Chapter 12

Romance Series 16317

"Wani masak apa?

"Nasi goreng,"

"Nasi goreng je?,"

"Ayam sambal malam tadi wani dah panaskan,"

"Barula sarapan,"

Wani sufiya ketawa kecil. Dah hampir seminggu mereka berdua hidup melayari bahtera perkahwinan. Sikap suaminya yang gemar bersarapan pagi dengan lauk pauk memang tidak pernah dia lupakan

"Bila abang nak beli motor?,"

"In sya Allah hari nie,"

"Belila cepat ya bang.. sampai bila kita nak jalan kaki pergi beli barang. Jauh,"

"Kita'kan naik grab,"

"Hiss abang nie.. ada motor'kan lagi best. Wani boleh peluk abang dari belakang," Wani sufiya tersengih-sengih malu

"Ooo.. itu yang wani nak sebenarnya ya,"

"Takdelah," Wani sufiya mengankat wajah. anak matanya melihat Jam yang tergantung di dinding "Wani minta izin pergi kerja dulu ya bang,"

"Dah pukul 7 ke?,"

"Ah ah"

"Sayang Hati-hati tau, jangan lupa call abang kalau dah sampai,"

"Baik bang,"

Danial mencium dahi isterinya penuh kasih setelah Wani sufiya mencium tangannya.

"Wani pergi dulunya bang. Assalamualaikum,"

"Waalaikummussalam," Danial tidak mengikut isterinya ke pintu kerana sedang bersarapan. Sebelum ini dia rajin juga menemani isterinya sehingga ke bawah kerana dari dulu dia gemar masuk kerja lewat

Wani sufiya berjalan laju. Raut wajahnya ceria menikmati cuaca pagi. Miskipun sudah seminggu perkahwinannya bersama Danial namun setiap hari dia merasakan seperti baru semalam di ijab kabul.

Tren LRT Cheras berhenti di stesen Hang tuah. Seperti biasa Wani sufiya akan mengambil bas untuk ke masjid jamek. Jam 7.45 dia akan sampai di hadapan bangunan tempat kerjanya

Namun sesampai sahaja di hadapan pintu masuk bangunan itu. Raut wajahnya tiba-tiba berubah. Ila yang dulu rapat dengannya kini seakan sengaja menjauhkan diri. Gosip hubungan adiknya dengan Dania telah menjadi bualan hangat staf-staf di pejabat. Nasib baik hanya Ila seorang sahaja yang tahu hubungannya dengan syafik

Di dalam pejabat semua mata staf tertumpu ke arah Dania seperti dalam keadaan marah sebaik keluar dari pejabat syafik sambil cuba menghubungi seseorang. Syafik kebetulan waktu itu masih belum tiba

Wani sufiya yang baru sahaja masuk, tiba-tiba sahaja tangannya di rentap Dania kemudian menariknya ke arah pejabat wanita itu

"Kenapa nie Dania?,"

"Syafik curang dengan i," Jawab Dania ketika mereka berdua sudah berada di dalam pejabat

"Curang dengan siapa?,"

"Aleya,"

Wani sufiya tersengih "Janganla risau Dania. Syafik tak akan suka perempuan macam tu,"

"Betul ke?,"

"Ya Dania. Tapi mana Dania tahu dia dengan Aleya?,"

"Syafik bagitahu. Aleya tiba-tiba nak belanja dia sarapan pagi,"

"Hah tengok.. kan dia dah jujur dengan Dania,"

"Wani. Dania nie perempuan, kalau boyfriend Dania makan dengan perempuan lain tentula Dania cemburu,"

"Dania kena tahu nie.. Syafik paling tak suka kalau orang yang dia suka tak pecayakan dia,"

"Hiss.. Wani nie macam tak faham. Sakit tahu tak rasa cemburu nie,"

"Tentula wani faham. wani kan perempuan. Tapi Dania kenala sabar. nanti bila Stafik dah balik. cuba tanya, Aleya nak apa sebenarnya, selalunya syafik tu suka berterus terang,"

"Okaylaa..,"

"Lagi satu. Kalau boleh Dania coverla sikit hubungan Dania dengan syafik. Staf pejabat macam dah tahu,"

"Eh biarla diorang tahu. Buat apa nak rahsia,"

Wani sufiya mengeleng pelan tidak tahu lagi mahu berkata apa

"Dania dah ajak syafik kawin,"

Kelopak mata wani sufiya Terbeliak sebaik mendengar pengakuan Dania "syafik cakap apa?,"

Dania tersengih-sengih seperti kerang busuk "Dia cakap hantaran jangan mahal-mahal. Dia takde duit,"

Wani sufiya ketawa geli hati "Elokla tu kawinla cepat, jangan esok pulak tiba-tiba keluarga Dania tak setuju. jangan sampai kawin lari,"

"Hiss takdelaa.. family Dania mesti setuju punya,"

TIDAK berapa jauh dari Wisma tun Borhan, Syafik dan Aleya kelihatan sedang bersarapan berdua di sebuah kafe. Syafik hanya diam membisu sebaik selesai menikmati hidangan nasi lemak, Aleya sejak tadi pula tersenyum-senyum menatap wajahnya

"I sebenarnya nak ajak you makan malam. tapi bila dengar gosip you dengan Dania. i rasa serba salahlah pulak,"

Syafik sekadar tersenyum

"Congratulations okay. I tak sempat nak ucap pada you,"

"Thanks Cik Aleya,"

"Tak perlula nak ber'cik-cik dengan i. Aleya cukupla,"

"Okay,"

Aleya mengigit bibir. otaknya cuba mencari cara untuk menanyakan tentang syarikat Infernal Engine games "So i dengar you ada naik atas baru-baru nie. Syarikat tu ada apa-apa racangan baru ke?,"

"Mereka cakap, mereka ada kerjasama dengan syarikat di China, tapi masih dalam perbincangan,"

"Wakil China tu datang sini ke?,"

Syafik mengeleng "Ceo syarikat tu kena pergi sana,"

"Bila,"

Syafik menjongket bahu "Entahla. Katanya dalam tempoh dua minggu tapi tak tahu bila, sebab ceo syarikat di china tu selalu busy,"

"Bagus tu syafik. Kalau kerjasama tu menjadi syafik akan komisyen tahu,"

"Komisyen?,"

"Of course'la. Syafik tak baca ke syarat yang kita bagi tu,"

"Ada, tapi perbincangan tu tak melibatkan peguam,"

"Tentula.. tapi bila kedua pihak dah bersetuju barula peguam mainkan peranan,"

Syafik terangguk-angguk mengerti

"Okay macam nie, Aleya kalau bab nie memang Aleya ada pengalaman. apa kata nanti, bila syafik dah tahu bila tarikh Ceo tu akan mengadakan perbincangan di china. Syafik bagitahu Aleya,"

"Kenapa?,"

"Hiss syafik nie. Kita sebagai peguam kenala ambil tahu tentang tu. itu duit poket syafik tahu tak. Kalau kerjasama tu tak menjadi," Aleya mengeleng kepala "Terbangla puluhan ribu duit komisyen syafik nanti,"

"Puluhan ribu?,"

"Ya syafik.., itukan projek puluhan juta,"

Alis syafik berkerut memandang Aleya "Mana minah nie tahu kalau projek tu puluhan juta?," Bisik Syafik di dalam hatinya

Pada masa yang sama ketika mereka berdua asyik berbual mesra. Ada sepasang mata sedang memerhati. Syed izham mengetap gigi. Perasaan cemburunya membuak-buak miskipun dia sudah mengetahui hubungan Syafik dengan Dania namun apa saja yang melibatkan Aleya dia tetap akan merasa cemburu

Sebaik minuman yang di pesan sudah siap. Syed izham keluar dari kafe itu dengan hati yang geram. Bukan mudah baginya untuk sampai ke tahap ini hanya semata-mata ingin berada dekat dengan Aleya

Ketika mereka berdua sama-sama berlajar di universiti. Semester satu dengan semester dua. Aleya tidak pernah memperhatikannya kerana ketika itu Aleya hanya berminat mendekati siswa-siswa yang cemerlang. Oleh kerana cinta yang bertepuk sebelah tangan, Syed izham bermatian-matian berlajar bersungguh-sungguh untuk menjadi salah seorang siswa yang cemerlang supaya Aleya mendekatinya

Usahanya itu tidak sia-sia. Semester seterusnya dia menjadi siswa terbaik dalam jurusan undang-undang dan dari situla Aleya mula mendekatinya namun mereka berdua hanya sekadar menjadi kawan baik miskipun Syed izham berkali-kali meluahkan perasaan namun sering kali tidak di perdulikan Aleya

Bagi syed izham, Aleya adalah segala-segalanya dalam hidupnya. Ketika dia mula menaruh perasaan pada Dania, Aleya datang memujuknya supaya menjauh dari Dania. Rupa-rupanya Aleya mempunyai agendanya sendiri namun kerana cinta yang begitu mendalam dia ikutkan sahaja kata-kata Aleya. Dia hanya mahukan Aleya dalam hidupnya

DANIAL berjalan-jalan bersendirian di sekitar bandar, niatnya untuk membeli motorsikal.

"Nak beli motor apa?," Danial mengaru-garu kepala padahal dia sudah mempunyai sebuah motorsikal berkuasa tinggi yang jarang di gunakan namun kali ini dia terpaksa membeli motorsikal biasa

Sesampai sahaja di sebuah kedai menjual motorsikal kapcai. Danial begitu asyik memerhati pelbagai jenis motorsikal di situ

"8 ribu? 6 ribu? takdela mahal pun, tapi nak beli motor apa," Ucap Danial seperti dalam di lema

"Encik mahu cari motor apa?," Tanya seorang lelaki cina pemilik kedai motorsikal itu

"Apa motor sesuai kalau bawa dalam bandar?,"

"Seolang atau berdua?,"

"Berdua,"

"Baik pilih skuter maa.. lagi senang. Taklak perlu pijak-pijak itu gear,"

"Skuter?,"

"Ini honda cpx baru. besar, laju sangat selesa kalau naik sama girlfriend,"

Danial memerhati motorsikal yang di tunjuk lelaki cina itu. Hatinya terus berkenan "Berapa harga?,"

"10 ribu. Boleh bayar ansuran,"

Danial tersengih "Ansuran? I bayar cash maa.. Bila boleh dapat?,"

"Petang nie lu boleh ambil,"

"Apa i dapat?,"

"Banyak loo,"

"I cuma mahu dua helmet. Brand bagus punya,"

"Aiyaa.. boleh loo,"

"Apa kalar motor you mahu?,"

"Kasi putih,"

"Bole-bole,"

JAM 9 pagi, Syafik masuk ke dalam pejabat dengan Aleya namun sebaik dia melihat kakaknya masuk ke dalam pantry. Dia turut masuk ke dalam pantry tersebut tanpa menghiraukan mata-mata staf memandangnya

"Kak?,"

Wani sufiya yang sedang mengikat plastik sampah segera menoleh. "Adik?,"

"Mana abang Dani. Dah seminggu Adik tak nampak dia?,"

"Abang dani dah kerja kat sini dik. Dia kerja kat atas je,"

"Setahu adik. abang dani kerja part time je kat sana?,"

Wani sufiya tidak menjawab

"Kak wani.. Adik bukan nak masuk campur. Kalau setakat kerja part time satu tempat banyak sangat ke gaji dia?,"

"Kakak'kan kerja,"

Syafik menoleh ke belakang memastikan tiada staf masuk ke dalam pantry "Gaji kakak berapa je?,"

"Adik.. buat masa nie kakak ada duit,"

"Aduh kak wani.. Sekarang nie baru satu minggu kak, bukannya sebulan dua. Adik takut nanti bila kakak dah start bayar rumah, bayar bill. baru kak sedar duit gaji kak tak cukup,"

"Kenapa nie dik.. masuk-masuk kerja cakap macam nie pada kakak?,"

"Adik cuma risau kak?,"

"In sya Allah. adik janganla risau. Tahula kakak jaga rumah tangga kakak,"

Syafik mengeluh pelan. tanpa menyambung bicara lagi. Dia terus berlalu pergi tanpa mengucapkan sepatah kata. Itu membuatkan kakaknya sedikit terkilan

Wani sufiya menyambung tugasnya dengan kelopak mata sedang berair

DENGAN senang hati Danial berjalan masuk ke dalam bangunan kemudian berjalan ke arah penghadang laluan miskipun waktu ketika itu sudah hampir 10.30 pagi.

Butang lif di tekan sambil melihat skrin handphone. Bibirnya tersenyum membaca reaksi isteri tercinta setelah dia mengirim gambar motorsikal yang di beli

"Petang nie sayang, kita jadi awie dan Era," Danial ketawa kecil sambil melangkah masuk ke dalam Lif

Ruangan pejabat Infernal Engine games sibuk seperti biasa. Danial berjalan sambil memerhati staf-stafnya melakukan perkerjaan masing-masing

"Hah Dani?,"

"Why?,"

"Minggu depan hari Rabu kau kena pergi China, baru tadi diorang hantar email. Ceo diorang nak berbincang pasal kerjasama tu,"

"Confirm ke?,"

Mail mengangguk

"Aku nak pergi dengan siapa?,"

"Dengan Azlan,"

Danial mengangguk-angguk sambil melabuhkan punggung di atas kerusinya kemudian duduk bersandar. Anak matanya memerhati atas siling seakan memikirkan sesuatu. Tingkahnya itu di perhatikan Mail

"Kau tengah fikir apa tu?," Tanya mail sambil melangkah menghampiri meja Danial

"Aku ingat sebelum aku pergi China aku nak bagitahu Wani, aku kena buang kerja,"

"Kenapa pulak kau nak buat macam tu?,"

"Macam nie mail.. aku dah fikir masak-masak, aku nak uji isteri aku dalam bulan nie je, lepas tu aku akan bagitahu dia siapa sebenarnya aku,"

"Bagi aku Dani, mungkin lebih kau tak payah uji bini kau tu. Dia memang baik Dani,"

"Betul tu Dani. tak akanla tak cukup lagi apa yang dia dah buat untuk kau. Duit hantaran dia keluarkan. cari rumah pun dia," Kata Borhan pula

"Ala kan aku dah cakap bulan nie je,"

"Aku bukan apa Dani. aku dengan Borhan pun bukan suka sangat nak masuk campur hal rumah tangga kau. cuma kitorang bimbang je. aku takut tak sampai sebulan macam-macam dugaan datang uji rumah kau nanti,"

"Weii... janganla cakap macam tu,"

"Dani. Kau kena ingat, kita dapat semua nie dari kita suka-suka je. kalau kita tak berjaya pun waktu tu, kau still dari keluarga yang senang. tapi Allah bagi kita rezeki dengan rezeki itula kau Sepatutnya berkongsi dengan isteri kau. Tak sepatutnya kau uji dia semata-mata nak tahu dia layak ke untuk berkongsi harta kau,"

"Apa salahnya aku nak uji dia dulu,"

"Tak salah Dani tapi Jangan sampai Allah uji rumah tangga kau. Itu lagi bahaya,"

"Korang berdua nie apala.. hey comon'la kan aku dah cakap sebulan je,"

"Suka hati kaula Dani,"

"Aku sebagai kawan baik kau Dani. Aku nak bagi nasihatkan kau sekarang. apa-apa belaku pada rumah tangga kau nanti. Satu je kau ingat waktu tu. semua tu salah kau," Ujar Borhan dengan wajah yang serius

Di waktu petang ketika staf-staf yang berkerja di wisma tun Borhan berpusu-pusu keluar selepas habis berkerja, Danial kelihatan berdiri di luar Lobi menunggu isterinya turun dan pada waktu itu Tan seri yahya terlihat sedang berjalan bersama Aleya menuju ke pintu lobi

"Dani tunggu siapa nie?,"

"Tunggu isteri Dani," Jawab Danial tanpa mengetahui siapa yang bertanya

"Isteri?,"

Danial menoleh "Eh ayah?,"

Aleya yang kebetulan berada di situ berkerut alisnya. "Macam pernah nampak?,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience