Chapter 24

Romance Series 16317

"I'm sorry wani. Apa yang Dani lakukan adalah salah i sendiri. Dia ada ajak i kahwin tapi i belum sedia. Lepas tu tiba-tiba dia minta izin i nak kawin. Mula-mula i tak bagi tapi bila i tahu dia nak kahwin dengan you. I benarkan tapi i bagi tempoh pada dia sebulan je,"

Menggigil-gigil tubuh wani sufiya mendengar kata-kata Aleya kala itu

"Wani. Dani tu sebenarnya anak kepada Tan seri yahya. Puan seri Dahlia tu ibu dia. Tan seri dengan puan seri sebenarnya tahu kalau Dani berkahwin dengan you. Tapi mereka tak pernah restu," Aleya berpura-pura mengeleng kepalanya "You tahukan tingkat 25. Dani sebenarnya Ceo syarikat tu. Dia orang kaya wani. Tapi dia tak pernah kongsi kekayaan dia dengan you'kan, Hiss Dani tu suka sangat bermain, Sengaja nak bagi i jealous,"

Wani sufiya mengeleng-geleng kepala "Awak tipu Aleya! saya tak akan pecaya,"

"Up to you wani," Aleya tersenyum seakan mengejek "I tahu minggu lepas Dani tak puas bersama dengan i sebab tu minggu nie i benarkan dia habiskan masa dengan i, itu pun asyik merenget je macam budak kecil tak habis-habis ajak i kawin,"

"Penipu!,"

"Fine. Tapi i nak bagitahu you wani. You kena sedar puan seri rapat dengan you semata-mata anak dalam kandungan tu,"

Kelopak mata Wani sufiya terbeliak luas seolah-olah sedang membayangkan sesuatu yang menakutkan.

Aleya memerhati tangan wani sufiya sedang menyentuh perut "Betul'la dia mengandung, ah! perduli apa aku," getus Aleya di dalam hati "I tahu wani, you tak akan berani minta penjelasan dari puan seri. Apa kata you pergi naik ke tingkat 25, you tanya sendiri pada Mail dan Borhan. Siapa Dani sebenarnya,"

Habis sahaja Aleya berbicara. Wani sufiya bergegas melangkah keluar dari tandas dengan hati yang hancur bagaikan di cincang-cincang sehingga lumat.

Wani sufiya tidak kembali semula ke bilik mesyuarat malah dia mengambil keputusan naik ke tingkat 25 ingin menemui Mail dan Borhan

Sebaik sahaja Wani sufiya keluar. Aleya membasuh tangan sambil melihat wajahnya di cermin kemudian tersenyum "Alang-alang aku tak dapat kau Dani. tak salahkan kalau aku hancurkan rumah tangga kau," Aleya tersengih-sengih dengan hati yang puas

Pintu lif terbuka sebaik sahaja berhenti di tingkat 25. Wani sufiya bergegas keluar. Pintu kaca berkembar di ketuk sebelum penyambut tetamu di dalam membukanya

"Boleh saya bantu puan?,"

"Tolong panggil encik mail dengan encik Borhan,"

"Boleh saya tahu puan siapa?,"

"Saya Wani sufiya,"

"Sebentarnya," Penyambut tetamu itu mengankat ganggang telefon. Raut wajah Wani sufiya kala itu tampak bergitu gelisah. Didalam hatinya sentiasa berdoa jika apa yang di katakan Aleya semua adalah pembohongan

"Eh Wani?,"

"Abang Mail," Kelopak mata Wani sufiya mula membasah

"Kenapa nie Wani?,"

"Bagitahu wani bang. Betul ke abang Dani Ceo syarikat nie?,"

Mail sedikit terkejut "Puan seri ke bagitahu Wani?,"

"Maksudnya betul'la, selama nie abang Dani tipu wani,"

"Tipu?,"

"Abang Dani bukan pergi kuantan'kan?,"

Mail mengangguk pelan

Wani sufiya menangis esak "Wani sedar siapa wani.. kenapa abang dani tegar tipu wani,"

"Wani salah faham. Sebenarnya.. Wani tunggu!,"

Tanpa menunggu penjelasan dari Mail, wani sufiya bergegas keluar menuju ke Lif semula. Mail kelihatan kelam kabut ketika masuk ke dalam ruang pejabat untuk memanggil Borhan

"Kenapa?,"

"Wani datang tadi. Tanya siapa Dani,"

Borhan tampak bersahaja "Mungkin makcik dah bagitahu dia,"

"Tak Borhan.. Dia menangis cakap Dani tipu dia,"

"Betul ke,"

"Ya.. belum sempat aku nak jelas. dia terus bla,"

Borhan bangun dari kerusinya "Kenapa pulak dia cakap Dani tu tipu dia?,"

"Itula yang aku hairan. Kalau makcik yang bagitahu dia. mesti wani tu happy'kan,"

"Jom mail cari dia. aku risau kalau wani lari,"

"Cepatla,"

DI BAWAH lobi Wani sufiya melangkah laju dalam keadaan menangis. Dia tidak menyangka selama ini dia tipu oleh suaminya sendiri

"Mak tak biarkan sayang kena rampas dari mak. Mak akan bawa sayang lari jauh dari sini," Ucap Wani sufiya pada anak dalam kandungannya

Wani Sufiya menahan sebuah teksi. Di pintu lobi wisma tun Borhan pula kelihatan Mail dan Borhan bergegas keluar untuk mencarinya

"Aku rasa dia balik,"

"Kau bawa kereta'kan Borhan,"

"Haah,"

"Apa kata kita pergi rumah dia,"

"Kau tunggu sini. aku pergi ambil kereta," Borhan bergegas masuk ke dalam bangunan semula

Teksi di naiki Wani sufiya berhenti di bawah flat. Selepas membayar tambang. Wani sufiya meminta pemandu teksi menunggunya. Setelah itu dia keluar dalam keadaan tergesa-gesa

Ketika di dalam lif. Wani sufiya membayangkan keadaannya serupa seperti wanita di dalam bilik mesyuarat. Mungkin selepas dia melahirkan anak, Keluarga mertuanya dan Danial akan merampas anaknya darinya

"Tak!! itu tak akan belaku... aku tak akan biarkan kau rampas anak aku!!," Jerit Wani sufiya dalam keadan marah. merah padam wajahnya saat keluar dari lif dan terus melangkah laju ke rumahnya

Dalam keadaan sedang marah, pintu grill di buka dengan kasar. Mangga yang sudah di cabut di balingnya di atas lantai. Pintu di hempas kuat sebelum kakinya melangkah masuk tanpa membuka kasut

Wani sufiya mengambil beg pakaiannya. Almari baju di buka dia mengeluarkan pakaiannya lalu di masukan ke dalam beg

Anak matanya merliar mencari jika ada barang-barangnya yang masih tersimpan di dalam bilik. Setelah berpuas hati wani sufiya bergegas keluar dari rumah tanpa mengunci pintu

"Ini flatnya, Parking kat depan tu Borhan,"

Kereta di pandu borhan berhenti di hadapan flat. Mereka berdua bergegas keluar.

"Tingkat tujuh'kan?,"

"Haah. tapi aku tak ingat nombor umahnya,"

"Aku ingat,"

Pintu Lif terbuka di tingkat tujuh. Mail dan borhan bergegas keluar

"Ini rumah dia,"

"Eh pintu tak kunci,"

"Aduhh.. aku tak sedap hati nie,"

"Assalamualaikum wani.. Wani nie abang mail dengan abang Borhan," Mail memanggil

"Cuba buka pintu tu Mail. Aku rasa Wani dah lari,"

"Kau cuba call Dani," Pinta Mail sebelum menarik pintu grill yang tidak berkunci

Pintu rumah juga tidak berkunci. Pelan-pelan mail membukanya. "Wani..," panggil Mail sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu bilik terbuka. Mail menjenguk untuk melihat di dalam. Keadaan di dalam bilik agak berselerak

"Borhan!,"

"Hah..,"

"Wani dah lari Borhan," ujar Mail selepas melihat keadaan bilik tidur "Nie cuba kau baca,"

"Sampai hati abang tipu Wani. jangan cari wani lagi.. wani tak akan serahkan anak pada abang," Nota yang di tinggalkan wani

Borhan istifar panjang "Wani mengandung ke?,"

"Masalah besar nie Borhan,"

Borhan mengaru-garu kepala sambil melihat skrin handphone. "Dani tak jawab,"

"Cubala call Lan,"

"Ah ah.. kenapala aku tak terfikir," Borhan cepat-cepat mencari nombor Azlan

"Hello Lan. Dani mana?,"

"Pergi tandas,"

"Aku call dia tak jawab,"

"Dia tinggal'kan phone dia kat sini,"

"Kenapa kau tak jawab,"

"Hiss kau nie borhan.. mengamuk nanti Dani kalau aku sentuh phone dia. Hah kenapa Borhan?,"

"Wani dah lari,"

"Dah lari. Kenapa?,"

"Dia dah tahu Dani tipu dia,"

"Laa kenapa tak berterus terang je?,"

"Tak sempat. Dia terus bla,"

"Aduh.. masalah tu,"

"Wani mengandung Lan,"

"Hah! Aku pergi cari Dani sekarang. Nanti aku suruh dia call kau,"

SEMENTARA DI SEBUAH HOTEL TELETAK DI WUHAN CHINA. Azlan bergegas mencari Danial. Baru sahaja dia ingin masuk ke lorong laluan ke tandas. Kelihatan Kelibat Danial keluar dari lorong itu

"Hah Lan,"

"Ambil nie Dani, call Borhan cepat," Arah Azlan sambil menyerahkan handphone kepada Danial

"Kenapa?,"

"Aku tak sanggup nak cakap. baik kau dengar sendiri dari Borhan,"

"Ada apa-apa belaku pada keluarga aku ke?," Wajah Dani tampak cemas

"Call jela Borhan,"

Danial bergegas menghubungi Borhan. Panggilannya itu terus di jawab

"Hello Borhan.,"

"Ini mak Dani,"

"Mak.. Kenapa mak yang jawab?,"

"Hey Dani. Isteri kau dah lari tahu tak!,"

"Lari? kenapa?," Danial semakin cemas

"Kau tanya kenapa, Wani dah tahu kau tipu dia,"

"Hah! Macam mana dia tahu mak?,"

"Hey kau tanya mak pulak.., mak mana tahu. Sekarang nie dia dah lari,"

Danial cemas sambil berjalan mundar mandir sambil mengaru-garu rambut "Kalau dia tahu. tak akan tiada bagitahu dia kenapa Dani buat macam tu..?,"

"Mail dah cuba tapi wani terus pergi. Lepas tu mail dengan Borhan pergi cari isteri kau kat rumah. Tapi terlambat..,"

"Mak... Tolong cari Wani mak..,"

"Baik kamu balik sekarang Dani. nanti mak kirimkan nota, wani tinggalkan untuk kamu. Tapi Dani jangan terkejut,"

Panggilan itu di tamatkan. "Lan. aku kena balik sekarang. Kau tolong ya jumpa dengan Ceo tu,"

"Okay Dani. jom kita balik bilik, aku tolong kau kemas,"

Belum pun sempat mereka berdua memulakan langkah. Handphone Danial bergetar.

"Sampai hati abang tipu Wani. jangan cari wani lagi.. wani tak akan serahkan anak kita pada abang,"

"Ya Allah!,"

"Dani," Azlan pantas menahan tubuh Danial yang hampir pitam

"Mak!," Panggil Dania yang baru saja tiba

"Mana syafik?,"

"Kat office,"

"Kenapa Dania tak bawa dia!,"

"Kenapa nak libatkan dia mak,"

"Hey Dania! syafik tu adik wani tahu tak. kenapa Dania pentingkan diri sangat,"

"Mak.. Kalau syafik tahu. Dania takut dia tak nak kawin dengan Dania,"

Puan seri dahlia mengeleng kesal dengan sikap anak perempuan

"Weii Dania. Wani tu mengandung tahu tak?,"

"Aku tahu mail,"

"Kalau Syafik sendiri yang tahu. lagi masalah kau Dania. Baik kau bagitahu dia sekarang," Ujar Borhan pula

"I takutla..,"

"Sudahla! biar mak je bagitahu dia,"

"Mak!,"

Suasana pejabat law & justice agak kecoh setelah kedatangan puan seri Dahlia Mail, Borhan, Sha masuk ke dalam bilik Tan seri yahya. Dania turut berada di dalam bilik itu bersama syafik

Raut wajah syafik tampak sedih setelah mendengar perjelasan dari Mail, Borhan dan Sha kala itu Puan seri Dahlia cuba menenangkannya

"Dani betul-betul cintakan wani syafik ikutkan, lepas dia balik dari china Dani nak buat kejutan ada wani,"

"Kami tak nafikan apa yang Dani buat tu salah syafik. Tapi tolongla bagitahu kami kalau syafik tahu mana wani akan pergi,"

"Kakak mengandung ke?,"

"Ya syafik,"

"Mustahil kalau kakak balik ke perlis,"

"Syafik kenal tak kawan-kawan Wani,"

"Kenal. Mereka sekarang duduk kat johor. tapi saya tak tahu nombor telefon mereka,"

"Aduh masalah nie, mana kita nak cari?," Ujar Sha

Pintu pejabat Tan seri yahya di ketuk dari luar lalu pintu itu di buka. Dua orang lelaki bertubuh tegap masuk ke dalam bilik

"Macam mana?,"

"Saya dah call teksi yang membawa puan Wani. Katanya dia hantar wani ke stesen TBS," Jawab salah seorang dari mereka

"Kami juga dah tengok cctv di sana. Puan wani beli tiket ke johor,"

"Call cawangan kita kat sana cepat. Suruh mereka hantar orang cari menantu saya kat stesen sana,"

"Baik Tan seri,"

"Apa kata kita pergi sana jugak," Cadang Mail

"Elok juga. Naik kereta makcik je,"

"Borhan. Kau tunggu sini. Ambil Danial kalau dia sampai nanti,"

"Okay-okay,"

PENERBANGAN Wuhan airport ke Klia tiba selepas menempuhi pernebangan selama lima jam. Danial bergegas berlari selepas melewati pemeriksaan kastam

"Dani! Sini, sini!," Panggil Borhan sebaik sahaja melihat kelibat Danial di pintu masuk

"Borhan!. Diorang dah jumpa ke wani?,"

"Belum Dani,"

"Kata dia pergi johor. tak akan tak jumpa dia kat stesen?,"

"Dia tak turun kat stesen Dani,"

"Habis tu dia turun kat mana?," Air mata Danial berliangan. Hatinya benar-benar cemas memikirkan keadaan isteri tercinta

"Jom Dani. kita pergi johor,"

"ASSALAMUALAIKUM!," salam di ucap di luar namun tidak kedengaran salam di jawab oleh penghuni rumah

"Assalamualaikum!," salam di ucap kali kedua

"Waalaikummusalam," akhirnya seorang wanita menjawab salam Wani sufiya. Pintu rumah papan di buka "Eh wani!,"

"Hai Suhada,"

"Ya Allah.. wani kenapa hang tak bagitahu nak datang," tanya suhada sahabat baik Wani sufiya ketika sama-sama berhijrah dari perlis ke Kuala lumpur untuk berkerja di hospital KL

"Saya aku nak buat kejutan kat hang,"

"Hiss hang nie.. masuk-masuk,"

Wani sufiya menapak menaiki tangga. Beg yang di bawa di ambil sahabat baiknya

"Nia.. aku dengar hang dah kawin?,"

"Kad jemputan aku tak sampai ke kat umah hang,"

"Hilang kat peti pos. Hang pun satu macam lah tak boleh WhatsApp aku,"

"Aku dah WhatsApp kat hang,"

Suhada ketawa "Saja jo aku nak mengusik,"

"Kakak hang mana?,"

"Dia dah sewa tempat lain,"

"Tinggal hang sorang la?,"

"Barulah freedom, hang kan tahu Kakak aku tu suka membebel, tak habis-habis membebel sakit jiwa dan raga aku, tahu tak, Hah.. Laki hang mana. aku dengor laki hang handsome," Tanya Suhada sambil bermain mata

Wani sufiya tidak terus menjawab. Raut wajahnya tampak sedih

"Kenapa nie wani. sedih je muka hang?,"

"Aku kena tipu suhada!,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience