Chapter Akhir

Romance Series 16317

"Wani.. wani..,"

Wani sufiya segera di bawa ke sebuah bilik yang berasingan. Bagi memantau keadaan kesihatannya dan juga baby di dalam kandungan

Raut wajah puan seri Dahlia tampak cemas begitu juga yang berada di dalam bilik itu.

Doktor yang bertugas bergegas memeriksa tekanan darah dan juga detak nadi wani sufiya

"Jangan cemas puan seri. Puan wani cuma pingsan saja,"

"Anak dalam kandungan doktor?,"

"Tiada apa-apa masalah,"

Puan seri Dahlia menarik nafas lega. "Doktor,"

"Ya saya puan seri,"

"Betul ke Dani cuma ada masa enam hari je lagi?,"

"Begitula kalau mengikut keadaan paru-parunya puan seri,"

"Tapi..," Puan seri Dahlia semakin cemas "Ya Allah.. betul ke doktor?,"

"Bersabarla puan seri,"

Kening puan seri Dahlia berkerut resah memandang wajah Sha, Azlan dan Borhan turut berada di dalam bilik itu semuanya tampak sebak bila doktor mengatakan anak lelakinya cuma mempunyai masa enam hari untuk hidup

Bahkan puan seri Dahlia sedar jika Danial seorang perokok tegar sejak habis tingkatan lima semuanya berpunca dari Aleya yang membuatkan anak lelakinya itu merokok

Dengan langkah yang berat puan seri Dahlia melangkah ke arah pintu berniat untuk melihat keadaan anak lelakinya

"Bukan ke semalam dani masih sedar?," Tanya Puan seri Dahlia kepada Sha, Azlan dan Borhan sebelum membuka pintu

"Betul makcik. Tapi lepas dia dapat tahu berita pasal wani.. keadaan dia terus jadi macam tu," Jawab Borhan

"Ya Allah..," Ucap Puan seri Dahlia sambil membuka pintu bilik

Sementara itu Syafik kelihatan duduk di atas kerusi di sisi birai katil mengelus-elus lembut tangan Wani sufiya sambil di temani Dania. Raut wajahnya tampak begitu risau dengan keadaan Kakaknya

"Kenapa kakak jadi macam nie.. kenapa kakak tak call adik..," Ucap Syafik dengan air mata berjatuhan

"Abang..," Dania cuba memujuk

Puan seri Dahlia berjalan perlahan. Fikirannya waktu itu jauh melayang memikirkan masalah yang di hadapi keluarganya. Pada masa yang sama, dia hairan mengapa keadaan kesihatan Danial tiba-tiba berubah bahkan sebelum ini keadaan kesihatan anaknya itu tampak seperti sudah pulih selepas di pindahkan ke hospital swasta

"Mungkin Dani saja bertahan sebab Wani. Ya Allah..," Puan seri Dahlia berdiri kemudian menyandarkan belakangnya pada dinding. Air matanya bercucuran jatuh membasahi pipi

SETELAH beberapa jam berlalu. Wani sufiya perlahan-lahan membuka mata. Dia menoleh ke kanan melihat adiknya terlena masih memegang tangannya

"Adik..., Adik.," Panggil wani sufiya pelan dan lembut

"Kakak..," Syafik mengankat wajah

"Kenapa tidur kat sini?,"

"Syafik risau,"

Wani sufiya tersenyum "Abang Dani macam mana dik?,"

"Kakak nak tengok abang Dani ke?,"

Wani sufiya mengangguk lemah dengan perasaan sebak di dada

"Abang Dani lama sangat cari kakak kat johor. Sampai keadaan dia jadi macam tu, dah macam pengemis kat sana,"

"Betul ke dik,"

Syafik mengangguk "Tapi syafik tak tahu pulak kak, kalau keadaan abang Dani separah tu,"

"Tolong kakak dik. Kakak nak jumpa abang Dani,"

Syafik bangun dari duduk. Kerusinya di alih. Pelan-pelan dia membantu kakaknya bangun. Dalam masa yang sama pintu bilik di buka dari luar. Dania melangkah masuk dengan membawa minuman. Sebaik saja dia melihat syafik sedang membantu Wani sufiya lakas tangannya menghidupkan suis lampu

"Wani nak pergi mana?,"

"Nak tengok abang Dani,"

Cepat-cepat Dania menaruh minuman yang di beli di atas meja kerana mahu membantu Wani sufiya

"Wani boleh jalan tak?,"

"Boleh," Jawan Wani sufiya sebaik turun dari katil

"Baik guna wheelchair je Wani. Dania takut kalau wani pingsan nanti,"

Belum pun sempat Wani sufiya menjawab. Syafik bergegas mengambil wheelchair

"Duduk kak,"

Nak tak nak Wani sufiya terpaksa menurut miskipun dia mampu berjalan untuk pergi melihat suaminya

Syafik menolak wheelchair tersebut sementara Dania membuka pintu bilik.

"Mak mana kak?,"

"Mak balik sekejap,"

"Siapa yang jaga abang Dani?,"

"Itu Wani jangan risau. kawan baik dia ramai,"

"Sepatutnya wani yang jaga,"

"Kakak'kan baru tahu,"

"Kenapala kakak lari dik?," Wani sufiya menangis esak kerana menyesal

"Kakak..,"

"Wani tak salah.. siapa pun akan lari kalau kena tipu macam tu. Dania pun akan lari..,"

"Tapi wani tak tanya abang dani,"

"Ahh.. Dia pun salah wani.. sibuk nak nguji-nguji wani.."

"Eh awak nie Dania," Syafik mencelah

"Betulla..,"

Wani sufiya mengesat-ngesat air matanya sebaik melihat Borhan dan Azlan sedang berada di luar bilik

"Eh Wani?," Borhan bergegas menghampiri Wani manakala Azlan masuk ke dalam bilik "Wani nak tengok Dani ke?,"

"Haah,"

"Dani dah sedar. Dia nak sangat jumpa dengan Wani,"

"Betul ke bang?,"

Belum pun sempat Borhan mahu menjawab pintu bilik telah di buka dari dalam. Mail dan Azlan melangkah keluar dari bilik itu

"Masukla wani,"

Syafik menolak wheelchair tersebut masuk ke dalam bilik

"Wani...,"

"Abang...," Wani sufiya bergegas bangun dari wheelchair kemudian meluru mendekati Suaminya yang masih terbaring "Abang.. Maafkan wani bang, maafkan wani," Mohon Wani sufiya dengan sayu sambil memeluk suaminya

"Wani pergi mana.. kan abang dah cakap tunggu abang..," Ucap Danial dengan nada pelan

"Maafkan wani bang.. wani salah,"

"Kenapa wani tak pecayakan abang..abang risaukan wani,"

"Wani minta maaf bang! arghh.. wani minta maaf..," Wani sufiya meraung esak

Syafik dan Dania sama-sama tidak sanggup melihat keadaan itu. mereka berdua mengambil keputusan melangkah keluar dari bilik itu

"Abang tak pernah putus asa cari Wani sebab abang cintakan Wani, tapi kenapa Wani lari daripada abang. Besar sangat ke salah abang?,"

"Tak!. argh.. Wani yang salah... wani yang salah,"

"Wani...,"

"Ya bang..,"

"Masa abang tak lama wani,"

"Tak. Tak. jangan tinggalkan wani abang!,"

"Tolong jaga anak kita baik-baik ya,"

"Abang! Abang! jangan tinggalkan wani.. tolong jangan tinggalkan wani!,"

Danial mengelus lembut pipi isterinya. Bibirnya yang kering mengukir senyuman bahagia "Abang betul-betul bahagia mengisterikan wani. Abang bersyukur sangat walaupun jodoh kita tak lama,"

"Abang!! jangan cakap macam tu! wani merayu jangan tinggalkan Wani!! tolong jangan tinggalkan wani,"

"Selamat tinggal sayang.. Jangan lupa doakan abang di sana ya,"

"Doktor! doktor!," Wani sufiya menjerit ketakutan"Abang!.. abang! jangan tinggalkan wani,"

Dengan pelahan-lahan Danial memejamkan kedua mata.. "Selamat tinggal sayang...,"

"Abang!!," Abang!!," Wani sufiya bergegas keluar "Adik! panggil doktor!," Wani sufiya meraung kuat sehingga mengejutkan semua orang yang sedang menunggu di luar

"Kenapa kak?,"

"Abang dani!.. abang Dani!,"

Pada masa yang sama terlihat kelibat puan seri Dahlia sedang berjalan laju menuju ke arah Wani sufiya bersama dengan seorang doktor

"Kenapa Wani?,"

"Abang Dani mak? abang Dani dah takde!,"

"Dah mati?,"

Wani sufiya yang sedang menangis esak terdiam terus apabila mendengar pertanyaan ibu mertuannya bersikap seakan ancuh tak ancuh dengan kabar tersebut

"Mari ikut mak,"

Puan seri Dahlia masuk ke dalam terlebih dahulu. Cepat sahaja kakinya melangkah menghampiri katil lalu?

"Pak!!,"

"Aduh! sakit!..," Danial serta merta tersedar apabila pipi kirinya di tampar

"Kurang ajar punya anak.. benda macam nie pun kau nak main-main!," Marah puan seri Dahlia sebaik mengetahui keadaan sebenar anak lelakinya melalui doktor yang merawat

"Sakitnya mak," Danial mengusap-ngusap pipinya

"Eh orang yang dah mati mana boleh rasa sakit,"

Wani sufiya tercengang memerhati Suaminya. "Abang bukan dah mati ke?,"

"Dia mainkan kau wani. bertuah punya anak.. langsung tak fikir isteri kau tu tengah mengandung,"

"Alaa.. lastla mak,"

"Last kepala hotak kau!.. kalau jadi apa-apa pada kandungan wani siapa yang nak tanggung!," marah betul puan seri Dahlia

"Abang...," pelan-pelan Wani sufiya menghampiri katil suaminya

"Maafkan abang wani.. abang saja je nak kena'kan wani," Danial tersengih-sengih

Puan seri Dahlia memaling. Anak matanya memandang satu persatu wajah di hadapannya

"Kami terpaksa makcik," Kata Mail

"Ah. ah makcik.. kami tak boleh buat apa-apa,"

Puan seri Dahlia mengeleng kesal "Korang berempat nie... dah tahu wani tu mengandung.. sampai hati korang ikutkan lagi si Dani nie,"

"Memang Kami taknak makcik tapi Dani tu keras kepala," Jawab Borhan serba salah

"Hisss korang nie..,"

"Abang.. abang tak apa-apakan?,"

"Tak sayang. abang sihat je,"

"Hiss abang nie buat wani takut je,"

"Siapa suruh lari,"

"Abang.... Wani minta maaf,"

"Nie. nie.," Danial menunjuk-nunjuk keadaan wajah dan tubuhnya "Dua bulan abang cari wani tahu tak. sampai keadaan abang jadi macam nie,"

Kerana perasaan bersalah semakin menupuk, Wani sufiya terus berlutut di atas lantai mengejutkan semua orang yang berada di situ

"Wani!," Tegur puan seri Dahlia

"Wani mohon ampun bang!," Ucap Wani sufiya dengan tangis esak

"Bangun wani," Arah puan seri Dahlia sambil di bantu Dania "Wani tak salah..,"

"Eh sapa kata salah.. keluar rumah tanpa izin suami dosa besar tahu tak,"

"Eh mak tampar juga muka kau tu Dani,"

"Laa betulla Dani cakap,"

Semakin kuat Wani sufiya menangis kerana dia tahu dosa yang dia lakukan sebagai seorang isteri

"Dah. dah Wani," Pujuk Puan seri Dahlia

Melihat isteri tercinta menangis esak terdetik juga perasaan bersalah dalam diri Danial kemudian mendepakan tangannya "Mari sini sayang,"

Melihat sahaja suaminya mendepakan tangan Wani sufiya meluru memeluk tubuh suaminya "Wani minta maaf bang!,"

"Ya abang maafkan,"

Suasana itu membuatkan sesiapa saja yang melihat turut merasa sebak sehingga mengalirkan air mata

SEBULAN BERLALU

"Syafik bas dah sampai," Kata Khalid sedang berada di luar rumah bersama adik beradik, anak-anak dan cucu-cucu berserta orang kampung yang akan berangkat ke kuala lumpur

"Ada berapa bas pakcik?,"

"Ada tiga. amboi banyak juga bakal mertua syafik sewakan kita bas,"

Syafik sekadar tersenyum

"Kita nak tidur mana nanti syafik?," Tanya Khalsum pula

"Makcik jangan risau. diorang dah sewakan hotel untuk kita,"

"Untuk kami semua nie ke,"

"Ah ah, Suami Kakak yang sewakan,"

Khalsum tersenyum bangga "Hiss makcik tak sangka suami Wani tu orang kaya,"

Khalid hanya tersenyum kerana dari awal lagi dia sudah tahu siapa sebenarnya suami Wani sufiya manakala keluarga di belah arwah ibu Wani sufiya pula hanya diam membisu

"Kalau semua dah bersiap. cepat-cepat naik bas,"

Mereka semua bergegas masuk ke dalam bas yang di sediakan bakal keluarga mertua syafik di mana Pada hari esok akan berlansungnya majlis pernikahan syafik dan Dania

KUALA LUMPUR

"Cepatla sayang,"

"Abang nie.. tolongla wani keluar,"

"Perut sayang dah besar.. kalau dulu bolehla abang dukung,"

"Bukannya wani suruh abang dukung,"

"Yala. yala. Sini pegang tangan abang,"

Tangan yang di hulur segera di sambut. Wani sufiya keluar dari kereta dengan hati yang bahagia untuk memeriksa kandungannya di klinik Doktor mastura

"Wani, Danial,"

"Makcik,"

"Amboi baru tiga bulan lebih tak sabor-sabor nak chek,"

"Alaa boleh ke makcik," tanya Danial

"Boleh. Jom masuk,"

Dengan hati yang senang Danial membawa isterinya masuk ke dalam klinik.

Di dalam bilik tertutup. Wani sufiya berbaring di atas katil. Doktor mastura duduk di sisi birai katil itu sambil meletakkan alat di perut Wani sufiya

Danial berdiri memerhati dengan hati yang gelisah

"Ya Allah..,"

"Kenapa makcik?," Tanya Danial sedikit terkejut begitu juga Wani sufiya

"Anak kembar,"

Danial menekup mulut

"Alhamdulillah kandungan wani semuanya normal. tahniah ya Danial, wani, you berdua dapat anak kembar sepasang,"

"Alhamdulillah!," Air mata Danial mengalir membasahi pipi kerana dek terlalu gembira begitu juga dengan Wani sufiya

"Alhamdulillah," Ucap Wani sufiya

"Kejap abang nak keluar ya sayang, abang nak bagitahu kat mak,"

Wani sufiya mengangguk

Sebaik sahaja Danial melangkah keluar. Serta merta dia melonjak kegembiraan. Handphone di dalam poket segera di tarik keluar untuk memberitahu ibunya kabar gembia

"Hello mak!,"

"Hello Dani, macam mana dengan kandungan wani?," Puan seri Dahlia terus bertanya

"Alhamdulillah. Mak! kami dapat anak kembar sepasang,"

"Ya Allah. Betul ke Dani!,"

"Betul mak!,"

"Alhamdulillah!. Nanti Dani bawa Wani balik rumah mak ya,"

"In sya allah mak,"

Setelah selesai mendapatkan rawatan. Doktor mastura memberikan beberapa vitamin untuk menjaga kesihatan kandungan Wani sufiya

"Esok makcik jangan lupa datang,"

"Of courselaa makcik kena datang.. makcik nak sangat tengok si tomboy tu kawin,"

Danial tergelak "Okayla makcik terima kasih banyak-banyak. Kami balik dulu ya,"

"Yala.. hati-hati drive kereta tu. kirim salam kat mak Dani,"

"In sya Allah,"

Selepas bersalaman dengan doktor mastura. Danial membawa isterinya pulang ke rumah ibunya

"Abang gembira tak?,"

"Tentula abang gembira. Tapi mak lagi gembira,"

Wani sufiya tersenyum malu "Terima kasih ya bang,"

"Hmm terima kasih.. apa tu?,"

"Sebab abang sewakan hotel untuk keluarga Wani,"

"Alaa.. keluarga wani.. keluarga abang jugak.. apa salahnya abang bantu,"

"Tapi wani tetap rasa bersalah sebab abang terpaksa keluar berlanja besar,"

"Wani... apa yang abang ada sekarang adalah milik Wani juga.. lagi pun semua duit yang abang keluarkan tu dari akaun wani. memang abang dah masuk awal-awal dalam akaun sayang,"

"Hah? abang masukkan duit dalam akaun wani, lepas tu abang ambil balik?,"

Danial tergelak besar "Nanti abang bayar balik ya,"

"Teruknya abang nie!,"

ADALA LAGI CHAPTER

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience