Aleya mengigit-gigit kuku jarinya. Sebuah fail mengandungi maklumat Danial dengan di sertakan sekeping gambar berukuran passport berada di atas meja.
"Cik Aleya. Bagaimana dengan Ila?,"
Aleya tidak menjawab. Tatapan Matanya sungguh tajam menatap gambar Danial seolah-olah mengenali lelaki itu bahkan ketika ini dia lansung tidak memikirkan nasib staff bawahannya
Borhan? nama lelaki nie borhan ke? bisik Aleya dalam hatinya seakan tidak pecaya
"Cik Aleya?,"
"Ya saya!,"
"Ila cik Aleya,"
"Ah biarkan je. Siapa suruh dia cari masalah. Dah kena tanggunglah sendiri," suara Aleya sedikit meninggi
Faizal terangguk-angguk mengerti. Pada masa yang sama Kedengaran ketukan pintu dari luar
"Awak boleh keluar Faizal. Berkenaan dengan masalah Ila tu biarkan Dania yang uruskan. awak tak perlu nak masuk campur,"
"Baik Cik Aleya,"
Pintu bilik di buka namun dari luar. Syed izham berdiri ke tepi memberi ruang kepada Faizal keluar terlebih dahulu dari bilik
"What is wrong baby?,"
Aleya mengeleng pelahan "Baby?,"
"Why? Tak boleh ke i panggil you baby?,"
"Izham. Kita nie cuma kawan rapat je bukannya bercinta,"
Syed izham tersenyum. Pintu bilik di tutup
"You'Kan tahu i dah lama suka'kan you. Sampai bila you nak tolak perasaan i Aleya,"
Aleya tersenyum manja merenung wajah kacak sedang berdiri di hadapannya "You betul-betul iklas ke sukakan i,"
Syed izham mengangguk namun retinanya terpandang fail di atas meja. Kepalanya di geleng "I tak faham dengan you Aleya. Kenapa you taksub sangat dengan lelaki tu, you kenal ke?," nada syed izham Kedengaran cemburu
"Siapa?,"
Syed izham menunjuk ke arah fail yang mengandungi maklumat Danial di atas meja
"Pleasela izham. i bukannya taksub. Ini masalah berkaitan dengan kes pagi tadi. Lepas i dengar cerita dari Faizal i rasa hairan macam ada something antara Dania dengan perkerja baru tu,"
"Aleya. I pun ada dengar masalah tu dari Adila memang terang-terang ila tu yang bersalah,"
"Yes i know izham but i cuma tertanya-tanya kenapa Dania cepat betul buat keputusan tanpa mendengar dulu cerita kedua belah pihak,"
"Maybe Dania tu dah tahu ila tu kerap sangat buat masalah,"
Aleya mengeleng "Sayang. Bagi i ila tu bagus kalau buat kerja. Cepat, kemas,"
"You nak i jumpa dengan Dania. Mana tahu i boleh pujuk dia?,"
Aleya menyengis "It's okay izham. Nanti tak pasal-pasal yang keluar dari bilik bunyi suara maki hamun. You dah lupa ke Dania tu benci sangat pada you,"
Syed izham mengeluh kesal "Salah ke i berterus terang jika hati ini tidak pernah menyukainya,"
"You suka siapa sebenarnya?,"
"You Aleya. You. tiada perempuan lain yang mampu membuka pintu hati i. Hanya you yang mampu,"
"Izham-izham. So bagaimana. You dah buat research tentang syarikat tu," Aleya pantas menukar topik perbualan
"Yes. i dah try Google sebab i nak tengok wajah lima orang sekawan tu tapi cuma ada gambar empat orang saja. Gambar Ceo tu tiada,"
"Tak akan tiada lansung?,"
"Memang tiada. Dia pemegang saham paling besar sebanyak 50% peratus. Selebihnya di miliki kawan-kawan dia. Baki saham yang kecil?," Syed izham berhenti berbicara seolah-olah teringatkan sesuatu "Kalau you nak tahu isteri Tan Seri pun ada saham dalam syarikat tu tapi tak besar cuma lima peratus,"
"Maksud you Puan Seri Dahlia,"
Syed izham mengangguk "Keuntungan bersih syarikat tu setiap tahun tidak kurang dari 20 juta US dollar. Waktu covid keuntungan syarikat tu melebihi 50 juta US dollar. Just Syarikat Games tapi keuntungannya sangat besar,"
"You agak-agak Ceo tu muda lagi ke?,"
"Kan tadi i dah cakap mereka semua lima sekawan. Umur mereka semua sama. 28 tahun,"
"Hebat. Muda lagi dah jadi jutawan,"
"That's why i mesti rebut perluang nie. Kalau i dapat jadi peguam mereka. Banyak benefits yang i akan dapat,"
"i wish you good luck izham,"
"My pleasure my love,"
TERSENGET-senget bibir Danial saat menunggu Wani sufiya di luar pintu Lobi. Hampir setengah jam dia menunggu
Mana wani nie. Lambatnya. Danial melihat jam di tangan. Hiss dah pukul 6.
"Borhan.. Borhan..," Wani sufiya memanggil pelan sengaja bersembunyi di belakang Danial namun Danial tidak menyahut "Borhan!,"
"Oh mak kau hijau!,"
Wani sufiya tergelak terkekeh-kekeh
"Awak nie Wani. nak gugur jantung saya tahu tak," Ucap Danial sambil mengosok-gosok dadanya
"Saya minta maaf. Saya dah panggil awak banyak kali tapi awak tak menyahut,"
"Itu bukan nama saya, itu nama samaran je. Dekat luar nie panggil jela nama betul saya," Danial mengeleng memang sengaja dia mengunakan nama palsu kerana ada dari kalangan peguam mengetahui bahawa Tan seri yahya mempunyai seorang anak lelaki bernama Danial namun begitu tiada seorang pun yang pernah melihat wajahnya memandang ibunya bekas seorang ustazah tidak menyukai dinding-dinding di rumah tergantung gambar manusia
"Kenapa nak guna nama samaran. Nama sendiri pun dah bagus," Kata Wani sufiya pelan
"Hiss awak nie wani, padahal saya dah bagitahu awak rehat tadi tak akan dah lupa,"
Wani sufiya terangguk-angguk "Ya saya ingat. Sebab awak ada dua kerja tapi dua-dua kerja part time,"
"Bila saya kerja kat atas saya pakai baju biasa tentula saya malu kalau staff kat atas tiba-tiba nampak saya pakai baju formal padahal perkerja am je. Senang cakap pembersih pejabat tapi kena pakai smart," Danial sengaja memberi alasan
"Kalau awak malu awak kerjala kat atas,"
"Masalahnya tak boleh,"
"Kenapa tak boleh?,"
"Sebab saya asyik teringatkan awak," Danial tersengih nakal
"Yala tu. Jomla.. kita nak makan kat mana?,"
"Tempat hari tu,"
"Hmm okay,"
"Wani buat apa kat atas tadi?,"
"Nanti saya cerita sambil kita berjalan,"
Danial mengangguk. Mereka berdua akhirnya berjalan beriringan ke arah masjid jamek.
"Wani jumpa Dania?,"
"Aah,"
"Pasal perempuan tu ke?,"
Wani sufiya mengangguk "Saya kesihan kat dia wak, tak akanla pasal masalah tu sampai kena pecat,"
"Perempuan tu kurang hajar sangat memang patutla kena pecat. Saya dengar bukan sekali dua dia sengaja mempemalukan wani tapi banyak kali kan,"
"Memamg betul, tapi wak," Wani sufiya tersengih-sengih memandang Danial "Rupanya ada sebab ila tu tak sukakan saya,"
"Sebab apa?,"
"Dia suka adik saya,"
"Syafik?,"
"Eh mana awak tahu nama adik saya?,"
Alamak terlepas cakap. "Ala waktu interview dengan Dania," Danial berpura-pura mereka cerita "Waktu tu Dania ada tanya kalau saya ada kenal sesiapa dalam pejabat nie. Saya cakapla saya kenal awak dengan adik awak. Tapi Dania yang sebut nama adik awak bukannya saya,"
"Ohhh..," Wani sufiya terangguk-angguk pecaya "Yala dalam pejabat tu cuma Cik Dania je yang tahu kalau Syafik tu adik saya,"
"Betulla nama adik awak syafik?,"
Wani sufiya mengangguk lagi. Danial menyengis. Padahal sebelum dia berjumpa dengan ayahnya dia ada bertanya pada Dania kalau kakaknya ada menyukai lelaki dalam pejabat namun pada mulanya kakaknya enggan menjawab setelah di paksa barulah kakaknya menyebut nama syafik
"Awak bagitahu pada Ila kalau syafik tu adik awak?,"
"Aah. Sebelum balik. dia jumpa saya dalam tandas menangis-nangis lepas tu dia beritahu saya alasan kenapa dia tak suka saya. Nak tak nak terpaksa jugak saya bagitahu kalau syafik tu adik saya. Mulanya ila tu tak pecaya lepas saya tunjuk gambar saya dengan Syafik kat kampung terkejut beruk dia," Wani sufiya tergelak
"Habis tu Dania jadi tak pecat dia?,"
"Tak," Wani sufiya mengeleng sebelum bibirnya mengukir senyuman "Rupanya Cik Dania tu baik jugak orangnya. Saya masuk je dalam bilik dia, terus saya merayu supaya jangan pecat ila. Dia tak cakap banyak pun terus je setuju. tapi punca sebenar saya lambat sebab adik saya tiba-tiba tarik saya masuk dalam bilik. Sibuk tanya pasal awak,"
"Tanya pasal apa?,"
"Yala dia hairan sebab dia nampak saya mesra sangat dengan awak,"
"Wani jawab apa?,"
"Saya cakapla awak boyfriend saya. Habis citer,"
"Hah! serius?," Danial sedikit terkejut
Wani sufiya terangguk-angguk malu "Kenapa salah ke saya cakap?,"
"Takkk.. Alhamdullilah akhirnya awak terima jugak saya,"
"Tapi Dani.. saya merayu tolongla jangan mempermainkan saya lagi,"
Danial berhenti melangkah. Tangan kanannya di angkat paras kepala "Saya berjanji saya tak akan sesekali mempermainkan awak wani dan saya berjanji saya akan mengahwini awak!," Ucap Danial dengan nada yang kuat sehingga menarik perhatian orang awam yang sedang lalu lalang di tepi bangunan HSBC
"Awak nie buat saya malu jela," wajah Wani sufiya kemerahan menahan malu. Tangan Danial yang sedang di angkat itu terus di pegang lalu menarik Danial meninggalkan tempat itu
Namun siapa sangka sebentuk organ kecil di panggil Hati yang selama ini tidak pernah di sinari cahaya kebahagian tiba-tiba sahaja bersinar bagaikan mentari yang selama ini bersembunyi akhirnya sudi memberikan sedikit sinar cahaya menerangi hatinya. Saat itu Wani sufiya merasakan sungguh bahagia tanpa mempedulikan perkerjaan Danial, apa yang di inginkan adalah sebuah kejujuran dengan perasaan yang telus mencintainya
Danial dan Wani sufiya menghabiskan masa dengan hati yang riang. Saling bercerita kisah hidup masing-masing. Danial mendengar dengan tekun saat Wani sufiya bercerita. Entah mengapa hatinya sangat senang apabila melihat wanita itu tersenyum sehingga menampakan lekukan lesung pipit di kedua pipi
"Awak cantik wani bila awak tersenyum,"
Wani sufiya yang ketika itu sedang asyik bercerita serta merta terdiam setelah mendengar pujian dari Danial. Wajahnya kemerahan kerana malu
"Alhamdullilah. Semua nie anugerah dari maha pencipta. Awak pun apa kurangnya handsome sangat,"
"Betul ke?,"
Wani sufiya mengangguk "Lagi handsome kalau awak potong rambut tu,"
"Awak nak saya potong rambut nie,"
Wani sufiya diam tidak menjawab. Wajah Danial di renung "Lebih baik awak biarkan je,"
"Kenapa? tadi awak jugak yang suruh saya potong,"
"Saya takut kalau perempuan lain minat awak," Wani sufiya ketawa kecil miskipun jawapannya Kedengaran bergurau namun tidak pada lubuk hatinya
"Kalau betul muka saya nie handsome sangat semuanya milik awak wani. Bukan untuk orang lain,"
"Manala tahu kalau satu hari nanti ada perempuan lain lebih cantik dari saya suka kan awak,"
Danial mengeleng dengan raut wajah kelihatan serius "Awak nak saya bersumpah ke?,"
"Eh tak perlu. Saya pecayakan awak,"
"Selama nie saya tak pernah bercinta wani sebab saya sangat memilih tapi saya tak sangka kalau hati saya nie tiba-tiba terbuka untuk awak,"
"Saya pun tak pernah bercinta. Tapi saya betul-betul suka kan awak Dani. Saya berharap sangat hubungan nie berkekalan hingga ke jinjang pelamin Walaupun ketika itu hidup kita susah. awak jangan risau saya janji saya akan jaga awak. Saya tak perduli awak kerja atau tak yang penting tolong cintai saya dengan telus,"
APAKAH ini di namakan cinta? Ucap Danial di dalam hati yang sedang tidak keruan setelah Wani sufiya pulang. Dadanya di tekan ada sesuatu perasaan yang tidak enak membelenggu dadanya
Sesuatu yang enggan melepaskan Wani sufiya pergi. Terasa sakit namun Danial tidak pernah merasai perasaan seperti itu. Di kala dia melihat Wani sufiya melambai pergi hatinya meronta-ronta seolah-olah menginginkan sesuatu
Langkah yang di susun pelan terhenti. Danial termangu dengan tatapan kosong sehingga orang awam yang lalu lalang di situ memerhatikan gelagatnya
"Bila kau dah mula mencintai seseorang dan cinta kau itu di balas berhati-hatilah dengan satu perasaan Dani. Perasaan yang hanya datang ketika kau bersama dengan wanita itu. Semakin kau menolak semakin kuat perasaan itu mendesak," Danial teringat akan nasihat dari sahabatnya Mail
Ini namanya nafsu.. Danial menyambung langkahnya semula
"Ingat Dani. Mama bagi Dani didikan agama supaya Dani selamat dunia dan akhirat, selamat dari maksiat. Jangan fikir keluarga kita kaya. Dani bebas buat perkara mungkar kat luar sana. Jika Mama tahu Dani buat benda tu semua. sumpah Mama tak akan mengaku Dani anak Mama,"
Danial mengeluh berat. Dulu kenyakinannya bagaikan sebuah tembok yang kukuh mampu menghindari hidup berfoya-foya kerana sikapnya yang sangat memilih namun setelah hatinya terbuka untuk wani sufiya barulah dia sedar bertapa dahsyatnya perasaan yang di panggil nafsu
Sekali lagi langkah Danial terhenti. Kali ini dia mengeluarkan telefon pintarnya dari poket seluar
Agak-agak Wani ada tak perasaan macam aku?
Apa yang di rasakan Danial itu rupanya turut di rasai Wani sufiya sesampai sahaja di station LRT hang tuah dia duduk bersendirian termangu sehingga tidak menyedari train Lrt menghala ke cheras sudah dua kali berhenti di landasan
Kedengaran telefon pintarnya berdering beberapa kali.Wani sufiya bagaikan tersedar dari lamunan. Setelah melihat nama tertera di skrin, cepat-cepat dia menjawab
"Hello. Awak dah sampai kat rumah?," Wani sufiya terus bertanya tanpa mengucapkan salam terlebih dahulu
Danial tidak terus menjawab. agak lama dia mendiamkan diri. "Wani.. saya rasa macam ada sesuatu tak kena pada diri saya,"
Kali ini Wani sufiya pula yang terdiam, dia tahu maksud dari kata-kata itu kerana dia juga merasakannya
"Saya rasa macam saya nak awak terus bersama dengan saya malam nie. Sumpah saya tak pernah merasakan perasaan macam nie,"
"Saya pun..,"
Danial dan Wani sufiya mendiamkan diri. Masing-masing cuba menahan diri
"Apa kata kita kawin Wani?,"
Wani sufiya sedikit tersentak dengan permintaan Danial namun jauh dari lubuk hatinya seperti mendesak dirinya supaya mengatakan ya
"Ya saya sedar kalau sekarang nie saya tak mempunyai wang. tapi tak salahkan kalau kita angkat nikah dulu,"
Wani sufiya mengeluh pelan "Apa kata kita bincang je esok,"
"Kenapa? wani tak sudi ke?,"
"Tak.. saya sudi sangat. Tapi pekara macam nie mungkin lebih baik kalau kita berbincang depan-depan,"
"Kalau malam nie?,"
"Saya bukan tak nak Dani.. saya nak sangat tapi saya takut kalau kita terlanjur," Balas Wani sufiya pelan
"Baikla kita jumpa esok. tapi waktu rehat sebab saya kerja part time kat atas,"
Sebaik sahaja mereka berdua selesai berbicara. Danial dan Wani sufiya termangu walaupun mereka berada berada di tempat yang berbeda namun mereka berkongsi perasaan yang sama
MENJELANG pagi suasana di sekitar Wani sufiya bagaikan di terangi cahaya yang berkilauan. Bunga-bunga berwarna-warni berjatuhan dari langit begitu indah sekali namun permadangan itu hanya mampu di lihat Wani sufiya sahaja
Langkah yang di susun pula Kedengaran seperti sebuah irama yang cukup indah. Bunyi burung yang berkicauan, derapan langkah kaki, bunyi kenderaan yang lalu lalang, suara orang berbicara seolah-olah sedang menyanyikan sebuah lagu untuknya
Wani sufiya terus mempecepatkan langkah setelah melihat sebuah train semakin menghampiri station Lrt cheras
"Wani kat mana sekarang?,"
"Dah nak masuk dalam train. Awak kat mana?,"
"Saya tengah joging. Nanti tunggu saya kat pasar seni ya. Kita sarapan pagi sama-sama,"
"Ya baiklah. awak hati-hatinya,"
"Okay,"
Wani sufiya tersenyum lebar entah mengapa hatinya tidak sabar ingin menemui Danial. Bukan dia sahaja merasakan begitu malah ketika itu apa yang di rasakan wani sufiya turut di rasai Danial
Dari kediamannya Danial berlari menghala ke arah masjid jamek. miskipun peluh sudah membasahi wajah namun gejolak Rindu semakin tidak tertahan, Jemu tak kunjung temu. Berlarian dengan waktu,. mengharap jarak semakin hampir untuk bertemu, ingin melepaskan rindu semalam yang tertahan
Berlari dan terus berlari sekuat hati. Dua insan yang berkongsi perasaan yang sama. Wani sufiya berdoa semoga bas yang di naiknya cepat tiba di tempat pertemuan namun apakan daya perasaan rindu itu tidak mampu lagi di tahan ketika bas yang di naiki berhenti di hadapan sebuah hotel berhampiran dengan station bas pudu raya
Wani sufiya mengambil keputusan untuk turun lalu berlari menghala ke arah pasar seni.
"Apakah ini di namakan Cinta?," Ucapan itu saling di ucap oleh dua insan miskipun pun saat itu mereka berdua berada berbeda tempat
Wani sufiya terus berlari begitu juga dengan Danial dan akhirnya mereka berdua berdiri dengan nafas yang termegah-megah. Peluh dingin sudah melata di seluruh wajah
Danial memandang Wani sufiya sedang berdiri di seberang jalan
"Wani!," Danial melambai dengan senyuman terukir mekar
"Dani!," Wani sufiya membalas lambaian itu
Mereka berdiri dengan senyuman yang terukir mekar sambil menatap satu sama lain. Pada masa yang sama juga kelihatan mentari pagi mulai menyinar di celah-celah bangunan di ibu kota kuala lumpur dan sinarnya itu mempelihatkan lebih jelas riak wajah Danial dan Wani sufiya menunjukkan bertapa gembiranya dua insan itu setelah bertemu
Share this novel
tada update lagi
amiin. kanak2 sini semua is timetable. sebab Allah saying mereka sangat2. semua ada penyakit yang bawa maut dan di tinggalkan oleh keluarga sebab tak mampu jaga sebab penyakit. jadi doa author dan yg lain bgi selmangat pada kanak2 tu semua
kami semua doa kan semoga author berjaya dlm hidup