Chapter 8

Romance Series 16317

NYAMAN sungguh suasana subuh kampung Alur utara. Melihat bertapa indahnya kabus menyelubungi segenap pelusuk kampung dengan udara segar yang dapat mendinginkan hati sesuatu yang sulit untuk di rasai di Kuala Lumpur

Danial mengambil beberapa foto ketika berjalan pulang dari surau. Khalid bersama isteri sudah pun mengunakan laluan lain untuk pulang kini hanya tinggal Kamal, Danial dan Wani sufiya

Wani sufiya mencuit-ciut pinggang Danial sengaja ingin bergurau bila melihat Danial bergitu asyik mengambil foto

"Gambar saya tak nak ambil ke?,"

"Tak nak... hari-hari nampak buat apa lagi nak ambil gambar,"

Kamal tergelak geli hati.. wani sufiya sudah pun memuncungkan bibir

"Memanglaa awak nampak saya hari-hari tapi bila dah tak nampak awak mesti tengok gambar perempuan lain'kan,"

"Tengok gambar je pun.. tak akan itu pun salah. Hang nie wani nanti lepas kahwin Dani nak tengok gambar Artis pun tak boleh," Kamal mencelah

"Aah'kan pakcik..," Danial dan kamal ketawa sengaja mahu mengusik Wani sufiya

"Ke situ pulak pakcik nie.. hiss geramlah,"

Wani sufiya melajukan langkah dengan raut wajah merajuk. Di hentak-hentak kakinya saat berjalan

"Saya dengan pakcik bergurau jelah Wani.. Tak akan itu pun nak merajuk," Ujar Danial

"Saya tak merajuklaa.. saya nak cepat, nak tolong makcik memasak,"

"Kalau tak merajuk janganla hentak kaki tu.. kesihan tanah tak bersalah,"

Kamal mengeleng melihat gelagat anak buahnya itu

"Dani boleh bawa kereta?,"

"Boleh,"

"Esok guna jelah kereta pakcik. senang sikit Dani dengan Wani nak gerak. Esok kan banyak tempat nak kena pergi,"

"Boleh ke pakcik?,"

"Hiss apa pulak tak boleh.. tapi kereta pakcik tu kereta biasa je. orang muda-muda segan nak guna,"

"Takdela pakcik.. saya tak kisah pun. Janji boleh gerak,"

"Pakcik lupa nak tanya Dani pasal keluarga Dani.. diorang setuju ke Dani kawin dengan wani?,"

"Sebenarnya bukan masalah diorang setuju ke tak pakcik.. tapi masalahnya datang dari saya. mampu ke pikul tanggungjawab sebagai suami sebab tu buat masa nie saya kena rahsiakan dulu dari orang tua saya. saya nak buktikan pada mereka yang saya nie mampu,"

"Orang tua Dani, orang berada ke?,"

Danial mengangguk tanpa berselindung mengenai keluarganya

"Wani tahu ke?,"

Danial mengeleng pula "Kalau boleh saya nak rahsiakan dulu dari dia.. boleh tak pakcik jangan beritahu dia anggap jelah ini rahsia antara kita,"

"Eh boleh.. Tapi pakcik risau Dani?,"

"Risau apa pakcik,"

"Yalaa pakcik risau kalau nasib Wani nanti jadi macam dalam drama.. kena layan macam hamba dengan keluarga mertua,"

Danial ketawa kecil.. "Hiss takdelaa sampai ke situ pakcik.. Orang tua saya bukannya jahat..,"

"Bukan tu maksud pakcik.. Dani pun tahu kan, wani tu perempuan biasa je dah tiada orang tua. Kerja pun setakat cleaner.. kalau betulla Dani dari keluarga kaya. Nak ke orang tua Dani terima menantu perempuan macam Wani?,"

"insya-Allah pakcik saya yakin orang tua saya akan terima,"

SEBAIK sahaja selesai bersarapan pagi bersama ahli keluarga Kamal. Wani sufiya mengajak Danial berjalan melihat permandangan sawah padi milik pakciknya

Sudah tentulah membuatkan Danial teruja. Sebaik menukar pakaian yang lebih selesa. Mereka berdua hanya berjalan kaki memandangkan Sawah padi hanya terletak di belakang rumah Kamal

Pagi itu masih muda. Waktu pada jam tangan Danial menunjukkan waktu 7.15 pagi. Langkah yang di atur tidak terlalu lama. Udara begitu segar.. Sisa-sisa kabus masih lagi terasa dingin

Danial terkesima. Retinanya terpegun melihat sebuah permandangan yang sangat luas nan menghijau

"Cantiknya..,"

Hamparan Sawah padi nan menghijau menghiasi permandangan yang indah lagi menyamankan.. Kepulan awan seperti kapas yang menghiasi langit biru. Dari jauh terlihat sebuah bukit gagah berdiri menambahkan lagi keindahan

Sudah menjadi hobi Danial sejak di bangku sekolah, dia mudah terpesona dengan keindahan alam jika ada sesuatu yang indah pada pandangannya. Dia pasti akan memPotret'kan dalam telefon pintarnya. Tidak hairan jika gallery app telefonnya di penuhi foto-foto permandangan sahaja

"Cantik tak?," Tanya wani sufiya dengan senyuman mekar sehingga terlihat jelas lesung pipitnya

Danial mengangguk. Wajah Wani sufiya di renung agak lama entah mengapa bila melihat wajah Wani sufiya permandangan di sekitarnya menjadi lebih indah

"Kenapa awak tenung saya?,"

"Bila saya tengok awak, permandangan kat sini akan lebih cantik,"

Raut Wajah Wani sufiya serta merta berubah. kulit wajahnya yang putih sudah kelihatan kemerahan "Yala tu... Dahla! jomla kita ke sana,"

Cepat sahaja wani sufiya mengalihkan wajah dengan bibir tersenyum lebar. Malu sungguh bila mendengar pujian dari Danial

"Kalau betul.. kenapa awak tak pernah ambil gambar saya,"

Langkah Wani sufiya terhenti.. Jantungnya tiba-tiba berdengup kencang. Retinanya menjeling pada bahu kirinya

"Pandanglah sini," Danial mengankat sedikit tangan yang memegang telefon.. tangan kirinya pula berada di atas bahu Wani sufiya "Senyum,"

Meraka berdua berdiri rapat lalu ber'selfie dengan raut wajah wani sufiya terlihat jelas masih tergamam

Kening Danial bertaut melihat gambar yang di ambil tadi.. "Kenapa awak tak senyum wani. Macam saya bergambar dengan tebusanlah pulak?,"

"Bagitahulah saya dulu kalau nak ambil gambar.. ini main peluk je.. tentulah saya terkejut,"

"Dengan saya pun awak nak terkejut,"

Wani sufiya memuncungkan bibir sambil hujung kakinya menguis-nguis tanah

Danial menyenget bibir memerhati gelagat buah hatinya itu "Yalaa.. mari dekat dengan saya kita ambil gambar berdua,"

"Siapa lagi yang ada kat sini kita berdua je kan,"

"Amboiii.. menjawab ya,"

Wani sufiya ketawa geli hati saat dirinya menghampiri Danial

MEREKA berdua hanya ber'selfie beberapa kali sahaja selebihnya Danial lebih banyak mengambil gambar permandangan di sekeliling sawah

Wani sufiya menunjuk petak-petak sawah milik adik-beradik Arwah ayahnya

"Ada 6 petak semua nie milik pakcik-pakcik dengan makcik tapi kalau yang sebelah sana tu milik keluarga belah arwah mak, diorang semua tinggal dekat kampung hujung sana," ujar Wani sufiya sambil menunjuk ke arah sebuah kampung

"Diorang rapat tak dengan Wani?,"

Wani sufiya mengeleng sambil memuncungkan bibir

"Kenapa?,"

"Keluarga belah arwah mak kebanyakan orang senang. semuanya kerja kerajaan. Setiap kali kami buat apa-apa majlis diorang tak pernah datang. Datang beraya pun tak pernah,"

"Habis tu waktu Arwah orang tua wani meninggal diorang ada datang tak,"

"Datang.. waktu dah selesai tanam,"

Danial mengeleng kepalanya "Benci sangat ke diorang dengan keluarga Wani,"

Wani sufiya menjongketkan bahunya "Niela tempatnya.. benci betullah!,"

Danial kehairanan bila melihat Wani sufiya tiba-tiba saja menyepak tanah

"Apa yang wani benci sangat tu?,"

"Niela tempatnya.. buat saya menyesal sampai sekarang,"

"Wani.. tak baik tau benci dengan rezeki,"

"Tak.. bukan saya benci sawah nie.. saya benci tempat nie," Wani sufiya menghentak-hentak kakinya

"Hussy ganasnya..," Danial ketawa

"Kalau awak nak tahu.. laluan kat sawah nie laluan shortcut nak ke sekolah saya.. waktu tu saya tingkatan lima.. pagi tu hujan syafik demam tak boleh pergi sekolah. Lepas tu pulak motor arwah ayah saya tak boleh nak hidup. Entah kenapa waktu tu saya tiba-tiba jadi rajin nak ke sekolah. Ikutkan kalau hujan tak boleh ikut laluan nie sebab berlumpur tapi saya degil. Kat sinilah saya jatuh habis berlumpur baju sekolah saya.. saya menangis bila balik..," Air mata Wani sufiya berlinangan membasahi kelopak matanya "Lepas saya balik saya dapat tahu Arwah ayah saya tolak motor ke bengkel padahal dia boleh je tunggu pakcik kamarudin," Wani sufiya menangis esak

"Jauh ke bengkel tu?,"

"Jauh... Arwah ayah saya tolak motor waktu tengah hujan lebat. walaupun saya dah banyak kali minta maaf tapi saya tetap rasa menyesal.,"

Danial menghela nafas tenang. Terdetik juga perasaan simpati bila mendengar kisah itu. Bahu Wani sufiya di tepuk-tepuk lembut cuba menenangkan buah hatinya itu

MENJELANG PETANG wani sufiya membawa Danial pergi melihat rumah Arwah orang tuanya. Ada beberapa dokumen yang perlu di ambil di sana

Mujurlah dokumen-dokumen sijil nikah, sijil kematian arwah orang tuanya masih tersimpan elok. Keadaan dalam dan luar rumah pula kelihatan bersih dan kemas

"Ada orang tinggal ke dalam rumah nie.. bersih je saya tengok,"

"Pakcik-pakcik saya yang selalu datang tolong kemaskan.. Rumah nie bila hari raya sepupu-sepupu saya guna,"

"Awak bagi pulak,"

"Hiss tentulah.. saya dengan sepupu-sepupu saya rapat..,"

Danial mengangguk faham "Oh ya.. Awak dah daftar online,"

"Dah.. tinggal lagi kursus kawin dengan test HiV lepas tu kita kena pergi pejabat agama dulu baru kita boleh pergi mahkamah. Awak dah daftar ke?,"

"Dah,"

"Esok lepas buat test HiV kita cari kedai komputer ya wak,"

"Eh tak payah saya ada bawa laptop,"

Malam itu Danial, Wani sufiya bersama ahli keluarga kamal makan malam di rumah Khalid. Kali ini gilirannya khalid pula yang membuat majlis doa selamat tetapi hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja

DALAM jam 8.45 pagi. Danial membawa kereta Kamal untuk ke kuala perlis. Jam 10 pagi mereka berdua menghadiri kursus kahwin selama dua jam. Tamat sahaja kursus mereka terus ke hospital untuk membuat test Hiv

Semuanya berjalan dengan lancar. Urusan di pejabat agama kemudian di mahkamah untuk memohon perkhimatan wali hakim juga sudah selesai dan selebihnya akan di uruskan pakcik-pakcik Wani sufiya

KUALA LUMPUR.. Selepas keluar dari pejabat, Aleya berdiri di sebelah meja setiausahanya terus sahaja memerhati ke arah Dania, Sejak pagi sehinggalah sekarang Dania terlihat asyik keluar masuk dari dalam pejabat Syafik

Dia tahu Dania sedang sibuk membantu syafik menyediakan dokumen-dokumen penting bagi pertemuan dengan Ceo syarikat Infernal Engine games

Ikutkan rancangannya hari ini dia mahu menemui Syafik ingin memujuk lelaki itu supaya membawanya sekali ketika pertemuan dengan Ceo Infernal Engine games namun kehadiran Dania sedikit sebanyak menganggu rancangannya itu

"Apa yang you tengok tu?,"

Aleya tersentak lalu menoleh "Hiss you nie izham bagila salam dulu.. terkejut i tahu,"

Syed Izham menyengih "Apa beza kalau i bagi salam you tetap akan terkejutkan.. apa yang menarik sangat sampai i datang pun you tak sedar?,"

"You nak pergi mana nie?," Aleya pula bertanya sengaja tidak mahu menjawab pertanyaan Syed Izham tadi

"Jumpa youlah,"

"You nak apa?,"

"Okay fine.. i tak tahu pula i perlukan alasan nak jumpa dengan you sekarang,"

"Hey.. i just tanya.. tak akan itu pun you nak emo,"

"Fine," Syed Izham mengankat tangan seolah-olah sedang menyerah

"Hey izham..," Aleya pantas menahan Syed Izham dari meninggalkan tempat itu "You nie dah kenapa.. Salah ke i tanya?,"

Raut wajah Syed Izham seperti tiada seri ketika memandang Aleya. "You jangan ingat i tak tahu apa yang you tengah fikir sekarang Aleya," Syed Izham menoleh memandang pejabat Syafik.

"So apa masalahnya.. i cuma nak tahu siapa Ceo sebenar syarikat tu,"

"For what Aleya?,"

Aleya mengusap-ngusap dahinya "Apa kata malam nie kita dinner berdua. I belanja.. i ada sesuatu nak bagitahu you,"

"Jam berapa?,"

"Dalam pukul sembilan.. You boleh jemput i kat rumah,"

"Of course can,"

"Okay.. jumpa nanti malam,"

DANIA berjalan mundar-mandir dalam bilik pejabatnya. Baru sebentar tadi dia bercakap dengan Danial.. Hatinya mula resah entah bagaimana dia mahu mengikut syafik ke perlis nanti

"Hiss nak bagi alasan apa ya.. tak akan aku nak pergi sendiri..," Dania mengeluh berat kemudian berjalan ke pintu

Tangannya terangak-agak mahu memulas tombol pintu "Lebih baik tunggu esok je..," Dania mengeluh lagi

"Tuk. Tuk. Tuk," tiba-tiba Kedengaran daun pintu di ketuk dari luar. Dania terus membuka pintu. Dia menjadi terkejut bila syafik sedang berdiri di luar

"Boleh saya masuk,"

"Boleh," Jawab Dania sambil mengangguk

Syafik melangkah masuk. Dania masih memegang tombol pintu dengan raut wajahnya masih terpinga-pinga.

"Tutuplah pintu tu,"

"Eh," Dania sedikit tersentak. Cepat saja dia menutup pintu pejabatnya

"Saya ada hal nak bagitahu awak nie,"

"Hal apa,"

"Boleh tak jumaat nie saya minta cuti,"

"Awak nak balik perlis kan,"

"Aah.. awak dah tahu ke?,"

"Tentulah.. kakak awak yang datang jumpa i minta cuti hari nie nak pergi kursus kawin.. katanya sabtu nie dia kahwin,"

"Boleh tak saya ambil cuti jumaat nie sebab kalau saya balik hari sabtu tak sempat,"

Dania tidak terus memberi kebenaran lama juga dia merenung wajah syafik. Hatinya pula berbelah bahagi mahu berterus terang atau tak.. takut juga jika syafik manolak permintaannya nanti

"You balik naik apa?,"

"Naik bas,"

"Boleh tak i ikut sekali?,"

Dahi Syafik berkerut hairan "Awak nak ikut. kenapa?,"

"Tak boleh ke?,"

"Bukan tak boleh Dania.. awak kan tahu saya tinggal kat kampung.. rumah papan.. tandas kat luar tak pakai mangkuk kena mencangkung. Awak sanggup ke?,"

"Kampung you jauh dari bandar ke?,"

Syafik terdiam sejenak "Jauh tu takdelah jauh sangat.. dalam sejam perjalanan,"

"i tinggal jelah kat hotel. boleh tak?,"

"Aduh," Syafik mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal "Kalau saya cuti awak pun cuti nanti apa kata staff,"

"Yang you sibuk pasal diorang kenapa? biar jela diorang nak bercakap ke nak bergosip ke.. Buat apa you nak ambil perduli,"

"Hmm... serius ke awak nak ikut nie?,"

"of course I'm serious.. Tapi naik kereta i,"

"Okaylaa.. Tapi kita kena gerak awal .. lepas subuh kita kena gerak,"

"Kita balik sekali dengan Wani?,"

"Aah.. boleh ke?,"

"Of course'lah boleh. tapi kampung you dekat dengan bandar apa?,"

"Kuala perlis,"

"Okay nanti i cuba cari hotel kat sana.. you nak i booking sekali untuk you?,"

Syafik mengeleng "It's okay Dania.. saya tidur kat kampung je,"

Dania mengangguk faham. Raut wajahnya tampak tenang namun tiada siapa yang tahu di sebalik hatinya yang tersembunyi sedang terjerit-jerit gembira

SEBAIK selesai urusan di mahkamah syariah Wani sufiya tak habis-habis menoleh memandang Danial kemudian memandang borang di tangannya semula

"Dani Daniyal bin Haji Yahya.. nama awak Dani daniyal rupanya. Bukannya Danial,"

"Itu salah satu nama singkatan saya.. Ada orang panggil saya Dani, ada yang panggil saya Danial. Nama panjang saya itulah," jawab Danial sambil memandu kereta

"Ooo..," Wani sufiya tersengih-sengih "Nama ayah awak sama macam nama bos kita,"

Dah memang itu ayah aku wani.. bisik Danial dalam hati "Untunglah saya wak.. kalau Tan Seri tu ayah saya,"

Wani sufiya masih tersengih-sengih "Nanti belok kanan..,"

"Awak nak beli tiket pukul berapa?,"

Wani sufiya melihat jam di tangannya "Dalam pukul 4,"

"Pukul tiga?,"

"Sampai KL insyaallah dalam pukul 4 atau 5 pagi.. nanti sampai sana kita naik grab atau teksi,"

"Awak larat ke masuk kerja nanti,"

"Alaa.. dalam baskan saya boleh tidur. Oh ya saya lupa nak bagitahu awak,"

"Apa dia?,"

"Hari tu saya ada tengok dekat Mudah ada flat nak di sewakan dekat area cheras tapi jauh sikit dari stesen LRT. Sewa bulanan 1000 je Wak okay tak,"

"Berapa bilik?,"

"Dua bilik, satu bilik air. Tapi dah ada dapur gas. tong gas pun dah ada. katil kawin ada satu cuma tilam je takde,"

"Perabot lain takde?,"

Wani sufiya mengeleng

"Berapa deposit?,"

"Sebulan setengah. 1500 Ringgit. Kalau awak setuju.. saya nak call tuan rumah tu cepat-cepat,"

Danial mengerling sekilas wajah wani sufiya "Saya setuju je,"

"Okay nanti saya call," Wani sufiya tersenyum sungguh gembira

SEBELUM berangkat ke stesen bas Kuala Perlis. Segala dokumen pernikahan di serahkan kepada Kamal.

Khalid, Kamarudin, dan Khalsum turut berada di rumah kamal. Mereka semua sibuk berbincang berkenaan majlis itu nanti. Wani sufiya menyerahkan wang sebanyak 2000 ringgit kepada Kamal namun tanpa dia sedari Danial diam-diam memberikan wang kepada pakcik-pakcik dan makcik bakal isterinya itu mengharapkan majlis perkahwinannya nanti berjalan dengan lancar

Dalam jam 2.30 tengahari Kamal menghantar Wani sufiya dan Danial ke stesen bas kuala perlis

"Jumaat nanti Wani balik naik apa?,"

"Naik bas pakcik,"

"Apa kata pakcik datang ambik wani kat sana,"

"Eh tak payah pakcik.. wani naik bas je. Insya-Allah syafik balik dengan wani sekali,"

Kamal terangguk-angguk faham "Nanti kirim salam kat Syafik ya,"

"Insya-Allah pakcik.,"

"Kami balik dulu ya pakcik. terima kasih banyak-banyak sebab sudi bantu kami," Ucap Danial sambil menghulurkan tangan.

"Dah tanggungjawab pakcik Dani.. siapa lagi yang Wani nie ada selain kami," Balas Kamal. Bahu Danial di tepuk-tepuk lembut "Sabtu nanti Dani datang dengan kawan-kawan"Kan,"

"Ya betul pakcik,"

"Nasihatkan kawan Dani tu nanti.. bawa kereta hati-hati. Jangan tergesa-gesa biar lambat asal selamat,"

"Insya-Allah pakcik. Tapi kalau lambat tak kawin pulak saya nanti,"

Kamal tergelak

Wani sufiya bersalaman dengan pakciknya sebelum menaiki bas untuk pulang ke KL

Jam 4.10 tengahari, Bas yang mereka naiki akhirnya bergerak meninggalkan stesen bas kuala perlis. Sayu raut wajah Wani sufiya ketika melambai pada pakciknya yang masih setia menunggu di luar

"ARE YOU SERIOUS ALEYA,"

"Yes I'm serious.,"

"Wow..," Syed Izham mengeleng-geleng kepalanya seolah-olah tidak pecaya apa yang baru saja di katakan Aleya

"Kemungkinan Mr Andrew, Julaiha dengan Mr kares akan terima offer i, so sekarang nie tinggal you saja lagi,"

"I betul-betul tak pecaya you sanggup buat macam nie Aleya,"

"I buat apa Izham.. apa salahnya i buka syarikat guaman i sendiri.. i ada modal i ada pengalaman,"

Syed Izham menyengih saat memandang Aleya "I tahu you ada modal Aleya. tapi cara you salah.. kalau you mampu nak buka syarikat guaman perlu ke you nak curi peguam syarikat Tan Seri,"

"Izham.. i just offer okay bukannya memaksa. Yang membuat keputusan itu mereka bukannya i,"

"Okay.. sekarang i nak tahu berapa you sanggup offer gaji pada i,"

"I akan tambah 5000 ringgit dari gaji yang you dapat sekarang termasuk alaun minyak dan 10% percent dari bayaran setiap kali you menang.. 30% percent setiap kali syarikat yang you wakili menyambung kontrak dengan kita,"

Syed Izham terdiam. Tawaran dari Aleya benar-benar menarik minatnya memandangkan syarikat guaman Law & justice tidak memberikan apa-apa bayaran pada peguam setelah mereka memenangi setiap persidangan malah tiada bayaran bonus sekiranya syarikat di wakili mereka menyambung kontrak

"You kena ingat izham.. tempoh you dengan syarikat Good health akan berakhir tak lama lagi.. cuba you bayangkan berapa banyak you akan dapat jika syarikat itu berkerjasama dengan syarikat i nanti..,"

"So that's the reason you selalu tengok pejabat Syafik,"

Aleya mengeluh pelan sambil menyandar belakangnya pada kerusi

"I will be honest with you izham.. sebenarnya i nak sangat syarikat Infernal Engine games ada dalam syarikat i nanti.. I tak perduli dengan Ceo syarikat tu.. I just nak syarikat tu,"

"Apa maksud you Aleya..,"

Aleya tersengih menyenget "I nak syarikat tu jadi milik i..,"

"Are you serious!," Dahi Syed Izham berkerut

"Of course not Izham.. Im just joking.. I kan dah ada you. buat apa i nak cari yang lain,"

"Really?,"

Aleya mengangguk namun hatinya berkata tidak. tujuannya hanya semata-mata mahu Syed Izham menerima offer'nya tadi namun niatnya yang sebenar adalah mahu mengetahui siapa sebenarnya Ceo syarikat Infernal Engine games

Share this novel

revathirev
2024-07-21 16:20:54 

tada update utk engan namun cinta

revathirev
2024-07-21 16:20:31 

tak sabar tgk dani dgn wani nikah


NovelPlus Premium

The best ads free experience