"Eh Tan seri," Danial pantas menghulurkan tangan seakan berpura-pura tidak mengenali ayahnya
Alis Tan seri yahya berkerut namun cepat sahaja dia sedar jika Aleya ada di sebelahnya
"Nie. Nie lupa nama," Tan seri Yahya pula berpura-pura
"Apala tan seri nie. Borhan,"
"Oh ya Borhan. Tunggu siapa?,"
"Abang,"
Baru sahaja Danial mahu menjawab. Wani sufiya sudah pun memanggilnya abang
Wajah Tan seri yahya terus berubah. Terpinga-pinga hairan. Aleya menoleh melihat Wani sufiya tersenyum menghampiri mereka
"Eh Tan seri," Wajah wani sufiya pula berubah sebaik melihat majikannya dengan Aleya ada bersama suaminya
"Wani'kan?,"
"Ya saya Tan seri,"
"Suami awak ke nie?," Tan seri yahya menunjuk pada Danial
"Ya saya,"
Tan seri yahya memandang wajah anak lelakinya dengan raut wajah yang marah namun Danial pula hanya tersengih-sengih
"Takpela saya pergi dulu,"
"Baik Tan seri,"
"Tan seri yahya berjalan dengan Aleya menuju ke kereta yang sudah menunggu namun sempat memandang anak lelakinya semula sebelum masuk ke dalam kereta
"Pakcik kenal lelaki tu?," Tanya Aleya sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam kereta
"Lelaki mana?,"
"Tadi itula. Borhan,"
Tan seri yahya mengeluh berat seakan nak tak nak menjawab pertanyaan Aleya
"Kenal. Anak adik kepada makcik,"
"Oh.. patutla,"
Pada masa yang sama Handphone milik Tan seri yahya berdering.
"Ayah. tolong jangan beritahu mak,"
Wajah Tan seri yahya berkerut geram sebaik membaca mesej kiriman Danial
"Jumpa ayah malam nie,"
"Malam nie tak boleh. Esok pagi pukul 10 kita sarapan berdua, tempat biasa,"
"Yalah,"
WANI sufiya berjalan sambil memegang tangan suaminya. Hati wanita itu benar-benar riang. Tidak sabar mahu membonceng motorsikal bersama suaminya itu
"Duit cukup tak bang?,"
"Cukup sangat,"
"Cantik motor tu,"
"Tengokla siapa yang memilih,"
Wani sufiya ketawa riang "Janji abang suka. Wani tak tahu bawa motor,"
Setiba sahaja mereka berdua di kedai motorsikal tersebut. Motorsikal yang di beli Danial sudah di taruh di hadapan kedai namun Wani sufiya tidak mengetahuinya kerana Danial dengan sengaja mengirimkan gambar lain
Dengan perasaan yang begitu teruja Wani sufiya tercari-cari motorsikal suaminya beli
"Mana motor tu bang?,"
"Nie,"
"Hiss abang nie.. motor tu mahalla,"
"Inila motor abang beli,"
Wani sufiya memerhati di dalam kedai sambil menarik tangan suaminya "Harga motor tu mesti mahal. Wani tahu abang suka. In sya Allah nanti bila kita ada duit kita beli motor tu,"
"Wani.. inilah motor kita,"
"Aiyaa boss.. sulah datang. motor sulah siap. Minyak sulah kasi penuh. sekalang mari pilih helmet," Kata Pemilik kedai itu sebaik melihat Danial
"Motor mana Tauke?," Tanya wani sufiya tampak kebingungan
"Aiyaa.. itula motor,"
"Abang?,"
"Hiss wani jangan risau. Abang tambah sikit je. harga motor nie cuma lima ribu," Bisik Danial sengaja menipu
"Betul ke bang,"
"Betul sayang,"
Wani sufiya mengeluh gusar. Bimbang jika suaminya tiada duit nanti
"Nanti kalau abang tiada duit beritahu wani ya,"
"Ya. sayang jangan risau. jomla,"
Dengan hati yang kembali riang. Wani sufiya memilih helmet berwarna kuning sama seperti suaminya. Sebaik sahaja mendapat kunci. Wani sufiya sedikit terangak-agak ketika mahu duduk di belakang suaminya, maklumla itula kali petama sejak usianya tingkatan lima dia kembali menaiki motorsikal
"Abang jangan bawa laju-laju tahu wani takut,"
"Okay,"
Danial menghidup enjin motorsikal. Dengan sekali pulas motorsikal itu mulai bergerak. Tubuh wani sufiya mengigil-gigil namun apabila dia memeluk suaminya tubuhnya kembali tenang. Motorsikal meluncur dengan kecepatan sederhana. Danial tidak mahu isterinya takut.
Wani sufiya terlihat teruja bila melihat keindahan ibu kota ketika suaminya memboceng motorsikal. Hatinya ketika itu benar-benar bahagia
"Sayang.. kita pergi makan ya,"
"Kat mana bang,"
"Kampung baru,"
"Wani ikut je,"
Motorsikal di bonceng Danial berhenti di hadapan restoran wanjo kampung baru. Dengan perasaan gembira mereka berdua menikmati makan malam di restoran itu
"SIKIT JE MAKAN BANG,"
"Saya dah kenyang,"
kelopak mata puan seri Dahlia mengecil memandang suaminya bangun dari kerusi. Dania pula hanya diam menikmati makanannya
"Kenapa dengan ayah kamu tu Dania?,"
"Manalah Dania tahu,"
"Ada masalah ke kat pejabat?,"
"Takde.. okay je,"
Bibir puan seri Dahlia menyenget memandang anak sulungnya. "Macam manalah hubungan cinta Dania dengan pemungut sampah tu?,"
"Kitorang nak kawin,"
"Kawin je?,"
"Mak nie.. nikahla sekali,"
"Kawin lari ke?,"
"Mak..., hiss,"
"Tengok muka kamu pun mak dah tahu kamu tu cuma main-main je,"
"Betulla mak. Dania nak kawin,"
"Dengan siapa?,"
"Syafik," Dania tersengih-sengih malu
"Kerja apa?,"
"Peguam. Sama tempat kerja dengan Dania,"
"Berapa umurnya?,"
"Muda lima tahu dari Dania,"
"Dia nak kawin ke dengan Dania?,"
"Tentula,"
"Mak risau dia main-mainkan Dania je,"
"Eh takla mak. Dia baik. Cuma dia anak yatim piatu, sekarang nie dia cuma ada kakak je,"
"Takde keluarga lain,"
"Ada.. pakcik dengan makcik dia ramai. baik-baik orang,"
Alis Puan seri Dahlia berkerut "Mana Dania tahu. Dania pernah jumpa diorang ke?,"
Dania mengangguk "Kan Dania hari tu pergi perlis,"
"Ooo... jumpa keluarga mertualaa,"
Dania terangguk-angguk dengan senyuman di bibir
"Esok suruh boyfriend kamu datang makan malam kat sini. mak nak jumpa dia,"
"Betul ke mak,"
"Ya. kalau betul kamu berdua nak berkahwin. mak minta hantaran 10 ribu je. semua urusan majlis kawin, mak yang akan tanggung,"
"Thank you mak,"
Puan seri Dahlia tergesa-gesa naik ke atas membiarkan Dania mencuci pinggan dengan mengemas dapur. Wajahnya tampak teruja seakan ada berita gembira ingin di sampaikan kepada suaminya
Pintu bilik di buka pelan "Abang-abang,"
"Ya saya,"
"Abang.. Dania nak kawin,"
"Elokla tu. Umur dia pun dah 30 puluh,"
Puan seri Dahlia menyenget bibir melihat tingkah suaminya seperti endah tak endah dengan berita gembira di sampaikannya tadi
"Abang macam dah tahu je,"
"Abangkan bos diorang. Setiap hari abang dengar gosip pasal diorang berdua,"
"Okay tak budak tu,"
"Okay. handsome, baik,"
Bibir puan seri Dahlia tersenyum lebar. Abang tak kisah ke. Budak tu anak yatim piatu,"
"Apa abang nak kisah. Janji Dania suka. Lainla kalau tak suka. bersyukurla ada juga lelaki sudi balas cinta dia dengan perangai dia macam tu,"
"Ah ahkan.. Hiss dari dulu kasar macam lelaki. esok malam saya suruh Dania bawa dia makan malam dengan kita. Abang balik awal tahu,"
"In sya Allah,"
DANIAL duduk bersila di ruang tamu, menunggu Wani sufiya keluar dari bilik. Dari raut wajahnya tampak seperti dalam keadaan gusar kerana ingin memberitahu sesuatu pada isterinya
"Abang lapar tak?," Tanya Wani sufiya sebaik keluar dari bilik
"Tak sayang. Sini duduk. abang ada sesuatu nak beritahu sayang,"
Wani sufiya menurut. Dia duduk di hadapan suaminya "Kenapa bang?,"
"Begini sayang. Abang sekarang dah kerja,"
"Kenapa?,"
"Syarikat tu taknak perkerja part time lagi,"
"Habis tu kawan-kawan abang,"
"Diorang perkerja tetap, abang tak,"
"Tak apa bang, kerja kat luar tu banyak lagi. abang cari je pelan-pelan tak payah tergesa-gesa. Pasal bayaran rumah, bil, biar wani je yang bayar,"
"Duit ada tak?,"
"Ada.. abang jangan risau,"
"Tapi minggu depan sayang. Abang ikut kawan abang ke kuantan, tapi tak lama dalam tiga, empat hari je,"
"Buat apa bang?,"
"Kerjalaa. hantar barang kuantan ke kelantan. sehari boleh dapat sampai 3 empat ratus ringgit,"
"Tak usahla bang. Abang duduk jelah kat rumah,"
"Hiss tak bole la sayang. Abang nie suami. kalau ada perkerjaan yang boleh mendatangka gaji yang halal abang tak bole la tolak. abang kenala pikul tanggungjawab abang sebagai suami,"
Wajah wani sufiya berkerut bimbang "Abang nak kerja terus macam tu ke?,"
"Tak. tak. tak. Sekali tu je,"
"Baikla. Tapi?,"
"Tapi apa sayang?,"
"Boleh tak abang izinkan wani kerja part time,"
"Kerja kat pusat karaoke tu ke?,"
"Ah. ah. Wani start kerja kul 8, balik dalam pukul 1. Satu 10 ringgit. Dapat 50 ringgit sehari cukupla,"
"Lrt sampai pukul 1.30," Jawab Wani sufiya lansung tidak terfikir mahu menyusahkan suami untuk menjemputnya pulang
Danial serba salah mahu mengizinkan isterinya "Ala sebulan je," getus hatinya "Okay abang izinkan, bila sayang nak start,"
"Minggu depan. Wani dah tanya supervisor kat sana. Dia kata okay,"
Danial terangguk-angguk mengerti
"Abang pulak bila nak pergi kuantan?,"
"Hari rabu. nanti Azlan jemput abang,"
"Abang hati-hati ya, kalau penat sangat balik je. Jangan paksa diri abang. sekarang nie abang ada wani. Wani janji, wani akan jaga abang,"
Semakin membuak-buak perasaan bersalah di dalam hati Danial ketika itu namun di tahan sekuat mungkin. dia tetap mahu meneruskan rancangannya "Sayang pun sama,"
PARA STAF memerhati penuh hairan tak pernah-pernah Dania berjalan di ruang pejabat memeriksa jika ada staf tidak melakukan perkerjaan namun apa yang mereka perasan anak mata Dania tidak sekali pun memandang ke arah mereka tetapi hanya memandang ke arah bilik Syafik
Sementara di bilik Syafik pula. Aleya begitu asyik berbual dengan peguam muda itu.
"So syafik dah tahu dah bila tarikh pertemuan tu,"
"Hari khamis minggu depan. Hari rabu diorang pergi," Jawab syafik sambil memerhati raut wajah Aleya
Aleya mengangguk, berpura-pura tenang misikpun hatinya kala itu begitu gembira sebaik mendapat apa yang dia inginkan "Syafik kenala ambil tahu. call mereka nanti, tanya jika kerjasama tu berjaya atau pun tak. sebab bila berjaya nanti, banyak kerja nak kena buat,"
"Itu Aleya jangan bimbang. Dania dah bagitahu Syafik dia akan tolong,"
"Amboi. bagusla. Aleya doakan hubungan Syafik dengan Dania sampai ke jinjang pelamin,"
"Thanks Aleya,"
"Okayla. Aleya minta diri dulu ya,"
"Okay,"
Aleya keluar dari bilik syafik dengan bibir tersenyum lebar. Anak matanya terpandang Dania sedang berdiri di ruang pejabat dengan wajah mencuka lalu melambai wanita itu
Dania dengan darah yang mendidih melangkah tergesa-gesa menuju ke bilik Syafik.
"Hiss kenapala dengan diorang berdua nie," Bisik wani sufiya ketika melihat Dania
"Syafik!,"
"Shhh..., Duduk," Pinta syafik dengan lembut
Dania menurut "Aleya nak apa lagi?,"
"Saya rasa macam ada tak kenalah Dania,"
"Maksud you?,"
"Aleya dari hari tu asyik tanya saya pasal tarikh ceo atas tu bila nak pergi China. Dia nak tahu buat apa?,"
"You bagitahu tahu tak dia?,"
Syafik mengangguk "Ah ah. Saya just nak tengok reaksi dia,"
"Macam mana?,"
"Lepas dia dapat tahu terus dia minta diri, siap doakan kita lagi,"
Dahi Dania berkerut. Hatinya mula rasa tak sedap seperti ada sesuatu yang di rancang Aleya "Pelik. Kenapa dia nak sibuk hal tu,"
"Entah-entah dia tergilakan ceo atas tu kot,"
"Jangan harapla Ceo tu nak pandang dia,"
Syafik ingin bertanya namun anak matanya terpandang kelibat kakaknya di balik cermin kaca pejabat
"You pandang siapa?,"
Syafik mengeluh pelan "Kakak saya,"
"Okay. tapi kenapa you buat muka macam tu. Ada masalah ke?,"
"Saya cuma kesihankan pada kakak saya. Suami dia cuma kerja part time je. cukup ke?,"
"La.. kan i dah bagitahu you, i dah naikkan gaji Wani,"
"Dania.. kalau setakat gaji bersih 2000 ribu lebih. bayar rumah, bayar bill, transport apa lagi yang tinggal,"
"You kenala pecayakan abang ipar you. tak akanla dia nak biarkan kakak you yang tanggung semuanya.. lagi pun kalau kita dah berkahwin nanti. kita sama-sama tolong diorang,"
"Kawin?,"
Dania tersengih-sengih malu "Malam nie mak i ajak you makan malam,"
"Hah? betul ke?,"
"Yalaa.. tak akan i nak main-main. You nie,"
"Tapi Dania.. saya takut la kalau keluarga awak tak setuju. Saya nie dah la anak yatim piatu,"
"I dah bagitahu mak i. mak i tak kisah. Mak i cakap hantaran 10 ribu je.. semua urusan majlis kawin mak i yang tanggung,"
"Betul ke?,"
ALEYA berjalan mundar mandir di dalam pejabatnya. bibir wanita itu masih lagi tersenyum. Gembira sungguh sebaik mendapat maklumat dari Syafik
Skrin Handphone di nyalakan kemudian dia mendail nombor seseorang
"You kat mana?,"
"I dah masuk,"
Aleya melepaskan nafas tenang kemudian melangkah ke kerusinya. Tidak lama kemudian pintu pejabatnya diketuk
"Masuk,"
Seorang lelaki berjaket biru membuka pintu. lelaki yang sama menemuinya sebelum ini
"David. I nak you pergi ke china. siasat lokasi pertemuan mereka,"
"Kalau i jumpa. Cik Aleya nak saya buat apa?,"
"I just nak you tangkap je gambar ceo tu,"
"Itu je,"
"Yes,"
"Tapi cik Aleya,"
"You jangan risau semuanya i akan tanggung. kalau you dapat gambar Ceo tu, i akan bayar lebih," Ujar Aleya seakan tahu kemahuan penyiasat persendiriannya
Share this novel