Chapter 3

Romance Series 16317

Wani sufiya berdiri bagaikan sebuah tugu. Wajahnya kaku memandang Danial. Matanya terbeliak dengan detak jantung yang kencang. hatinya tertanya-tanya entah bagaimana lelaki itu boleh berada di sini.

Agak lama dia merenung.

"Waniii.. Waaanii," Danial mengerak-gerak tangan di hadapan wajah Wani sufiya. terkebil-kebil matanya

"Ya saya,"

"Awak dengar tak, mulai hari nie saya berkerja sebagai pembantu awak,"

"Pem. pem. pambantu saya?," Wani sufiya tersentak

Danial terangguk-angguk dengan wajah ceria "Jom start kerja. biar saya bantu awak ya,"

Kehadiran Danial di situ bukan sahaja mengejutkan Wani sufiya malah turut menarik perhatian para kakitangan di ruangan pejabat. Ketika Wani sufiya berjalan bersama Danial kebetulan Para peguam Executive kelas pertama Dania, Syed Izham dan Aleya sedang berjalan ke arah bilik meeting. Aleya tiba-tiba berhenti apabila melihat Danial

"Kita ada cleaner baru ke? Tanya peguam Aleya telihat kehairanan

"Perkerja Am," jawab Dania singkat tanpa memandang ke arah Danial bilik meeting terus di buka. Dia yang terlebih dahulu masuk ke dalam bilik itu

"You berminat ke dengan lelaki tu?," Syed Izham bertanya, hairan juga dengan cara Aleya memandang perkerja baru itu

Aleya sedikit tersentak lalu mengeleng "No, i just tanya je,"

"Cara you pandang macam you berminat,"

Aleya tersenyum manis sambil mengeleng "You jealous ke?,"

"Dengan perkerja bawahan tu. Of course not," Syed Izham ketawa kecil

"Selamat pagi Tan seri,"

Syed Izham dan Aleya saling menoleh. Suara Danial kedengaran sedikit kuat ketika menyapa Tan Seri yahya mengejutkan dua peguam itu.

Wani sufiya kegementaran. Kepalanya menunduk. Perasaan cemas mengusai tubuhnya manakan tidak selama dia berkerja di situ inilah kali petama dia berdiri di hadapan Tan Seri yahya berbeza pula dengan Danial cara lelaki itu menyapa majikannya itu bagaikan seorang teman

"Meeting ke Tan Seri?,"

"Ya. ya,"

"Kalau gitu kami nak minta izin kemas pejabat Tan Seri?,"

"Ya silakan," Tan Seri yahya tersenyum namun matanya mengerling pada Wani sufiya. Si Dani kerja sini kerana perempuan nie ke?

"Kenalkan Tan seri ini bos saya wani sufiya. Tan Seri mesti tak kenalkan sebab dia cleaner je,"

Berkerut wajah Wani sufiya mendengar kata-kata Danial

"Eh kenapa pulak saya tak kenal. Semua staf dalam pejabat nie saya kenal,"

Danial menyenget bibir. Yala tu. Nama peguam sendiri pun tak boleh ingat. "Kalau macam tu. Kami masuk dulu ya Tan seri,"

Tan Seri yahya mengangguk sambil melihat Danial bersama Wani sufiya masuk ke dalam bilik pejabatnya dan ketika itu kelihatan hampir kesemua kakitangan di dalam ruang pejabat kehairanan melihat kemesraan majikan mereka berbual mesra dengan perkerja bawahan lebih-lebih lagi Aleya dan Syed Izham

"Dania. Siapa sebenarnya perkerja baru tu. mesra betul dengan Tan seri," Tanya Aleya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik meeting

Dania yang sedang duduk memeluk tubuh. Matanya menjeling "Tak payahla you nak ambil tahu siapa perkerja tu. youkan dah ada izham,"

"Hey Dania, Aleya just tanyakan, kenapa you nak marah,"

"So what?,"

"Dahla Izham. Tan Seri ada kat luar,"

Syed Izham mengeleng pelan. Wajah Dania yang mencuka di pandang sekilas dengan raut tidak berpuas hati. Aleya duduk di sebelahnya.

Pintu bilik meeting di buka separuh kedengaran suara Tan Seri yahya sedang memberi arahan pada seseorang di luar

"Sekarang ke Tan Seri?,"

"Ya. suruh dia masuk sekarang,"

Setelah memberi Arahan Tan Seri yahya masuk ke dalam bilik itu. Dia memandang setiap wajah yang berada di dalam bilik meeting kesemuanya ada lima peguam Executive kelas pertama bahagian perniagaan

"Good morning everyone,"

"Good morning tan Seri," jawab para peguam di dalam bilik meeting itu hampir serentak

Tan Seri yahya menarik kerusi. Sebagai majikan dia duduk paling hadapan.

"Kita tunggu seorang lagi sebelum kita mulakan meeting,"

"Saya rasa semuanya dah ada Tan Seri," Syed Izham sedikit keliru sambil memandang setiap wajah di dalam bilik meeting itu

Belum pun sempat Tan Seri yahya menjawab, Pintu bilik di buka. Syafik berdiri di depan pintu dengan raut wajah kebingunan kerana telah di panggil secara tiba-tiba

"Duduk syafik,"

"Maafkan saya Tan Seri tapi saya bukan..?,"

"Tan Seri suruh duduk, duduk jela," Dania pantas mencelah tanpa memandang peguam muda itu

"What is wrong with you Dania? Cuba cakap tu lembut sikit," Soal Tan Seri yahya bertaut keningnya memandang Dania

Dania menyenget bibir namun anak matanya menjeling pada Syafik sedang terburu-buru duduk

Tan Seri yahya mengeleng perlahan "So sebelum kita mulakan meeting, saya perkenalkan Syafif. Mulai hari ini dia adalah salah seorang peguam executive kelas pertama syarikat ini,"

Kening Syed Izham serta merta bertaut. Aleya bersama para peguam yang lain terlihat sedikit terkejut setelah mendengar pengenguman itu namun berbeza dengan reaksi Dania, Raut wajah wanita itu terlihat tenang hanya bibirnya sahaja mengukir senyuman nipis seolah-olah sudah mengetahui lebih awal keputusan ayahnya

"Maafkan saya Tan Seri. Saya bukan mahu mempertikai keputusan Tan seri cuma kami nak tahu pelantikan Syafik berdasarkan apa?,"

"Dia akan menjadi peguam bagi syarikat Infernal Engine games,"

"Syarikat infernal Engine games?," ucap Syed Izham agak terkejut namun bukan dia sahaja yang beriaksi sebegitu malah Aleya dengan peguam yang lain turut kelihatan terkejut

"Tan Seri, as far as I know the company is a large company listed on the Malaysian stock exchange right," Ujar seorang peguam berbangsa cina

"Yes correct Mr Andrew,"

"So kenapa Tan Seri serahkan tanggungjawab tu kepada Syafik. Setahu saya dia tiada pengalaman untuk uruskan syarikat sebesar tu," ujar Syed Izham pula terang-terang tidak berpuas hati dengan keputusan Tan Seri yahya

"Saya setuju dengan izham Tan seri dan saya tak faham kenapa Tan Seri buat keputusan melulu tanpa mendapatkan pandangan dari kami terlebih dahulu, ia seperti tak adil buat kami," Kata Aleya pula jelas menampakan riak tidak berpuas hati

Tan Seri yahya terangguk-angguk mengerti. Padahal dari awal dia sudah tahu jika keputusan yang di buat itu akan menyebabkan para peguamnya akan membantah

"Hahaha," Secara tiba-tiba Dania ketawa

"why are you laughing. You think it's all funny," Tanya Syed Izham sedikit geram

"I bukannya ketawakan masalah tu," Jawab Dania sambil menutup mulutnya. Dia ketawa kerana geli hati apabila melihat gelagat Syafik tidak senang duduk di kerusi

"Okay that's enough. Dari awal Saya memang dah tahu jika keputusan saya ini akan menimbulkan perasaan yang tidak senang dari kalangan kamu. Tapi ini bukan keputusan saya tapi keputusan dari Ceo syarikat itu sendiri. Saya dah cuba berbincang dengannya. Tapi dia tetap berkeras mahukan Syafik menjadi peguam mereka,"

"You kenal ke dengan Ceo syarikat tu syafik?," Tanya Syed Izham

Syafik mengeleng-geleng kepalanya beria-ria menyangkal "saya lansung tak kenal ceo tu Encik Syed, nama syarikat itu pun baru first time saya dengar,"

Syed Izham mengeleng dengan keluhan "Apa kata Tan Seri hold dulu keputusan tu. Biar saya sendiri yang bertemu dengan Ceo tu dan berbincang dengannya,"

"You faham tak Izham. Ini bukan keputusan saya tapi keputusan Ceo tu sendiri,"

"Saya tahu Tan Seri. Tapi tolong bagi saya perluang berjumpa dengan ceo tu. Saya yakin kalau syafik pun setuju dengan pendapat saya. Bagaimana Syafik, awak setuju tak," Syed Izham tetap berkeras

"Ya. ya saya setuju," pantas sahaja Syafik menjawab

Dania mengeleng sambil mengetap giginya. Geram sungguh bila melihat wajah Syed Izham yang terlebih confident itu namun dia tetap mendiamkan diri tanpa mempertahankan keputusan ayahnya memandangkan dia tahu dengan siapa syed izham akan berurusan nanti

"Okay. Kalau begitu esok jam 10 pagi awak boleh naik ke atas berjumpa dengan dia,"

"Thank you Tan seri," Syed Izham tersenyum lega namun raut wajahnya jelas terlihat bangga bila memandang Aleya

Infernal Engine games syarikat luar negara ke? tak pernah aku dengar. Syafik berbisik dalam hatinya. Siapa lelaki dengan kak wani tadi?.

Lincah sungguh Wani sufiya melakukan kerja sebaik masuk kedalam bilik Tan Seri yahya. Tong sampah yang kelihatan ada sedikit cebisan sampah cepat-cepat di keluarkan. Berbeza pula dengan Danial sebaik sahaja masuk, dia terus duduk di sofa sambil menyilang kaki miskipun telah di larang berkali-kali oleh Wani sufiya

"Saya ingatkan awak berhenti?,"

Wani sufiya tidak menjawab pertanyaan itu malah pandang pun tidak. Tangannya mengelap meja sambil menyembur di pemukaan meja dengan pencair pewangi

"Saya selalu tunggu awak. waktu pagi, tengahari. time balik pun saya tunggu awak. Kesihan saya,"

"Saya tak suruh pun awak tunggu saya,"

"Saya yang nak tunggu awak,"

"Buat apa. awak dah lupa apa yang awak dah cakap pada saya,"

Danial mengeluh pelan "Tentula saya ingat," Danial duduk bersandar. wajahnya di angkat memandang siling "Lepas saya cakap macam tu kat awak. Saya rasa menyesal sangat,"

Tangan yang sedang berkerja terhenti seketika. Wani sufiya memandang ke arah Danial "Kenapa nak menyesal?,"

"Sebab saya dah jatuh cinta dengan awak," tanpa segan silu Danial meluahkan perasaannya

Alangkah terkejutnya wani sufiya apabila mendengar pengakuan Danial. Membuntang kelopak matanya seakan tidak pecaya namun pantas di alih berpura-pura tenang miskipun detak jantungnya berdengup kencang

Danial memiring wajahnya "Wani dengar tak?,"

wani sufiya sengaja berpura-pura tidak mendengar. Tangannya lincah menyusun peralatan di atas meja setelah selesai, dia beralih mengelap di atas rak pula

Dari memiring, Danial menoleh ke belakang "Wani dengar tak apa saya cakap tadi?,"

"Ke.Kenapa awak jatuh cinta kat saya?," Tanya Wani sufiya tanpa memandang namun nadanya jelas kedengaran terketar-ketar

"Sebab awak seorang wanita yang layak untuk saya cintai," pantas Danial menjawab

Terus terjelepok Wani sufiya di atas lantai mamar sebaik sahaja mendengar jawapan itu. Darahnya berderau di seluruh tubuh

"Wani!," Danial segera bangun bergegas mendapatkan wani sufiya "Awak okay ke?," Danial terangak-agak mahu membantu "Kita belum kawin, haram kalau saya pegang awak nie,"

Wani sufiya hampir tergelak melihat gelagat Danial seolah-olah mahu membantunya bangun namun terangak-agak mahu menyentuhnya terpaksalah dia bangun sendiri tanpa di bantu Danial

"Awak jangan salah faham ya, saya bukan tak nak bantu tapi dalam islam haram kalau bersentuhan dengan wanita yang belum bergelar isteri,"

"Ya saya tahu,"

Danial mengaru-garu rambut dengan bibir tersengih-sengih "So macam mana, awak terima tak cinta saya?,"

"Hah? hiss awak nie boleh tak kita buat kerja dulu. Nanti-nanti je kita cakap pasal tu?,"

"Okay-okay. Lepas nie kita nak kemas bilik mana?,"

"Bilik nie je. Bilik lain kita cuma ambil plastik sampah. lepas tu kita kena tukar semua plastik sampah dekat ruang pejabat,"

"Lepas tu?,"

"Kita turun bawah, buang semua plastik sampah yang kita kumpul,"

Danial terangguk-angguk mengerti "Lepas tu?,"

"three,"

Danial ketawa terbahak-bahak. "awak perli saya ke?,"

"Awak ikut je saya,"

"Okay madam,"

Setelah mengambil sampah di setiap bilik pejabat peguam dengan di temani Danial tampak ada perubahan pada raut wajah Wani sufiya. Wajahnya berseri-seri seolah-olah dapat menerima kehadiran Danial di sisinya. Bibirnya sentiasa tersenyum.

Danial selalu mengucapkan kata-kata yang membuatkan Wani sufiya terhibur sehingga tidak menyedari jika ada sepasang mata sedang memerhati

"Tengokla tu," Ila menyenget bibirnya saat memandang Wani sufiya bersama Danial sedang berjalan ke ruang pejabat sambil membawa peralatan pembersih

"Kau tak payahla nak busybody hal orang Ila,"

"I bukan busybody tapi sakit hati. dia ingat dalam office nie tempat bercinta,"

"Mana kau tahu diorang bercinta?,"

"Tengokla sendiri. Tersengih-sengih si betina tu. Tak sedar diri lansung,"

"Dia tak boleh tersengih ke?,"

Ila segera menoleh memandang rakan sejawatnya yang duduk di sebelah "You ada masalah dengan i ke Ain?,"

"Aku takde masalah dengan kau Ila kau tu je yang suka cari masalah. tapi masalah yang kau buat tu sampai melibatkan orang lain. Baik kau duduk je buat kerja,"

"Bila kena you salahkan i yang tergelak sakan macam tak sedar diri bukan you ke?,"

Ain mencebit bibinya saat memandang Ila "Suka hati kaula Ila aku malas nak layan,"

"Okay fine," Ila mengetap geram sejak dulu dia tidak pernah menyukai Wani sufiya kerana di belenggu perasaan cemburu. Sejak Wani sufiya mula berkerja di situ dia sering melihat Syafik yang di kenali sebagai jejaka berwajah dingin selalu mengukir senyuman apabila melihat cleaner pejabatnya itu bahkan senyuman itu tidak pernah terukir setiap kali dia yang menegur.

"Sekarang kita kena tukar semua plastik sampah dekat sini,"

Danial mengosok-gosok dagunya seakan sedang berfikir "Berapa kali nak kena tukar plastik sampah,"

"Pagi dengan petang je,"

"Ada staf ke berkerja sampai lewat malam?,"

Wani sufiya mengangguk

"Umm patutlah,"

"Woi Wani!,"

Wani sufiya pantas menoleh ke arah tuan badan yang memanggilnya "Ya cik Ila,"

"Tolong buang nie," Ila menyenget bibir sambil menghulurkan bekas tisu yang sudah di gunakan

Wani sufiya mengangguk tersenyum cepat sahaja di menurut namun lengan tiba-tiba di pegang Danial

"Woi betina. kau tak nampak ke bakul sampah dekat belakang kau tu. Kau ingat kitorang nie hamba kau ke?,"

"Danial? kenapa awak cakap macam tu?," Wajah Wani sufiya berubah cemas "Maafkan dia Cik ila dia perkerja baru,"

Ila dengan lagak sombongnya menolak kasar kerusinya saat mahu bangun "Dah memang kerja korang berdua mengutip sampah. So salah ke kalau aku suruh?,"

"Memangla tak salah. Tapi pakaila otak kau tu sikit. Tong sampah tu kan ada kat belakang kau je. Lainlah kalau kau tu OKU,"

"Okay fine, buang masa i je bertekak dengan cleaner," cebisan tisu yang masih di pegang sengaja di buang di atas lantai. Ila menyenget hujung bibir kirinya keatas "Tunggu apa lagi kutipla sampah tu,"

Para staf yang lain sekadar memerhati sambil tersengih-sengih melihat gelagat Ila tanpa ada seorang pun yang cuba menegur wanita itu bahkan pembantu peguam Aleya sekadar menonton

Danial mengeleng perlahan. Wajah Wani sufiya yang tampak cemas di pandang sekilas malah sempat dia mengeyitkan mata

Ila menarik kerusi merapat pada meja. bibirnya tersenyum puas selepas memalukan Wani sufiya dan Danial. Sebaik sahaja dia mahu melabuhkan punggungnya di atas kerusi

"Hey apa nie!!," Ila bergegas bangun selepas sisa-sisa sampah bertaburan di atas mejanya

"Sampahla apa lagi," Danial ketawa nakal. Tong sampah yang di pegang terus di campak di atas meja wanita itu

"Hey kenapa tu!,"

"Awak? kenapa awak buat macam tu?,"

"Perempuan kurang hajar macam nie. Kita kenala ajar sikit,"

Wani Sufiya tidak keruan jadinya "Nanti awak kena buang kerja,"

"Siapa yang buat semua nie?," Adila mencekak pinggang sambil berdiri di belakang kerusi Ain

"Cleaner baru nie Cik Adila," Jawab Ila sambil menunjuk ke arah Danial

Adila pembantu peguam kepada Syed Izham melangkah menghampiri Danial miskipun jawatannya adalah pembantu peguam namun dia sering belagak seolah-olah supervisor di dalam pejabat itu

"Baru masuk kerja dah nak jadi samseng!,"

Danial kelihatan tenang "Kenapa kau tak puas hati ke?,"

"Hey Awak, jangan cakap macam tu,"

"Rilex lah wani," Danial tersengih

Adila terangguk-angguk geram melihat sikap Danial "Better you get out dari office nie sekarang!,"

Danial ketawa kecil

"Woi kau tak dengar ke? Cik Adila suruh get out! get out'lah cepat," Ila mencelah

"Eh korang nie siapa? bos ke? suka-suka hati suruh orang keluar,"

"Okay fine. You tunggu sini," Adila segera memusingkan badannya lalu bergegas melangkah ke arah bilik meeting. Sementara Ila pula mengambil kesempatan mengejek Danial dengan melambaikan tangannya

"Bye. Bye," Ila ketawa mengejek bahkan ketika itu kedengaran suara gelak ketawa dari staf yang sedang memerhati

Hampir mengalir air mata wani sufiya memandang wajah Danial miskipun wajah lelaki itu tetap tenang. Hatinya bergitu terharu dengan tindakan Danial yang berani membantunya dari di permalukan namun sekarang "Awak jangan risau ya. Kalau Cik Adila panggil Cik Dania biar saya je yang mengaku semua nie salah saya,"

"Kenapa pula awak nak mengaku dah terang-terang salah saya,"

"Tak apa. Saya tak kisah pun,"

"Nanti awak kena buang kerja,"

Wani sufiya tersenyum manis "Apa susahnya. Saya cari jela kerja lain,"

Beberapa minit kemudian Adila datang semula bersama dengan Dania. Ila masih lagi dengan lagaknya diam-diam melambai apabila Adila dan Dania semakin hampir. Dia berpura-pura membuat raut wajah simpati seolah-olah dialah mangsa di situ

"Cik Dania,"

Danial mengankat kening apabila Dania memandangnya.

"Awak senyap tau biar saya je jelaskan pada Cik Dania," Wani sufiya ingin melangkah ke depan namun di halang Danial "Awak?,"

"Shhh," Danial membuat isyarat supaya Wani sufiya diam

"Apa yang belaku nie Adila sampai menganggu saya tengah meeting?," Dania mencekak pinggang memerhati cebisan-cebisan sampah berselerak di atas meja Ila dan di atas lantai

"Cik Dania tengokla sampah-sampah nie, semuanya perbuatan perkerja baru nie. belagak Samseng," Jawab Adila dan ila pula beria-ria mengangguk

"Ila?,"

"Ya Cik Dania,"

"You kemas barang-barang you semua. Mulai esok you jangan datang kerja,"

Terkejut beruk Ila di buatnya "Cik Dania! ini bukan salah saya,"

"Cik Dania salah faham nie. Bukan Ila yang bersalah tapi perkerja baru tu," Adila cuba mempertahankan Ila

"You sebenarnya pembantu peguam siapa Adila?,"

"Syed Izham,"

"And you tahukan ila nie staff bawahan siapa?,"

"Ya itu saya tahu Cik Dania. Tapi saya cuma nak membantu je,"

"Why? sebab you nak belagak jadi ketua dalam pejabat nie,"

Adila terdiam. Ila sudah pun tidak keruan berdiri di depan Dania dan Adila

"Faizal! come here," Pekik Dania memanggil pembantu peguam kepada peguam Aleya

Lelaki bertubuh gempal bergegas bangun dari kerusi setelah di panggil lalu melangkah tergesa-gesa menghampiri Dania

"What are you doing?,"

"Kerja Cik Dania,"

"Okay, How about your staff?,"

Faizal terdiam. Matanya teralih-alih melihat Ila, Ain dan seorang lagi staff yang duduk di depan Ain sebelum memandang Dania semula

"Apa kata you kemas sekali barang-barang you Faizal ikut ila keluar dari office nie. as a leader you seem to have no function So for what you are here for. Sampai Adila ambil alih tanggungjawab you. Now i want ask you siapa yang salah sebenarnya,"

"Ila cik Dania," Pantas sahaja Faizal menjawab

"Abang Faizal?," Ila tersentak

"So please cerita kat i apa yang belaku sebenarnya,"

Arahan Dania itu segera di turut. Faizal lantas menceritakan satu persatu apa yang telah di lakukan Ila. Dania mengeleng mendengarnya manakala Ila pula menunduk malu

"You dengar tak Adila?,"

Adilar mengangguk pelan

"You berdua adalah pembantu peguam please don't told me you two don't have basic about a law and justice. Why sebab mereka berdua nie sekadar perkerja bawahan,"

Adila menunduk begitu juga Faizal masing-masing tidak berani menjawab

"And you Ila. Masuk nie dah tiga kali you buat hal. i still do not understand why do you hate Wani so much?

"Cik Dania. Saya minta maaf. Saya janji saya tak akan ulangnya lagi," Ila memandang Wani sufiya. Wajahnya berkerut kesal cuba meraih simpati "Wani tolong maafkan saya,"

"That's enough. hari ini adalah hari terakhir you. Syarikat nie tidak memerlukan Staff yang menimbulkan banyak masalah and you Adila this is my last warning kalau you nak belagak jadi ketua pastikan dalam diri you ada keadilan. Kutip semua sampah-sampah nie!,"

Adila dan Faizal bergegas mengutip cebisan-cebisan sampah di atas meja ila dan di atas lantai sambil di bantu Ain

Wani sufiya turut mahu membantu namun sekali lagi dia di halang Danial

Share this novel

revathirev
2024-06-28 14:21:13 

semua sudah start tanya

revathirev
2024-06-28 14:20:57 

tada update lagi ke author

revathirev
2024-06-21 22:17:32 

Best semua cerita author


NovelPlus Premium

The best ads free experience