Amr masih lemah selepas makan ubat. Amrah masih setia disitu.
“Amr, kita baring ok. Awak cuba tidoq.”
Amrah baringkan Amr yang masih bersandar dibahunya.
“Amrah temankan Amr kat sini tau jangan pi mana-mana.”
“Ya dari tadi kan saya teman awak dekat sini.”
Amr memandang wajah Amrah, entah apa yang merasuk wanita ini hingga dia begitu mudah menyentuh Amr. Lama kelamaan matanya terpejam sendiri. Amrah masih setia mendemah kepala Amr.
Amr terjaga dah tangan Amrah masih memegang kain didahi Amr. Amr termenung lama memandang Amrah. Amrah turut terlelap. Bosan agaknya.
“Eh awak dah bangun dah.”
“Bangun dah, sian Amrah letih jaga Amr.”
Amrah memegang dahi Amr sekali lagi, sudah kebah demam dia. Pasai apa la Amr masih dok ber Amr Amrah ni.
“Dah kebah banyak dah ni demam awak Amr. Saya pun nak kena balik ni, lewat dah nak ambik Aisy. Tadi Durrah call dia dah otw. Kita tutp kedai dekat dua jam lebih dah ni. Awak nak balik sat lagi saya teman ya. Tunggu saya ambik Aisy dulu.”
“Tak pa aih Amrah, Amr boleh balik sendiri sat lagi. Dah lega banyak dah ni. Esok kita jumpa mama boleh dak Amrah?”
“Ya esok kita pi. Dah jangan la serabut kepala pikiaq pasai benda lagu tu lagi.”
“Amr, pasai apa tak mau kawin dengan tunang arwah abang awak tu?”
Amrah baru teringat mahu bertanyakan soalan itu.
“Sebab Amr tak cintakan dia. Amr cintakan Amrah. Kalau Amr tak dapat kawin dengan Amrah, tak kawin terus pun tak pa.”
Bukan niat dia mahu meluahkan rasa dengan cara begitu, namun dengan Amrah memang dia takkan selindung, kalau soalan tu bakal membunuh persahabatan mereka sekali pun dia akan berterus terang kepada Amrah.
“Okay la Amr, saya balik dulu.“
“Tadi tanya, dah jawab lari pulak.”
Muka Amrah memerah. Dia tahu rasa hati seringkali mengkhianati rasa. Namun dia tegas menafikan rasa hatinya. Persahabatn lebih penting Amrah, jangan leka dengan gurauan macam tu dari Amr. Masih dia mengangap begitu. Dulu juga sama.
————————————-
Seperti yang dijanjikan Amrah datang berjumpa dengan Ratu Hati Amr. Dia juga tidak tahu mahu bercakap apa. Aisy dipandang sekilas. Anak itu hanya menurut.
“Assalammualaikum mama, Amr bawak kawan Amr jumpa mama hari ni.”
“Assalammualaikum mak cik, saya Amrah. Aisy salam dengan mama uncle.”
“La…Amr ni tak habaq pun kat mama kata nak bawak kawan. Ni abang tau dak lagi. Comeinya dia, macam Arman masa kecik-kecik dulu.”
Macam biasa, semakin dia tidak menerima hakikat semakin dia akan menyebut nama anaknya itu. Hakikat apa yang dia tidak dapat terima pun tidak tahu. Bertahun sudah berlalu namun hakikat itu masih tidak dapat diterima.
“Mama, Ratu Hati Amr. Mama tahu kan abang dah lama meninggal.”
Airmata Ratu Hati Amr luruh untuk kali keberapa Amr juga tidak tahu. Lembut bicara lelaki itu tidak pernah dapat mengumpan apa juga rasa yang membahagiakan.
“Mak cik, awat mak cik menangis?”
“Amr sanggup kata Arman dah tak dak. Baru tadi ni mak cik sembang dengan dia.”
“Mak cik, mati itu pasti hidup itu in shaa Allah sekurangnya itu yang Amrah percaya. Mak cik nak cerita dak dekat Amrah macam mana Arman meninggal.”
Ratu Hati Amr masih tergeleng kepala tidak mahu menerima. Namun akhirnya dia menarik nafas panjang setelah lama Amrah merenung matanya.
“Dia ajak mak cik pi dekat Amr masa tu Amr ada kat asrama. Mak cik tak mau pi. Suruh dia pi dengan arwah ayah depa ja. Amr yang teringin nak makan mak cik masak.”
Ratu Hati Amr diam sebentar mencari nafas. Dari ayat tadi dia seolah menyalahkan Amr. Aisy diama memerhati.
“Mak cik berasa macam tak mau nak pi masa tu. Jadinya mak cik tak ikut depa pi. Masa nak balik mai sini depa kemalangan dengan lori, kalau depa tak pi dekat Amr masa tu mesti tak jadi macam ni.”
Amrah memegang tangan Ratu Hati Amr. Dia sebut kalau. Maksud kata hakikat masih tak dapat diterima. Bertahun berlalu adakah dengan kata-kata dari Amrah dapat melunakkan rasa dihati wanita itu.
“Mak cik, Amrah paham sangat apa mak cik rasa. Untung mak cik sebab Allah izinkan Amr teman mak cik dekat dunia sementara ni.”
“Macam mana Amrah nak paham, orang yang rasa ja tau macam mana mak cik rasa. Hati ni macam kena siat setiap mak cik teringat.”
Dia terlupa yang Amr juga rasa apa yang dia rasa, dia juga kehilangan. Namun naluri ibu itu tidak sampai kepada Amr. Dia menyekat rasa naluri ibu itu. Hanya bertahan memikirkan rasa hatinya yang sedih, yang parah.
“Saya pun dah hilang ahli keluarga, semua satu pun tak dak yang tinggal dengan Amrah mak cik. Lepas tu ahli keluarga kawan baik ayah Amrah suruh anak dia kawin dengan Amrah. Amrah terima, tapi Allah pinjamkan dia pun sat ja dengan Amrah. Lepas dua tahun hidup berteman dia dijemput Allah. Dan masa tu Amrah dpat tau dia ada isteri, wanita yang dia cinta dari dulu.”
Ratu Hati Amr memandang Amrah mencari kebenaran dalam cerita itu. Amrah angguk mengiakan cerita yang sedang dia lafazkan.
“Salah Amrah jugak sebab menyusahkan Abang Lukhman sampai terpaksa kawin dengan Amrah. Masa tu isteri pertama dia tengah mengandung.”
Semakin dia mendengar cerita dari wanita kuat ini semakin dia merasakan dirinya seorang hamba Allah yang hina sehinanya. Dugaan dia lebih besar dari dirinya. Namun hakikat itu tidak dapat diguna pakai, kerana setiap orang diduga setanding dengan kemampuannya.
“Jadi Amrah terima macam tu ja, dia dengan anak dia ada mana?”
“Ni anak Kak Aisyah. Aisy ni anak depa. Kak Aisyah meninggal lepas bersalin Aisy. Aisy ja Amrah ada la ni, baik kan Allah masih izinkan Aisy ada dengan Amrah.”
“Mak cik tak kuat macam Amrah. Mak cik tak boleh nak terima hakikat yang Arman dah tak dak.”
“Amrah bukan kuat mak cik, tapi arwah mak dengan ayah memang dah berulang kali ajaq kena belajaq terima dengan apa Allah tentukan, kikta berusaha dan selebihnya serah pada Dia.”
Memang itu yang arwah ayah dan mak selalu sebut. Amrah menjadi sekuat ini dari didikan itu. Dia tidak nafikan hatinya sangat pedih, sangat sedih namun dia tahu hakikat semua itu kekal pinjaman.
“Allahukanar, ampunkan aku ya Allah. Apa mak cik buat selama bertahun ni Amrah, anak muda macam ni boleh terima hakikat lebih baik dari mak cik.”
Airmata wanita itu jatuh lebih lebat lagi. Amr memegang bahu Ratu Hatinya.
“Mak cik, kalau mak cik sedih Amr pun mesti sedih. Mesti setiap hari dia kesal sebab ada orang yang selalu ingatkan dia, dan selalu salahkan dia kejadian yang bukan kita yang tentukan. Setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. Takkan jadi satu apa pun tanpa izin dari Dia. Semua hanya pinjaman.”
“Tabahnya kamu ni Amrah, macam mana Amrah lalui hari-hari yang berlalu.”
“Setiap hari hanya doa yang mampu Amrah berikan. Airmata ni seringkali jatuh pada penghujung hari. Tapi hakikat tetap hakikat yang kena telan walau sakit.”
“Allahuakbar Amr, apa yang mama buat selama ni dekat Amr. Amr tengok Amrah boleh kuat macam ni padahal dia hilang lagi banyak dari kita.”
Amr yang dari tadi hanya memerhati bergenang airmata mengenangkan sesalan yang dia rasa selama ni. Lebih lagi dia mendengar luahan hati wanita tabah ini membuatkan dia terhiris.
“Mama kan Ratu Hati Amr, mama tak buat apa pun dekat Amr. Dia memang kuat mama.”
Mudahnya mama dia menerima hakikat, begitu sahaja? Selama ini dia langsung tak mahu mendengar cerita dari sesiapa pun.
“Mama mintak maaf Amr. Mama salah. Mama pentingkan diri. Amrah boleh tolong mak cik dak. Tolong pujuk Amr kawin dengan Zahara. Dia tunang arwah Arman, kesian dekat dia.”
Tiba-tiba dia teringatkan bekas tunang abangnya itu. Masih ada sikap pentingkan diri itu. Dia tetap dia.
“Zahara? Sama nama cikgu Aisy la.”
“Ish Aisy ni menyampuk pulak dia.”
“La tak pa la Amrah. Memang dia cikgu tadika pun kan Amr.”
Amr diam tidak mahu menjawab. Memang Zahara cikgu tadika pun.
“Mak cik jodoh ni kita tak boleh paksa, kalau ada jodoh takkan kemana. Amrah tak boleh paksa Amr untuk menerima sesiapa dalam hati dia mak cik.”
Ada getaran dalam nada itu. Amr memandang wanita tabah itu.
“Mak cik dah buat persiapan nak masuk minang dia lusa. Zahara pun dah setuju. Amrah nak ikut dak?”
Lusa? Baru Amrah faham kenapa Amr tak boleh teman dia untuk ke majlis Nia lusa. Amr dah gelabah dah. Dia akan menjadi tunang orang lagi dia hari.
“Tak boleh mak cik, lusa Amrah nak pi kenduri kawan baik Amrah kawin.”
“La..sayangnya tak boleh ikut. Amrah dengan Amr kawan ja kan.”
“Ya mak cik, kami kawan dari sekolah lagi.”
“Mak cik, kalau mak cik nak sembang bila-bila dengan Amrah mak cik habaq ja dekat Amrah. Ni Amrah dah nak kena balik dah, lewat dah.”
“Boleh kan mak cik selalu telefon Amrah?”
“Boleh mak cik. Amrah balik dulu mak cik. Aisy salam dengan uncle dan mama uncle.”
“Amrah tak mau makan dulu ka. Kita makan sama, mak cik pi masak sat.”
“Ish tak yah la susah-susah mak cik, lewat sangat dah ni. Dapat sembang dengan mak cik ni pun Amrah dah seronok. Dapat jugak jumpa dengan Ratu Hati Amr.”
“Nanti Aisy mai selalu tau, teringat dekat Arman bila tengok dia.”
Balik kerja terus datang sini, Amrah penat Aisy pun mesti penat.
“Sat Amrah, Amr hantaq.”
“Tak pa Amr saya dah order grab car.”
“Boleh cancel kan, jangan buat Amr macam ni. Amr yang mintak tolong Amrah, jangan buat Amr rasa bersalah.”
Amrah akur, terus dia cancel grab. Dia perlukan masa sebenarnya. Kenapa hati ni rasa sakit saat mendengar Amr nak bertunang.
“Amrah, kalau merajuk pun takkan nak pi macam tu ja.”
“Saya tak kata apa pun Amr. Saya ok ja ni. Kesian mama awak tau jangan buat dia sedih.”
“Amr tak buat mama sedih cuma Amr tak mau kawin dengan dia.”
“Kalau takdak jodoh takkan kawin dengan siapa pun Amr. Zahara tu mengajaq sekolah mana?”
“Tadika dekat dengan taman Amrah duduk tu.”
Sah la cikgu yang sama. Ada kecewa sedikit dihati Amrah. Perjalanan dia tidak seringkali berliku.
“Tahniah tau Amr, dah nak jadi tunang orang dah lepas ni. Kena jaga batas la lepas ni.”
“Apa pulak, kan dah janji yang kita tetap sama ja walau Amr kawin sekalipun.”
“Kawin la dulu. Nanti baru kita cerita.”
Amrah hanya merenung keluar tingkap sepanjang perjalanan. Perut yang berbunyi dibiarkan bunyi, dia tidak mahu berlama dengan Amr.
Kali ini kesabaran tahap apa yang Amrah akan lalui. Dia masih belum diuji dengan rasa cinta fitrah manusia.
Share this novel