Aleya berjalan pelan. Setelah semakin hampir, bibirnya berpura-pura tersenyum mesra miskipun kala itu jantung berdetak laju
"Hai Uncle, Auntie,"
"Hai Aleya," Tan seri yahya membalas namun tidak isterinya hanya diam memerhati
"kenapa Papa tak bagitahu Leya kalau Uncle dengan Auntie join sekali makan malam,"
Tan seri harif tidak menjawab sekadar menunggu anaknya itu duduk terlebih dahulu
"Papa..kenapa diam je," Tanya Aleya lagi sebaik sahaja duduk
Tan seri harif menarik nafas panjang sambil menyadarkan belakangnya. Raut wajah lelaki seusia Tan seri yahya itu tampak serius langsung tidak tersenyum
"Kenapa Leya?,"
"Kenapa apa Papa?," Kening Aleya bertaut memandang ayahnya
"Leya.. uncle happy sangat leya berjaya buka company law Leya sendiri. Uncle pun tak kisah kalau ada staf dari company uncle nak join Leya. Tapi uncle tak boleh terima perbuatan Leya pada Wani,"
Ketika itu juga jantung Aleya yang sudah berdetak laju menjadi semakin tidak keruan detaknya namun sikap Aleya yang keras kepala masih lagi mampu berpura-pura tenang
"Wani? siapa tu uncle. Leya mana kenal,"
"Cukup berpura-pura tu Leya. Izham dah bagitahu semuanya pada Auntie. Kenapa leya sanggup buat macam tu.. apa salah Dani pada Leya?,"
Aleya tersentak dalam diam.. oleh Kerana sikapnya yang keras kepala, Kata-kata puan seri Dahlia tadi membuatkan hatinya semakin geram
"Dani sepetutnya jadi suami leya Auntie,"
"Kenapa Dani harus jadi suami Leya lepas Leya tolak perasaan dia. Leya dah lupa ke Dani dulu betul-betul sukakan Leya,"
"Ya Leya tahu..,"
"Habis tu kenapa sekarang.. sebab Dani tu Ceo?," Soal Puan seri Dahlia dengan geram
Aleya terpingga-pingga, bibirnya mahu mengukir senyuman masih mahu berpura-pura berlagak tenang namun sebaliknya.
"Kenapa Leya buat macam tu.. keluarga Pakcik kamu dah macam keluarga kita. dari dulu pakcik kamu mahu satukan Leya dengan Dani. tapi Leya selalu tolak. Kenapa Leya?,"
"Papa?,"
"Leya tahu tak bagaimana keadaan Dani lepas Leya tolak perasaan dia.. sebulan si Dani tu berkurung dalam bilik, jadi pendiam. yang dia asyik tanya soalan yang sama kenapa leya tak suka pada dia. Apa salahnya kalau sekarang dia pula yang tolak leya!,"
Aleya semakin tersepit. Mulutnya bagaikan terkunci untuk membalas setiap pertanyaan dan kata-kata ayahnya dan puan seri Dahlia
"Pakcik tak kisah, pakcik tak marah kalau Leya ambil peguam-peguam pakcik. tapi pakcik rasa terkilan sangat apa yang Leya dah buat pada isteri Dani. Dia tu mengandung cucu kami Leya,"
"Kalau macam tu kawin'kan saja Leya dengan Dani uncle. Leya akan lahirkan cucu untuk uncle, untuk Auntie,"
"Hey Leya! kamu nie pekak ke apa.. kalau Dani tu dah tak suka dengan kamu. macam mana kami nak kawin'kan kamu dengan dia. Semua tu salah kamu Leya,"
Aleya terus bangun dari duduknya. Raut wajahnya berkerut seakan mahu meraung..
"Ya Leya sedar Leya yang salah Auntie.. tapi Leya tak pernah menyesal apa yang leya dah buat. Leya rasa puas sangat. memang padan dengan muka Dani tu,"
"Aleya!,"
Aleya tidak lagi mempedulikan Ayahnya. Kakinya terus mengorak langkah bergegas meninggalkan meja itu dengan hati yang hancur
Kepala Tan seri Harif tergeleng-tergeleng sungguh terkilan melihat Aleya berlalu pergi bergitu sahaja. Dirinya sebagai seorang ayah betul-betul merasa malu dengan sikap anak perempuannya itu
"Maafkan aku Yahya, Dahlia,"
"Kenapa pulak kau nak minta maaf. bukannya kau yang salah. Tapi takpela Harif. aku dah masak sangat perangai Leya tu. Dari dia kecil kami dah kenal dia," Ujar Tan seri yahya
"Betul tu Harif.. Tak akanla kita dah lupa dengan perangai Leya tu.. Aku ingat lagi dia tak boleh nampak apa yang Dania ada mesti dia pun nak. Tapi yang aku hairan kenapa dulu dia tak nak pada Dani,"
"Dah memang bukan Jodoh dia Dahlia," Tan seri Harif mengeluh berat.. "Macam manala dengan Dani?,"
"Makin teruk, dah macam pengemis kat johor tu, tak terurus langsung. Tidur merata-rata,"
"Kenapa tak bawa dia pulang je?,"
"Dia tak nak harif. bila kami paksa, dia lari. Hiss Manala si wani nie sembunyi,"
"Jangan salahkan menantu kau Dahlia,"
"Aku tak salahkan dia Harif. Kalau ikutkan sebenarnya salah kami berdua. Kami yang taknak berterus terang,"
"Betul tu Harif. Padahal kami dah tahu wani tu isteri Dani,"
JOHOR BAHRU
Orang yang sedang lalu lalang untuk ke tempat kerja tampak seakan tidak selesa apabila seorang lelaki seperti pengemis menahan setiap dari mereka menayakan seorang wanita di dalam gambar
Danial sudah terlihat tidak terurus. Berjambang lebat dengan pakaian compang camping. Berjalan di pagi hari sambil membawa gambar isterinya. Sudah dua bulan lebih dia masih mencari isterinya miskipun tidak pernah berhasil dia tetap tidak pernah berputus asa
Setiap kali ahli keluarganya atau teman-temannya datang mencari dia akan melarikan diri..
Tubuhnya semakin mengurus. Di malam hari pula dia kerap mengalami batuk teruk sehingga mengeluarkan darah. Setiap kali masuk waktu solat dia akan ke masjid untuk bersembanyang namun dia hanya solat di luar kerana keadaan dirinya membuatkan jemaah tidak selesa
Danial berdoa bersungguh-sungguh kepada illahi semoga dia di temukan dengan isterinya kerana dia sedar kesihatannya semakin teruk
Langkah yang penuh bersemangat terus di ayun menyusuri di setiap pelusuk penjuru kota. Danial berjalan tanpa penat dan lelah namun secara tiba-tiba dadanya terasa sakit yang teramat.
Dia berhenti sambil mengusap-ngusap dadanya namun kepalanya pula merasa sakit. Pandangannya semakin kabur
"Ya Allah.. kenapa dengan aku nie,"
Danial cuba menyambung langkahnya semula namun tengkuk di belakang terasa terlalu berat seakan di timpa dengan bongkah batu sehingga menyebabkan tubuhnya rebah menyembah bumi
"Wani....,"
Setelah beberapa hari berlalu. di sebuah hospital swasta yang terletak di kawasan pasir gudang. Wani sufiya terlihat sedang melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah selepas selesai membersihkan bilik-bilik pesakit di tingkat dua.
Dia ingin pergi ke kantin untuk bersarapan. Dalam perjalanan langkahnya terhenti dadanya tiba-tiba berdebar dengan kuat. Perasaan tidak enak mula mengusai seluruh tubuh
"Kenapa pulak nie.. asyik berdebar je. aku sakit ke?," Bisik wani sufiya pelan raut wajahnya tampak bimbang sejak kebelakangan ini dadanya kerap berdebar-debar
Langkahnya di susun kembali menuruni setiap anak tangga dengan berhati-hati sehingga ke bawah. Dia berjalan pelan menuju ke kantin dengan perasaan yang resah
"Wani!,"
Sekali lagi langkah Wani sufiya terhenti. Namun dia tidak menoleh untuk memandang ke arah suara yang memanggil. "Macam aku kenal je suara tu?," bisiknya pelan
"Hey Wani,"
Setelah kali kedua namanya di panggil barulah dua menoleh. Kelopak matanya mencerlang sebaik melihat seorang lelaki berpakaian segak sedang berjalan menghampirinya
"Encik izham?,"
"Ya Allah.. Kat sini rupanya awak wani,"
"Encik izham buat apa kat sini?,"
"Melawat Client saya," Syed izham mengeleng kepala sebaik melihat keadaan Wani sufiya "Wani kerja kat sini ke?,"
Wani sufiya mengangguk sambil memandang sekeliling
"Jangan risau wani, saya datang seorang je. Kenapa wani lari?," Syed izham terus bertanya
"Tolongla Encik izham jangan masuk campur masalah saya,"
"Saya bukannya nak masuk campur dengan masalah awak wani. Tapi kenapa awak mudah sangat kena tipu dengan Aleya,"
"Apa maksud encik izham?,"
"Awak kena tipu wani. Suami awak tu tiada hubungan pun dengan Aleya,"
"Ma. Mana Encik izham tahu?," Tanya Wani sufiya dengan nada bergetar
"Tentula saya tahu wani. Dalam pejabat tu Siapa lagi yang rapat dengan Aleya kalau bukan saya. Setiap apa perbuatan yang dia buat saya tahu. Dan saya tahu dia yang jumpa dengan wani dalam tandas waktu tu'kan,"
Wani sufiya mengangguk pelan
"Ya memang betul, dulu Dani suka'kan Aleya, tapi itu dah lama waktu zaman sekolah lagi. Tapi Aleya tak pernah suka'kan Dani cuma lepas dia dapat tahu Dani tu seorang Ceo barulah dia nak terhegeh-hegeh," sambung Syed izham lagi
"Tapi Wani dengar sendiri Aleya bercakap dengan abang Dani,"
"Wani ada dengar tak suara Dani?,"
Wani sufiya mengeleng-geleng mula merasa bersalah
"Wani ada call tak Dani?,"
"Takde,"
"Wani tahu tak. Kalau suami Wani tu seorang Ceo,"
"Ya Wani tahu,"
"Waktu wani lari. Dani berada kat China jumpa client dia kat sana,"
"Betul ke!," Air mata Wani sufiya berjatuhan. Rasa bersalah yang teramat mula mengusai dirinya
"Aduh Wani..," Syed izham mengeluh pelan "Wani tahu tak, dani cari wani macam orang gila kat johor tu. selama nie dia tak pernah putus asa cari wani sampai tidur merata-rata dah macam pengemis tanya orang sana sini,"
"Ya Allah! apa aku dah buat," Wani sufiya menekup mulut dengan air mata berjatuhan deras
"Mari wani.. ikut saya balik KL sekarang. Dani sakit wani,"
"Hah.. betul ke encik izham!,"
"Betul wani saya tak tipu. Pergi cepat ambil barang wani. saya tunggu sini,"
Tanpa melengahkan masa lagi, Wani sufiya bergegas berlari ke arah sebuah pintu sambil di perhatikan Syed izham dan setelah Wani sufiya masuk ke dalam pintu itu Syed izham mengeluarkan Handphone'nya
HOSPITAL SPECIALIST KPJ Kuala Lumpur
Mail berlari-lari anak melalui laluan wad pesakit menghala ke sebuah bilik menempatkan Danial
Pintu bilik di buka. Di dalam bilik ketika itu Borhan bersama Azlan sedang menjaga Danial
"Dani! makcik tadi call aku, dia cakap syed izham jumpa wani," Kata Mail dengan nafas terengah-engah
Danial yang sedang terbaring di atas katil sekadar tersenyum mendengar
"Alhamdulillah," Ucap Borhan dan Azlan tampak lebih gembira berbanding Danial
"Dia kat mana sekarang?," Borhan bertanya
"Dalam perjalanan kat sini. Makcik cakap kebetulan Syed izham jumpa wani kat hospital pasir gudang. dia kerja kat sana,"
"Patutla kita tak jumpa,"
Danial yang masih berjambang hanya diam mendengar tanpa menunjuk reaksi gembira setelah mendengar berita itu
"Kau dengar tak Dani,"
Danial terus mendiamkan diri
"Dani.. kau dengar tak?,"
"Tolong panggil doktor Mail," pinta Danial dengan suara yang lemah
Setelah menempuh perjalanan selama tiga jam lebih akhirnya kereta di pandu syed izham tiba di hospital KPJ kuala lumpur. Sebaik sahaja Syed izham memarkirkan keretanya di bawah basement Hopital tersebut. Wani sufiya di sambut puan seri Dahlia dan sha yang sudah berada di situ
"Puan seri," ucap Wani sufiya sebaik keluar dari kereta
"Ya Allah wani. mana kamu pergi?,"
Wani sufiya serba salah mahu menjawab. Kepalanya menunduk malu mahu memandang wajah ibu mertuannya
Dengan hati yang sebak Puan seri Dahlia memandang perut menantunya yang tampak sudah membesar "Wani tahu tak, kami kat sini dah macam orang gila cari wani kat sana,"
"Maafkan saya puan seri,"
Puan seri Dahlia memeluk menantunya dalam keadaan menangis "Panggil mak wani bukan puan seri,"
Wani sufiya meraung dalam pelukan ibu mertuannya. berkali-kali dia memohon maaf. Suasana itu turut membuatkan Sha dan syed izham merasa sebak
Setelah itu puan seri Dahlia membawa Wani sufiya untuk menemui Danial yang sedang mendapatkan rawatan
Di luar sebuah bilik. Mail, Borhan, Azlan, Syafik dan Dania sedang menunggu Wani sufiya tiba
"Kakak..,"
"Adik..,"
Syafik lantas memeluk kakaknya dengan erat "Kakak pergi mana? langsung tak call adik,"
"Kakak minta maaf dik..,"
Perlahan-lahan Syafik meleraikan pelukannya "Adik dah banyak kali pesan pada kakak. kalau kakak ada apa-apa masalah beritahula adik, apa gunanya syafik nie jadi adik kakak,"
"Kakak minta maaf dik,"
"Tenang Syafik.. kita'kan kat hospital nie," Puan seri Dahlia terpaksa mencelah. Syafik diam, tiada lagi niat mahu meneruskan bicara dengan kakaknya "Wani masukla. Dani tengah dapatkan rawatan tu,"
Wani sufiya mengangguk lemah namun sempat juga dia memandang setiap wajah di situ tampak tidak gembira dengan kehadirannya. Ketika dalam perjalanan tadi, Syed izham tidak banyak berbual dengannya sebab itu dia tidak tahu keadaan sebenar suaminya
Ganggang pintu di tolak ke bawah. Daun pintu di tolak. Wani sufiya melangkah masuk.
Kelopak matanya mencerlang sebaik sahaja melihat keadaan suami yang terbaring di atas katil di penuhi wayar yang melekat pada tangan dan badan. malah suaminya mengunakan alat penafasan menutup hidung dan mulut
"Abang! kenapa nie bang?," Wani sufiya meraung esak bergegas menghampiri katil suaminya
"Tenang Puan..," Seorang jururawat cuba menenangkannya
"Kenapa dengan suami saya doktor?,"
"Saya harap puan bertenang dulu,"
"Saya dah tenang sekarang! tolong beritahu saya doktor, kenapa dengan suami saya?,"
"Puan. Suami puan sekarang nie mengalami masalah paru-paru kronik. Tiada ubat atau rawatan untuk memulihkan keadaannya. sekarang nie masa suami puan yang ada hanya tersisa seminggu je lagi puan,"
Habis sahaja mendengar jawapan dari doktor lelaki itu. Pandangan Wani sufiya terus menjadi gelap gelita
BAB AKHIR
"selamat tinggal sayang..,"
"Abang tolong jangan tinggalkan wani bang. Wani merayu tolong jangan tinggalkan wani!,"
Dengan tatapan terakhir menatap wajah isterinya penuh kasih akhirnya Danial memejamkan mata untuk selama-lamanya
BUKAN MIMPI TU TAPI KENYATAAN.. TUNGGU!
Share this novel