Chapter 11

Romance Series 16317

Setelah di ijab kabul. Danial bersama isteri di arak dari surau untuk ke majlis bersanding. Dalam perarakan itu kompang di tepuk meriah dengan nyayian dari anak-anak muda

Danial telihat tampak segak dan kacak begitu juga wani sufiya kelihatan anggun dan cantik. Sesampai sahaja mereka berdua di majlis bersanding para tetamu ada yang bangun untuk melihat mempelai duduk di pelamin tidak lama kemudian suasana majlis tiba-tiba di kejutkan dengan kehadiran kereta-kereta mewah memarkir di tepi jalan berhampiran majlis perkahwinan

Itu sudah cukup membuatkan para tetamu yang hadir tertanya-tanya siapa mempelai lelaki yang mengawini wani sufiya

Majlis berjalan dengan begitu lancar, Ahli keluarga Wani sufiya kelihatan ke sana sini memastikan lauk pauk cukup untuk di hidangkan kepada para tetamu yang hadir

"Aku ingat kita kena tinggalkan satu kereta untuk Dani kat sini," Ujar Mail

"Kereta mana. Kereta kau je yang besar yang lain semua dua pintu," Balas Borhan

"It's okayla, aku tinggalkan je kereta aku kat sini,"

"Kereta kau sempit Din, mana diorang nak letak beg pakaian diorang nanti,"

"Cuba tanya Dania nanti, diorang balik bila. kita bole tumpang," Cadang Mail

"Ah ah laa.. nanti aku tanya,"

Di atas pelamin. Beberapa Ahli keluarga wani sufiya naik ke atas untuk merenjis Pengantin. Namun ketika Ahli keluarga di sebelah arwah ibunya naik. Wani sufiya hampir saja mahu tergelak apabila anak mata makcik-makciknya asyik memandang pada Danial sehinggakan air yang di renjis mengenai baju pengantinnya

"Abang lupa nak tanya, kita nanti nak duduk kat mana?," Tanya Danial

"Rumah arwah Ayah, abang jangan risau, pakcik dah kemas,"

Danial tersengih-sengih sambil menjeling isterinya "Maksudnya kita berdua jelah,"

"Abang nie,"

Dania menyenget bibir memandang adiknya kerana dia juga turut mendengar perbualan itu

Majlis bersanding akhirnya berakhir apabila selesainya santapan pengantin. Danial dan wani sufiya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para tetamu yang hadir

Mail, Borhan, Azlan mengambil keputusan untuk menumpang kereta Dania untuk pulang ke KL esok

"Minyak jangan kau biar kosong Dani,"

"Don't worries my friend aku akan pastikan tinggal suku je," Danial tergelak

"Terima kasih abang mail nanti Wani isi minyak,"

"Eh sama-sama wani," Mail serba salah

Rakan-rakan Dani yang mengendarai kereta mewah pulang terlebih dahulu. Wani sufiya mengajak Dania, sya, mail, Borhan dan Azlan berehat di rumah arwah ayahnya.

"Mana Dania?," Tanya Mail ketika berjalan menuju ke rumah arwah ayah wani sufiya

Sya menyenget bibir "Mana lagi teman syafikla,"

Danial tergelak kuat.. "Teruk dah kakak aku tu,"

"Betul ke diorang tu bercinta?,"

"Dah panggil abang pun," Sya menjawab

"Wow belum apa-apa dah panggil abang,"

"Alhamdulillah. ada juga jodoh dia,"

"20 tahun menunggu siot,"

Danial, Mail, Azlan dan Borhan ketawa sakan. Wani sufiya mengeleng melihat kerenah suaminya

MALAM pantas menjelang. Kini hanya tinggal Danial bersama isterinya berdua. Selepas selesai sahaja solat isyak. Mereka berdua duduk di ruang tamu berbual mesra

"Lebih duit nie nanti wani nak belikan motor untuk abang,"

"Perlu ke?,"

"Perlu bang. Kedai runcit, kedai makan jauh dengan flat kita,"

"Lrt?,"

"Lrt tu jalan kaki pun boleh.. cuma ambik masa sikit,"

"Sikit tu berapa?,"

"Ala dalam 10 minit je,"

"Berapa bajet Wani?,"

"Dalam 3600 ringgit. Cukup ke bang?,"

"Kalau motor baru memang tak dapatla. Tapi kalau motor second tu mungkinla ada,"

"Okay tak?,"

"Okay,"

"Nanti abang jela pilih. Wani tak pandai,"

"Kenapa wani tak tanya kalau abang ada duit ke tak?,"

"Hiss abang nie.. abangkan baru kerja. Takpela wani keluarkan duit dulu. Kita'kan suami isteri,"

Danial mengeluh senyap. Wajah isterinya di tatap sayu.. Rasa bersalah pula hatinya saat itu, ingin terus menipu isterinya

"Wani tak kisah ke ada suami takde duit?,"

"Kenapa cakap macam tu bang, Duit bukannya boleh bawa kebahagian. Kalau duit takde, wani boleh carikan, wani cuma nak hidup bahagia dengan abang,"

"Macam mana kalau abang tiada kerja?,"

"abang duduk jela rumah. biar wani je yang kerja," Wani sufiya tersenyum iklas dengan ucapannya

Danial terangguk-angguk pelan miskipun hatinya saat itu semakin di belenggu perasaan bersalah

Setelah berada di kampung halaman Wani sufiya selama tiga hari. Sudah sampai waktunya mereka berdua harus pulang semula ke kota kuala lumpur. Wani sufiya kelihatan sibuk menyusun beg-beg pakaian di belakang kereta manakala Danial pula sedang asyik berbual dengan pakcik-pakcik Wani sufiya.

"Bawaq keta tu hati-hati ya Dani. Tak usah laju-laju biaq pelan asal selamat,"

"In sya Allah Pakcik, Nanti kalau pakcik, makcik ada masa datangla KL,"

"In sya Allah," jawab Khalid, Khalsum sekadar mengangguk

"Pakcik, makcik kami balik dulu ya," Ucap Wani sufiya, bergegas wanita itu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan pakcik-pakcik dan makciknya

"Nie Dani, Jaga Wani baik-baik ya. jangan bergado kalau ada masalah. Biasala setiap rumah tangga ada dugaannya, tapi sebagai suami cubala bersabaq,"

Danial mengangguk mengerti "Ya faham pakcik. In sya Allah saya akan jaga wani baik-baik,"

"Jaga diri hang baik-baik ya wani,"

"Baik makcik,"

Setelah selesai bersalaman. Kereta di pandu Danial bergerak meninggalkan halaman rumah Khalid.

"Semoga rumah tangga kamu berdua berkekalan sehingga ke jannah," Doa Khalid di dalam hatinya

"Abang,"

"Ya wani,"

"Boleh singgah satu tempat tak?,"

"Mana?,"

"Kita pergi ziarah dulu kubur arwah ayah dengan mak wani, boleh,"

"Tentula boleh.. Wani tunjuk je jalan,"

Perjalanan yang di ambil tidak sampai 15 minit. Sesampai sahaja mereka di sebuah kawasan perkuburan. Wani sufiya menyuruh suaminya supaya memarkirkan kereta di tepi jalan.

Mereka berdua keluar dari kereta. Wani sufiya berjalan di hadapan melewati beberapa tanah perkuburan di situ sebelum sampai ke tanah perkuburan Arwah ayah dan ibunya

Wani sufiya memberi salam "Mak, ayah. wani datang. Wani dah kawin. Ini suami wani, Danial," Ucap wani sufiya dengan nada yang sebak "Abang. Inilah kubur arwah ayah, mak wani,"

Danial memberi salam kemudian menadah tangan membaca doa sebelum mempekenalkan dirinya

"Arwah ayah dengan mak wani hidup saling cinta mencintai walaupun hidup susah. Selama wani di besarkan, wani tak pernah nampak atau dengar arwah ayah dengan mak bergaduh sebab itula mereka di jemput bersama. Ayah, mak. Wani tak pernah salahkan ayah, tak pernah salahkan mak tinggalkan wani dengan syafik. Sekarang Syafik dah berjaya, wani pun dah kawin," Wani sufiya mengesat-ngesat air matanya yang berjatuhan "Wani akan sentiasa doakan ayah dengan mak di sana,"

Danial memelukan bahu wani sufiya bagi menenangkan isterinya itu "Jangan menangis sayang. Tak baik,"

Wani sufiya mengangguk mengerti

Mereka berdua menyambung semula perjalanan. Di dalam kereta, wani sufiya selalu tersenyum. Danial pula lebih kerap menjeling untuk melihat wajah isteri tercinta

"Dulu, waktu wani usia enam tahun wani selalu perhati hubungan arwah wani dengan arwah mak. Ayah selalu pergi berkerja awal pagi, kadang-kadang arwah ayah akan balik makan tengahari kadang-kadang tak, Bila arwah ayah balik tak kira penat arwah ayah selalu tersenyum, cakap dengan kami lembut je. Satu hari, waktu wani tingkatan empat, wani ada bertanya pada arwah mak mengapa arwah sanggup hidup susah dengan arwah ayah padahal wani dengan syafik tahu kalau arwah mak dari keluarga senang, arwah mak pun dulu memang seorang yang cerdik, kalau kat umah, arwah makla yang ajar kami. Kalau bab mengaji, solat arwah ayah yang ajar," Wani sufiya menoleh memandang suaminya

"Arwah mak wani jawab apa?,"

"Sebab arwah mak sangat mencintai arwah ayah. Dan arwah mak cakap pilihan dia tak pernah salah. Arwah ayah tak pernah lupa tanggungjawab dia sebagai suami sebagai ayah, walaupun hidup kami tak senang tapi arwah ayah selalu pastikan kami makan tiga sekali sehari," Jawab wani dengan sebak "Arwah mak selalu pesan pada wani. Jika satu hari nanti, wani berkahwin. Arwah mak pesan supaya wani menjadi isteri yang selalu memberi sokongan, bantuan pada suami, tak kira kalau suami wani nanti orang susah atau senang. yang penting wani perlu pandai memikul tanggungjawab sebagai isteri. Wani nak jadi macam arwah mak,"

Keinginan Wani sufiya itu membuatkan Danial tersenyum melihat tekad isterinya "wani jangan risau. Abang janji abang akan jaga wani, abang akan bahagiakan wani,"

KUALA LUMPUR

Aleya mengigit-gigit kuku, Alisnya berkerut seakan memikirkan sesuatu yang berat. Pagi-pagi lagi dia sudah mendengar gosip hubungan antara Dania dan Syafik itu membuatkan hatinya merasa geram.

"Itu rupanya alasan mengapa kau tolok ajakan aku ya Syafik," Aleya berdegus kuat. Tangannya menghempuk meja. Dia amat memelukan Syafik dalam rancangannya untuk membina syarikat guamannya sendiri jika syafik benar-benar bercinta dengan Dania rancangannya untuk mendapatkan syarikat Infernal Engine games akan terhalang

"Sial betul'la, siapa ceo syarikat tu?," Bisik Aleya geram

"TUK. TUK. TUK,"

Mendengar sahaja pintu pejabatnya di ketuk, Aleya menarik nafas panjang bagi menenangkan hatinya. Bibirnya tersenyum

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka. Seorang lelaki berjaket biru melangkah masuk ke dalam pejabat sebaik menutup pintu itu semula

"So macam mana?,"

Lelaki itu mengeleng "Memang susah Cik Aleya,"

"Aduh," Aleya mengaru-garu rambut ikalnya "You'kan penyiasat. Tak akan itu pun you tak boleh siasat,"

"Saya dah siasat tapi maklumat syarikat itu hanya tertera empat nama sahaja nama ceo syarikat memang langsung tiada. Saya ada juga bertanya dengan perkerja syarikat tu. Mereka hanya menyebut empat nama sahaja. Tapi?,"

"Hah.. cakap jelah,"

"Saya dapat tahu. Dalam dua minggu. Ceo syarikat tu akan pergi ke china,"

"Bila tarikhnya,"

"Itu saya tak dapat tahu,"

"Hey! I bayar you tahu tak. Bukannya sikit,"

"Tenang Cik Aleya. Saya memang tak tahu. Tapi ada peguam dalam syarikat nie yang tahu,"

Aleya terdiam sejenak, kelopak matanya berkerut "Tentula syafik yang tahu," Aleya kembali memandang lelaki di depannya "Apa alasan Ceo syarikat tu perlu pergi ke China?,"

"Kerjasama melibatkan projek puluhan juta, mungkin buat games,"

"Apa nama syarikat china tu?,"

"Tencent holding. Itu adalah salah satu syarikat terbesar di china malah dunia dan kerjasama tu harus melibatkan pertemuan dua Ceo syarikat,"

Aleya terangguk-angguk mengerti, Raut wajahnya yang tadi berkerut marah kini sudah terlihat sedikit tenang "Good job. Nanti i akan call you,"

"Baik Cik Aleya,"

Bibir Aleya tersenyum puas. Dengan maklumat itu, dia yakin, kali ini dia akan mengetahui siapa sebenarnya Ceo syarikat itu bahkan waktu itu dia turut merasa yakin untuk mendapatkan maklumat tarikh dari syafik

Dalam langkah menuju ke bilik Aleya. Langkah syed izham terhenti. dia memandang kelibat seorang lelaki keluar dari bilik Aleya

"Itu David. Dia buat apa jumpa Aleya?," Bisik Syed izham di dalam hati turut mengenali lelaki itu

Tangannya mengetuk daun pintu

"Masuk,"

Pintu pejabat di buka. "Good morning,"

"Good morning Izham,"

"Tadi i nampak David keluar dari bilik you?,"

"Kenapa you tanya. you'kan tahu dia private investigator,"

"Yes i know Aleya, Tapi you nak siasat siapa. kes pun tiada,"

"Siapa lagi?,"

Syed izham mengeleng-geleng pelan seakan mengetahui siapa yang di maksudkan Aleya "Tak habis-habis dengan Ceo syarikat games tu,"

"Izham... i bukan berminat dengan Ceo tu. Tapi syarikat games tu. To your information. Dalam dua minggu nie ceo syarikat itu akan mengadakan pertemuan dengan Ceo Tencent holding melibatkan projek puluhan juta. Not ringgit okay but dollar. Kalau kerjasama tu berjaya. agak-agak berapa Syafik akan dapat komisen,"

Mendengar sahaja maklumat dari Aleya. Darah di dalam tubuh Syed izham tiba-tiba mendidih. "Sial! sepatutnya i yang layak jadi peguam syarikat tu bukannya syafik,"

Aleya ketawa kecil sambil bangun dari kerusinya kemudian berjalan menghampiri Syed izham "I pun setuju dengan you Izham. Budak mentah tu memang tak layak. Sebab tu you kena tolong i rampas syarikat itu dari dia,"

"Rampas.. you nak rampas macam mana?,"

"Selalunya... Orang yang suka berahsia macam tu, kemungkinan i rasa dah kawin. privasi konon,"

"Apa maksud you Aleya? please jangan cakap dengan i, you berniat nak runtuhkan rumah tangga ceo tu,"

"Well.. jika keadaan terdesak. Tapi jika i buat semua tu, Bukan untuk kepentingan i saja. Tapi untuk you sekali,"

"You gila Aleya,"

"Dengar sini Izham. You nak tolong i ke tak?,"

"Of course not Aleya,"

"Kalau you tolong i dapatkan syarikat tu. I akan pastikan you punya jawatan bukan setakat peguam tapi timbalan Ceo izham,"

"Habis tu hubungan kita?,"

"Tolong i dulu.. baru kita cerita hubungan kita nanti,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience