"Kita naik bas apa Wani?," Tanya Danial dengan langkah yang laju mengekori wani sufiya seakan sedang berlari di hadapannya
"Bas Sun express. Lagi 20 minit bas tu gerak,"
"Lagi 20 minit? lambat lagi,"
Wani sufiya memperlahankan langkah dan kedengaran suara tawanya "Kenala cepat nanti ramai pulak perempuan tergoda dengan awak,"
Danial memandang di sekitarnya suasana di dalam stesen TBS tika itu kelihatan agak lengang "Wani.. saya boleh kira pakai jari saya berapa orang yang ada kat dalam nie,"
Wani sufiya ketawa geli hati. "Cuba awak tengok sana," Wani sufiya menjeling pada seorang wanita sedang berdiri di hadapan kaunter "Dia asyik pandang je awak,"
"Usia makcik tu dah macam pangkat nenek kitala, Itu pun awak nak jealous?,"
"Nenek ke moyang ke janji perempuan. Jealous tetap jealous. Mengerti,"
Kali ini Danial pula yang tertawa dengan gelagat Wani sufiya "Baik mbak guwe mengerti,"
Langkah wani sufiya terhenti "Janganla panggil saya mbak. Awak ingat saya tak tahu ke maksud mbak tu,"
"Apa dia?,"
"Makcik!," Wani sufiya ingin menepuk bahu Danial namun Danial sengaja mengelak
Danial belari pelan ke arah tangga eskalator sambil mengelak dari tangan wani sufiya yang cuba menangkapnya
Sebaik tiba di bawah Wani sufiya bersama Danial melangkah laju sambil melihat setiap bas yang memarkir di situ sehinggalah mereka berdua berhenti di hadapan sebuah bas berwarna merah
"Inila basnya,"
"Sun Express?,"
Wani sufiya mengangguk.
"Dah boleh naik ke?,"
"Jap, saya cuba tanya driver bas,"
Wani sufiya berjalan menghala ke arah pintu bas yang sudah terbuka. Danial sekadar memerhati wani sufiya bertanya kepada Driver yang berada di dalam bas
"Awak," Wani sufiya memanggil. Danial bergegas menghampirinya
"Lagi 10 minit kita boleh naik bas, beg nie kita boleh simpan kat bawah tu,"
"Okay. Nanti saya nak pergi tandas jap,"
"Saya pun nak pergi,"
BAS yang di naiki Wani sufiya dan Danial akhirnya bergerak meninggalkan stesen bas TBS. Wani sufiya duduk di sisi tingkap melontarkan pandangannya di luar tingkap melihat suasana lebuh raya yang sentiasa sibuk
Danial menurunkan sedikit kerusinya ke belakang untuk bersandar dengan tenang. Dia menoleh memandang Wani sufiya
"Bila kali terakhir awak balik kampung?,"
Wani sufiya melepaskan keluhan pelan sebelum mengalihkan pandangannya pada Danial
"Sebelum Covid,"
"Eh lama jugak awak tak balik kampung,"
Wani sufiya mengangguk tenang "Waktu covid adik saya dah belajar kat sini. dia tinggal dengan saya. alhamdulilah waktu tu saya masih berkerja kat hospital adala sedikit pendapatan untuk saya dengan adik saya. lepas habis covid adik saya dah sibuk dengan kuliah dia. Saya sibuk cari duit. memang takde masa nak balik kampung. Beraya pun kat sini je,"
"Keluarga awak kat sana okay tak?,"
"Okay. awak jangan risau. Pakcik-pakcik saya, makcik saya semuanya baik, peramah," Wani sufiya tersenyum "Orang kampung wak.. tak akanla nak sombong,"
Danial mengangguk pelan sambil menatap wajah Wani sufiya "Pakcik awak ada berapa orang?,"
"Tiga. Pakcik Kamal yang paling sulung, arwah ayah saya nombor dua, Pakcik khalid nombor 3. Pakcik kamarudin nombor 4 yang paling bongsu makcik Kalsum,"
"Semua tu duduk kampung?,"
"Aah. Dari dulu lagi. Dalam keluarga arwah ayah saya takde satu pun yang kerja luar,"
"Apa kerja diorang?,"
"Sawah padi,"
Danial mengangguk mengerti
"Macam mana dengan keluarga awak. diorang setuju tak kita kahwin?,"
Danial mengeluh pelan "Macam saya cakap, saya kena rahsiakan dulu perkahwinan kita tapi bukan sebab awak tapi saya. Yala awak pun tahu perkerjaan saya tak menentu. Mak dengan ayah saya dari dulu tak yakin kalau saya mampu berumah tangga,"
"Saya risau kalau ada yang bertanya,"
"Itu awak jangan risau. biar saya je nanti yang jelaskan pada diorang," Danial tenang menatap wajah wani sufiya seperti dalam keadaan dilema "Saya janji dengan awak, bila sampai masanya nanti saya akan kenalkan awak dengan keluarga saya,"
Wani sufiya mengangguk "Awak janji ya,"
"Saya janji. Tapi...?,"
Wani sufiya pantas memandang Danial "Tapi apa wak?,"
"Mak saya garang gila,"
"Betul ke wak,"
Danial mengangguk bersungguh-sungguh "Kalau mak saya tahu nanti confirm teruk saya kena. Tapi.. kerana awak.. saya tak perduli semua tu," Danial tersengih-sengih nakal
"Mengada-ngada. Kalau awak kena saya akan lindungi awak,"
Danial dan wani sufiya saling menatap dengan senyuman mekar di kala perjalanan yang akan di tempuhi mereka akan mengambil masa bebelas jam untuk tiba
SETELAH sembilan jam perjalanan. Bas Express di naiki Danial dan Wani sufiya berhenti di stesen bas Sahab perdana kedah sebelum melanjutkan perjalanan terus ke kuala perlis
Driver bas memberi masa selama 15 minit untuk penumpang turun pergi ke tandas atau membeli makanan ringan untuk mengisi perut
"Awak nak turun?," Tanya Danial. Wajah wani sufiya tampak sembab setelah bangun dari tidurnya
"Jomlaa saya nak gie tandas,"
Sebaik sahaja Wani sufiya keluar dari tandas. Danial sudah pun menunggunya di luar
Wani sufiya memerhati gerak laku Danial yang bersahaja seolah-olah cuba mempelakukan dirinya dengan mesra dengan menghulurkan tangan
"Jom Wani. Kita cari makanan ringan dengan air. Nak sampai ke perlis lambat lagi,"
Wani sufiya mengangguk dengan bibir tersenyum. Tangan Danial segera di sambut kemudian berjalan dengan buah hatinya itu mencari gerai yang masih berjualan di kawasan stesen bas Sahab perdana
Setelah menempuh hampir empat jam perjalan dari stesen Sahab perdana, Bas yang di naiki mereka berdua akhirnya tiba di stesen bas kuala perlis
Danial melihat jam di tangannya menunjukkan waktu itu hampir jam 9 pagi. Sinar Mentari sudah pun menerangi ufuk timur. Wani sufiya menolak langsir yang menutupi jendela
"Pakcik saya dah sampai," Kata Wani sufiya sambil melihat mesej dari pakciknya
"Pakcik kamal ke,"
Wani sufiya mengangguk.
"Pakcik awak tu garang tak?," Tanya Danial lagi sambil bangkit dari duduk lalu berdiri di sisi kerusi
"Tak.. Pakcik kamal saya tu baik sangat. Cakap pun lembut. awak janganla risau,"
"Mestila kena risau,"
Wani Sufiya mengeleng pelan ketika memandang Danial "Awak tak perlu risau. Saya kan ada,"
"Ya saya tahu,"
"Tapi kita kena tempuh lagi 1 jam perjalanan nak ke kampung saya,"
"1 jam lagi?," Danial berpura-pura terkejut
"Hiss awak nie, kan saya dah bagitahu,"
"Saya gurau je,"
Mereka berdua turun dari bas setelah mengambil beg masing-masing wani sufiya membawa Danial pergi menemui pakciknya yang sedang menunggu di luar stesen
"Pakcik!," Wani sufiya melambai pada seorang lelaki bertopiah putih sedang berdiri di tepi sebuah kereta jenis proton wira berwarna kelabu
Lelaki bertopiah itu melambai dengan bibir tersenyum lebar
"Assalamualaikum pakcik," Ucap Wani sufiya sambil menghulurkan tangan untuk menyalam
"Waalaikummusalam Wani. Lamanya pakcik tak jumpa kamu," Jawab lelaki berusia lingkungan 50 an itu sejuk hatinya melihat Wani sufiya mencium tangannya
"Pakcik dengan makcik apa khabar?,"
"Alhamdulilah pakcik sihat je wani. Makcik kamu pun sihat,"
""Alhamdulilah," Wani sufiya tersenyum lebar "Pakcik, saya kenalkan inila Danial,"
"Assalamualaikum pakcik kamal," kini giliran Danial pula menghulurkan tangan
"Waalaikummusalam," membuntang mata Kamal memerhati wajah bakal suami anak buahnya "Amboi Wani. Kacak juga bakal suami kamu nie,"
Wani sufiya tersipu-sipu malu memandang Danial sedang bersalaman dengan pakciknya
Kamal memandang anak buahnya kemudian memandang Danial semula gelagatnya itu membuatkan wani sufiya sedikit hairan
"Kenapa pakcik wani tak sepadan ke dengan dia?," soal wani sufiya cuba menebak apa yang di fikirkan pakciknya
"Padan sangat. Wani pun cantik juga.. cantik sangat,"
Wani sufiya tersenyum mekar terdetik juga perasaan terharu dengan pujian pakciknya. Danial sekadar memerhati
Di dalam kereta Danial lebih banyak berbual dengan Kamal. Wani sufiya yang duduk di belakang sudah pun terlena maklumlah di dalam bas tadi dia banyak menghabiskan masa berbual dengan Danial
"Boleh pakcik tanya Danial?,"
"Eh tanya je pakcik,"
"Berapa lama Danial kenal dengan Wani?,"
Danial tersenyum dengan pertanyaan itu "Tak lama pun pakcik dalam tiga minggu je. Bercinta baru seminggu,"
Kamal sedikit terkejut "Kenapa cepat sangat nak kahwin?,"
"Nak elak daripada buat maksiat pakcik," Danial tersenyum nipis memandang kamal "Tinggal kat KL pakcik banyak dugaan bagi orang yang bercinta. lebih baik kami bernikah dulu, bercinta lepas bernikah pun boleh janji waktu tu wani dah halal untuk saya,"
"Alhamdulilah... itu sebenarnya lebih baik Danial. Syukurla jodoh wani dengan kamu. Pakcik harap kamu jaga wani baik-baik tak kisahla apa perkerjaan kamu janji kamu berdua saling memahami. Anak buah pakcik tu dari kecil dah belajar hidup susah,"
"Susah sangat ke pakcik hidup wani dulu?,"
"Hiss susah.. Arwah ayah wani tu kerja kampung je. Ada sawah kitorang berkongsi 5 orang adik beradik bila musim menuai kitorang berbagi kalau ada lebih kitorang jual itu pun dapatla setiap seorang 300 ringgit. Arwah ayah wani tu buat macam-macam kerja ambil upah jaga kebun orang, ambil upah petik kelapa, repair rumah. Arwah mak Wani pulak rajin buat kuih," Kamal mengeleng pelan "Walaupun hidup serba kekurangan tapi alhamdulilah diorang sekeluarga hidup bahagia,"
"Macam mana Arwah orang tua wani boleh meninggal pakcik?," tanya Danial pelan
"Wani tak cerita pada Danial ke?,"
"Dia cuma bagitahu saya arwah orang tua dia kemalangan tapi dia takdela cerita kemalangan tu sebab apa,"
"Kena langgar lari dari belakang waktu tu Arwah orang tua wani dalam perjalanan hantar kuih ke gerai tak jauh pun dari sekolah wani. Sekejap lagi kita lalu depan sekolah Wani nanti pakcik tunjuk,"
"Dapat tangkap tak orang yang melanggar tu?,"
Kamal mengeleng "Sampai sekarang tak jumpa. Kata pemilik gerai kereta mewah yang melanggar. Yala waktu tu pulak waktu subuh nampak kereta je nombor plat tak nampak,"
Selang beberapa minit Kereta yang di pandu Kamal melewati dua buah sekolah. Danial menoleh melihat sekolah rendah dan sekolah menengah di bina bersebelahan
"Hah itulah sekolah Wani," Kamal menunjuk ke satu tempat "Nampak tak gerai tu,"
Danial melihat tempat yang di tunjuk kamal. Ada sebuah gerai kecil di tepi jalan
"Kat sinila belakunya kemalangan tu," Ujar Kamal selepas melewati beberapa meter ke arah laluan bertentangan menghala ke gerai tersebut
Danial melihat ke arah jalan itu ketika kamal sengaja mempelahankan kereta
"Waktu kejadian tu wani kat mana pakcik?,"
"Dekat rumah tengah menunggu..," Kamal tidak mampu menghabiskan kata-kata, tiba-tiba hatinya merasa sebak teringatkan hari kejadian itu
Danial terus melontarkan pandangannya pada laluan sambil membayangkan bagaimana wani sufiya menanggung kesedihan ketika itu "Jalan kat sini lengang juga ya pakcik,"
"Hari cuti semua orang duduk rumah. sini bukan macam kampung lain ada budak-budak motor,"
DANIA duduk di hadapan Syafik di dalam bilik meeting membelek setiap helaian kertas di dalam fail sementara Syafik pula bergitu fokus membaca maklumat berkaitan dengan syarikat Infernal Engine games
Mereka berdua diam tidak berbicara miskipun hari ini adalah hari cuti namun Dania sengaja menyuruh syafik supaya datang ke pejabat memandangkan pertemuan dengan ceo syarikat Infernal Engine games akan di adakan pada minggu hadapan
"Besar juga keuntungan syarikat nie setiap tahun tak kurang dari 20 juta us dollar untung bersih pulak tu,"
Dania sekadar mendengar. Retinanya sejak tadi mencuri pandang wajah lelaki di hadapannya
"Tahun lepas sahaja ada 3000 saman dari pelanggan serata dunia?," Ujar Syafik dengan wajah terkejut
"Bacala sampai habis. Saman tu bukan di tujukan pada syarikat tu tapi antara pelanggan dengan pelanggan, saman terhadap Google,"
"Ya saya tahu,"
Dania berdengus. Fail yang sedang di belek di hempas di atas meja mengejutkan syafik
"Tak akan itu pun awak marah?," Berkerut kening Syafik memandang Dania
"Sampai bila you nak layan i macam nie syafik?,"
"Layan apa?,"
"Semenjak you kerja sini sampai sekarang you layan i macam orang asing. I ada buat salah ke dengan you?,"
Syafik hanya mendiamkan diri isi kandungan di dalam fail terus di baca tanpa mempedulikan renungan tajam dari Dania
"Syafik i tanya you, i ada buat salah ke?,"
Syafik mengeluh pelan namun tetap tidak memandang Dania "Takde Dania,"
Dania terus merenung wajah syafik semakin lama semakin tajam renungannya itu apabila syafik langsung tidak mengendahkannya akibat tidak mampu lagi menahan geram dia segera bangun dari kerusi fail yang sedang di baca Syafik serta-merta di rampas
"Ya Allah.. Kenapa nie Dania?," Syafik tetap tenang miskipun Dania sudah bertidak berlebihan
"Dulu kita tak macam nie syafik,"
"Itu dulu Dania sebab saya tak kenal awak,"
"Kenapa? you malu sebab i lagi tua dari you?,"
Syafik mengeleng dengan keluhan "Tak Dania.. sebab awak sekarang bos saya anak kepada majikan saya. Saya tak nak bila staff dalam nie nampak kita mesra, nanti ada gosip mengatakan saya masuk dalam syarikat nie kerana awak,"
"lantakla! you ingat diorang berani ke gosip pasal i,"
"Habis tu selama nie awak tak tahu ke staff-staff dalam nie bergosip pasal awak dengan syed izham?,"
Dania terdiam seketika raut wajahnya tampak sedang menahan sebak "I sebenarnya tak tak pernah suka dengan izham tu syafik. Sebelum i rapat dengan dia i rapat dulu dengan you tapi kenapa you bersikap dingin dengan i. Setiap kali I whatAspp, you tak pernah nak balas. I selalu ajak you breakfast tapi you tak pernah layan i. Setiap kali i senyum, you pandang i pun tak pernah,"
"Dania.. kan saya dah cakap dengan awak saya nie anak yatim piatu. Saya nie bukannya orang senang. Awak tu anak Tan Seri,"
"Who care syafik? I don't care! Mak dan Daddy I tak pernah nak halang dengan siapa i nak berkawan. I dah besar,"
"Okay-okay cukupla. you nak berkawan sangat, kita berkawan semula,"
Dania mengeleng "Siapa kata i nak berkawan?,"
Syafik mengankat kening "Kalau tak nak berkawan sudah. So pleasela berhenti cakap pekara tu lagi,"
"I nak lebih daripada tu,"
"Apa yang lebih Dania?,"
"I nak you jadi boyfriend i,"
"Don't be stupid Dania. You ingat orang tua you suka kalau kita bercinta,"
"Parents i suka ke tak suka ke apa yang i perduli. Yang bercintanya i bukannya mereka,"
Syafik menyegih "Saya tak nak,"
"Why?,"
"Saya tak nak ada masalah kemudian hari. Yang akan terima akibatnya nanti saya bukannya awak. So tolongla faham Dania,"
"Okay fine.. i sendiri akan bagitahu daddy i yang i sekarang bercinta dengan you malah i akan bagitahu seluruh staff dalam syarikat nie i girlfriend you,"
"Itu dah melampau sangat Dania. Baik awak suruh je Daddy awak pecat je saya," Balas Syafik dengan renungan tajam di lontarkan pada Dania
"I don't care syafik.. Kalau Daddy i pecat you.. I akan ikut you mana saja you pergi i akan ikut you,"
Syafik mengeluh berat lalu mengeleng kepalanya "Lepas awak frust dengan izham awak cari saya. Bagaimana kalau sekarang awak masih bercinta dengan izham. Awak berani cakap macam tu dengan saya,"
Dania sedikit tersentak sehingga terangkat keningnya "Kan i dah cakap tadi i tak suka pun dengan dia,"
"Memangla awak cakap awak tak suka tapi awak sempat juga couple dengan diakan. Lepas izham tu tergilakan Aleya barula awak cari saya,"
Dania terus bangkit dari duduknya dengan raut wajah berang memandang Syafik kemudian mengambil beg tangannya di atas meja sebelum keluar dari bilik meeting itu tanpa mengucapkan sepatah kata
Syafik hanya tersenyum nipis melihat gelagat Dania tanpa ada sedikit pun perasaan bersalah dengan kata-katanya tadi. Tidak mudah baginya membuka pintu hati untuk Dania memandangkan wanita itu baru sahaja di kecewakan oleh lelaki lain
Dania melangkah laju menuju ke pintu keluar dengan hati yang agak kecewa namun langkahnya terhenti sebaik sahaja menghampiri pintu itu. Pelan-pelan kakinya melangkah mengundur sehingga belakangnya bersandar pada kaunter receptionist
Nafas di hela panjang. Wajahnya yang berkerut kembali tenang. Dengan tatapan kosong Dania berfikiran jika ada benar juga kata-kata syafik tadi. Bagaimana jika sekarang dia masih bercinta dengan Syed Izham apakah dia masih menyukai Syafik bahkan Ketika dia bersama dengan Syed Izham dia benar-benar mencintai lelaki itu sehingga hilang perasaannya pada syafik
Dania mengaru-garu rambut ikalnya yang tidak gatal dalam keadaan hatinya bebelah bahagi antara mahu keluar atau pun tidak. Dia menoleh memandang ke dalam pejabat agak lama dan akhirnya mengambil keputusan untuk kembali semula ke bilik meeting
"BARU bangun sayang?," Ucap seorang lelaki dalam lingkungan usia hampir 60 an sedang duduk di luar pekarangan rumah mewah selepas melihat anak gadisnya datang menghampirinya
Aleya yang masih berpakaian tidur tersenyum melihat Ayahnya sedang duduk bersendirian
"Letih sangat papa. Banyak kerja Leya nak kena siapkan malam tadi," jawab Aleya sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi
"Dah breakfast?,"
Aleya mengeleng " Tak lapar..,"
Tan sri Harif sekadar tersenyum sambil tangannya mentatal skrin tablet
"Mama mana Papa?,"
"Keluar dengan kakak kamu. Papa tak tahu diorang pergi mana?,"
Aleya mengangguk kemudian menopang dagu dengan tatapan kosong sambil jarinya mengosok-gosok permukaan meja. Tan Sri harif mengerling sekilas
"So macam mana dengan plan Leya?," Tanya Tan sri Harif sambil meletak Tablet di atas meja
"Plan?," Aleya memandang ayahnya dengan raut wajah bingung "Oh ya.. tentula jadi Papa,"
"Bila leya nak mulakan?,"
"Bukan dalam masa terdekat nie sebab Leya tengah tunggu kontrak izham dengan Syarikat Good health habis sebab leya nak tarik dia masuk dalam syarikat guaman leya nanti,"
"Selain Izham?,"
Aleya duduk menegak lalu bersandar "Papa tahu tak syarikat Infernal Engine games?,"
Tan sri Harif mengosok-gosok dagunya "Macam pernah dengar kalau tak silap papa, syarikat tu di bangunkan oleh lima orang anak muda melayu,"
"Betul Papa. Syarikat tu salah satu syarikat dalam Malaysia yang tidak pernah mengalami kerugian dalam tempoh lapan tahun sejak syarikat itu di tubuhkan,"
Tan sri Harif mengangguk mengerti "So.. Kenapa Leya tanya papa?,"
"Kalau boleh Leya nak jumpa sangat dengan Ceo syarikat tu Papa,"
"Untuk apa?,"
"Untuk pengetahuan Papa. Syarikat tu dah memilih untuk mengunakan perkhimatan guaman Law & justice. Ikutkan plan Leya. Leya nak jumpa dengan Ceo syarikat tu supaya Leya boleh pujuk Ceo tu berkerjasama dengan Leya. Masalahnya maklumat Ceo tu langsung tiada dalam Google,"
"Siapa yang akan jadi wakil peguam untuk syarikat tu nanti?,"
"Peguam baru,"
"Lelaki?,"
Aleya mengangguk
"Apa kata Leya tarik je peguam tu masuk dalam syarikat Leya nanti,"
"Itu memang plan Leya Papa. Leya memang nak sangat syarikat tu ada dalam syarikat guaman Leya nanti. Barula ada jaminan syarikat guaman leya boleh pergi lagi jauh walaupun Leya mempunyai dua orang peguam je,"
"Apa saja yang Leya plan Papa akan sentiasa menyokong Leya. Jika Leya nak minta bantuan dari Papa minta saja Papa akan bantu Leya,"
Aleya tersenyum mekar "Thanks Papa. Oh ya Papa," Aleya seperti teringatkan sesuatu "Papa pernah tak jumpa anak lelaki uncle Yahya?,"
"Rasanya bulan lepas Papa ada makan malam dengan dia sekali,"
"Macam mana dengan orangnya Papa?,"
"Biasa je. Nampak selekeh sikit sebab rambut dia panjang,"
"Apa kerjanya Papa?,"
"Katanya kerja biasa je.. seingat Papa dia cakap dia kerja dalam bidang komputer gaji lebih kurang 3000 sebulan. Itula katanya. Kenapa Leya tanya?,"
"Saja je. Lama Leya tak jumpa dengan dia,"
Tan Sri harif menyengih "Sebenarnya Papa dengan Mama Leya memang ada plan nak satukan Leya dengan dia tapi Papa takut kalau Leya tak setuju maklumlah dia pun cuma kerja biasa je,"
Aleya tergeleng-geleng "Of course Leya tak setuju. Tak akanlah leya nak bersuamikan lelaki macam tu,"
"Apa salahnya. Diakan anak Tan Seri yahya,"
"Kalau setakat anak Tan Seri tapi pendapatan cuma 3000 sebulan Leya takut nanti Leya pula yang kena tanggung dia," Aleya ketawa seperti mengejek
"Kenapa? Leya dah bercinta dengan izham ke?,"
"Omg! No papa,"
"Laa.. Papa tengok Leya mesra sangat dengan izham. Dia pun dah berapa kali makan malam dengan kita,"
"Mesra tak semestinya bercinta Papa. Lagi pun family izham tu cuma family biasa je. Hiss tak nakla Leya,"
"Okayla.. Nanti Papa carikan lelaki yang betul-betul padan dengan Leya,"
"don't forget Papa, the man must be from a rich family and have a job equal to Leya's," Aleya ketawa lagi
KAMPUNG Alur seberang. Danial berjalan bersama pakcik-pakcik Wani sufiya dan beberapa orang penduduk kampung sebaik sahaja selesai solat isyak di surau
kamal dengan adik beradiknya yang lain membuat majlis doa selamat untuk Wani sufiya dan Danial supaya di permudahkan segala urusan perkahwinan mereka berdua nanti
Sesampai sahaja di rumah Kamal, kelihatan suasana di pekarangan rumah itu begitu meriah sekali dengan kehadiran penduduk kampung saling bantu membantu menyiapkan juadah.
Malam itu pula sungguh indah karena langit begitu terang dengan cahaya bulan dan bintang yang bertebaran di langit
Wani sufiya berlari anak dengan wajah cemas selepas mengetahui buah hatinya baru pulang dari surau
"Hiss awak nie tak usahla berlari," Tegur Danial lembut ketika Wani sufiya menghampirinya
"Awak lapar tak?,"
Danial sekadar mengerut hidungnya mengiyakan pertanyaan Wani sufiya
"Tunggu sekajap ya. Kejap lagi diorang hidang,"
"Awak dah makan?," Tanya Danial pula
"Belum. Saya nak makan dengan awak. tapi awak tahula nanti pakcik-pakcik saya mesti suruh awak duduk dengan mereka. Nanti awak makan kenyang-kenyang tahu,"
Danial mengangguk
"Danial! Mari duduk sini," Panggil Kamal ketika para tetamu sudah pun duduk bersila di atas canvas yang di bentangkan di pekarangan hadapan rumah Kamal
"Pergila. Pakcik saya dah panggil tu,"
"Okay.. nanti Whatsapp saya tahu,"
Wani sufiya mengangguk
Setelah selasai membaca doa, Majlis doa selamat berlansung dengan meriah. Pelbagai jenis hidangan yang di masak oleh penduduk kampung di sajikan pada para tetamu yang hadir
"Nie masakan orang kampung Dani. Sayur-sayur dengan lauk-pauk nie diorang masak pakai jeruk maman sebab tu rasanya ada asam-manis," Ujar Kamal sambil menyeduk ikan masak lemak jeruk maman
"Sedap pakcik,"
"Makan lebih sikit,"
"Nanti waktu majlis kawin inilah juadah kitorang masak nanti," Kata Khalid pula berjambang lebat
"Tapi kita takdela guna ikan," Kamal ketawa kecil "Masak ayamla,"
"Ikan mahal," Kamarudin mencelah
"Jadi ke nak kawin hari sabtu depan," Tanya salah seorang penduduk kampung duduk di sebelah kamarudin
"Insya-Allah Jadi.. Isnin nie diorang berdua buat kursus kawin dekat kuala. Lepas tu buat terus test Hiv,"
"Jangan lupa lepas ambil borang dekat pejabat majlis agama pergi terus mahkamah mohon untuk wali hakim. Tu penting. Yang lain takpe nanti pakcik boleh uruskan" Kata Khalid pula
Danial mengangguk mengerti. Orang kampung mula berbicara sesama mereka termasuk pakcik-pakcik wani sufiya. Danial sekadar memerhati sambil menikmati juadah yang di sediakan
Belah tetamu wanita pula makan di dalam rumah. Adik-adik sepupu perempuan wani sufiya sejak tadi kelihatan asyik mengedap celah pintu ingin melihat wajah bakal suami Wani sufiya
"Handsomenya bakal suami hang Wani. hiss geram pulak aku," ucap salah seorang adik sepupu Wani sufiya
Wani sufiya yang tengah menjamu selera hanya mampu tersenyum. Para tetamu yang turut mendengar kata-kata anak gadis Kalsum tersenyum memandang Wani sufiya
"Hiss awat cakap lagu tu.. malu orang dengor," Tegur kalsum pada anak gadisnya
"Gurau je mak. Bukan betul pun," Idawati anak sulung kepada kalsum duduk di sebelah Wani sufiya "Nie Wani. mana hang jumpa Romeo tu?,"
"KL,"
"Untungnya hang Wani. Jealous aku,"
"Tang mana nok jealousnya. Orang biasa je tu,"
"Hiss awat kata tang gitu.. Itu bukan orang biasa. itu bidadara dari syurga,"
Hampir tersembur makanan dalam mulut wani sufiya bila mendengar kata-kata adik sepupunya
MALAM yang hampir larut meninggalkan kenangan yang tidak dapat di lupakan Danial. Itula kali pertama dia duduk dalam majlis yang begitu meriah cukup sekadar menjamu selera di luar rumah duduk bersila bersama penduduk kampung yang sentiasa tersenyum
Hatinya begitu rindu pada kekasihnya yang mungkin sudah terlena kepenatan. Melihat kerajinan Wani sufiya membersihkan pinggan mangkuk, cawan, periuk dan kuali dengan bibir sentiasa tersenyum benar-benar membuatkan hatinya semakin mencintai gadis itu
Mungkin lebih baik aku berterus terang je pada Wani sufiya siapa aku sebenarnya. Bisik Danial dalam hatinya lalu mengankat telefon pintarnya di atas dada. Hiss nanti jelah
(Cerita nie saya stop update dulu untuk menghabiskan bab cerita enggan namun cinta)
Share this novel
tada update lagi ke author
alahhh jgn lambat kalu boleh update setiap hari.... sis x sabar nk bc next chapter