PAGI selesa pagi yang begitu meresahkan bagi Syafik. Hatinya lansung tak tenang bergemuruh sepanjang masa. Fail-fail diatas meja berulang-ulang kali di periksa memastikan tiada yang tertinggal ketika bertemu dengan Ceo syarikat Infernal Engine games
Dia duduk bersandar sambil mengengam-gengam tangan bagi menenangkan dirinya sendiri. Retinanya memandang pada jam di dinding
"Mana pulak Dania nie..?,"
Pintu bilik di ketuk kemudian di buka dari luar. Syafik segera bangun dari kerusi berfikir jika yang membuka pintu itu adalah Dania
"Good morning Syafik,"
Pantas Syafik mengankat wajahnya tampak sedikit terkejut apabila melihat Aleya sedang melangkah masuk ke dalam pejabatnya
"Good morning,"
"Good.. good morning," jawab Syafik sedikit gementar
"How are you?,"
Syafik mengangguk dengan wajah terpinga-pinga kerana itulah kali petama Aleya berbicara dengannya
"Saya okay je,"
Aleya tersenyum manja sambil melihat fail-fail yang sudah di susun di atas meja
"Siapa teman you nanti?,"
"Cik Dania,"
Aleya terus menghampir syafik sehinggalah dia betul-betul berdiri di hadapan peguam muda itu
Syafik tidak keruan. Berdiri pun tak senang di buatnya. Melihat bibir Aleya tersenyum sudah cukup menghilangkan perasaan resahnya namun perasaan lain pula yang muncul.
Tidak di nafikan jika Aleya mempunyai wajah yang cukup jelita berbanding Dania. Hanya dengan tersenyum mampu membuatkan mana-mana lelaki akan tergoda
"You jangan nervous tahu.. tenang saja.. yang penting dengar betul-betul apa kemahuan mereka. jika ada syarat-syarat kita yang diorang tak suka. padamkan terus tak usah melawan,"
"Bagaimana kalau mereka tak suka dengan bayaran kontrak?,"
"Itu you kena explain kepada mereka.. mengapa kita kenakan bayaran sebanyak itu.. i rasa Dania mesti dah ajar you kan,"
Syafik mengeleng bau perfume Aleya benar-benar menyesakan batinnya
"Laa.. kenapa dia tak ajar?,"
"Diakan ikut saya.. kalau ada pertanyaan macam tu bukan ke lebih baik dia saja yang jawab,"
"Hey..," Aleya mencuit pinggang Syafik "Tak bolehla macam tu. Sampai bila you nak harapkan dia. Nanti bila you dah jadi wakil peguam syarikat tu, tak akan you nak minta bantuan dia lagi,"
Syafik tersengih malu.. Bahkan ketika itu bahu Aleya bersentuhan dengan bahunya. Dia langsung tidak terfikir mahu menghindar
"You dah sedia syafik?," Tiba-tiba sahaja kedengaran suara Dania di balik pintu pejabat yang terkuak separuh
Syafik mengankat wajahnya memandang ke arah pintu namun tidak terlihat kelibat Dania
"Sorry Cik Aleya ya.. saya minta diri dulu,"
"Okay.. I wish you good luck,"
"Thank you," Ucap Syafik sambil mencapai beg kerjanya di bawah meja sebelum fail-fail di atas meja di angkat
"Kalau you berjaya nanti.. i akan belanja you makan,"
"Really?,"
"Yes..,"
Pintu bilik di buka.. Dania berdiri dengan wajah mencuka.. langsung tidak memandang syafik. Sebaik sahaja syafik keluar. Dia terus sahaja melangkah laju ke arah pintu keluar
Syafik seolah-olah tidak menghiraukan sikap Dania.. otaknya masih membayangkan senyuman Aleya kala itu..
Pintu Lif terbuka.. belum pun sempat kaki Dania mahu melangkah masuk, Bibirnya tersenyum apabila melihat wani sufiya
"Hai wani..,"
"Eh Cik Dania," balas Wani sufiya sambil melangkah keluar. Dania terus memeluknya. Syafik pula seperti sedang angau. Kelibat kakaknya langsung tidak di hiraukan
"Kenapa dengan syafik tu?," tanya wani sufiya terpinga-pinga hairan melihat adiknya tersengih-sengih seperti kerang busuk
"Baru lepas kena sihir dengan Aleya,"
"Hah!,"
"Nanti tengahari lunch dengan i,"
Wani sufiya mengangguk
"Okaylah i pergi dulu ya,"
"Okay," Pintu Lif tertutup "Eh? kenapa pulak aku pergi mengangguk tadi padahal aku dah janji nak makan dengan Dani..Hiss kenapa pulak dengan aku nie," ngomel Wani sufiya sendirian
Dania mengeluh pelan.. Retinanya menjeling pada Syafik yang masih tersengih-sengih
"Cukupla tersengih tu syafik..,"
Syafik menoleh.. "Itu first time tahu Aleya berbual dengan saya.. bila tengok dia punya senyuman bikin jantung boleh berhenti,"
"Untungla you tak mati,"
"Dia kata nak belanja saya makan.. tak sempat saya nak tanya tadi, dia nak belanja saya makan tengahari ke atau makan malam,"
Raut wajah Dania terlihat muram ketika memandang Syafik "You kenalah hati-hati.. Aleya tu dah ada hubungan dengan Syed Izham nanti tak pasal-pasal you berdua bergaduh pulak,"
"Dia ada hubungan apa dengan Syed Izham.. tunang pun belum.. inikan kahwin.. tak pernah pun i dengar Syed Izham tu bercinta dengan Aleya,"
"Suka hati youlah syafik. i just bagi nasihat.. you nak dengar atau tak terpulang pada you,"
"You jangan jealous tahu. kita berdua bukan ada apa-apa hubungan pun,"
Dania mengangguk faham.. namun di dalam hatinya kala itu di belenggu perasaan yang teramat cemburu dan geram. Di tahan sedaya upaya kerana waktu itu adalah hari yang sangat penting bagi masa depan Syafik sebagai peguam
"You dah periksa dokumen-dokumen tu semua?," tanya Dania. lemah nada suaranya
"Dah," Syafik menghela nafas panjang
"Relex ya Syafik. kalau ada pertanyaan yang you tak boleh nak jawab.. biar i saja yang jawab,"
"Ya, awak jangan risau, Aleya dah cakap nak belanja saya makan kalau saya berjaya sebab tu saya kena buat betul-betul. Perluang macam tu bukan selalunya datang,"
Dania mengengam-gengam tangannya sambil mengetap gigi menahan marah. ikut hatinya, waktu itu juga dia mahu menumbuk muka syafik
Sabar Dania.. sabar.. bisik Dania dalam hatinya
Pintu lif terbuka.. Syafik melepaskan nafas kuat sebelum melangkah keluar
"Wow!.. cantiknya macam company besar," Ucap Syafik sebaik sahaja keluar dari lif
"Memang ini company besar pun," Ujar Dania
Mereka berdua berjalan beriringan ke arah pintu kaca dan yang peliknya di balik pintu kaca itu kelihatan dua orang staff receptionist sedang menunggu
Pintu kaca terbuka secara automatik di kedua-dua belah sisi
"Selamat datang," Ucap staff receptionist itu serentak
"Ya terima kasih," Balas Syafik dengan raut wajah terpinga-pinga dengan sambutan itu
"Sila ikut sini Encik Syafik, Cik Dania," Pinta salah seorang staff receptionist
Dania terus mengikut staff receptionist itu sambil di ekori Syafik dari belakang
"Wow!.. macam cyber cafe," Ucap Syafik agak terpegun apabila melihat keadaan dalam ruangan pejabat syarikat Infernal Engine games seperti cyber cafe. Di dinding terdapat skrin-skrin besar dan Setiap kakitangan mengunakan earphones besar saat berkerja
Dania mengeleng kepalanya saat melihat Borhan sedang menyapu sampah kemudian melihat pula ke arah Azlan dan Mail sedang berpura-pura mengelap meja
"Encik Firdaus.. diorang dah sampai,"
"Ya.. ya,"
Seorang lelaki muda berbadan gempal terus bangun dari kerusi sebaik sahaja Dania dan Syafik berdiri di hadapan meja
Siapa pulak nie?.. Bisik Dania
"Ooo inilah bakal adik ipar Danial," Tiba-tiba Borhan datang menyapa sambil memegang penyapu
"Danial?.. siapa tu,"
Borhan tergelak "Nama sebenar bakal abang ipar awak tu Danial nama saya Borhan,"
"Kenapa pula dia guna nama lain?,"
"Itu adik kena tanya sendiri kat Auntie sebelah tu,"
"You nak kena tampar ke Borhan?,"
"Aku gurau jelah,"
"Gurau pun bertempatlah...," Balas Dania dengan renungan tajam. Gigi di getap geram
"Bakal adik Ipar Dani ke?," Tanya Mail pula sambil menghampiri meja itu bersama Azlan
Syafik terangguk-angguk
"Nama abang Mail, yang sebelah nie Azlan.. kami nie sahabat baik bakal abang ipar syafik.. Kitorang nie perkerja am je kat sini.. Hah.. yang tu Sha," Ujar Mail sebaik sahaja Sha keluar dari bilik meeting "Dia nie satu-satunya sahabat baik Danial dari kaum hawa.. dia kerja maid kat sini,"
"Kepala hotak aku maid.. Aku secretarylah woi!,"
Mail, Azlan dan Borhan tergelak terkekeh-kekeh. Sikap mereka semua yang bergitu santai di hadapan Ceo membuatkan Syafik begitu hairan
"Sampai bila i nak berdiri kat sini Sha?,"
"Yaa.. sabor Dania..," Sha menepuk bahu Firdaus sedikit kuat sejak tadi hanya mendiamkan diri "Cepatla Firdaus masuk bilik meeting,"
"Ya.. ya baiklah,"
Syafik menarik lengan baju Dania saat berjalan ke bilik meeting. Dania menoleh
"Betul ke lelaki tu Ceo syarikat nie?," bisik Syafik. Tampak kebingungan
Dania Serba salah mahu mengangguk "Betullah,"
Syafik duduk di sebelah Dania berhadapan dengan Firdaus dan Sha. Sementara Mail, Borhan dan Azlan berdiri di luar bilik meeting tersengih-sengih memandang Syafik
Pada masa yang sama kelihatan kelibat Danial datang sambil membawa dulang terdapat empat gelas cawan
"Please help me open the door," Pinta Danial. Borhan tergelak saat membuka pintu
"Syafik!..," Sapa Danial dengan senyuman sebaik sahaja masuk ke dalam bilik meeting
"Abang..,"
"Abang minta maaf ya dik sebab lambat kenalkan diri abang," Ucap Danial sambil menaruh dulang di atas meja
"Eh tak mengapa bang.. Kak wani pun dah bagitahu pasal abang," Jawab Syafik sedikit kekok "Tapi kenapa abang guna nama samaran?,"
"Itu panjang ceritanya dik.. Insya-Allah satu hari nanti abang akan bagitahu Adik," Danial mengalih pandangannya ke arah Dania "Abang ingatkan adik datang sorang.. tak sangka pula adik bawa Auntie sekali,"
"ini dah melebih!," tengking Dania serta merta berdiri dari duduknya sehingga membuatkan Syafik terkejut beruk "Rupa aku nie tua sangat ke kau nak gelar aku Auntie!,"
"Aku gurau jelah itu pun nak marah,"
"Gurau kepala hotak kau!,"
"Dania..," Tegur Syafik sambil menarik lengan Dania supaya wanita itu duduk
Dania berdengus.. terkilan sungguh hatinya bila di ejek adiknya sendiri di hadapan Syafik
"Kenapa dengan awak nie? Dia gurau je'kan," Bisik Syafik pada Dania setelah wanita itu duduk semula
"You pun fikir i macam tu kan?,"
Syafik menolak kerusinya sedikit merapat dengan kerusi Dania
"Kalau saya anggap awak macam tu, macam mana saya nak couple dengan awak,"
Dania terkesima setelah mendengar bisikan menusuk kedalam gegendang telinganya
"Hah! dah kenapa pulak you tercengang tu Dania?," Tegur Sha namun tiada reaksi dari Dania "Woi Dania!,"
Terperanjat Dania bahkan Syafik, Danial dan juga Firdaus turut terperanjat sama
"You nie dah kenapa Sha.. terperanjat i tahu tak,"
"Mulut tu tutup,"
"Eh cepatlah.. sampai bila nak duduk dalam bilik nie,"
"You yang sepatutnya serahkan dokumen pada kitorang,"
Syafik cepat-cepat menyerahkan dokumen-dokumen yang dibawa tadi kepada Sha
"Weii Sha..,"
Sha sekadar mengankat kening memandang Dania
"Nanti jumaat you ikut i,"
"Pergi mana?,"
"Perlis,"
"Siapa lagi?,"
"You, syafik dengan bakal pengantin. Sebelum subuh kita bertolak. You okay tak?,"
"I okay je,"
Danial tersengih-sengih memandang Syafik. Dia dapat menghidu seperti ada sesuatu antara bakal adik iparnya dengan kakaknya dan kala itu juga Mail, Azlan dan Borhan sudah pun masuk ke dalam bilik
"Abang gerak bila?," Tanya syafik pula
"Insya-Allah Mungkin lepas solat jumaat,"
SETELAH hampir dua jam mereka semua berada di dalam bilik meeting dengan menghabiskan masa berbincang berkenaan dengan majlis perkahwinan
Syafik dan Dania kembali semula ke tingkat 12. Syafik berdiri bersandar di dalam Lif.. Dahinya berkerut memikirkan kembali saat berada didalam bilik meeting tadi.
"Syafik? kenapa termenung?," Tanya Dania lembut
Syafik menoleh "Macam mana awak kenal dengan diorang semua?,"
"Dari sekolah menengah lagi. Diorang tu semua kawan baik adik i,"
"Awak ada adik ke?,"
Dania mengangguk
"Tapi wak.. Diorang tu semua perkerja am je.. kenapa diorang berani lepak dengan Ceo,"
"Susah i nak explain kat you Syafik. tapi i yakin satu hari nanti you akan tahu sendiri,"
Syafik mengeluh pelan tanpa menyedari Dania sedang memandang dengan senyuman mekar
"You serius ke cakap macam tu tadi?,"
Syafik mengangguk
"Habis tu yang you beria-ria nak makan dengan Aleya,"
"Saja.. nak tengok awak jealous ke tak," Syafik tersengih nakal
"Hiss you nie.. tentulah i jealous,"
"Kalau awak jealous maksudnya awak suka kat sayalah,"
"Dah lama syafik,"
WAKTU rehat tengahari. Dania tidak menyangka yang akan makan bersamanya bukan setakat Wani sufiya dan syafik saja tetapi turut di sertai Danial, Borhan, Mail, Azlan dan Sha
Kehadiran mereka semua benar-benar memeriahkan keadaan ada saja topik perbualan dan gelak tawa mereka semua
Dan waktu itu Danial mengambil kesempatan untuk mempekenalkan sahabat-sahabat baiknya kepada Wani sufiya
"Tadi Syafik dapat tepukan dari staff tingkat 12," Ujar Wani sufiya pelan kepada Danial
"Mengapa?,"
Wani sufiya mengeleng "Saya pun tak tahu,"
"Kenapa awak tak tanya?,"
Wani sufiya menoleh, bibirnya tersenyum memandang Danial "Saya nie kan cleaner.. bukannya staff pejabat,"
"Kenapa pulak cakap macam tu.. Syafik kan adik awak,"
Wani sufiya tidak membalas. Tangan bakal suaminya di atas meja di genggam kuat.
DAHI Danial berkerut-kerut seolah-olah sedang berada dalam keadaan cemas. Kakinya melangkah mundar-mandir di dalam bilik meeting sambil mendail nombor Wani sufiya
"Mana pulak pergi Wani nie? Kenapa tak bagitahu kalau balik awal," rungut Danial sendirian selepas mendapat tahu dari Dania, bakal isterinya itu telah pulang awal selepas rehat tengahari
"What wrong Dani?," Tanya Borhan selepas membuka pintu bilik meeting
"Wani.. aku call tak angkat-angkat,"
"Pergi jelah turun jumpa dengan dia,"
"Dia balik awal tapi tak bagitahu aku,"
"Eh dia sakit ke?,"
Danial mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal "Aduh.. itula yang aku risau. Padahal esok dah nak bertolak.. kalau ya pun sakit bagitahulah aku,"
"whatAspp kau, dia ada balas tak?,"
Danial mengeleng. Borhan melihat jam tangannya menunjukkan waktu 4.25 petang
"Macam nie Dani.. Kita tunggu sampai pukul 5.30, kalau dia tak jawab call kau.. whatAspp pun dia tak balas. Kita pergi cari dia. Macam mana?,"
Danial mengeluh berat.. sebelum mengangguk kepalanya tanda setuju dengan cadangan Borhan
45 MINIT telah berlalu.. Mail dan Borhan begitu risau melihat keadaan Danial seperti tidak keruan duduk di kerusi.. sejak tadi hanya kedengaran dengusan dan keluhan dari sahabatnya itu
Danial melihat skrin telefon pintarnya.. whatAspp yang dikirim langsung tidak di baca Wani sufiya.. berpuluh-puluh panggilan tidak di jawab. Danial berdegus lalu bangun dari kerusinya.. hatinya yang sebelum ini merasa cemas dan bimbang mulai bertukar menjadi amarah
"Kalau tak nak kawin cakap jelah!," Pekik Danial sehingga mengejutkan Mail dan Borhan
"Sabar Dani...,"
"Aku nak bersabar apa lagi.. entah-entah dia ada lelaki lain belakang aku,"
"Weii Dani.. tak baik menuduh benda yang kita tak nampak.. mungkin dia tertidur ke, sakit ke.. kita bukannya tahu,"
"Aah.. tertidur dengan jantan lain,"
Mail beristighfar beberapa kali kemudian memandang Borhan
"Dah jomlah Dani.. kita pergi cari dia,"
"Ah lantaklah dia.. Dah dekat nak kawin baru nak buat perangai, buat apa aku nak kawin perempuan macam tu," Balas Danial dengan raut wajah berang
Borhan dan Mail mengeleng namun pada masa itu.. telefon pintar Danial berdering. Danial melihat pada skrin tertera perkataan isteriku
"Bila dah puas baru ingat aku...,"
"Ehh kau nie Dani kenapa cakap macam tu.. lebih baik kau jawab. Tanya dia kat mana?,"
Danial tergeleng-geleng dengan kerut seluruh wajahnya sebelum panggilan itu di jawab
"Assalamualaikum awak..," Wani sufiya memberi salam
"Awak kat mana sekarang nie!,"
Wani sufiya terdiam di hujung talian mungkin kerana terkejut di tengking Danial secara tiba-tiba
"Awak tahu tak! berapa banyak mesej saya dah kirim.. berpuluh-puluh call saya awak tak jawab.. awak tengah seronok dengan jantan lain ke!!,"
"Tak!,"
"Hey Wani.. kalau kau ada jantan lain baik kau terus terang.. kau jangan nak mainkan aku.. baru sekarang kau nak tunjuk perangai kau!! Woi!! lebih baik kita tak payah kawinlah!!!,"
Kedengaran suara Wani sufiya meraung.. sehingga boleh di dengari Borhan dan Mail
Share this novel