Chapter 22

Romance Series 16317

Dalam pertemuan antara dua yayasan itu. Wani sufiya kerap ke tandas. Melihat keadaan menantunya itu membuatkan puan seri Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian nasib baik syed izham sebagai peguam menjadi wakil kepada yayasan puan seri Dahlia lebih banyak bercakap

Tandangan persetujuan antara dua belah pihak akhirnya selesai juga. Puan seri Dahlia masih menunggu wani sufiya masuk semula ke dalam bilik meeting

"Isnin depan macam mana izham?,"

"Oh pasal tu. Puan seri tak perlu bimbang. pertemuan dengan wakil kementerian kebajikan masyarakat cuma sekadar perbincangan. andai kata kedua belah pihak setuju dengan syarat masing-masing barulah penyerahan akan di lakukan," jelas Syed izham. Pada masa yang sama Wani sufiya masuk ke dalam bilik meeting

"Wani,"

"Ya saya puan seri,"

"Isnin depan kita kena datang lagi ke sini. Wani Ingat lagi tak dengan anak kembar semalam?,"

"Oh ingat,"

"Kita ada pertemuan dengan kementerian kebajikan masyarakat,"

"Sebab kes budak tu kena dera ke puan seri,"

Puan seri Dahlia mengangguk "Mak budak-budak tu ada lagi. Tapi Kita mesti dapatkan hak pejagaan tu sebab mak mereka dah lama abaikan tanggugJawab sebagai penjaga,"

"Puan seri jangan bimbang. Saya yakin kementerian akan serahkan kepada puan seri,"

"Harap-harap begitula,"

Setelah berbual selama setengah jam, Mereka bertiga keluar dari bilik meeting.

"Kami pulang dulu ya Izham. terima kasih kerana banyak membantu,"

"Sama-sama puan seri. Jaga diri ya wani,"

"Baikla Encik izham,"

Syed izham melangkah pergi. Tinggal Puan seri dahlia bersama wani sufiya

"Kita pergi klinik ya,"

"Siapa sakit puan seri?,"

"Wani'la. Dari tadi asyik pergi tandas je,"

"Perut saya rasa tak selesa. mungkin salah makan,"

"Elokla kita pergi periksa kat klinik,"

JAM DI ANDROID kereta menunjukan waktu itu 1.25 tengahari. Puan seri dahlia membawa wani sufiya pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik sepupunya di Damansara

Setibanya saja mereka berdua di sana. Mereka di sambut seorang wanita seusia puan seri Dahlia

"Siapa yang sakit?,"

"Nie. pembantu aku,"

"Oo.. dah ada pembantu rupanya,"

"Wani kenalkan ini sepupu saya. Doktor mastura, dia seorang doktor pakar perempuan,"

"Assalamualaikum doktor,"

"Waalaikummusalam, marila masuk,"

"Tak perlula kau sambut aku sampai kat luar,"

"Aku ingat kau yang sakit,"

Di dalam bilik doktor mastura. Wani sufiya duduk sambil di periksa doktor itu. Perutnya di picit-picit

"Berapa kali dah muntah setakat nie?,"

"Rasanya dah empat kali doktor,"

Doktor mastura tersenyum

"Kenapa kau senyum mastura," Tanya puan seri Dahlia hairan

"Tahniah ya Wani. Wani mengandung,"

"Hah! saya mengandung?,"

Waktu itu bukan wani sufiya sahaja yang terkejut bahkan puan seri Dahlia turut terkejut

"Jom kita periksa perut. Kena tahu jugak usia kandungan tu berapa minggu,"

"Tapi doktor. saya baru je kahwin dua minggu lebih, tak akan dah mengadung,"

"Kita periksa dulu berapa usia kandungan tu. Kadang-kadang tak mustahil kalau usia kandungan cuma seminggu tapi dah ada simptom seperti muntah,"

"Macam tu ke,"

"Periksa dulu ya wani," Pinta puan seri Dahlia. Raut wajahnya tampak risau, fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan takut jika Danial dan Wani sufiya melakukan hubungan sebelum kahwin

"Baik puan seri,"

Wani sufiya di suruh baring di atas sebuah katil memudahkan doktor mastura melakukan ultrasound pada perutnya

Perut wani sufiya di usap mengunakan sebuah alat sambil pandangan doktor mastura tertumpu pada skrin komputer

"Kalau ikut usia kandungan. Tak sampai seminggu lebih,"

Mendengar sahaja kata-kata sepupunya itu terus sahaja puan seri Dahlia mengusap dada namun pada sama hatinya benar-benar merasa gembira

"Kalau tengok badan Wani nampak tegap. rasanya takde masalah nak jaga kandungan nie,"

"Lelaki ke perempuan doktor?,"

"Belum boleh tengok lagi. Kena tunggu dalam tempoh 16 minggu lebih kurang tiga bulan lebih,"

"Oo..,"

Doktor mastura memandang puan seri Dahlia. Alisnya berkerut kerana sepupunya asyik tersenyum-senyum

Setelah selesai membuat pemeriksaan ultrasound. Doktor mastura menyuruh wani sufiya menunggu sebentar di luar.

"Orang lain mengandung. kau pulak aku tengok macam happy sangat,"

"Hey mastura. ini rahsia kau dengan aku. dalam minggu nie je. kau jangan bagitahu sesiapa,"

"Bini Danial tu kan?," Doktor mastura terus mengagak

Puan seri Dahlia mengangguk

"Bila si Dani tu kahwin. Tak jemput pun aku,"

"Aku pun dia tak jemput. Kawin senyap-senyap kat perlis,"

"Wow.. berani betul si Dani tu,"

"Berani la sangat, sampai sekarang tak berani jumpa aku..,"

"Apa pun Dahlia.Tahniah. Dapat menantu cantik, tak lama lagi kau dah nak jadi nenek,"

Sangkin gembira Puan seri dahlia, mahu sahaja dia melonjak menyambut berita gembira itu

"Aku dapat cucu mastura, aku dapat cucu..,"

Setelah mendapatkan rawatan. Puan seri dahlia menghantar Wani sufiya pulang dalam perjalan mereka singgah untuk makan tengahari

Puan seri dahlia tampak begitu teruja. ketika sedang menikmati hidangan masing-masing, ada sahaja nasihat di berikan kepada wani sufiya cara menjaga kandungan.

Wani sufiya tekun mendengar. Ada masanya dia merasa begitu terharu dengan cara puan seri Dahlia melayannya bak seperti ibunya sendiri.

"Ingat nasihat saya ya Wani. balik nanti berehat cukup-cukup,"

Wani sufiya tersengih-sengih

"Hah? kenapa tersengih tu?,"

"Tak sabar nak beritahu suami wani,"

Puan seri dahlia diam sejenak seakan sedang memikirkan sesuatu "Mungkin lebih baik wani rahsiakan dulu,"

"Kenapa puan seri,"

"Suami wani'kan nak pergi chin, nak pergi kuantan semula'Kan,"

"Haah,"

"Apa kata lepas dia balik. wani bagitahu dia,"

"Haah betul juga puan seri," Wani sufiya tersenyum lebar

"Esok saya ambil wani dalam pukul 9. Kalau wani masih rasa tak sihat. call saja saya ya,"

"Baik puan seri,"

SELEPAS MENGHANTAR wani sufiya pulang. Puan seri dahlia tidak terus pulang ke pejabatnya tetapi kembali semula ke masjid jamek untuk menemui suaminya

Dalam perjalanan. Raut wajahnya berseri-seri kerana dek terlalu gembira. tidak lama lagi dia akan mendapat seorang cucu.

"Lepas wani tahu nanti. aku nak suruh dia tinggal dengan aku," Puan seri dahlia tersenyum lagi. tak habis-habis hatinya mengucapkan syukur

Setiba sahaja di wisma tun Borhan. Puan seri dahlia terus bergegas naik ke tingkat 12.

"Selamat tengahari puan seri," Ucap penyambut tetamu di balik kaunter

"Tan seri ada?,"

"Ada puan seri,"

Puan seri dahlia tersenyum lagi kemudian mengorak langkahnya semula masuk ke dalam ruang pejabat

Daun pintu tidak ketuk. langsung di buka, Mengejutkan tan seri Yahya yang sedang duduk berbincang dengan Dania

"Hah Dahlia. ada masalah ke?,"

"Mak?,"

Puan seri dahlia tidak menjawab, masuk saja ke dalam pejabat. Dia terus melonjak gembira. Tan seri Yahya dengan Dania kaget dengan sikap puan seri Dahlia

"Tak lama lagi kita dapat cucu bang,"

"Hah! eh betul ke?,"

"Betul. Tadi saya bawa wani pergi periksa kat klinik mastura. Mastura cakap wani pregnant,"

"Betul ke mak?,"

"Ya betul,"

"Alhamdullilah. cepat jugak melekat. berapa usia kandungan dia,"

"Seminggu lebih,"

"Alhamdullilah, dapat juga saya cucu," Tan seri Yahya menadah tangan lalu di uclsap pada wajahnya

"Alaaa nanti Dania kawin, Dania bagila ayah dengan mak Cucu juga,"

"Alhamdullilah.. semoga termakbul,"

SYED izham masih bersama Aleya di dalam bilik mesyuarat sebaik sahaja selesai bermesyuarat tadi. Raut wajahnya tampak begitu bingung dengan perubahan sikap Aleya. Sejak wanita itu kembali semula ke dalam pejabat pagi tadi, cerianya lain macam seolah-olah telah mendapat kabar gembira

"You pregnant ke?,"

"Hah.. apa yang you mengarut nie?,"

"Habis tu yang you ceria sangat nie kenapa?,"

"Adalah," Jawab Aleya ringkas "Macam mana dengan kes puan seri pagi tadi?,"

"Okay je semua berjalan lancar cu tinggal satu kes je lagi pasal hak pejagaan anak kembar tu,"

"Yang kena dera tu ke?,"

Syed izham mengangguk

"I ingatkan kes tu dah selesai?,"

"Belum. Isnin depan baru ada pertemuan dengan kementerian kebajikan masyarakat,"

"Puan seri kena datang ke?,"

"If course'la,"

Aleya tersenyum-senyum seperti kerang busuk seakan ada sesuatu bermain di fikirannya kala itu

"Apa yang you tengah fikir tu Aleya. lain macam je senyuman you?,"

"Secret,"

"Hey Aleya. cubala bagitahu i apa you sedang rancang sekarang nie,"

"You kan kenal i izham,"

"Yes Aleya, of course i kenal you sangat,"

Aleya mengetap gigi. Alisnya bertaut "You tahu kan, Jika ada sesuatu yang i suka tapi i tak dapat. lebih baik i hancurkan saja benda tu daripada i sakit hati,"

"Apa yang you nak hancurkan?," Syed izham sedikit bingung

"Apa-apa sahaja.. cukup untuk membuatkan hati i senang,"

"Aleya.. i tak faham apa yang you nak sebenarnya? cuma bagi i apa yang you rancang tu agak berlebihan,"

"I don't care izham, macam i cakap tadi. I tak akan biarkan hati i sakit hanya kerana perbuatan seseorang,"

Syed izham tampak semakin bingung namun dia cuba mengingatkan sesuatu "Maksud you ceo syarikat games itu ke,"

Aleya tersenyum senget "Yes correct,"

"You dah tahu ke siapa ceo tu,"

Aleya mengangguk "I Kenal sangat siapa dia,"

"So.. kalau you kenal dia. apa masalahnya,"

"Adalah,"

"Aleya. Aleya," Syed izham mengeleng "I tak tahu apa yang you nak rancang Aleya. Tapi i nasihatkan you, lebih baik you jangan buat,"

"Not your business Izham,"

"Aleya. Bagi i lebih baik you fokuskan saja rancangan you untuk buka syarikat peguam you sendiri. Mengapa you obsessed sangat dengan ceo tu?,"

"Sebab dari dulu ceo tu milik i!,"

"Milik you?,"

"Yes milik i. Berani betul dia kawin dengan perempuan lain.. No. no. no i tak boleh terima semua tu. Dia dah tipu i izham. Dulu dia ada cakap dengan i, keluarga kami akan satukan kami. tapi semua tu menipu!,"

"Wait. wait. wait?, Setahu i Aleya. You pernah cerita pada i pasal lelaki tu,"

Aleya terdiam.

"You yang sebenarnya tak nak dengan lelaki tu'kan," Syed izham diam sejenak "Anak lelaki Tan seri. Betulkan,"

Aleya terus membisu. Dia tidak menyangka syed izham masih ingat dengan cerita yang pernah dia ceritakan ketika mereka sama-sama di kampus

"Kalau betul pun, itu masalah i izham. bukan masalah you,"

"Okay fine Aleya.. tapi you kena ingat. Kalau apa yang you rancang tu memberi kesan kepada you semula. terus terang i cakap pada you Aleya, i tak akan bergabung dengan syarikat you,"

"Up to you. I don't care,"

DANIAL tidak tahu kalau isterinya sudah pulang awal ke rumah. selepas membungkus nasi di restoran nasi kandar dia terus pulang.

Dengan hati yang senang, Kakinya melangkah keluar dari lif

"Eh. Tadi aku mangga grill nie?, siapa pulak yang bukak,"

Perlahan-lahan Danial membuka pintu grill namun secara tiba-tiba daun pintu terbuka dari dari dalam

"Abang!,"

"Allah!," Terperanjat Danial di buatnya "Terkejut abang sayang," Ucapnya sambil mengusap-ngusap dada

"Wani minta maaf,"

"Awal sayang balik?," soal Danial sambil melangkah masuk ke dalam rumah

"Puan seri yang suruh. Tadi pukul 10, wani pergi syarikat guaman dengan puan seri,"

"Syarikat guaman?,"

"Tempat kerja lama wani'la.. Tapi bang?,"

"Apa yang tapinya?,"

"Tan seri Yahya tu rupanya suami puan seri,"

"Oh ya ke," Balas Danial bersahaja kemudian duduk bersila menyandar pada dinding

"Abang nie macam dah tahu je?,"

"Penting ke kalau abang dah tahu, sayang dah makan?,"

"Dah. dengan puan seri tadi. Wani ada beli lauk untuk abang,"

"Abang pun ada bungkus nasi nie haa, kenapa sayang tak call?,"

"Wani ingat abang ada kat rumah," Jawab Wani sufiya lalu duduk di sebelah Danial kemudian kepalanya di rebah pada peha suaminya

Danial mengelus pipi isterinya dengan lemah lembut "Lepas abang pulang dari kuantan nanti. Hidup Wani akan berubah tahu,"

"Berubah?," Wani sufiya mengankat kepalanya semula kemudian menatap wajah suaminya dengan tatapan curiga "Abang kawin lain ke?,"

"Hiss ke situla pulak,"

"Habis tu apa yang berubah?,"

"Adalah... saya kenala sabar,"

Wani sufiya tersengih-sengih "Wani pun ada berita nak bagitahu abang,"

"Berita apa?,"

"Abang kenala tunggu. Lepas abang bailik dari kuantan nanti baru wani bagitahu,"

"Alaa abang tahu,"

"Apa dia?,"

"Tak lama lagi Yayasan puan seri pindah kat bangunan baru kan?,"

"Haah bang. Kat sungai besi,"

"Jauh tu sayang. rasanya macam kena pindah,"

Wajah Wani sufiya terus berubah resah "Macam mana bang?,"

"Sayang jangan risau. tunggu je abang pulang nanti. Abang janji hidup sayang akan berubah,"

"Kenapa? ayah dengan mak abang dan terima ke Wani?,"

Danial memeluk isterinya dengan kasih "Itu salah satu berita baiknya sayang. Tapi ada lagi berita yang akan mengembirakan sayang lepas abang pulang nanti. Abang harap sayang tunggu abang sampai abang pulang,"

"Abang jangan risau. Wani akan tunggu abang,"

BAB SETERUSNYA

Aleya masuk ke dalam tandas. Bunyi Wani sufiya sedang muntah di dalam tandas kecil jelas Kedengaran

Bibirnya tersenyum sambil berpura-pura menghubungi seseorang "Hello Dani you tidur lagi ke?,"

Wani sufiya yang berada di dalam tandas kecil tersentak sebaik mendengar suara di luar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience