Chapter 21

Romance Series 16317

Jantung Wani sufiya semakin kuat berdebar-debar sebaik sahaja puan seri Dahlia memarkirkan kereta di basement wisma tun Borhan

"Mari Wani,"

Wani sufiya mengangguk sebelum membuka pintu kereta. Sebaik keluar dari kereta, Wani sufiya mengekori belakang puan Seri Dahlia menuju ke pintu Lif

"Bertenang Wani. Muka tu nampak sangat tengah takut, Hiss banggala sikit jalan dengan saya,"

"Baik puan seri," Wani sufiya menarik nafas panjang lalu di hembus perlahan-lahan bagi menenangkan hatinya

Pintu lif terbuka. Puan Seri Dahlia masuk terlebih dahulu kemudian menekan butang nombor 12. Ketika di dalam lif. Dia sempat mempebetulkan tudung Wani sufiya

"Tenang ya,"

Wani sufiya mengangguk bersungguh-sungguh

Terbuka sahaja pintu lif di tingkat 12. Entah mengapa darah di seluruh tubuh wani sufiya berderau. Namun sedaya upaya dia menahan rasa takutnya itu sekuat hati

Puan seri Dahlia melangkah keluar terlebih dahulu barulah Wani sufiya mengikutnya dari belakang.

Pintu berkaca terus terbuka sebaik sahaja penyambut tetamu yang berada di dalam perasan akan kelibat puan seri Dahlia di luar

"Selamat pagi puan seri," Jawab penyambut tetamu itu serentak namun kelopak mata mereka berdua terbeliak saat melihat wani sufiya

"Dia nie pembantu saya,"

"Hai kak hasni, kak laila," Ucap Wani sufiya

Staf-staf penyambut tetamu itu sekadar terangguk-angguk dengan wajah tampak kebingungan.

Puan seri Dahlia terus melangkah masuk ke dalam ruang pejabat, sementara wani sufiya pula terus mengekori rapat di belakangnya

"Eh itu Wani'kan,"

"Mana?,"

"Tuu.. belakang puan seri,"

Beberapa orang staf yang mendengar ada yang memaling badan dan ada juga yang sanggup berdiri semata-mata mahu melihat Wani sufiya

"Betulla tu Wani,"

"Dia kerja dengan puan seri sekarang?,"

"Kerja apa?,"

"Tak akan pakai pakaian macam tu kerja cleaner kot,"

Para staf terus berbisik-bisik sesama mereka. Sementara puan seri Dahlia bersama Wani sufiya sudah pun hampir tiba di pintu pejabat Tan seri yahya

"Makcik?,"

Puan seri Dahlia memaling. Aleya bersama syed izham datang menghampiri

"Aleya, Izham,"

"Makcik buat apa kat sini?,"

"Izham tak beritahu Aleya ke?,"

"Hari nie ada pertemuan antara wakil yayasan Angkasa dengan puan seri untuk tandatangan persetujuan pengambil alihan rumah kebajikan anak-anak yatim di Sungai besi," Syed izham memandang wanita di sebelah Puan seri Dahlia "Macam kenal je,"

Puan seri Dahlia dan Aleya pantas mengalih pandangan masing-masing memandang wani sufiya

"Kenalkan ini pembantu saya Wani sufiya,"

"Oh wani. Patutla macam kenal. wow dah nampak lain. Congratulations ya,"

"Terima kasih Encik izham,"

Namun berbeza dengan reaksi Aleya. Bibirnya seakan mahu tidak mahu saja tersenyum seakan ada perasaan cemburu di raut wajah wanita itu ketika melihat penampilan baru wani sufiya bahkan dia tahu jika wanita di sebelah puan seri Dahlia itu adalah isteri kepada Danial

"Izham. Saya nak masuk dalam dulu jumpa tan seri. Orang yayasan tu datang pukul sebelas kan,"

"Ya betul puan seri,"

"Kalau bergitu kami minta diri dulu ya,"

"Baik puan seri,"

Sebaik sahaja puan seri Dahlia dengan Wani sufiya masuk ke dalam pejabat. Aleya berdegus kuat, giginya di getap sambil memalingkan badan

"Eh, you nak pergi mana Aleya?,"

"My office!,"

"Kata tadi nak breakfast?,"

Aleya tidak menjawab, cepat sahaja kedua kakinya melangkah menuju pejabatnya semula membuatkan Syed izham terpinga-pinga

Dalam keadaan tidak keruan. Aleya berjalan mundar mandir di dalam pejabat. Hatinya mulai resah jika puan seri Dahlia sudah menerima Wani sufiya sebagai menantu

"Hiss Kenapala aku bodoh sangat. kalau waktu tu aku terima je Dani. aku dah jadi menantu diorang, bodoh, bodoh, bodoh!!," Jerit Aleya geram dengan tangan di genggam erat. Saat itu di mula teringat setiap kata-kata Danial ketika usia mereka masih balasan tahun

Aleya dan Danial dahulu berlajar satu sekolah menengah yang sama namun Aleya lebih muda dari Danial. Ketika di sekolah Danial amat menyukai Aleya. Pelbagai cara Danial lakukan untuk memikat hati Aleya namun sering kali di tolak

Setelah Danial tamat tingkatan lima. Danial pernah memberitahu Aleya di mana satu hari nanti keluarga mereka akan menyatukan mereka

"Sorry Dani saya tak berminat dengan awak,"

"Kenapa? keluarga kita kan rapat,"

"Itu keluarga kita, bukan kita. kenapa pulak saya nak kena kawin dengan awak. Tengokla apa jurusan yang awak pilih. komputer?," Aleya ketawa mengejek "Macam mana awak nak ambil alih syarikat pakcik nanti?,"

"Awak janganla risau, saya yakin, bila saya habis berlajar, saya akan buka syarikat saya sendiri,"

"Syarikat repair komputer ke?," Aleya tegelak lagi "Awak.. tolongla. saya taknak hidup dengan lelaki macam awak. Saya nak lelaki yang ada cita-cita lagi besar dari awak tahu tak,"

"Saya dah lama suka pada awak Aleya,"

"Masalahnya, saya tak suka pada awak. Walaupun awak anak Tan seri tapi saya tak perduli. Saya tetap tak suka,"

"Aleya!,"

Aleya tersentak dari lamunan. Syed izham sudah pun berada di dalam pejabatnya

"Apa yang you temenungkan?,"

Aleya berdegus kuat. "Lain kali ketuk pintu dulu sebelum masuk,"

"I dah ketukla,"

Aleya menjeling Syed izham geram sambil melangkah ke arah mejanya

"You nie dah kenapa? tiba-tiba bad mood,"

"Tak ada apa-apa izham,"

"You jealous ke tadi?,"

"Jealous apa?,"

"Wani,"

Aleya mengetap gigi "I tak jealousla,"

Syed izham mengeleng kepala melihat raut wajah Aleya memang terlalu ketara jika wanita itu sebenarnya sedang cemburu

"You nak jealous wani tu jadi pembantu puan seri dah kenapa? pembantu je'kan,"

"Hey izham! kan i dah cakap, i tak jealous,"

"Memang you cakap you tak jealous, tapi your face menunjukan kebenaran. Comon'la Aleya kita nie peguamla, Bagitahu i apa masalah you sebenarnya,"

Aleya yang sedang berdiri di sisi meja tidak menjawab. Kakinya di susun laju ingin keluar dari pejabat namun lengannya di pegang Syed izham

"You nak pergi mana?,"

"Not your business!," Aleya menyentap tangannya dari tangan Syed izham

"Apa kena dengan Aleya nie? tak akan'la dengan wani pun dia nak jealous," Ucap Syed izham hairan tanpa mengetahui pekara sebenar

Sementara itu Aleya sudah pun kelihatan melangkah keluar dari pintu utama untuk ke lif. Sebaik sahaja wanita itu berdiri di hadapan pintu lif, niatnya untuk menekan butang Lif tersebut tiba-tiba terhenti sebaik sahaja dia mendengar suara halus sedang berbicara di balik pintu kecemasan

Ketika itu tiada sesiapa di situ kecuali Aleya seorang. Dengan langkah yang pelan, dia menghampiri pintu kecemasan untuk melihat

Daun pintu kecemasan tidak tertutup rapat. Ada celah untuk Aleya mengintai

"Dania?," Bisik Aleya sebaik melihat kelibat Dania sedang berbicara di talian

"I tak tahu sha, kalau mak i dah bagitahu wani pekara sebenar," Dania diam "Ah ah betul. sekarang nie wani kerja sebagai pembantu mak i,"

"I tak tahu. You tanyala Dani," Dania diam lagi "Hiss i geram betulla Dani tu. Dahla syafik tu sayang sangat pada wani. Setiap kali kitorang keluar. Syafik asyik cerita je pasal kakak dia. I cuma takut kalau syafik tahu hal sebenar nanti dia tak nak kawin dengan i,"

"Minggu depankan Dani pergi china. korang cubala pujuk dia, Suruh Dani tu berterus terang pada wani sebelum pergi,"

"You gila ke sha. Mana I berani. kalau syafik tahu pekara sebenar sebelum Dani berterus terang. Confirm dia suruh kakak dia mintak cerai,"

Alis Aleya berkerut bingung ketika mencuri dengar perbualan Dania "Apa maksud Dania tu. Berterus terang pasal apa?," Sebagi seorang peguam, Aleya cuba berfikir akan maksud perbualan Dania dan kemudian bibirnya tiba-tiba mengukir senyuman "Ooo baru aku tahu. makcik tadi tak kenalkan wani sebagai menantu tapi sebagai pembantu," Aleya bergegas kembali semula ke pintu utama. niatnya tadi mahu turun, terus di matikan sebaik mengetahui pekara sebenar

"WANI,"

"ya saya Tan seri,"

"Bila berdiri, jangan tundukan kepala. Sekarang nie wani dah jadi pembantu puan seri. Wani kena ada keyakinan diri supaya orang respect,"

"Baikla Tan seri,"

Puan seri dahlia hampir ketawa saat melihat bertapa lurusnya sikap wani sufiya

"Mari duduk," pelawa Tan seri yahya

Wani sufiya duduk di sebelah Puan seri dahlia itu pun masih teragak-agak ketika mahu melabuhkan punggungnya sehingga tangannya di tarik puan seri Dahlia

"So. Diorang setuju ke nak serahkan rumah kebajikan tu,"

"Haah bang. Lagi pun yayasan Angkasa beroperasi kat shah alam. Kan lebih baik serahkan pada yayasan saya sebab rumah kebajikan tu dekat sungai besi,"

"Diorang bagi pulak ya?,"

"Yalaa, Diorang punya rumah kebajikan lagi banyak dari yayasan saya bang. Apala yang diorang rugi,"

Tan seri yahya tersenyum "Kan banyak rumah kebajikan kat luar tu. Kenapa awak tak cari je?,"

"Memangla banyak. Tapi setiap rumah kebajikan bukan semua pemiliknya nak di naung bawah yayasan. Setiap orang ada niat masing-masing. Saya bukan menuduh ya bang, maksud saya bila seseorang buka rumah kebajikan. orang tu boleh minta sumbangan dari orang ramai. Dapat lagi sumbangan dari kerajaan setiap bulan, dari baitulmal, dari zakat. duit yang orang tu dapat, dia sendiri yang control. Kalau niat dia betul. Alhamdullilah. Tapi kalau niat dia tak betul. masalah. Kalau duduk di bawah naungan yayasan semua duit yang mereka dapat kami yang akan control dan yayasan akan bayar mengikut keperluan setiap bulan,"

Tan seri Yahya terangguk-angguk dengan penjelasan Isterinya manakala wani sufiya pula seakan tidak faham apa yang dia dengar

"Wani faham tak?,"

Wani sufiya mengeleng-geleng kepala membuatkan Puan seri dahlia dengan suaminya ketawa dengan wajah lurus menantunya itu

Sebaik sahaja selesai bebicara dengan suaminya. Puan seri Dahlia keluar dari pejabat bersama menantunya. Ketika mereka berdua ingin pergi ke bilik meeting kebanyakan staf memandang wani sufiya dengan kehairanan

Kebetulan pula syafik keluar dari pejabatnya ingin pergi menemui Dania

"Eh puan seri?,"

"Hah syafik. apa kabar?,"

"Alhamdullilah baik puan seri," Jawab syafik namun kedua mata memandang kakaknya. Sempat lagi wani sufiya mengenyit mata pada adiknya

"Kenalkan. Ini pembantu saya wani sufiya,"

Syafik terangguk-angguk saat kakaknya di kenalkan oleh bakal ibu mertuanya

"Syafik kenal tak?,"

"Tentula saya kenal. Dia nie kakak saya puan seri," Akhirnya Syafik berani mengakui wani sufiya adalah kakaknya sehingga membuatkan Staf-staf di ruang pejabat yang mendengar menjadi terkejut. Tetapi tidak puan seri Dahlia

"Kenapa syafik tak ajak kakak syafik waktu majlis makan malam?,"

"Saya dah ajak," Syafik diam menunduk

"Sebenarnya puan seri saya yang tak nak. sebab waktu tu otak saya cuma fikir nak berkerja di rumah puan seri,"

"Kakak kerja rumah puan seri ke malam tu?,"

"Haah dik. Kakak dapat 500 ringgit dua jam," Jawab wani sufiya dengan raut wajah bangga

"Hiss kakak nie. Duit je yang kakak fikir,"

"Dah. dah.," Puan seri Dahlia mencelah "Syafik. Kami ada urusan. lain kali je berbual ya,"

"Baikla puan seri," Jawab Syafik miskipun begitu hatinya merasa begitu bangga melihat penampilan kakaknya sekarang

TINGKAT 25

Di dalam bilik meeting, Danial masih mengetuai para executive dan pereka cipta bermesyuarat berkenaan permintaan dari ceo syarikat games dari China

Pada pertemuan pertama. Mereka sekadar berkongsi maklumat tentang pembangunan permainan dalam talian yang di bangunkan syarikat masing-masing

"Tawaran diorang tu memang lumayan. Susah kita tolak," Ujar Azlan

"10 juta dollar untuk membangunankan pemainan genre pengembaraan. Watak-watak mengikut mitos dari china. not bad,"

"Macam pengembaraan sun wukong,"

"So macam mana Azlan?," Tanya Danial

"Takde masalah. Nanti aku dengan kru akan buat Character setiap watak yang mereka nak, Rasanya seminggu sempat,"

"Buat yang terbaik. Kita tak bole lepaskan duit 10 juta tu,"

"Bos jangan risau,"

"Okay. Kita tamatkan meeting nie sampai sini je. Aku nak balik,"

"Nanti Dani," Sha mencelah. Namun dia menunggu para executive dan para pereka keluar terlebih dahulu dan hanya tinggal Mail, Borhan dan Azlan

"Kenapa Sha?,"

"Dani. apa kata sebelum kau pergi sana. kau berterus terang pada wani,"

"Aduhhh.. pasal tu lagi. Kan aku dah cakap kat korang... aku nak buat suprise kat isteri aku nanti,"

"Aku rasa tak sedap hatila Dani. Sekarang nie semua ahli keluarga kau dah tahu,"

"Biarla diorang tahu, janji isteri aku tak tahu," Danial tersengih-sengih

"Kenapa kau degil sangat Dani. Penting sangat ke semua tu?," kali ini mail pula bertanya

"Yes. That is very important my friend,"

"Andai kata kalau jadi apa-apa Dani. macam mana? bukan kau je yang hadapi masalah tapi perkahwinan Dania sekali,"

"Janganla korang minta tu belaku. apala korang nie. korang dahla kawan-kawan aku," Danial tampak kecewa

"Jangan salah faham Dani. Sebab kitaorang nie kawan-kawan kaula, kitaorang bagi nasihat kat kau,"

Dahi Wani sufiya berkerut entah mengapa dia merasa ingin muntah.

Share this novel

revathirev
2025-02-25 12:41:57 

Harap wanita dgn dani sentiasa bersama. Harap apa apa yg aleya plan tak jadi. Wani mengandung ke tu


NovelPlus Premium

The best ads free experience