"Abang. Wani pergi kerja dulu ya,"
"Hati-hati ya sayang. Sampai nanti jangan lupa Whatsapp abang,"
"Tentula wani tak akan lupa,"
Danial mencium dahi isterinya penuh kasih sebelum memeluk tubuh isterinya itu
"Wani pergi dulu. Assalamualaikum,"
"Waalaikummussalam,"
Keluar sahaja dari Lif. Langkah di susun laju. Bibirnya tersenyum riang sambil mengankat wajah melihat ke arah tingkat tujuh
Seperti hari-hari sebelum ini, bibir Wani sufiya tidak pernah lekang dengan senyuman. Bahagia sungguh hidupnya lebih-lebih lagi semalam, itula hari yang paling bahagia dalam hidupnya
Tepat jam 8 wani sufiya melangkah masuk ke dalam bangunan wisma tun Borhan. Masuk sahaja ke dalam ruang pejabat. Kakinya terus melangkah masuk ke dalam pantry untuk ke store. Sebaik sahaja menaruh begnya. Apron di pasangkan pada badan. Baldi, penyembur pewangi. Kain lap di ambil. Beberapa plastik sampah hitam di taruh pada poket hadapan apron
Wani sufiya melangkah cepat menuju ke bilik pejabat majikannya. Pintu bilik di buka. Jam di dinding menunjukan waktu ketika itu 8.20 pagi.
Sementara di luar kelihatan Tan seri yahya berjalan bersama Dania
"Ayah.. pleasela jangan buat macam tu. kesihanla pada dia,"
"Ayah tak perduli,"
"Selamat pagi Tan seri," Ucap setiausaha Tan seri yahya
"Selamat pagi,"
Pintu bilik di buka. Tan seri yahya melihat wani sufiya sedang menukar plastik sampah sementara Dania pula cepat sahaja bersembunyi sebaik melihat Wani sufiya kemudian melangkah cepat ke bilik pejabatnya
"Macam mana nie,"
Dania mengigit-gigit kuku jari. Raut wajahnya gusar. Dia tidak dapat membayangkan wajah wani sufiya sebaik ayahnya memecat adik iparnya itu.
"Macam mana aku nak jawab kalau syafik tahu nanti. Hiss!!," Dania semakin tidak keruan padahal minggu lepas, syafik ada datang makan malam bersama keluarganya. Ibunya pula bersetuju sangat jika mereka berdua berkawin bahkan Malam sabtu ini pula ibunya ingin membuat majlis makan malam di rumah untuk mempekenalkan syafik pada sanak saudara dan juga kenalan handai
Sementara di dalam bilik Tan seri yahya, kelihatan Wani sufiya bergegas menyiapkan kerjanya. selepas mengelap meja dan di atas rak. Dia mengankat peralatannya untuk keluar
"Tunggu sebentar Wani," Pinta Tan seri yahya
"Baik Tan seri," Wani sufiya menurut. Kakinya bergegas melangkah kemudian berdiri di hadapan meja dengan raut wajah bimbang
"Mulai esok. Syarikat ini akan mengunakan staf cleaner yang di sediakan bangunan nie. Khimat awak tidak di perlukan lagi. esok awak jangan datang. Tapi awak jangan bimbang. Kami akan masukan dua bulan gaji dalam akuan awak bulan nie,"
Kata-kata Tan seri yahya benar-benar mengejutkan Wani sufiya namun apakan daya dia tidak berani bersuara kemudian mengangguk kepalanya tanda mengerti
Kaki yang melangkah tampak lemah. wani sufiya melangkah keluar dengan air mata yang hampir berjatuhan. Dia berjalan lemah tanpa menghiraukan apa yang belaku di sekelilingnya. Fikirannya waktu itu di belenggu ketakutan.
"Mana aku nak cari kerja?," Ucap wani sufiya pelan
"Kakak?,"
Belum pun sempat Wani sufiya mahu menoleh. Tangannya di tarik masuk ke dalam bilik
"Kenapa nie kakak?," Tanya Syafik sambil menutup pintu pejabatnya
"Takde apa,"
"Kakak.. kenapa mata tu berair. kakak menangis ke,"
"Mana ada," Wani sufiya mengesat-ngesat matanya "Masuk habuk tadi,"
"Tolongla jangan tipu syafik kak,"
"Kakak tak tipula dik. Kakak okay je,"
Syafik mendiamkan diri sejenak. Wajah kakaknya di tatap resah. "Abang Dani buat apa sekarang?,"
"Kerja,"
"Kakak ada duit,"
"Tentula ada. Hiss adik nie janganla risau,"
"Syafik nie adik kakak. tentula syafik risau,"
"Adik kenala pecayakan pada kakak. Kalau kakak betul-betul ada masalah nanti in syq Allah kakak akan bagitahu adik,"
"Kalau kakak takde duit bagitahu adik tahu,"
"Ya dik,"
Jam 12.30 ketika semua staf keluar untuk makan tengahari. Wani sufiya berkurung di dalam store menangis senyap memikirkan masalah yang di hadapinya. Dia menangis kerana memikirkan rumah tangga. Dia tidak mahu berkongsi masalah ini dengan suaminya. Seboleh-bolehnya dia mahu terus hidup bahagia tanpa memikirkan masalah duit
"Mana aku nak cari kerja nie?," Wani sufiya menghidupkan skrin Handphonenya kemudian mentatal skrin tersebut bagi mencari kenalan yang boleh membantu "Kak ayura dengan Suhada dah pindah johor," Wani sufiya terus mentatal "Kak ina kerja lagi ke kat KLCC. cubala tanya?," Wani sufiya mendail
"Assalamualaikum kak ina,"
"Waalaikummussalam wani,"
"Kak ina apa kabar?,"
"Alhamdulillah baik. wani apa kabar,"
"Alhamdulillah baik kak,"
"Wani tak kerja ke?,"
"Inila wani nak tanya kak ina. Kak kerja lagi ke kat klcc?,"
"Eh masih,"
"Ada kerja kosong tak kak?,"
"Buat masa nie, tiada la wani,"
"Oh ya ke,"
"Kenapa dengan kerja wani? kan wani kerja dengan adik wani sekali,"
"Ah ah. tapi syarikat nie dah pakai cleaner bangunan kak,"
"Aduh.. maafkan kakak wani. nanti kalau ada je kosong kak bagitahu wani,"
"Okay, Terima kasih ya kak ina," sebaik selesai berbicara dengan temannya, wani sufiya memicit-micit dahi. Otaknya semakin buntu Itu sajala temannya yang ada. "Baik aku cari esok je,"
"HARI nie Dani masuk kerja tak?," tanya Borhan pada Mail
"Kalau dah waktu macam nie, tak masukla jawapnya,"
"Dia taknak ke kaji dulu apa kehendak orang china tu?,"
"Ikutkan Dani tu, dia tak nak pun kerjasama dengan syarikat tu. tapi itula, baik dengar dulu'kan, tak rugi apa-apa pun,"
"Patutla azlan takde datang sini,"
"Tahu takpe. ala lagi pun Azlan tu punya otak sama je macam Dani,"
Pada masa yang sama kelibat Danial terlihat sedang berjalan masuk ke arah mejanya
"Hah. itu pun dia. panjang Umur,"
"Why? why?,"
"Lewat masuk bos?,"
"Nama pun bos," Danial tersengih-sengih sambil melabuhkan punggung di atas kerusinya
Borhan bangun dari kerusi kemudian melangkah menghampiri meja Danial "Aku tengok muka kau nie Dani dah makin berseri-seri,"
"Bukan muka dia je.. badan dia pun dah berisi,"
Dengan serta merta Danial bangun dari kerusi "Aku dah gemuk ke?,"
"Takdela gemuk. tapi dah berisi,"
"Biasala. Bini aku kalau aku cakap je aku lapar, confirm dia mesti masak,"
"Sedap tak?,"
"Boleh tahan,"
"Apa lagi Dani. tak payahla nak uji-uji dia lagi,"
"Hiss kau nie Borhan," Danial kembali duduk "Bulan nie je,"
"Suka hati kaula Dani,"
"So Dani macam mana dengan pertemuan tu nanti. Kau dah siap ke?,"
"Aku dah tanya Azlan. katanya company tu nak'kan Games jenis RPG fighting tapi aku tak sure company tu nak jenis genre apa?,"
"Company tu besar, Company games bawah diorang tu bukannya sikit, yang aku hairan kenapa dia nak kerjasama dengan kita,"
"Kena jumpa dulu, baru kita boleh tahu. Kalau banyak sangat cengkadak diorang. Aku reject je,"
"Elokla macam tu Dani,"
Danial menarik nafas panjang. Mail dan Borhan kembali duduk di tempat masing-masing menyambung perkerjaan mereka. Danial menghidupkan skrin Handphone kemudian mengirim pesanan kepada isterinya "Sayang. balik nanti abang ambil. abang tunggu bawahnya,"
"Baik abang. Wani balik macam biasa," Pesanan di balas wani sufiya. Danial tersenyum
FIKIRAN Dania tidak keruan sejak pagi tadi, bahkan dia menolak ajakan syafik untuk makan tengahari bersama. Jam di skrin Handphone di tatap beberapa kali. kalau boleh waktu itu juga dia ingin pulang terus balik ke rumah
Dania tersentak sebaik mendengar pintu pejabatnya di ketuk "Masuk,"
Daun pintu di kuak dari luar, kelihatan Syafik yang membuka. terus berderau darah Dania sehingga ke kepala.
"Kenapa dengan awak Dania. Saya WhatsApp awak tak balas. saya ajak makan tadi awak taknak. Awak dah mula menyesal ke ber' couple dengan saya,"
"Eh takdela.. you nie. Janganla cakap macam tu,"
"Habis tu apa masalah awak. Kita'kan dah bersama, apa salahnya awak bagitahu saya kalau awak ada apa-apa masalah,"
"Awak nie syafik.. masalah perempuan, lelaki mana boleh bantu," Dania sengaja memberi alasan
"Masalah perempuan? Oh ya ke.. sorry, sorry saya tak tahula pulak,"
"It's okay. macam niela i syafik, kalau bulan tu dah merah. Nak fokus memang susah,"
"Okay, okay saya taknak dengar, saya ingat nak ajak awak makan malam dengan saya,"
"Lain kali je okay. Oh ya. You ada jumpa dengan kakak you tak?,"
"Ada. pagi tadi. saya rasa kakak saya ada masalahla,"
"Masalah apa?,"
Syafik mengeleng "Entahla,"
Dania tidak lagi bertanya. Apa yang dia bimbangkan sekiranya Wani sufiya memberitahu syafik tentang pemecatan itu. Apa yang harus dia jawab. Jika dia berterus terang mungkin lagi teruk keadaannya
"Dania, Dania,"
"Ya saya,"
"Boleh pulak awak termenung, nanti balik sekali ya,"
"Okay,"
Wani sufiya mengemas barang-barangnya. Nasib tidak banyak, hanya telekung dengan sejadah di simpan di dalam store untuk memudahkannya solat
Dengan wajah yang sunggul Dia keluar dari store. Ruangan pantry di tatap untuk kali terakhir kemudian menoleh memandang ruangan pejabat. Miskipun perkerjaannya hanya seorang cleaner namun dia tetap merasa selesa dan gembira berkerja di situ
Dengan langkah yang lemah, wani sufiya keluar dari pejabat itu untuk selama-lamanya. Di bawah Danial sudah pun menunggu. Bibir wani sufiya terus mekar bila melihat suami tercinta
"Kita pergi makan,"
"tempat biasa?,"
"Mana lagi," Dengan lemah lembut Danial membantu menyarungkan isterinya helmet
"Abang. Hari esok mungkin wani balik awal. Hari rabu wani cuti,"
"Kenapa?,"
"La.. abangkan rabu nak pergi kuantan. Wani kalau boleh nak habiskan masa dengan abang,"
Danial tersenyum "Terima kasih sayang, abang hargai sangat,"
Restoran nasi lemak wanjo kampung baru sering menjadi pilihan pasangan suami isteri itu. Danial memang gemarkan nasi lemak. Sebaik selasai makan, mereka berdua singgah untuk solat maghrid di masjid kampung baru terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah
Miskipun menghadapi masalah yang cukup berat, wani sufiya tampak tenang. Melayani apa sahaja kehendak suaminya tanpa membantah. Bibirnya sentiasa tersenyum bahagia. Jam 9 malam dia perlu bersiap untuk berkerja part time. Di dapur dia sudah memasak nasi, ada lauk pauk yang di bungkus ketika makan di restoran nasi lemak wanjo
KEESOKAN harinya. Wani sufiya bersiap seperti biasa. Miskipun begitu dia tidak lupa menyiapkan sarapan pagi untuk suaminya
"Mana datangnya sejadah satu lagi tu?," Tanya Danial sebaik keluar dari bilik
"Wani bawa balik semalam. Abangkan jemput wani,"
"Oh ya abang lupa," Danial melihat jam di dinding "Eh sayang dah pukul 7.45, nanti sayang lewat,"
"Abang jangan risau. Wani dah bagitahu diorang wani masuk lewat sikit hari nie,"
"Kalau gitu jomla sarapan dengan abang sekali,"
Wani sufiya menurut kemudian mengikut suaminya ke dapur.
"Abang nie.. suka sangat dengan sambal sotong,"
"Bukan selalu, makan pulak dengan nasi goreng lagila sedap,"
"Abang nak minum apa,"
"Tentula kopi, Sini pinggan sayang, biar abang bawa ke depan,"
Di rumah wani sufiya tersenyum riang melayan kerenah suaminya namun apabila pintu lif terbuka dan di saat kakinya melangkah keluar, raut wajahnya terus berubah. Tiada lagi kecerian di raut wajahnya itu seperti selalu
Wani sufiya berjalan dengan langkah yang lemah seakan semangatnya di tinggalkan di rumah. Fikirannya buntu.
"Mana aku nak cari kerja nie?," Ucap wani sufiya pelan.
Setiba sahaja di masjid jamek. Wani sufiya masuk ke dalam setiap bangunan bertanyakan jika ada perkerjaan kosong sebagai cleaner dan dia lakukan bukan sahaja di area masjid jamek tetapi area wangsa maju, ampang park dan yang terakhir area bukit bintang. Hampir 50 bangunan dia masuk, menanyakan tentang perkerjaan kosong
Mentari di dada langit semakin menerik, menandakan waktu itu sudah pun masuk waktu tengahari namun tidak mematahkan semangat wani sufiya untuk terus mencari perkerjaan. Apa sahaja bangunan yang ada di depan matanya, dia akan masuk tanpa ada perasaan malu
Namun semua yang wani sufiya usahakan tidak berhasil untuk mendapatkannya satu pun perkerjaan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang. Setibanya di cheras wani sufiya singgah sebentar di sebuah restoran nasi kandar
"Eh, restoran nie nak pakai perkerja," Ucap wani sufiya sebaik sahaja melihat satu kertas tertampal di tiang batu. Tanpa membuang masa. kakinya bergegas melangkah masuk ke dalam restoran terus ke kaunter
"Hello abang, nak tanya sini nak pakai perkerja lagi tak?,"
"Pekerja tetap takde. kami cuma mahu pakai perkerja part time sahaja, tapi sekalang. cuma ada kosong waktu pagi saja,"
"Kerja apa abang?,"
"Pembantu dapur. you kena kemas itu dapur, cuci itu pinggan, gelas, kuali semua kasi bersih, Pagi kena kerja 7 jam dari jam 8 sampai jam 3. sejam kami bayar 17 ringgit,"
"Macam mana mahu mohon?,"
"You mahu ka?,"
"Ah. ah,"
"Bila mahu start?,"
"Khamis boleh tak bang?,"
"Bole-bole. Nanti datang sebelum jam 8 okay,"
"Okay-okay,"
"Nama siapa?,"
"Wani,"
Setelah membeli beberapa lauk pauk untuk di bawa pulang. Kali ini Wani sufiya berjalan laju dengan raut wajah ceria
"DIA kerja kat mana sekarang?,"
"Sebuah restoran mamak di cheras sebagai pembantu dapur,"
Tan seri yahya mengeleng kepala "Awak ekori dia terus,"
"Baik Tan seri,"
Share this novel