"Sebenarnya malam nie saya ada buat majlis makan malam tapi lepas isyak. Untuk makanan saya dah ada tempah Katering tapi saya nie suka memasak. ada'la beberapa lauk pauk saya masak. Sebab tu saya perlukan orang untuk bersihkan dapur,"
"Takde pembantu rumah ke puan seri?,"
"Ada. Tapi diorang dah kerja dari pagi sampai petang. kesihanla pulak kalau saya suruh sambung lagi. Mana wani tahu sini nak pakai pembantu?,"
"Dari majikan saya,"
Puan seri Dahlia terangguk-angguk mengerti sebab petang tadi dia ada bertanyakan suaminya di pejabat suruh cari seorang pembantu "Masukla wani. Dapur ada kat belakang,"
Wani sufiya teragak-agak mahu melangkah masuk "Boleh saya lalu dari luar saja puan seri,"
"Boleh. Mari ikut saya,"
Puan seri Dahlia membawa wani sufiya melalui laluan luar sebelah kanan rumahnya untuk ke belakang dan ketika itu wani sufiya dapat melihat meja-meja sudah di tersusun rapi, kawasan itu juga di sinari cahaya lampu yang terang, Turut kelihatan beberapa perkerja Katering sedang melakukan tugas masing-masing
"Majlis saya buat nie tak besar pun. cuma nak kenalkan bakal menantu je,"
"Ooo..," Wani sufiya terangguk-angguk mengerti
Sebaik sahaja sampai di belakang rumah. Wani sufiya melihat Periuk, kuali pinggan mangkuk di kumpul di situ
"Nie semua saya letak kat sini, sebab singki dalam tak besar. Nanti wani bersihkan kat sini saja, sabun semua dah ada. Lepas tu wani susun periuk dengan kuali atas rak nie. pinggan dengan mangkuk wani bawa masuk dalam,"
Wani sufiya mengangguk lagi
"Mari masuk wani. keadaan dapur tunggang langgang sikit. saya tak larat nak mengemas. Plastik sampah, kain lap, dengan mop ada kat depan singki tu,"
Wani sufiya memerhati ruangan dapur terlihat berselerakan dengan sisa masakan lebih-lebih lagi di atas tabletop. Puan seri Dahlia tersengih-sengih memerhati keadaan dapurnya
"Wani boleh kemas tak semua tu?,"
"Boleh puan seri,"
"Kalau begitu, saya nak minta diri dulu. nak tengok keadaan kat luar,"
"Baikla puan seri," Wani Sufiya memerhati Puan seri Dahlia keluar semula dari pintu belakang. "Aku nie belum solat maghrid lagi. nak solat kat mana?,"
Sementara di luar, Puan seri Dahlia memeriksa sekali lagi tempat hidangan lauk pauk, Atas-atas meja di pastikan semua bersih. Suaminya waktu itu masih di pejabat, selepas isyak baru suaminya pulang
Setelah berpuas hati dengan keadaan di luar. Puan seri Dahlia kembali semula ke belakang
"Wani!,"
Terperanjat Wani sufiya yang sedang bersolat
"Kenapa solat kat sini. Kotorla," Ujar puan seri Dahlia bila melihat wani sufiya solat di luar
"Maafkan saya puan seri, Tadi saya tak sempat nak solat maghrid,"
"Kenapa tak tanya saya. Dalam rumah nie ada tempat solat. Hiss kiblat pun salah. mari ikut saya masuk,"
Wani sufiya cepat-cepat mengankat sejadahnya,"
"Sejadah tu wani simpan je semula," Arah puan seri Dahlia lagi. Wani sufiya menurut kemudian mengekori puan seri Dahlia masuk ke ruang tamu rumah
"Cantiknya," Puji Wani sufiya di dalam hati teruja bila melihat keadaan ruang tamu rumah itu di lengkapi perabot-perabot yang cantik
"Masuk wani. Hah, ini bilik solat. Wani solat dulu nanti kita solat isyak sama-sama,"
Wani sufiya mengangguk kemudian mengambil tempat untuk menunaikan solat maghrid. Puan seri Dahlia pula menyarungkan telekung pada tubuh kemudian wanita itu duduk bersila menunggu Waktu solat isyak sambil memerhati Wani sufiya sembanyang
"Assalamualaikum war..," Salam di berikan ke kanan kemudian ke kiri. Wani sufiya menyambung dengan menadah tangan untuk berdoa. Sebaik sahaja selesai, tubuhnya memaling lalu menghulurkan salam kepada puan seri Dahlia. Sejuk hati puan seri Dahlia menyambut salam tersebut
"Wani duduk mana?,"
"Flat seri Angsana cheras,"
"Kerja apa?,"
"Saya dulu kerja Cleaner kat masjid jamek tapi dah di berhentikan, sekarang nie saya kerja pembantu dapur kat restoran nasi kandar, tapi kerja part time,"
"Dah kawin,"
Wani sufiya mengangguk-agguk dengan bibir tersenyum "Baru je dua minggu,"
"Suami kerja apa?,"
"Pembantu am je puan seri,"
"Wani dengan suami memang orang KL ke," Puan seri Dahlia terus bertanya
"Tak. saya orang perlis. Suami saya orang KL," pada masa yang sama Handphone di dalam poket seluar wani sufiya bergetar "Sekejap ya puan seri," Wani sufiya menarik telekungnya ke atas untuk mengeluarkan Handphone'nya dari poket seluar
Puan seri Dahlia memerhati wani sufiya memeriksa pesanan yang di terima namun sebaik Wani sufiya menaruh Handphone itu di atas karpet, anak matanya memandang sebuah gambar di skrin tersebut
"Eh itu," Puan seri Dahlia menunjuk pada skrin Handphone Wani sufiya
"Oh.. ini gambar kawin saya puan seri,"
"Boleh saya tengok,"
"Boleh," Wani sufiya mengankat semula Handphone'nya kemudian di hulurkan kepada puan seri Dahlia
"Siapa nama suami wani?,"
"Nama betul dia Daniyal,"
"Bin?,"
"Yahya,"
Raut wajah puan seri Dahlia serta merta berubah. "Betul ke suami wani kerja pembantu am?,"
"Ah ah puan. Tapi sekarang tempat kerja suami saya dah tak nak guna perkerja part time. itu suami saya terpaksa pergi kuantan berkerja. Ikutkan hati, saya tak nak bagi,"
"Kuantan?," Bisik puan seri Dahlia di dalam hatinya
"Keluarga mertua wani duduk mana?,"
"Itu saya tak tahu puan seri sebab suami saya perlukan masa untuk kenalkan saya dengan keluarga dia. Yalaa.. saya pun faham saya nie cuma kerja cleaner je. mak, ayah pun dah takde,"
Baru sahaja Puan seri Dahlia mahu bertanya lagi. Kedengaran bunyi azan pada Handphone milik Wani sufiya
Puan seri Dahlia menarik nafas panjang cuba menenangkan hatinya kala itu sedang bergetar geram
"Marila kita solat,"
Mereka berdua solat sebelah menyebelah. Selasai sahaja solat. Wani sufiya bergegas menanggalkan telekung untuk menyambung perkerjaan
"Saya keluar dulu ya puan seri," Pinta Wani sufiya selepas menyarung tudung kepalanya semula
"Yalaa,"
Kening Puan seri Dahlia bertaut dengan tetapan tajam memerhati Wani sufiya keluar dari bilik "Berani sungguh kau Dani, berani kau kawin tanpa pengetahuan mak," ucap Puan seri Dahlia dengan nada geram
SUASANA di halaman tepi rumah mewah itu mula di datangi para tetamu. Ahli keluarga terdekat Tan seri yahya, Puan seri Dahlia sibuk sapa menyapa. Sahabat handai mula kedatangan
Dania dan syafik pulang sedikit lewat. Aleya bersama ahli keluarganya turut hadir di majlis itu.
Sebaik sahaja Syafif dan Dania pulang, Tan seri yahya mengambil kesempatan mempekenalkan syafik kepada setiap ahli keluarga yang hadir namun berbeza dengan sikap Puan seri Dahlia hanya duduk membisu. Anak matanya tajam memerhati anak perempuannya
"Setahu aku. Dania ada pergi perlis?," Bisik Puan seri Dahlia di dalam hati
Tidak lama kemudian puan Dahlia melihat kelibat Sya, Mail dan Borhan baru saja tiba. Kedatangan mereka bertiga membuatkan Puan seri Dahlia terfikirkan sesuatu lalu bangun dari duduknya
"Sha, Mail, Borhan,"
"Ya makcik," Jawab mereka bertiga hampir serentak
"Azlan mana?,"
"Azlan ikut Dani pergi China,"
"Ooo.. Oh ya Sha, Sha boleh tak pergi ke dapur, tolong tengokkan pembantu rumah dalam tu. dia buat kerja ke tak?,"
"Boleh Auntie," Tanpa mengsyaki apa-apa Sha terus bergegas ke pintu untuk memeriksa
"Makcik minta diri dulu ya. Mail, Borhan, jangan lupa makan,"
"Baikla makcik," Puan seri Dahlia menyengih senget kemudian menyapa tetamu yang hadir
Sha melangkah masuk ke dalam rumah namun sebaik sahaja dia ingin masuk ke dalam dapur kelopak matanya terbeliak luas apabila terpandang kelibat wani sufiya sedang mengemas dapur, serta merta dia menghentikan langkah kemudian berpatah semula
Dalam keadaan tergesa-gesa Sha berjalan laju ke arah Mail dan Borhan yang masih berdiri. Pada masa yang sama tingkahnya itu diam-diam di perhati Puan seri Dahlia
"Hah, kenapa sha?,"
"Weii. dalam tu ada wani,"
"Hah? wani?,"
Sha terangguk-angguk
"Macam mana dia boleh ada kat dalam tu?,"
"Manala aku tahu,"
Borhan mengalih pandangan memandang Puan seri Dahlia namun pada ketika itu, puan seri Dahlia sudah pun berpura-pura sedang berbual dengan tetamu
"Makcik tahu ke hah?,"
"Aku rasa yala," Jawab mail "Cuba korang pikir, kenapa makcik suruh sha pergi tengok,"
"Baik kita bla weii.. kalau tak masak kita nanti,"
"Jomlaa balik," Pinta Sha dengan raut wajah cuak
Diam-diam Mail, Borhan dan sha melangkah meninggalkan majlis itu tanpa pengetahuan sesiapa
"Borhan, mail, Sha!,"
Belum pun sempat mereka bertiga melangkah keluar dari pagar besar. Kedengaran dari belakang suara Puan seri Dahlia memanggil
"Mati kita," Ucap Mail sebelum memalingkan badan
"Kamu bertiga nak pergi mana?,"
Mail, Borhan dan Sha tidak menjawab
"Hah. Sha. Kamu kenal siapa dalam dapur tadi?,"
"Hah?,"
"Hah apa? jawab pertanyaan Auntie,"
"Ke. ke. kenal,"
"Ooo.. sampai hati Dani kawin tanpa pengetahuan makcik dan kamu bertiga bersubahat'kan,"
"Makcik? ini bukan salah kami makcik. Kami dah nasihatkan Dani. Tapi Dani tu degil,"
"Betul Auntie. dah berbuih mulut kami nasihatkan dia,"
"Nie makcik nak tanya. Kalau dani tu dah berkahwin kenapa dia biarkan isteri berkerja sebagai pembersih dapur. Dani tu bankrupt ke?,"
"Itu panjang ceritanya makcik,"
"Makcik tak perduli panjang ke pendek. Makcik nak kamu bertiga bagitahu makcik sekarang!,"
"Begini makcik," Akhirnya Mail, borhan dan sha menjelaskan kepada puan seri Dahlia mengapa Danial berpura-pura menjadi seorang lelaki yang miskin
Beristighfar panjang Puan seri Dahlia setelah mendengar perjelasan dari Mail, Borhan dan sha
"Sampai hati si Dani tu buat isteri dia macam tu. Berkerja sebagai pembantu dapur lepas tu berkerja kat pusat karaoke,"
"Pembantu dapur? Tapi makcik, wani tu kerja kat syarikat pakcik,"
"Dia cakap dia dah kena berhen..," Puan seri Dahlia tiba-tiba terdiam "Ooo.. kalau macam tu.," Puan seri Dahlia terdiam lagi "Dah. kamu bertiga masukla dalam, makan dulu. Tapi ingat jangan bagitahu Dani kalau makcik dah tahu,"
"Baik makcik, Auntie," Mail, Borhan dan sha menjawab hampir serentak
Dalam kemeriahan majlis makan malam tersebut. Wani sufiya pula baru sahaja selesai membersihkan ruangan dapur. hanya perlu mencuci peralatan memasak di luar
Wani sufiya duduk mencangkung. Peluh yang berjatuhan di dahi di saka mengunakan lengan sambil mencuci periuk
"Kan ada kerusi kat atas rak nie Wani," Tegur puan seri Dahlia sambil mengambil kerusi pendek di atas rak
"Saya tak perasan puan seri,"
Selepas memberi Wani sufiya kerusi untuk memudahkan gadis itu mencuci Puan seri Dahlia melangkah ke pintu dapur
"Pandai betul menantu aku nie bersihkan dapur," Puji puan seri Dahlia di dalam hati "Dah banyakkan,"
"Ah ah puan seri. tinggal pinggan dengan mangkuk je,"
"Kalau dah siap nanti. Wani taruh je atas meja tabletop tu ya. Nanti saya datang semula dalam jam 10. Wani dah makan?,"
"Saya makan bila balik nanti,"
"Eh makanla dulu sebelum balik,"
"Tak apa puan seri,"
Puan seri Dahlia mengeluh berat sebaik kembali ke majlis. Raut wajahnya tampak sungguh hilang serinya kerana memikirkan wani sufiya. Ada sebab dia belum bersedia mahu berterus terang
"Mak pergi mana, asyik hilang je?," Tegur Dania
Dengan tetapan tajam puan seri Dahlia menatap wajah anak perempuannya
"Kenapa mak pandang Dania macam tu?,"
"Dania tahu tak siapa ada kat belakang tu?,"
"Manalah Dania tahu mak?,"
"Adik ipar kau Dania,"
"Hah?,"
Setelah selesai kesemua perkerjaannya. Wani sufiya duduk di dalam dapur. Kadang-kadang ada beberapa tetamu masuk ke dalam kerana mahu mengunakan tandas. Tiada satu pun tetamu yang menegur atau memandang padanya
"Dah siap Wani?,"
"Dah puan seri,"
"Nak ini upah Wani," Puan seri Dahlia menghulurkan sampul surat putih
"Terima kasih puan seri,"
"Ini wani bawa balik sekali. Saya dah bungkuskan nasi dengan Lauk,"
"Terima kasih banyak-banyak puan seri,"
"Wani balik naik apa?,"
"Saya balik naik grab,"
"Tunggu sini. Biar saya hantar balik,"
"Eh tak usah puan seri. Saya boleh naik grab je,"
"Tak apa. Jom ikut saya. Ambil selipar Wani. Ikut je dalam,"
Nak tak nak Wani sufiya terpaksa jua mengalah. Selipar di belakang bergegas diambil kemudian mengekori puan seri Dahlia ke ruang tamu
Dalam perjalanan Wani sufiya rancak berbual dengan Puan seri Dahlia. Miskipun raut wajahnya tampak letih akan tetapi setiap pertanyaan puan seri Dahlia tetap di jawab
"Wani tak letih ke?,"
"Bohongla kalau saya cakap saya tak letih puan seri. tapi saya dah terbiasa, Dari umur saya 17 tahun saya kerja dah macam nie. Lagi pun sekarang saya dah kawin, seboleh-bolehnya saya nak bantu suami saya cari duit. saya tak boleh harapkan dia sorang je. saya taknak rumah tangga saya goyah hanya kerana sebab duit,"
"Wani cintakan suami wani?,"
"Hiss tentula puan seri. Saya sanggup lakukan apa saja untuk suami saya,"
"Walaupun dia miskin,"
"Saya pun miskin puan seri," Wani sufiya ketawa kecil
Share this novel