Chapter 25

Romance Series 17644

Suhada mengeleng kepala sebaik Wani sufiya selesai menceritakan apa yang telah belaku pada rumah tangga temannya itu

"Itu yang aku hairan," Suhada diam sambil memandang Wani

"Apa dia?,"

"Mok aku bagitahu aku, laki hang mai naik kereta mahal. Kata kerja biasa je,"

"Itula salah aku. Aku tak tengok semua tu,"

"Yalaa hang kan tengoh kemaruk nak kawin.. Mana nak perasan," Suhada ketawa

"Janganla usik aku.. hang nie pun. aku tengah sedih nie,"

"Hiss hang nie wani.. Habis tu sampai bila hang nak sembunyi?,"

"Sampai bila-bila. aku tak akan biarkan diorang rampas anak aku,"

"Hmm.. kalau gitu hang duk je ngan aku wani, hang nak kerja tak tempat aku?,"

"kerja apa?,"

"Kerja apa lagi.. cleanerla...,"

"Hang kerja kat hospital swasta'Kan?Ada kosong lagi ke?,"

"Ada.. hang jangan risau,"

"Aku okay je,"

"Hang rehat dulu dua, tiga hari nie,"

"Kakak hang mana?,"

"Dia doh pindoh,"

"Hang tinggal sorang la nie?,"

"Barulah freedom.. hang sendirikan tahu kakak aku tu kuat membebel. dia pindah je lega aku. Tapi hang jangan risau aku takde boyfriend. Takde laki nok kat aku. nak kata muka aku nie tak cantik. muka aku nie taraf-taraf hang je,"

Wani sufiya mengeleng "Sabak Su Jodoh hang belum sampai lagi,"

DANIAL berlarian seperti orang hilang arah sebaik tiba di stesen bas di johor miskipun di larang oleh ibunya kerana mereka sudah mencari berjam-jam lamanya tetapi tidak berhasil

"Wani! Ya Allah... Wani.. jangan tinggalkan abang," Danial terus mencari

Mail, Borhan, syafik dan Sha turut mengekori ke mana saja temannya itu pergi dengan perasaan yang sebak. Jam di tangan pula sudah menunjukan waktu hampir 11 malam. Puan seri Dahlia dan Dania hanya mampu memerhati

"Dani!. stopla.. wani takde," Pinta Sha tampak keletihan

"Aku kena cari Wani.. Aku tak sanggup kehilangan dia,"

"Masalahnya wani takde kat sini Dani.. cubala fikir,"

"Habis tu aku nak cari ke mana?,"

"Baik kita rehat dulu Dani,"

"Korang rehatla. biar aku je yang cari,"

"Dani! kau nak cari kat mana. Stesen nie bukan besar pun. Dah banyak kali kita cari tempat yang sama tak'kan kau tak perasan," Ujar Mail agak marah dengan sikap degil Danial

Kaki yang masih melangkah pelan-pelan di perlahankan. Danial berdiri sambil memerhati sekeliling. Hatinya kala itu sungguh merana, ingin saja dia menjerit sekuat hati.memanggil nama isteri tercinta

"Wani... wani pergi mana.. sampai hati wani tinggalkan abang..." Danial menangis esak.. miskipun egonya tinggi namun kehilangan isteri tercinta benar-benar membuatkan dirinya menderita

"Sabar Dani.. kami janji akan bantu kau cari wani sampai dapat. pecayalah," pujuk Mail

Danial terus menangis kala itu puan seri Dahlia datang menghampiri anaknya. dia turut merasa bersalah dengan kehilangan menantunya

"Dani jangan risau. Cawangan ayah dani ada kat sini. nanti mereka akan suruh penyiasat mencari wani. In sya Allah kita akan jumpa dia nanti,"

"Kenapa wani sanggup lari mak... besar sangat ke salah Dani,"

"Ya mak tahu dani.. mak pun hairan,"

"Macam ada seseorang yang bagitahu Wani pasal Dani. Kalau tak kenapa dia lari," Kata sha pula

"Maksud You?," Tanya Dania

"Orang tu mungkin bagitahu bukan pekara sebenar.. aku agak-agak jela..,"

"Siapa?,"

"Manala aku tahu..,"

"Macam makcik'la cakap siang tadi. wani pergi tandas, lepas tu dia tak muncul-muncul dah. itu makcik hairan,"

"Kot-kot waktu kat tandas kot," Borhan mengangak

"Entahla..,"

"Pejabatkan ada Cctv?," Mail berkata pula

"Haah memang ada," Dania menjawab

"Nanti makcik call pakcik, suruh dia periksa Cctv,"

"Apa kata kita cari hotel dulu, kita bermalam kat sini,"

Dania memerhati Syafik. Hatinya risau, raut wajah bakal suaminya itu dalam keadaan cemas sejak tadi hanya memeriksa handphone

"Ada tak sesiapa yang tahu wani kat mana?," Tanya Dania lembut

Syafik mengeleng tanpa memandang Dania "saya puan salah jugak. sepatutnya saya simpan nombor-nombor kawan kakak. bila dah jadi macam nie..,"

"Sabar ya syafik,"

HARI demi hari telah berlalu. Di johor hanya tinggal Danial dan Mail berdua sahaja. Yang lain semuanya terpaksa kembali ke kuala lumpur kerana kerja

Yang lebih menghairankan mereka. Di waktu kejadian itu belaku. Tiada rakaman cctv yang merakam kerana masalah kerosakan. Apabila di siasat rupa-rupanya cctv di dalam pejabat sudah satu bulan mengalami kerosakan itu membuatkan Tan seri yahya mengamuk besar

"Dekat mana lagi kita nak cari. Dah tiga minggu kita kat sini," Tanya mail sambil duduk di birai katil

"Kau balikla mail. Kau tu dah kawin. Jangan risau pasal aku,"

"Tak bolehla Dani. aku tak boleh biarkan kau sorang-sorang kat sini,"

"Ini johor je mail, bukan jauh pun. lagi pun semua nie salah aku. biar aku je yang cari,"

Mail mengeluh berat. Tidak sampai hati meninggalkan teman baiknya di sini bersendirian

"Balikla Mail," Desak Danial lagi

Mail menatap seketika wajah cengkung temannya itu sebelum menganggukan kepalanya "In sya Allah nanti aku datang sini semula,"

Dania sekadar mengangguk

Mail pulang semula ke kuala lumpur selepas sarapan pagi bersama Danial. Sebaik sahaja Mail pergi. Danial berjalan bersendirian di ibu kota johor bahru sambil menanyakan orang yang lalu lalang jika ada melihat wanita di dalam gambar yang di bawanya bersama

Selama berjam-jam Danial mencari wani sufiya namun tetap seperti hari-hari sebelumnya masih tidak dapat menemui isteri tercinta.

Danial terus mencari dan mencari sehinggalah matahari hampir terbenam di ufuk barat. Dia mendongak ke langit "Ya Allah.. manala isteri hamba pergi,"

WISMA tun Borhan

Dalam tempoh satu bulan. Tan seri Yahya bersama isteri berusaha mencari wani sufiya dengan mengupah beberapa penyiasat persendirian namun tetap tidak dapat menemui menantu mereka

Dania asyik menyuruh ayahnya untuk membuat laporan polis, namun Tan seri yahya enggan kerana apa yang telah belaku adalah kesalahan Danial sendiri. Andai kata masalah rumah tangga anaknya itu di ketahui pihak media, itu mungkin akan merosakan imej Danial selaku Ceo di sebuah syarikat tekenal di dunia

"Habis tu sampai bila ayah nak biarkan dani tu. Dia dah macam pengemis kat johor tu ayah," UJljar Dania kesal

"Ayah dah pujuk Dani tu.. tapi dia degil, ayah nak buat macam mana lagi,"

"Hiss sampai bila hal nie nak selesai.. dah'la perkawinan Dania kena tangguh,"

"Hey Dania.. mulut tu jaga sikit. Sedarla yang jadi suami kamu tu nanti adik wani. Kamu ingat dia ada masa nak fikir pasal kawin,"

"Dania takut Yah. Kalau Dani dengan Wani bercerai..,"

"Janganla fikir bukan-bukan, berdoala supaya adik kamu dapat bersama semula dengan isteri dia,"

"Dah nak sebulan dah nie Yah,"

Tan seri Yahya memicit-micit dahi. Fikirannya buntu.

Di luar lobi pula, Kelihatan Syafik sedang berjalan ke pintu utama selepas pulang dari cyber jaya. Wajahnya tampak murung. Kebetulan ketika itu Syed izham juga sedang berjalan ke arah yang sama

"Hai Syafik," Tegur Syed izham sebaik sahaja melihat rakan sekerjanya itu namun syafik tidak membalas tegurannya. Syed izham mengerut dahi apabila melihat keadaan Syafik seakan sedang termangu sambil berjalan

Syed izham lantas menepuk bahu permuda itu "Syafik?,"

Syafik tersentak sehingga terangkat bahunya kemudian menoleh "Oh Encik izham,"

"Dalam betul awak berfikir?,"

Syafik tersenyum-senyum malu "Memikirkan masalah Encik izham,"

"Besar sangat ke masalah syarikat tu sampai jalan pun tak pandang,"

"Bukan masalah syarikat tu.. tapi masalah kakak saya,"

"Awak ada kakak?,"

"Wani tu kakak saya encik izham,"

"Wani? maksud awak. yang berkerja dengan pejabat kita dulu,"

Syafik mengangguk

"Oh itu kakak awak rupanya, Kenapa pula dengan dia. kan sekarang dia berkerja dengan Puan seri," Tanya Syed izham lagi, miskipun sudah sebulan berlalu dia tidak tahu apa yang terjadi dengan wani sufiya

Syafik pada mulanya enggan menceritakan apa yang belaku pada kakaknya namun setelah berfikir akhirnya dia mencerita juga kepada senior'nya memandangkan syed izham selalu mempelakukan kakaknya dengan hormat

Mereka berdua berdiri di luar lobi. Syed izham mendengar dengan tekun. Dahinya berkerut-kerut setelah mengetahui wani sufiya sebenarnya isteri kepada anak lelaki Tan seri Yahya

"Habis tu sampai sekarang tak jumpa?,"

Syafik mengeleng-geleng "Tak encik izham,"

"Mana pulak dia pergi,"

"Itula masalahnya. Silap saya juga tak ambil peduli tentang kawan-kawan kakak saya,"

Syed izham mengeluh berat di dalam fikirannya saat itu bersimpati pada Wani sufiya namun waktu itu dia lebih memikirkan pada seseorang di dalam pejabat sebagai dalang puncanya pekara itu belaku

"Sabarla syafik.. in sya Allah bila marahnya reda nanti. dia akan cari syafik juga,"

"Harap-harapla,"

MASUK sahaja mereka berdua ke dalam pejabat. Syed izham berjalan laju bukan kembali semula ke pejabatnya tetapi menuju ke pejabat Aleya

Pintu tidak ketuk. Tombol pintu terus di pulas. Sementara di dalam pejabat Aleya ketika itu sedang sibuk memasukan barang-barangnya di dalam kotak

Syed izham hairan "You buat apa nie Aleya?,"

"Mengemas buat apa lagi," Jawab Aleya bersahaja

"Mengemas, kenapa?,"

"Izham.. tak akan you lupa. I 'kan nak buka syarikat guaman i sendiri,"

"Ooo.. lepas you huru hara'kan rumah tangga Wani.. barula you nak buka syarikat guaman you,"

"So what? you ingat I perduli semua tu,"

"Hey Aleya.. wani tu tak pernah buat salah dengan you. kenapa you buat dia macam tu?,"

"You ada bukti ke nak tuduh-tuduh i,"

"You jangan ingat i tak tahu Aleya. i masih ingat waktu Wani keluar untuk ke tandas dan i nampak you sekali, tapi i tak tahu apa yang you cakap pada dia sampai dia lari, Wani tu mengandung Aleya,"

"Kan i dah cakap, i don't care. Yang penting hati i senang. setiap malam tidur i lena. memang padan dengan muka si Dani tu. berani mainkan perasaan i,"

"Dia tak pernah mainkan perasaan you Aleya. you yang tolak dia. hah. lepas you tahu dia seorang Ceo, baru you nak terhegeh-hegeh,"

"Hey izham! you nie dah kenapa?," Aleya mula merasa terhina dengan kata-kata Syed izham

"I done with you Aleya," Syed izham mengankat tangan seperti menyerah "i tak ingin berkerja dengan orang macam you," habis sahaja bicara Syed izham terus keluar dari pejabat itu

"Wait izham!,"

Sebaik sahaja keluar, Syed izham mengeleng kepalanya kerana merasa terlalu kesal dengan sikap Aleya miskipun begitu dia tetap keberatan untuk memberitahu kepada Tan seri yahya apa yang di lakukan Aleya pada wani sufiya

Hampir dua bulan Wani sufiya berkerja sebagai cleaner di sebuah hospital swasta terletak di pasir gudang namun setiap malam Wani tidak pernah lena dalam tidurnya. setiap malam dia sentiasa memimpikan suami tercinta

Setiap hari yang berlalu miskipun dia sudah meninggalkan suaminya namun perasaan rindunya pada suami bukannya makin berkurang malah makin mendalam

"Wani. wani!," Kejut suhada sebaik sahaja mendengar suara temannya memanggil-manggil seseorang

"Wani!,"

Wani sufiya tersentak dari tidur. Wajahnya kala itu di basahi peluh dingin

"Makin teruk hang nie Wani,"

Pelan-pelan Wani sufiya bangun dari baringan kemudian mengesat-ngesat peluh mengunakan belakang tangannya

"Hah. kali nie hang mimpi apa?,"

"Suami aku tengah cari aku Su,"

"Laa.. setiap malam mimpi yang sama,"

Wani sufiya sekadar diam. Dia sendiri pun hairan kenapa setiapa malam dia selalu memimpikan suaminya sedang mencarinya

"Mungkin dia bukan cari aku. tapi anak yang aku kandung nie,"

"Mestila.. itu anak dia,"

Wani sufiya mengetap gigi. Alis bertaut hampir bercamtum "Mati pun aku tak akan serahkan anak aku pada dia,"

"Tapi hang masih cintakan dia'kan,"

"Tentula Su.,"

"Apa kata hang call adik hang,"

"Buat apa?,"

"Hey.. itu kan adik Hang. mestila risau pasal hang,"

"Aku bukannya tak nak call. tapi sekarang dia bersama dengan Kakak suami aku. aku takut nanti dia bagitahu Dani,"

"Tak akanla adik hang nak buat gitu wani.. cuba hang call dulu.. tapi janganla bagitahu hang kat mana,"

"Hiss.. tengoklaa nanti,"

ALEYA dengan lengoknya berjalan masuk ke dalam sebuah restoran ingin makan bersama ayahnya.

Sudah satu minggu wanita muda itu berhenti dari syarikat guaman Tan seri yahya dan akan membuka syarikat guaman'nya sendiri tidak lama lagi

Dengan hati yang senang Aleya berjalan ingin ke meja ayahnya berada namun langkahnya terhenti sebaik sahaja melihat Ayahnya sedang duduk bersama Tan seri yahya dengan puan seri Dahlia

Dada Aeya tiba-tiba berdebar laju. mana'kan tidak satu tatapan yang tidak menyenangkan di lontarkan ayahnya bahkan puan seri Dahlia pula kelihatan memandangnya dengan raut wajah seakan mahu menekamnya bila-bila masa

MINTA MAAF KEPADA PEMBACA SEBAB LAMBAT UPDATE BILA MASUK BULAN BERPUASA NIE.. BUSYLA PULAK. CERITA NIE AKAN TAMAT MUNGKIN DALAM DUA BAB LAGI. TUNGGU YA

Share this novel

Ratnamalar Kesukartik
2025-03-05 00:12:17 

Selamat berpuasa


NovelPlus Premium

The best ads free experience