Chapter Akhir special 1

Romance Series 16317

"Wani.. jangan berjalan sangat," Tegur puan seri Dahlia resah melihat menantunya ke sana sini membantu menyiapkan majlis perkahwinan Syafik dan Dania "Kan dah ada perkerja buat semua tu,"

"Wani bosanla asyik duduk je..,"

"Dani mana?,"

"Kat bilik,"

Puan seri Dahlia mengeleng sebelum melihat jam di tangannya "Wani pergi naik atas. Salin baju. dah nak pukul sebelas nie,"

"Baikla mak,"

"Turun sekali dengan dani ya,"

Wani sufiya mengangguk mengerti kemudian berjalan melewati beberapa meja yang tersusun rapi di dalam dewan sebuah hotel

Langkah kaki di susun pelan sambil anak matanya memerhati sekitar ruang lobi begitu cantik jika dulu dia hanya mampu berjalan tempat-tempat seperti ini sebagai seorang cleaner tetapi sekarang dia berjalan sebagai seorang pelanggan terhormat

Wani sufiya tersenyum sambil hatinya mengucap syukur. Siapa sangka hidupnya akan berubah seperti ini

Sampai saja di tingkat tiga Wani sufiya terus memulas tombol pintu sebaik kunci di buka mengunakan kad yang di bawa

"Abang..,"

"Abang mandi sayang!,"

Wani sufiya beegegas masuk ke dalam bilik. Almari baju di buka. Baju melayu suaminya yang sudah di rapi dan di gosok di keluarkan kemudian di taruh di atas katil

Danial keluar dari bilik air dalam keadaan bertuala. "Dah siap ke bawah tu?,"

"Dah. mak tadi suruh wani baik tukar pakaian. Dalam pukul 10.30 kita kena pergi ke masjid.

"Wani siapla cepat. atau?," Danial tersengih-sengih "wani nak mandi dulu. abang boleh temankan,"

"Hiss abang nie..,"

Danial tergelak besar. Sengaja mahu mengusik isterinya

Sementara di sebuah hotel tidak jauh dari hotel yang akan berlasungnya majlis persandingan Syafik dan Dania. Khalid bersama adik beradiknya sibuk mengumpulkan ahli keluarga dan penduduk kampung di lobi hotel

Syafik yang sudah siap berpakaian pengantin tampak segak. Dia di temani sepupu-sepupu dan beberapa sahabatnya yang hadir akan menaiki sebuah kenderaan untuk masjid

"Semua dah turun ke?," Tanya khalid sambil memerhati semua yang berada di situ

"Dah," jawab kamal

"Kalau gitu mari kita naik bas. Syafik dah pergi dah tu,"

Atas Arahan khalid. seluruh ahli keluarga dan para penduduk kampung mula beratur menaiki bas

"Nikah kat mana khalid?," tanya penghulu kampung

"Kat masjid negara katanya tok,"

"Huhh masjid negara. kira besarla tu,"

"Saya pun tahu tok. Inila pertama kali saya mai sini,"

"Aku adala datang beberapa kali tapi inila kali pertama aku duduk hotel macam nie.. betul-betul tengah bandar. boleh nampak menara mahathir,"

"Menara berkembar?,"

"Hah yalaa.. hiss cantik,"

"Saya tak perasan pulak. Risau sangat pasal nikah syafik,"

Tok penghulu menepuk bahu khalid sebelum naik ke dalam bas "Jangan risaulaa.. keluarga mertua dia'kan orang besar. Dah marila naik,"

Bas yang di naiki mereka tiba di perkarangan luar masjid jamid hanya dalam masa 20 minit sahaja.

Khalid keluar dari bas terlebih dahulu tanpa di duga di hadapan pintu masjid anak matanya melihat seorang gadis cantik berbadan dua sedang melambai

"Eh wani," Air mata Khalid berlinangan saat melihat anak buahnya itu "Cepat keluar! Wani tengah tunggu,"

"Mana-mana?," Ahli keluarga Khalid berpusu-pusu keluar dari bas. Wani sufiya yang kelihatan sungguh gembira berjalan laju dengan di temani suaminya tampak tidak sabar mahu menyambut kedatangan ahli keluarganya dari perlis

"Pakcik, makcik!,"

"Wani!,"

Wani sufiya memeluk makciknya khalsum dengan senyuman bahagia sebelum bersalaman dengan pakcik-pakciknya begitu juga Danial

"Alhamdulillah.. tahniah ya Dani, wani,"

"Terima kasih pakcik," jawab Danial sementara isteri masih sibuk berpelukan dengan sepupu-sepupu perempuan

"Macam mana pakcik khalid, pakcik kamal selesa tak hotel tu?,"

"Hiss selesa sangat.. nak tidur atas katil pun pakcik takut," jawab khalid

"Yalaa selama nie kita tidur atas tilam yang sama berpuluh tahun dah macam papan rasanya. bila tidur atas tilam tebal hiss rasa macam melantun-lantun badan," Ujar kamal pula

Danial ketawa kecil. Anak matanya memandang penghulu kampung, cepat sahaja dia menghulurkan salam

"Wani nampak makin cantik dah sekarang,"

Wani sufiya tersenyum malu "Biasa je makcik,"

"Berapa bulan dah Wani?,"

"Dah tiga bulan lebih makcik,"

"Anak kembar'kan,"

"Haah,"

"Alhamdulillah. Wani kenala jaga kesihatan tu ya,"

"In sya Allah makcik,"

"Marila kita masuk. akad nikah dah mula dah tu," Pinta Danial kepada semua yang berada di situ

DI DALAM masjid Puan seri Dahlia dengan gembira menyambut kedatangan ahli keluarga wani sufiya. Manakala syafik sudah pun duduk di hadapan tok kadi, Tan seri yahya berserta Borhan, Azlan, Mail, ahli jemaah masjid sebelum Danial, khalid dan kamal turut duduk bersila di situ

Dania pula tampak begitu anggun berpakaian pengantin serba biru di temani Sha dan Wani sufiya

Selepas tok kadi memberi sedikit tazkirah singkat kepada pengantin lelaki barula akad nikah di mulakan

Dengan sekali lafaz akhirnya Dania sah menjadi isteri kepada syafik

Selepas akad nikah berakhir. Diam-diam Danial memerhati isterinya kala itu tampak keanakan bergitu bahagia berbual mesra dengan sepupu-sepupu dari kampung. Hatinya mengucap syukur kerana memiliki isteri yang baik, tidak lupa diri miskipun mempunyai suami yang kaya

Saat sedang asyik berbual Wani sufiya memaling kat wajah memandang suaminya. Mereka berdua saling memandang sebelum langkah di susun menghampiri satu sama lain dengan senyuman bak seperti bunga yang sedang mekar

"Abang tak nak ambil gambar Wani?,"

Danial mengeleng

"Kenapa?,"

Danial mengeluarkan Handphone di dalam poket. Sebaik sahaja skrin layar di nyalakan. Dia menunjuk kepada Wani sufiya

"Inikan gambar waktu kat PD?," Tanya Wani sufiya

"Ah ah sayang," Danial tersenyum melihat skrin layar Handphone'nya "Cuma abang hairan, bunga apa yang wani pegang tu?,"

Wani sufiya tergelak kecil "Wani pun tak tahu.. tapi bunga tu macam bentuk matahari sebab tu Wani petik,"

"Wani suka sangat ke dengan matahari? kan panas tu,"

Wani sufiya tersenyum "Abangla matahari Wani,"

"Yalaa tu.. abang tengok Macam bunga tahi ayam je,"

"Abang nie..," bahu suaminya di tepuk lembut. Danial tergelak "Dulu wani selalu fikir.. perempuan macam wani nie tak akan ada yang nak.. Wani rasa hati wani kosong, gelap, tak pernah bercahaya tapi hadirnya abang dalam hidup wani bagaikan matahari menerangkan hati wani,"

Mendengar ucapan isterinya membuatkan Danial sedikit terharu

"Kalau wani nak tahu, inilah gambar paling abang suka, setiap hari abang tatap gambar nie.. abang taknak gambar lain,"

"Laa... yang lain abang simpan jela,"

Danial memandang isterinya dengan kerut di dahi "Ya tak ya jugak.. abang lupa,"

"Hiss abang nie,"

"Sini sayang, bergambar dengan abang,"

MAJLIS persandingan Syafik dan Dania berlansung dengan meriah sekali.. Ramai tetamu yang hadir. Puan seri dahlia pula tampak ke sana kemari membawa Wani sufiya di kenalkan kepada ahli keluarga dan kenalan yang hadir

Di luar pintu dewan kelihatan kelibat syed izham sedang berjalan bersendirian namun langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat Aleya sedang berdiri di tepi pintu

"Aleya?,"

Aleya segera memaling "Izham,"

"Kenapa you berdiri kat sini?,"

"I segan nak masuk,"

"You datang dengan siapa?,"

"Dengan family i'la,"

Syed izham mengeleng pelan "I dengar you tak jadi nak buka syarikat guaman you. Kenapa?,"

Aleya mengeluh pelan "Papa i tak nak support. apa lagi i bole buat,"

"So you kerja mana sekarang?,"

"Menganggur,"

"Tak terfikir ke nak join semula dengan law & justice,"

Aleya tidak terus menjawab sejujurnya dia masih merasa malu akan perbuatannya pada Wani sufiya

"Entahlaa izham,"

Jam 1.30 tengahari rombongan dari perlis mula meninggalkan dewan. Wani sufiya dan Danial ikut sekali menemani Khalid, kamal dan khalsum sehingga ke luar lobi

"Pakcik kena balik esok Wani.. lusa nak tebas padi tu,"

"Hari lain tak boleh tebas ke pakcik?,"

"Mana boleh wani.. nanti kena tebas ngan orang," jawab Khalsum

"Ala makcik nie.. wani nak ajak jalan-jalan kat KL,"

"In sya Allah lain kali je ya wani,"

Wani sufiya mengangguk lemah.. hatinya teringin sangat mahu membawa ahli keluarga sebelah arwahnya berjalan-jalan di sekitar KL.

Danial segera memeluk bahu isterinya tampak sedang merajuk "Nanti kita balik perlis,"

"Betul ke bang?," Bersinar-sinar anak mata Wani sufiya memandang suaminya

"Betul sayang,"

KEESOKAN HARINYA. Wani sufiya yang sedang berdiri di sebelah Dania kelihatan menangis-menangis saat melihat setiap ahli keluarganya satu-persatu menaiki bas untuk pulang ke perlis. Manakala Danial dan syafik pula sibuk memastikan tiada dari kalangan ahli keluarganya, penduduk kampung yang tertinggal

"Kitaorang balik dulu ya wani, Dania," Ucap Khalid di hadapan pintu bas

"Pakcik jangan lupa call Wani ya kalau dah sampai,"

"In sya Allah, Wani janganla menangis. perlis tu bukan jauh pun. ada masa nanti balik dengan Dani,"

Wani sufiya mengangguk sayu

"Dani, Syafik. Jaga bini tu elok-elok,"

"In sya Allah pakcik," Jawab Danial dan syafik hampir serentak

"Kami balik dulu,"

"Terima kasih pakcik. Jaga diri pakcik!," Ucap Wani sufiya

Ketiga-tiga bas mulai bergerak Wani sufiya bersungguh-sungguh melambai dengan air mata berlinangan sehinggalah bas-bas tersebut hilang dari pandangannya

MASA BERLALU begitu pantas. Seperti biasa di pagi hari ketika sinar mentari memancarkan cahayanya menerangi langit. Para penduduk kota pulu berpusu-pusu ke tempat kerja tanpa mempedulikan betapa indahnya sinar yang terbentang luas di dada langit

Sudah hampir sembilan bulan Wani sufiya mengikut mertuanya berkerja di yayasan miskipun puan seri Dahlia sering melarang namun Wani sufiya tetap degil

Kini yayasan Dahlia sudah berpindah di sungai besi manakala syarikat Danial pula sepenuhnya telah berpindah di cyberjaya

Selama 6 bulan wani sufiya duduk bersama mertuanya termasuk Syafik dan Dania hubungan mereka semua semakin lama semakin bahagia

"Mak nak pergi mana?," Tanya Wani sufiya sebaik keluar dari pejabatnya

"Mak nak pergi melawat rumah kebajikan Suratul,"

"Wani ikut mak,"

"Wani," Puan seri dahlia berjalan menghampiri menantunya "Kandungan wani tu dah masuk sembilan bulan wani. lebih baik wani balik je rumah, mak risaula,"

"Kat rumah bosanla mak," Wani sufiya memegang perutnya

"Hah kenapa wani?," Puan seri dahlia cemas

"Mak... air kat bawah dah keluar,"

"Ya Allah!, kan mak dah cakap," Puan seri dahlia pantas memandang staf-stafnya "Sesiapa tolong panggil ambulan. Cepat,"

Keadaan ruang pejabat menjadi kecoh. Beberapa staf wanita segera membantu wani sufiya. Puan seri dahlia pula bergegas menghubungi Danial

"10 minit lagi ambulan sampai," Kata salah seorang Staf di situ

"Wani tahan dulu ya,"

Ambulan tiba tepat 10 minit lantas para paramedik bergegas membawa masuk katil beroda masuk ke dalam bangunan

"Mak dah call abang Dani?,"

"Dah sayang.. dia dalam perjalan sekarang,"

"Nak bawa ke hospital mana Puan?,"

"Hospital Damai,"

SEMENTARA ITU di dalam kereta raut wajah Danial tampak cemas. Azlan memandu kereta. Mail, Borhan dan Sha turut berada di dalam kereta menenami Danial

"Hospital mana Dani?,"

"Damai, Damai," jawab Danial semakin cemas

"Relex Dani. Banyak-banyak berdoa. In sya Allah wani tak apa-apa,"

Wani sufiya di bawa masuk ke dalam wad bersalin. Di luar wad Puan seri dahlia, Tan seri yahya, Syafik, Dania sedang menunggu dengan cemas. Tidak berapa lama kemudian kelihatan kelibat Danial berlarian bersama teman-temannya

"Macam mana mak!," Tanya Danial dengan cemas

"Sabar Dani. Nanti doktor panggil,"

Danial menadah tangan lalu berdoa bersungguh-sungguh kemudian menyapu wajahnya

Setelah setengah jam berlalu. Pintu wad bersalin terbuka. Seorang jururawat wanita keluar.

"Siapa suami kepada Puan wani sufiya?,"

"Saya. saya," Danial mengankat tangan

"Sila masuk encik untuk azankan anak-anak encik,"

"Isteri saya macam mana?,"

"Isteri encik takde apa-apa,"

"Alhamdullilah!,"

"Tahniah Dani,"

"Tahniah Dani," Ucap mail, borhan, Azlan dan Sha,"

"Kami bila boleh masuk?," Tanya puan seri Dahlia pula

"Bila kami pindahkan puan wani kedalam bilik,"

"Dani masuk dulu ya Yah, mak,"

"Masukla,"

Danial bergegas masuk mengekori belakang jururawat tadi sehingga sampai di sebuah pintu.

"Silakan masuk encik,"

Danial melanngkah masuk dengan hati berdebar-debar

"Abang,"

"Sayang,"

Wani sufiya dengan raut wajah tampak keletihan masih mampu tersenyum memamdang suaminya "Anak-anak kita bang,"

Pelan-pelan Danial melangkah menghampiri sebuah bekas seperti balang dapat di lihat dari luar keadaan anak-anak kembarnya

Bibir Danial tersenyum lebar sebelum mengankat salah satu anaknya kemudian di azan pada telinga kanan anaknya itu

Setelah selesai mengazankan kedua-dua anaknya. Danial menghampiri katil

"Kita tak bagi lagi nama pada diorang bang,"

"Nanti bila sayang dah masuk bilik kita sama-sama cari apa nama yang sesuai untuk anak-anak kita,"

"Anak kita comel tak bang?,"

"Alhamdullilah comel sangat sayang. Semuanya ikut rupa abang,"

"Abang?,"

Danial ketawa kecil sempat lagi mengusik isterinya

Dalam keadaan resah Puan seri dahlia berjalan mundar mandir tidak sabar ingin melihat cucu-cucunya

"Lamanya..,"

"Sabar wak,"

"Kalau hospital kerajaan yalaa.. tapi ini swasta bang,"

"Dhalia.. awak nie," Marah Tan seri yahya

"Sabarla mak,"

Berkerut-kerut dahi Puan Dahlia menahan dadanya yang semakin berdebar gelisah namun selang beberapa minit kemudian. Seorang doktor perempuan datang menghampiri mereka semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience