Chapter 16

Romance Series 16317

Bertaut alis Danial, hairan melihat isterinya berjalan terencut-encut

"Kenapa sayang, kaki sakit ke?,"

"Lenguh je,"

"Banyak sangat kerja tadi,"

Wani sufiya sekadar mengangguk kerana ketika itu dia sedang memasak makan malam

"Nanti lepas makan abang tolong urutkan,"

"Terima kasih abang,"

JAM lapan malam wani sufiya selesai memasak. Mereka berdua makan di ruang tamu. Miskipun kedua pehanya merasa sangat lenguh namun Wani sufiya langsung tidak mengadu. Dia tetap melayan suaminya penuh kasih

"Belakang buku lali sayang nie melecet," Ujar Danial sebaik sahaja mereka selesai makan malam. Danial terus melihat kaki isterinya "Sayang banyak berjalan ke?,"

"Kat office tadi banyak kerja abang. Tak macam selalu. Itu yang jadi macam nie,"

Danial mengangguk-agguk kepala mengerti kemudian bangkit mencari plaster untuk menutup tempat yang melecet

"Nasib baik esok sayang cuti. Mungkin luka tu sempat kering,"

Wani sufiya tersenyum memerhati Suaminya merawat kakinya. Waktu itu hatinya sedikit sebak kerana esok suaminya akan ke kuantan selama beberapa hari. Ikutkan hati mahu saja dia menghalang suaminya itu pergi

"Esok pukul berapa Azlan ambil abang?,"

"Tengahari. dalam jam dua,"

"Abang hati-hati ya jangan lupa call wani bila dah sampai,"

"In sya Allah sayang,"

ENTAH mengapa pagi bergitu pantas menjelang. Sebaik sahaja selesai solat subuh. Wani sufiya terus ke dapur. Semalam dia ada membeli sotong, berniat ingin memasak nasi lemak sambal sotong kegemaran suaminya

Seperti biasa. Danial duduk bersandar di ruang tamu dengan kedua mata tertutup. Kedengaran dekuran kecil yang keluar dari nafasnya

Wani sufiya melangkah pelan ke ruang tamu. Sebaik sahaja dia melihat suaminya masih terlena. Diam-diam kakinya melangkah masuk ke dalam bilik

Di atas meja solek terlihat dompet berserta Handphone milik suaminya ada di situ. Wani sufiya mengambil dompet suaminya lalu di buka

"Hiss abang nie... nak pergi kuantan duit dalam dompet ada 20 ringgit je," Bisik wani sufiya pelan kemudian dia mengambil handbag'nya pula lalu mengeluarkan duit sebanyak 500 ringgit di salukkan ke dalam dompet suaminya "Harap-harap cukup,"

Langkah di susun pelan. Hidangan sarapan pagi sudah di hidang di ruang tamu, manakala Danial masil lagi ketiduran

"Abang-abang," Panggil wani sufiya lembut

Danial tersentak terkejut. Kelopak matanya membulat memandang isterinya "Dah pukul berapa sayang,"

"Pukul 9,"

"Ya Allah, abang tertidur,"

"Abang pergila basuh muka dulu,"

"Yalaa.," Di saat Danial mahu bangun. Anak matanya terpandang lauk sambal sotong di atas pinggan "Hiss macam sedap je,"

"Abang kenala rasa dulu. Baru puji,"

Danial ketawa kecil kemudian bergegas ke dapur mahu mencuci wajahnya

"Macam mana bang, sedap tak?,"

"Alhamdulillah, sedapla sayang. Pandai sayang masak,"

"Bukan wani tapi YouTube,"

"Ooo.. tapi abang tetap cakap jujur, lauk nie memang sedap," Puji Danial lagi

WAKTU yang tidak ingin di tunggu wani sufiya akhirnya datang juga. Danial keluar dari bilik dengan berpakaian kemas sambil membawa beg pakaian. Wani sufiya pantas mengambil beg pakaian dari tangan suaminya

"Azlan dah sampai ke bang?,"

"Dah. Dia tunggu kat bawah,"

Wani sufiya mengangguk dengan wajah sebak.

"Sayang janganla sedih. Abang pergi sana tak lama. in sya Allah sabtu abang balik,"

"Ya wani tahu. abang hati-hati ya. Janganla lupa call wani selalu,"

"In sya Allah sayang,"

Sesampai saja mereka berdua di bawah. Azlan sudah kelihatan berdiri di tepi sebuah kereta

"Hai Wani,"

"Hai Abang Azlan,"

Mereka berdua saling tegur menegur

"Abang pergi dulu ya sayang,"

"Baikla bang. Abang jaga diri baik-baik ya, jangan lupa call wani,"

"In sya Allah,"

Wani sufiya menyalam tangan suaminya lalu di cium namun ketika itu Danial turut merasa bersalah meninggalkan isterinya keseorangan

"Abang. Wani nak minta izin keluar dari rumah untuk berkerja,"

"Abang izinkan sayang. itu pun berkaitan dengan kerja saja. kalau hal lain kena minta izin dengan abang dulu,"

"Wani faham bang,"

Dengan penuh kasih, Danial memeluk isterinya lalu menghadiahkan cium di dahi "Jaga diri sayang ya. apa-apa hal call abang,"

"Baikla bang,"

"Abang pergi dulu ya assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam,"

Air mata yang di tahan sejak tadi tidak mampu di bendung lagi. Wani sufiya menangis esak sebaik sahaja suaminya masuk ke dalam kereta. Hatinya semakin sebak sebaik kereta di naiki suaminya bergerak pergi.

Satu lembaian kasih di hadiahkan untuk suami tercinta sambil hatinya berdoa agar suaminya selamat pergi dan selamat pulang di sisinya semula

Danial melihat ke belakang. Meninggalkan isteri tercinta membuatkan hatinya juga sebak.

"Sedih ke Dani?,"

"Hiss tentula aku sedih,"

"Ala, empat hari je pun,"

"Empat hari tu azlan, bagi aku macam empat tahun tahu tak,"

Azlan ketawa kecil

"Aku duit tak keluar lagi," Danial menyeluk poket di belakang seluar untuk mengeluarkan dompet

"Passport kau ada bawa tak?,"

"Ada," Danial membuka dompetnya "Eh?," Matanya Terbeliak

"Hah kenapa?,"

"Aduhai.. Wani letak duit dalam dompet aku," Danial cuba menahan air matanya berjatuhan

"Berapa?,"

"Lima ratus," Nada suara Danial kedengaran sebak

"Dani-dani," Azlan mengeleng "Dapat bini baik macam tu pun masih nak menguji,"

"Kan aku dah cakap, sebulan je,"

"Suka hati kaula Dani,"

KEESOKAN pagi Wani sufiya bergegas untuk memulakan kerja barunya. Jam 7.30 dia sudah turun ke bawah. Untuk ke tempat kerja barunya perlu berjalan kaki selama 20 minit

Malam tadi hatinya sedikit terubat setelah berbual panjang dengan suaminya. Namun ketika Wani sufiya sedang berjalan, dia merasakan lenguh pada kedua belah kakinya

Wani sufiya menarik nafas panjang. Kakinya terus melangkah dengan mengabaikan lenguhnya itu

"Awak wani ka?,"

"Ya saya,"

"Okay. awak punya kerja sana dapur. Tolong itu potong sayur ka. bawang ka. nanti pinggan, gelas, kuali kaci cuci. awak tak perlu datang depan. Nanti ada orang bawa itu dalam dapur. Awak faham tak?,"

"Saya faham,"

"Gaji awak mahu terus ka atau minggu ka, atau hujung bulan,"

"Saya mahu hujung bulan,"

"Okay awak boleh mula kerja sekarang,"

Wani sufiya segera menyarung apron pada tubuhnya kemudian melangkah masuk ke dalam dapur. Di dalam ada beberapa orang lelaki india sedang memasak lauk pauk

"Awak tolong cuci ini periuk," Salah seorang lelaki india memberi arahan kepada wani sufiya. Wani sufiya sekadar membalas dengan anggukan

Dan bermulalah perkerjaan hari petama wani sufiya di restoran itu. Di sebelah pagi, perkerjaannya lebih banyak mencuci periuk dengan kuali namun apabila waktu tengahari. Para Pelanggan mula memenuhi restoran itu untuk menikmati makan tengahari.

Hampir dua jam Wani sufiya hanya berdiri di hadapan singki mencuci pinggan mangkuk dan gelas tanpa seminit pun dapat berehat bahkan dia langsung tidak dapat berehat untuk makan tengahari

"Wani. sebelum awak balik. nanti awak bole bungkus makanan bawa balik,"

"Baikla. terima kasih baiya,"

Jam tiga tengahari Wani sufiya membungkus makanan sebelum balik. Entah mengapa lenguh di kedua kakinya menghilang ketika berjalan balik ke rumah. Jam 8 malam nanti, dia akan berkerja part time pula di pusat karaoke

Sesampai sahaja di rumah. Wani sufiya memeriksa WhatsApp. Ada banyak WhatsApp di kirim adiknya syafik manakala pesanan dari suaminya tiada

"Abang mesti tengah sibuk," Wani sufiya memeriksa pesanan WhatsApp dari adiknya. Kebanyakan bertanyakan kenapa dia tidak masuk berkerja.

"Dania tak bagitahu ke kat adik aku kena berhenti?," Ucap wani sufiya hairan.

"Kakak dah di berhentikanla adik. sebab syarikat pakai cleaner bangunan. tapi adik janganla risau. syarikat bayar dua bulan gaji pada kakak. sekarang nie pun kakak dah kerja," Pesanan di taip Wani sufiya kemudian di kirim kepada adiknya

"Solat dulu. lepas tu baru makan," Ucap wani sufiya

WISMA tun Borhan

Syafik melangkah laju menuju ke bilik Dania. Pintu terus di buka tanpa di mengetuk terlebih dahulu

"Syafik?,"

"Saya tak tanya pada awak. Kenapa kakak saya di berhentikan?," Soal syafik sebaik sahaja menutup pintu

"Eh i tak tahu syafik?," Dania terpaksa berpura-pura dan di kala itu jantungnya mula berdebar dengan kuat

"Patutla dua hari saya tak nampak kakak saya. Katanya company kita dah guna cleaner bangunan,"

Dania bangun dari duduknya "I betul-betul tak tahu syafik. Kalau i tahu, you orang petama yang akan i bagitahu,"

Raut wajah syafik kelihatan resah "Awak kan tahu masalah kakak saya tu. Ada suami setakat kerja part time je. Katanya dia dah dapat kerja. entah apa kerja dia dapat,"

"You ada tanya tak dia dapat kerja apa?,"

"saya ingat nak jumpa kakak saya malam nie,"

"You nak pergi rumah dia ke?,"

"Tak. kakak saya buat part time,"

"I ikut,"

"Tak payah. saya pergi sendiri je," habis saja bicara Syafik terus keluar dari pejabat itu

Melihat sahaja buah hatinya keluar begitu sahaja membuatkan Dania merasa semakin bersalah kerana sengaja berpura-pura tidak mengetahui masalah Wani sufiya

"Ini semua salah kau Dani. kalau aku tak jadi kawin siap kau!,"

JAM 1 pagi wani sufiya terkejut sebaik melihat adiknya menunggu di luar

"Adik?,"

"Jom pergi minum dulu. Nanti adik hantar kakak balik,"

Wani sufiya mengangguk tersenyum

Seperti biasa restoran yang masih beroperasi di ibu kota hanyalah restoran mamak. Syafik duduk bersama kakaknya memilih minuman masing-masing

"Kakak tak nak makan?,"

"Kakak kenyang,"

"Abang Dani pergi kuantan ke?,"

"Ah ah,"

"Kakak dapat kerja apa?," Syafik terus bertanya

"Kerja pembantu dapur je. Tapi dekat dengan tempat tinggal kakak,"

"Berapa gajinya,"

"Sejam 17 ringgit dik. Setiap hari kakak kena kerja 7 jam,"

"Kerja tetap ke?,"

Wani sufiya mengeleng "Part time,"

Syafik menatap wajah letih kakaknya Hatinya terus merasa sebak. Dia tahu kerja pembantu dapur sangat meletihkan

"Kakak ada duit?,"

"Ada'la adik. Adik janganla risau,"

Syafik mengeleng kepalanya kerasa kesal "Adik ingat kalau kakak kawin hidup kakak akan berubah. Tapi makin teruk,"

"Adik? kenapa cakap macam tu. Kakak hidup bahagia dengan abang Dani,"

"Kebahagian kak akan tergoncang jugak kalau rumah tangga ada masalah dengan kewangan. ini KL kak bukan kampung,"

"Ya itu kakak tahu. tapi duit tu kakak boleh cari,"

"Sampai bila kak?,"

"Sampai bila-bila. selagi kakak sihat, selagi kakak ada tenaga,"

Syafik menghela nafas tenang. Jawapan kakaknya itu sama persis ketika di kampung sewaktu kakaknya bertekad ingin pergi ke KL untuk mencari perkerjaan. Dan dia berjaya dalam hidup pun dari duit hasil perkerjaan kakaknya

"Kakak janganla senyap je. kalau kakak ada masalah, tolongla beritahu adik sekurang-kurangnya adik boleh tolong,"

"In sya Allah. adik janganla risau

JUMAAT adalah hari yang cukup meletihkan wani sufiya, manakan tidak selepas sahaja solat jumaat restoran tempatnya berkerja di penuhi pelanggan sehingga majikannya menyuruh dia mengutik pinggan mangkuk dan gelas di depan

Wani sufiya terus berkerja tanpa henti sehinggalah jam tiga. Wajah dan tubuhnya di basahi peluh.

"Wani?,"

"Ya saya,"

"Awak mahu kerja part time tak?,"

"Kerja apa Baiya?,"

"Kerja kemas dapur kat rumah orang kaya. Dia bayar sejam 250 ringgit,"

"Banyaknya,"

"Kerja dua jam saja. dari jam 8 malam sampai jam 10. Total 500. Awak mahu tak?,"

Wani sufiya tidak terus memberi jawapan kerana malam ini dia berkerja di pusat karaoke Ratu namun tawaran perkerjaan itu betul-betul lumayan

"Mana rumahnya?,"

"Sini saya bagi awak alamat,"

Sebaik sahaja habis berkerja di restoran. Wani sufiya mengambil keputusan untuk membuat part time di pusat karaoke Ratu lebih awal itu pun dia bernasib baik di benarkan supervisor yang bertugas di sana.

Dari jam 3.30 petang dia melakukan perkerjaan sehingga jam 8 malam setelah itu dia menaiki grab untuk pergi ke alamat yang di berikan majikannya siang tadi

"Besarnya rumah," Ucap Wani sufiya sebaik keluar dari kereta. Dia melangkah menghampiri pintu pagar besar yang tertutup rapat. "Orang dalam tu boleh dengar ke kalau aku bagi salam,"

Wani sufiya kebingungan namun tetap memberi salam dengan suara yang agak kuat. Setelah beberapa kali memberi salam. Kedengaran suara kecil menjawab. Tidak lama kemudian muncul susuk tubuh wanita berjubah berjalan menghampiri pagar rumah

"Cari siapa dik?,"

"Maafkan saya kalau menganggu. Saya datang sini nak berkerja sebagai pembantu dapur,"

"Oh ya. ya, sekejap," Wanita itu mengeluarkan sesuatu dari poket jubahnya dan kemudian pintu pagar terbuka secara automatik

"Nama siapa?,"

"Nama saya wani sufiya,"

"Saya puan seri Dahlia. wani panggil saya makcik pun takpe,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience