"KENAPA kau cakap macam tu Dani?," Tanya Mail sebaik sahaja Danial menamatkan panggilan
Danial tidak menjawab namun Mail dan Borhan dapat melihat tubuh sahabat mereka itu mengigil-gigil ketika mahu duduk
"Cuba bertenang Dani..?," Pinta Mail lembut
Danial mendongak "Aku tak tahu kenapa aku geram sangat. Sakit sangat hati aku nie,"
"Jangan risau Dani, Aku dengan Borhan faham sangat situasi kau.. Itu di namakan api cemburu.. semua orang ada penyakit tu termasuk aku dengan Borhan memang susah nak control,"
Terketar-ketar tangan Danial ketika mengaru-garu rambutnya.
"sejujurnya Dani kita sebagai lelaki nie kena pandai kawal diri jangan cepat melenting, jangan mudah sangat berfikiran negetif. Bahaya tu Dani,"
"Aku tahu, tapi aku tak boleh nak kawal Mail..,"
"Ya aku faham. tapi Dani tuduhan kau tu agak melampau. kalau betullah Wani tu ada lelaki lain kenapa dia sanggup keluarkan duit simpanan semata-mata nak kawin dengan kau padahal dia tahu kerja kau pun tak menentu,"
Kelopak mata Danial sudah mula berlinangan air mata.. kata-kata Mail itu sedikit sebanyak telah menyedarkan dirinya dari kesilapan yang telah dia buat
Danial mengesat-ngesat air mata.. Mail dan Borhan kala itu sangat memahami keadaan Danial mereka tahu selama ini Danial tidak pernah bercinta dengan mana-mana perempuan
"Bagi sini handphone kau?," Pinta Mail.. Tanpa banyak bicara Danial terus sahaja menghulurkan telefon pintarnya itu
Sebaik sahaja Mail mengambil telefon pintar Danial, Ibu jarinya terus mentatal skrin mencari nombor telefon Wani sufiya
"Hello..," Cepat sahaja wani sufiya menjawab panggilan itu
"Hello Wani.. nie abang Mail bercakap,"
"Oh abang..," Kedengaran suara wani sufiya menangis
"Nie Wani.. Boleh tak Wani share location wani sekarang..,"
"Boleh bang,"
"Okay share sekarang ya.. nanti Wani tunggu je kat sana"
"Baiklah bang,"
Mail menamatkan panggilan "Dah bangun cepat Dani. Jom kita pergi jumpa Wani," Mail memandang Borhan pula "Kau bawa kereta kan?,"
Borhan mengangguk.
Dalam keadaan seperti hilangnya semangat hidup Danial bangun dari kerusi.. Lemah kakinya melangkah mengekori Mail dan Borhan
DALAM keadaan menangis Wani sufiya menunggu di bawah flat yang baru di sewanya di kawasan Cheras. Hatinya benar-benar sedih memikirkan Danial..
Dia mengambil cuti setengah hari semata-mata mahu membeli barangan kepeluan untuk rumah sewanya dan ingin memberi kejutan kepada Danial namum tindakannya itu di salah erti kan oleh bakal suaminya itu
Wani sufiya mengesat-ngesat air mata sambil berjalan mundar-mandir dengan hati yang resah. Tidak lama kemudian sebuah kereta jenis honda Suv berwarna merah membunyikan Hon. Wani sufiya melambai apabila melihat wajah-wajah yang dia kenali berada di dalam kereta tersebut
Mail keluar terlebih dahulu sebelum Danial.. Wani sufiya bergegas berlari mendapatkan bakal suaminya itu
"Wani buat apa kat sini?," Tanya Mail sebaik sahaja Wani sufiya berdiri di depannya
"Wani ada sewa rumah kat sini,"
"Wani memang duduk ke sini ke?," Tanya Mail lagi
Wani sufiya mengeleng sambil memandang Danial "Baru je sewa..,"
"Tingkat berapa?," Borhan pula bertanya
"Tingkat 7,"
"Boleh ke abang Borhan dengan abang Mail tengok,"
"Boleh," Wani sufiya terangguk-angguk
Danial langsung tidak berbicara bahkan memandang Wani sufiya pun tidak. Namun bukan bererti dia masih memarahi bakal isterinya itu cuma dia merasa sangat menyesal kerana terburu-buru menuduh
Kakinya melangkah mengekori belakang Mail dengan kepala menunduk. Wani sufiya yang berjalan di depan asyik memalingkan kepala ingin melihat bakal suaminya
Pintu lif terbuka di tingkat 7. Sebaik keluar dari Lif, Wani sufiya melangkah laju tidak sabar ingin menunjuk rumah yang baru disewa kepada Danial
Mail, Borhan dan Danial menunggu Wani sufiya membuka pintu bernombor 122
"Silalah Masuk," Pelawa Wani sufiya
Mereka bertiga menanggalkan kasut di luar pintu. Mail masuk terlebih dahulu. Dia memerhati ruang tamu yang tidak terlalu besar dengan berlantaikan mamar putih. Di tengah rumah tamu sudah terbentang kapet dan terdapat sebuah kotak tv 23 inci yang belum di buka
Borhan pula terlihat berdiri di depan pintu bilik menjenguk keaadan di dalam
"Perabot dalam bilik nie memang tuan rumah sediakan ke Wani?,"
Wani sufiya mengeleng "Tak bang.. katil je. Almari dengan tilam tu wani beli,"
"Bila?,"
"Tengahari tadi,"
Borhan mengangguk sambil memandang Danial sementara itu Mail sudah pun melihat keaadan di dalam dapur yang begitu kecil ruangnya
"Peti ais tu, wani punya ke atau tuan rumah punya?,"
"Tuan rumah yang punya termasuk dapur gas, tong gas. kalau rak-rak pinggan tu Wani yang beli,"
"Tv dengan Karpet nie pun Wani yang beli?,"
"Aah bang,"
Mail dan Borhan kembali berdiri di sebelah Danial berdekatan dengan pintu rumah.
"Wani?," Panggil Mail
"Ya bang,"
"Abang dengan Borhan sebenarnya kalau boleh tak nak masuk campur masalah hubungan korang berberdua,"
Wani sufiya mengangguk faham
"Tapi wani kena ingat insyaallah hari sabtu nanti Wani dah jadi isteri kepada Dani. Kalau boleh wani jangan buat lagi macam nie, bukan maksud abang apa yang wani buat nie salah.., cuma lain kali bagitahu Dani jangan senyap je,"
"Dani risau sangat tadi Wani sebab tu dia tak boleh nak kawal diri bila bercakap dengan Wani," kata Borhan pula
Wani sufiya mengesat-ngesat air matanya
"Okayla abang dengan Borhan minta diri dulu ya,"
Wani sufiya mengangguk. Mail menepuk bahu Danial sejak tadi hanya diam
"Cakap elok-elok tak payah nak bergaduh,"
Danial mengangguk lemah
Tangisan Wani sufiya semakin kuat sebaik sahaja Mail dan Borhan keluar dari rumah sewanya
"Saya minta maaf.. saya takde niat nak buat awak risau.. saya cuma nak buat kejutan kat awak,"
"Kejutan apanya Wani? Saya risau sangat tahu tak.. kalau ya pun jawablah call saya,"
Wani sufiya mengangguk-angguk, faham akan kesalahannya "Ya saya yang salah.. saya janji saya tak akan ulang lagi,"
"Tengokla keadaan rumah nie.. kejutan apa yang awak tunjuk pada saya.. bukan besar pun, kan lagi bagus kalau kita sama-sama uruskan rumah nie,"
"Ya saya minta maaf,"
"Terus terang je kalau awak tak nak kawin dengan saya," Ucap Danial dengan sengaja
"Tak!..," Wani sufiya terus melutut di depan Danial "Saya nak kawin dengan awak,"
"Betul!,"
"Betul..,"jawab Wani sufiya bersungguh-sungguh. Danial melangkah mendekat lalu membantu bakal isterinya itu berdiri
Danial menghela nafas tenang.. Air mata Wani sufiya yang membasahi pipi di bersihkan mengunakan sapu tangannya
"Saya macam nak gila risaukan awak tahu tak.. mengigil-gigil badan saya..,"
"Saya minta maaf,"
"Lain kali tolong ya Wani, jangan buat macam nie lagi..saya tak boleh nak kawal diri saya,"
"Ya Saya janji saya tak akan ulang lagi,"
Danial terangak-agak mahu memeluk Wani sufiya padahal tangannya sudah di depa.. Wani sufiya makin mendekat seolah-olah merelakannya
"Hiss sabar...," Danial tergeleng-geleng "Tinggal dua hari je lagi," ucap Danial sambil menjauh dari Wani sufiya
"Peluk jelah,"
"Ehhh awak nie.. nanti ke lainla pulak, Dangerous tahu. syaitan sentiasa menghasut,"
Wani sufiya ketawa dengan gelagat bakal suaminya itu. Miskipun tadi hatinya benar-benar dalam ketakutan namun kini dia bersyukur sangat Danial telah memaafkannya lega sungguh hatinya
DANIA melangkah menuruni anak tangga dengan hati-hati sambil menjongket-jongketkan kaki.. Dia memerhati ke atas seketika sebelum menyambung langkahnya semula
Pelan-pelan langkahnya di susun menuju ke pintu
"Kau nak pergi mana Dania?,"
Bahu Dania terjongket terkejut pantas Kepalanya menoleh
"Mak tanya.. kau nak pergi mana?,"
Mata Dania mencerlang memandang ibunya sedang melangkah mendekat membuatkan jantungnya berdebar-debar cemas
"Pak!!," Satu tempukan hinggap di belakang bahunya
"Aduhh.. sakitla mak,"
"Kau pekak ke? kau tak dengar ke mak tanya tadi?,"
"Dengar..,"
"Kalau dengar jawablaaa...,"
"Dania nak pergi perlis,"
Mata Pun Seri Dahlia terbeliak luas "Kau nak kawin dengan laki orang ke Dania!,"
"Ya Allah.. mak. kalau Dania nak kawin dengan laki orang buat apalaa Dania jujur dengan mak,"
"Habis tu kau nak pergi sana buat apa hah... kau ingat mak tahu Perlis dengan Thailand tu sebelah menyebelah jee!,"
"Aduh.. Aduh sakitlaa mak!," Adu Dania bila ibunya mencubit-cubit pinggangnya "Dania jadi pengapit.. kawan Dania kawin, Sha pun ikut sekali,"
"Habis tu yang kau terjongket-jongket kaki tu dah kenapa?,"
Bibir Dania tersengih-sengih.. "Sebenarnya Dania nak guna kereta mak.. boleh tak?,"
"Guna jelah.. tapi tinggalkan kunci kereta kau tu. Nanti mak nak pergi mana-mana, mak takde kereta,"
"Dah.. Dania dah gantung kat dinding tu,"
Puan seri Dahlia mengeluh gusar sambil memandang wajah anak sulungnya yang sudah berusia 30 tahun tapi masih lagi belum berkahwin
"Kau dah ada boyfriend ke Dania?,"
"Dah..," Pantas Dania menjawab dengan bibir tersenyum mekar
"Good news.. kerja apa?,"
"Kerja kutip sampah je mak,"
"Eh eloklah tu memang padan betul dengan kau, Janji ada kerja,"
"Mak bagi ke?,"
"Yalaa.. kalau kau dah suka buat apa mak nak halang," Jawab Puan seri Dahlia kemudian merapatkan wajahnya pada wajah Dania dengan raut wajah yang menakutkan "Tapi kau kena ingat Dania kalau mak tahu kau atau pun Dani kawin diam-diam belakang mak.. mampus nanti korang mak kerjakan,"
Dania menelan air liurnya "Mam.. mampus macam mana tu mak?,"
"Kalau kau nak tahu.. cubala kau buat,"
"Da.. Da.. Dania memang tak akan berani buat.. kot-kot Dani yang berani,"
Puan seri Dahlia menyengih dengan raut wajah blur sengaja di buat-buat "Dani ke yang nak kawin kat perlis tu?,"
"Tak.. tak.. tak mak,"
DANIA memandu kereta Toyota Vellfire milik ibunya.. Setelah mengambil Sha, dia terus ke Briekfield untuk mengambil Syafik sebelum ke Cheras mengambil Wani sufiya
"Kau dah kenapa Dania.. Diam je?," tanya Sha sedang duduk di kerusi belakang
Dania tidak terus menjawab hanya kedengaran suara keluhan berat dari mulutnya... "Tadi waktu i nak keluar i kantoi dengan mak i?,"
"Kantoi pasal Dani ke?,"
"Tak..,"
"Hiss kau nie Dania.. buat jantung aku nak gugur tahu tak," Kata Sha sambil mengosok-gosok dadanya
"Bukan you je yang takut i pun takut.. Kalaula Dani tu Kantoi dengan mak i, Hiss.. mampus i nanti,"
"I dah cakap kat Dani siap-siap kalau makcik dapat tahu dia kawin, i dah cakap kat dia jangan babitkan i,"
Dania menyengih sambil memandang cermin di atas untuk melihat Sha "Macamla you tak kenal dengan perangai Dani.. hari nie dia cakap A esok confirm dia akan cakap B. Kalau dia kantoi nanti. Semua orang dia akan babitkan,"
"I don't care.. Kalau makcik call suruh datang.. i lebih rela berpura-pura masuk hospital,"
JAM 6.15 pagi selepas solat subuh di salah sebuah perhentian lebuh raya menghala ke utara akhirnya Dania memandu keretanya untuk ke perlis yang mengambil masa 6 hingga 7 jam lamanya
Wani sufiya dan sha sudah terlena di buai mimpi manakala Dania dan Syafik pula begitu asyik berbual. Ada saja topik yang mereka bualkan.
Raut wajah Dania tampak berseri-seri ketika memandang Syafik seolah-olah dia pula yang akan berkahwin esok..
SEBAIK SAHAJA selesai solat jumaat.. 10 buah kereta mewah memarkirkan kereta di bawah pekarangan kondominium
Mail dan Borhan membantu membawa pakaian pengantin dan juga beg pakaian Danial
"Ramainya ikut?," kata Danial terpinga-pinga wajahnya bila melihat perlbagai jenis kereta mewah yang di pandu sahabat-sahabatnya
"Alaaa tak akan tak boleh ikut.. kitorang pun mamber kau jugak," Balas Nordin salah seorang sahabat Danial ketika di universiti
"Itu aku tak kisah Din.. tapi kenapa bawa kereta macam nie,"
"Dah ini kereta kitorang.. kitorang nak bawak kereta apa lagi,"
Danial mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal "Aku nie dahla berpura-pura miskin. tak pelik ke nanti kalau orang kampung kat sana tengok korang bawa kereta macam nie,"
"Kalau ada yang bertanya kitaorang cakap jelah kereta sewa..,"
"Kereta sewa.. apa yang bezanya?,"
Mail, Borhan, azlan bersama sahabat-sahabat Danial yang lain tergelak terkekeh-kekeh mendengar perbualan Danial dan Nordin
HARI YANG di tunggu-tunggu Danial dan Wani sufiya akhirnya tiba jua.. Terlihat begitu meriah suasana di pekarangan rumah kamal dengan enam khemah di pasang. Meja yang tersusun mulai di penuhi dengan para tetamu
Kamal, Khalid dan Kamarudin kelihatan sibuk dengan tugas masing-masing memastikan majlis berjalan dengan lancar sementara Khalsum memastikan lauk pauk yang di masak secara gotong royong terhidang cukup untuk para tetamu yang hadir
Jam 11 pagi. Dania bersama Sha sudah pun berada di rumah Kamal bagi membantu menyiapkan Wani sufiya miskipun kehadiran Dania di situ menjadi bualan hangat seluruh ahli keluarga arwah ayah wani sufiya.
"Tuk. Tuk. Tuk," Syafik mengetuk pintu bilik. Salah seorang sepupu Wani sufiya bergegas membuka pintu
"Dah siap ke?," Tanya Syafik sambil menjenguk di dalam. Dania dan Sha sedang sibuk me'make up'kan Wani sufiya
"Sikit lagi..,"
"Cepatlaa.. pukul 12 nak kena pergi surau,"
"Kunci kereta ada pada abang?," Tanya Dania pada syafik.. perkataan abang itu membuatkan Wani sufiya, Sha dan juga sepupu-sepupu syafik yang turut berada di dalam bilik itu ketawa kecil
"Ada..," Wajah syafik kemerahan menahan malu
"Syafik!," panggil kamal. Syafik menoleh
"Ya pakcik,"
"Suruh diorang cepat. Tok kadi dengan tok penghulu dah tunggu kat surau. Pengantin lelaki dah nak dekat sampai tu. nanti suruh Wani ikut pintu belakang,"
Kata-kata Kamal itu turut di dengari mereka yang berada di bilik. Dania bergegas menghampir Syafik
"Abang pergila parking kereta tu kat belakang. Wani pun dah nak siap dah,"
Syafik mengangguk mengerti. Retinanya sempat memandang kakaknya kelihatan sangat cantik, mengenakan busana pengantin berwarna biru yang sangat anggun dan menawan
Sementara keadaan di surau kampung Alur Utara kelihatan ramai penduduk kampung sudah menunggu. Khalid berdiri di luar surau menunggu bakal pengantin lelaki tiba
"Khalid?..,"
"Ya saya kak," Jawab khalid sambil menoleh lalu memandang makcik Wani sufiya sebelah Arwah kakak iparnya
"Betul ka kak dengaq bakal suami wani kerja biasa ja?,"
Khalid mengangguk "Betul kak,"
Wanita itu menyengih begitu juga dengan dua orang wanita sebaya dengannya sedang berdiri sebelah menyebelah turut menyegih
"Kerja biasa jaa.. tak usahlah buat meriah sangat. Membazir,"
"Kann.. sampai pasang enam khemah. Nanti lepas kawin tak berduit.. naya pengantin,"
"Tang khemah tu kak Non, semua tu duit Wani,"
"Kenapa tak suruh wani tu akad nikah jee.. Dia tu pun kerja cleaner kat KL nak kawin pulaq dengan orang biasa... hiss tak kesihan ka kat dia nanti lepas kawin takda duit,"
Khalid diam tidak membalas. Malas dia mahu melayan kerenah ahli keluarga sebelah Arwah kakak iparnya memang dari dulu suka merendahkan ahli keluarga arwah abangnya
Pada masa yang sama kereta di pandu Syafik berhenti di hadapan Surau. Dania, Sha bersama sepupu-sepupu Wani sufiya keluar dari kereta terlebih dahulu. Orang ramai mula berkumpul untuk melihat wajah pengantin wanita.
Wani sufiya melangkah turun dari kereta. Wajahnya kelihatan sungguh cantik dan anggun bersarungkan busana pengantin berwarna biru menyerlahkan lagi seri di wajahnya
Semua orang melihat tersenyum memandangnya namun bukan semua. Ahli keluarga di sebelah Arwah ibunya tersenyum menyenget seolah-olah sedang mengejek
"Awatlah hang pakai mewah-mewah camnie wani.. membazirkan duit hang tahu.. nanti lepas hang kawin, hang dengan laki hang kebuluq,"
"Hang tu cleaner ja wani..,"
Dania dan Sha berpandangan hairan namun Wani sufiya bersama sepupu-sepupunya sekadar tersenyum seperti sudah terbiasa dengan sikap wanita-wanita itu
Dan di kala Wani sufiya hampir memasuki ke dalam surau.. tiba-tiba kedengaran bunyi kuat dari pelbagai jenis kereta mewah memarkir di dalam pekarangan surau benar-benar mengejutkan orang ramai yang sedang berkumpul
Syafik yang baru sahaja keluar dari kereta turut terkejut melihat sebuah kereta jenis Ferrari berwarna kuning memarkir di sebelah kereta Dania
Tok penghulu kampung Alur utara bersama dengan iman dan bilal bergegas keluar mahu melihat
"Hang ada nak nikah kan orang lain ke Mansur?," Tanya Tok penghulu kampung Alur utara
"Hiss mana ada..," Jawab imam surau
"Habis tu anak raja mana pulaq datang tu?,"
"Bakal suami Wani," jawab Khalid sedikit bangga sambil menjeling bekas ipar-iparnya
"Amboi... datang naik kereta roket," Seloroh tok penghulu
Danial keluar dari salah sebuah kereta tampak begitu tampan dan bergaya.. Mencerlang kedua biji mata Wani sufiya seolah-olah akan berkahwin dengan anak kerabat di raja
"Kononnya perkerja am, datang akad nikah pun naik Ferrari.. poyo je si Danial tu," Bisik Sha pada Dania
"Tak akan sekarang baru you kenal perangai dia,"
Sha mencebit
KAMAL bersama Kalsum bergegas ke surau mahu melihat akad nikah yang akan berlansung..
Danial duduk bersila di hadapan Syafik sebagai wali kepada Wani sufiya..
Dania yang sedang duduk di sebelah pengantin perempuan memerhati di sekitar ruang Surau.. tidak menyangka begitu ramai yang hadir semata-mata mahu melihat akad nikah adiknya
Bibir Danial terukir senyuman mekar begitu terpesona melihat kecantikan Wani sufiya. Mereka berdua saling berpandangan penuh cinta sebelum akad nikah itu berlansung
Danial menarik nafas panjang.. tangannya bersalaman dengan Syafik
Dani Daniyal bin Yahya.. aku nikahkan dikau dengan kakak ku Wani sufiya binti Kazar dengan mas kawin 100 ringgit tunai
Aku terima nikahnya Wani sufiya binti Kazar dengan mas kawin 100 ringgit tunai
Share this novel