Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Juadah di pagi raya masakan dari puan seri Dahlia terhidang sudah di atas meja
Rendang ayam dan daging, sambal, nasi impit kuah lontong benar-benar menaikkan selera sesiapa saja yang melihatnya
Mereka semua duduk di atas meja. Air minuman sejuk dan panas di tuangkan ke dalam gelas. Seperti biasa Danial dan ayahnya memilih untuk menikmati air kopi berbanding syafik dan puan seri Dahlia memilih minuman sejuk
"Mana Dania?,"
"Kat ruang tamu jaga Danish dengan sahira," jawan syafik
"Ala biarkan'la tu. Nanti pukul berapa katering hantar lauk?," Tanya Tan seri yahya
"Dalam pukul 10,"
"Lauk apa mak?,"
"Nasi minyak, pagi dengan jam 2,"
"Pastikan cukup,"
"Hiss cukupla bang,"
Danial memandang isterinya "Tahun lepas tak cukup.. kelam kabut mak memasak kat dapur,"
"Ya ke bang,"
Puan seri dahlia tergelak pelan "Mana nak cukup.. pagi je dalam lima puluh orang datang.. macam buat rumah terbuka pulak dah,"
"Awal-awal Abang dah bagitahu tetamu kita ramai, tapi awak asyik cakap cukup-cukup,"
"Ya bang salah saya.. sebab tu kali nie saya tempah dua kali.. Kalau tak cukup jugak tak tahula,"
Mereka semua tergelak kecil sambil menikmati hidangan masing-masing
Setelah selesai menikmati hidangan di pagi Raya. Semua ahli keluarga Tan seri yahya berkumpul di ruang tamu dengan mengenakan baju raya serba biru
Dania terlebih dahulu bersalaman dengan ayah dan ibunya memohon kemaafan di susuli Danial, Wani sufiya dan syafik
"Abang.. Wani minta ampun ya dosa-dosa yang wani lakukan pada abang,"
"Abang ampunkan sayang. abang pun nak minta ampun ya dosa-dosa yang abang buat pada sayang,"
"Wani selalu ampunkan abang," Jawab wani sufiya kemudian satu kucupan dihadiahkan suaminya penuh kasih di dahinya
"Hey Dania.. kamu tak salam pada syafik," Tegur Puan seri Dahlia sebaik melihat anak perempuannya sibuk bermain-main dengan cucu-cucunya
"Kitorang baru je kawin mak.. mana ada dosa lagi,"
"Banyak cantik muka kau.. nak tunggu ada dosa baru nak salam.. pergi salam cepat.,"
"Yaa..,"
Wani sufiya menutup mulut hampir tergelak tidak tahan melihat kerenah Dania setiasa bersahaja setiap kali menjawab
Setelah itu.. Danial mengajak seluruh ahli keluarganya berkumpul di luar untuk bergambar, sebuah kamera berwarna hitam di letakkan di atas batangnya untuk mengambil gambar secara automatik
"Rapat sikit..rapat lagi.. okay-okay cun," Danial men'set masa 10 saat kemudian bergegas melangkah untuk berdiri di sebelah isterinya
Tan seri Yahya mendukung cucu perempuannya Sahira sufiya manakala Puan seri Dahlia mendukung Muhammad Danish. Danial dan Wani Sufiya sama-sama berdiri di sebelah kiri puan seri Dahlia. Syafik dan Dania pula berdiri di sebelah kanan Tan seri yahya
Setelah sepuluh saat satu cahaya keluar dari Kamera itu menangkap sebuah gambar keluarga yang tampak tersenyum bahagia, penuh cinta dan penuh kasih sayang.
Berakhirla kisah Wani sufiya dan Danial.. semoga perkawinan mereka berakhir sehingga ke jannah
2025
SELAMAT HARI RAYA SAYA UCAPKAN KEPADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI MEMBACA NOVEL2 SAYA.. DI SINI SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INGIN MEMOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP..
Share this novel