mail saling mengangguk "Dari dulu memang takde. Kita asyik upah je,"

"Okay. aku dah buat keputusan, kita guna je khidmat peguam dari syarikat Daddy aku. macam mana korang setuju tak,"

"Aku okay je," Jawab Borhan

"Aku ikut je," jawab Mail pula

"Kalau macam tu, nanti tolong inform pada Lan dengan Sha suruh diorang datang sini lusa pagi. So now i want to see my father,"

"Jumpa daddy ke atau Jumpa girlfriend?,"

"Dua-dua! aku stress!,"

Borhan dengan Mail sama-sama tergelak geli hati melihat gelagat Danial mengaru-garu rambut sungguh melucukan

Pintu Lif tingkat 12 terbuka. Danial melangkah keluar sambil memasukan Telefon pintarnya di dalam saku poket. Pintu kaca di ketuk. Salah seorang penyambut tetamu yang melihat Danial berdiri di luar segera menekan butang pintu

Pintu kaca itu di buka

"Boleh saya bantu encik?,"

"Saya nak jumpa dengan tan seri," Jawab Danial sambil terhendap-hendap melihat ruangan pejabat.

Ini adalah kali kedua Danial masuk ke dalam pejabat guaman ayahnya dan kali pertama selepas dia tamat tingkatan lima. Ketika itu belaku sedikit perselisihan faham antara Danial dengan ayahnya kerana ayahnya tidak bersetuju dia menyambung pelajaran dengan mengambil kursus Komputer berbanding guaman

"Encik ada buat appointment?,"

"Awak call je tan seri cakap je D nak jumpa,"

Penyambut tetamu itu terpinga-pinga kemudian menoleh memandang rakannya di sebelah

"Call je," Kata Rakannya itu

"Tunggu sebentar ya Encik," Penyambut tetamu itu segera menghubungi Setiausaha Tan Seri yahya. Beberapa detik kemudian. Gangang telefon di letak semula "Sila ikut saya Encik,"

Danial mengekori belakang penyambut tetamu itu. Setelah mereka berdua melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat. Danial segera mencari kelibat Wani sufiya di dalam ruangan itu namun

Dia dah berhenti ke? bisik Danial resah apabila tidak melihat kelibat Wani sufiya

"Pejabat nie takde cleaner ke?," Danial sengaja bertanya

Penyambut tetamu itu menoleh keningnya bertaut "Cleaner? eh ada. Dia pergi buang sampah,"

Danial terangguk-angguk dengan bibir tersengih. Masih ada rupanya.

Sebaik sahaja melewati beberapa pintu pejabat. Penyambut tetamu itu berhenti di hadapan pintu bilik yang mempunyai daun pintu yang berkembar lalu pintu itu di ketuk beberapa kali

"Masuk!,"

Pintu bilik di buka. "Silakan masuk encik,"

Danial mengatur langkah masuk ke dalam pejabat terus saja menghala ke sofa tanpa memandang ayahnya yang sedang berkerja

Tan seri Yahya mengankat kening. Danial sudah pun duduk. Hujung pen yang di gunakan untuk menurunkan tandatangan di tutup sebelum di taruh di atas fail

"Lama juga Dani tak lawat Papa kat sini padahal office Dani satu bangunan dengan office daddy. Dani tak nak tanya kabar Daddy ke?,"

"Sorry Daddy. tujuan Dani datang ke sini sebagai pelanggan bukan sebagai anak," Balas Danial nada suaranya Kedengaran sedikit serius

Tan Seri yahya mengeleng perlahan. Kerusi di tolak ke belakang sebelum punggungnya di angkat

"Baiklah Encik Dani. Boleh saya tahu apa tujuan Encik Dani datang berjumpa dengan saya,"

Danial duduk menyilangkan kaki sambil tangan menepuk-nepuk lutut. Matanya memerhati Ayahnya melabuhkan punggung di atas Single sofa

"Setelah Dani berbincang dengan pemegang saham. So Dani dengan yang lain dah buat keputusan akan mengunakan perkhidmatan syarikat guaman Daddy. Tapi ada dua syarat,"

Bibir ahli perniagaan berusia dalam lingkungan hampir 60 an itu melirik senyuman lebar. Hatinya senang bila mendengar kata-kata anaknya "Okay that's good news. So apa syaratnya?,"

"Syarat pertama. Syarikat Dani hanya akan berurusan dengan peguam Daddy bernama Syafik,"

"Syafik? Syafik?," Tan Seri yahya mengosok-gosok dagunya

"Daddy tak kenal ke?,"

"Peguam dalam syarikat Daddy niekan ramai manalah Daddy boleh ingat semua,"

"Alaa peguam executive kelas dua tu,"

"Mana Dani kenal?,"

Bibir Danial tersengih "That's secret,"

Tan Seri yahya mengeleng "Kenapa nak guna peguam kelas dua, kelas satukan ada,"

"No. no. Dari dulu Dani tak suka dengan peguam Daddy kelas whatever tu. Itu syarat Dani yang pertama. kalau Daddy setuju suruh syafik tu datang lusa pukul 10 pagi bawa surat tawaran tu,"

"Okay daddy setuju. Syarat kedua?,"

Danial tersengih-sengih seperti kerang busuk "Syarat kedua antara Anak dan Ayah. tak membabitkan perniagaan,"

"Tiba-tiba je Daddy rasa tak sedap hati,"

Danial ketawa kecil "Boleh tak Dani berpura-pura kerja kat sini Daddy?,"

"Berpura-pura? Dani nak kerja apa?,"

"Perkerja am,"

"What?,"

"Ala Daddy.. Dani berpura-pura je. Anggap je Dani kerja part time,"

"Daddy tak kisah Dani. tapi apa alasan Dani nak kerja kat sini?,"

"Adalah Daddy. Boleh ke tak?,"

Tan Seri yahya merenung wajah anak bongsunya agak lama "Dani ada suka ke mana-mana perempuan dalam office nie?,"

Danial diam tidak menjawab namun bibirnya masih mengukir senyuman seolah-olah mengiyakan pertanyaan ayahnya

"Okayla. Terpulang pada Dani. Daddy tak nak masuk campur,"

"Yes! tapi Daddy boleh tak berpura-pura tak kenal dengan Dani?,"

"Boleh Dani. Tapi macam mana dengan kakak kamu?,"

"Itu Daddy jangan risau, nanti Dani bagitahu dia,"

"Bila Dani nak mula kerja?,"

"Esok,"

WANI sufiya terhendap-hendap di balik tepi dinding. Matanya memerhati pintu Lobi bimbang jika ada kelibat Danial menunggunya di luar.

"Kak?,"

Terjongket kedua bahu Wani sufiya di sergah adiknya "Kau nie dik terkejut kakak,"

"Kak tengok siapa tu sampai terhendap-hendap?,"

"Adalah,"

"Baik kakak bagitahu adik sekarang. Ada orang buli kakak'kan?,"

Wani sufiya mengeleng "Mana ada dik,"

"Habis tu sejak dua tiga menjak nie kenapa muka kakak tu asyik murung je?,"

Wani sufiya memerhati seketika di sekitar kawasan lif dan Lobi. waktu itu hanya dia dan adiknya saja berada di situ

"Kakak tak ada apa dik. Tiada orang pun buli kakak, kak cuma letih je,"

"Kalau letih sangat. Ambilla cuti kak. tak usahlah paksa badan tu. nanti kak sakit,"

"Ya.. adik janganla risau ya,"

Syafik mengangguk sambil melepaskan satu keluhan pelan

Wani sufiya merenung wajah adiknya "Adik tak dating ke dengan Cik Dania hari nie?,"

Membuntang mata Syafik memandang kakaknya "Mengarut je kak nie. Kenapa pulak Syafik nak dating dengan dia,"

"Sejak dua menjak nie. Kakak perasaan Cik Dania kerap masuk bilik adik. Angin pun dah bertiup. adik kenala hati-hati,"

"Biarla kak kalau ada angin ke, ribut ke, puting berliung ke. Adik takde apa-apa hubungan dengan Cik Dania. Adik cuma anggap Cik Dania tu sebagai pegawai atasan je tak lebih dari tu,"

Wani sufiya menepuk-nepuk bahu adiknya dengan lembut "Ya.. kak selalu pecayakan adik,"

PAGI yang indah, ketika matahari masih belum menampakkan dirinya. Ocehan burung terdengar nyaring dengan indah. Pagi ini seperti biasa Warga kota mula menyiapkan diri untuk ke tempat kerja masing-masing

Jam 8.15 pagi selepas menjamu nasi lemak kegemaraannya. Danial melanjutkan langkahnya dengan raut wajah berseri-seri dengan mengenakan kemeja putih dengan seluar slack yang di beli Wani sufiya

Langkahnya semakin lebar dan cepat seolah-olah tidak sabar memulakan perkerjaan barunya sebagai perkerja am di syarikat ayahnya namun tujuan sebenarnya hanyalah ingin menemui Wani sufiya setelah tiga hari menahan gejolak rindu terhadap wanita itu

"WANI! jangan lupa kemaskan bilik Tan Seri dulu,"

"Baik Cik Adila,"

Wani sufiya segera membawa peralatan pembersihnya. Bekas baldi kecil yang masih di atas lantai mahu di capai

"Tak apa biar saya tolong,"

Wani sufiya lantas menoleh

"Hey awak?,"

Danial tersenyum lebar "Salam berkenalan. Nama saya Danial. Mulai hari nie saya kerja kat sini,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience