DAMAI 15 - AISY

Romance Series 20333

“Assalammualaikum, Aisy dah siap ka? Jom pi sekolah.”

“Dah siap dah mak. Jom mak Aisy dah lambat ni.”

“Ishhh awai lagi la sayang.”

“Jom la mak cepat…pali pali.” (Pali - cepat cepat)

Sempat dia mengajuk dalam bahasa korea pelat dia.

“Iyaaaa jom.”

Amrah sampai tepat jam 7.15 pagi. Aisy masuk sekolah 7.40-8.00pagi. Jadinya kalau dia kerja malam memang sempat dia hantar Aisy ke sekolah.

“Mak cik sat lagi balik kita makan sama ya. Amrah dah order nasik dengan Mak Cik Ani.”

“Okay Amrah pi baik-baik.”

Pelik dengan riak wajah Mak Cik Esah pagi ni. Tak macam selalu.

“Aisy, mak tok okay ka tadi.”

“Mak tok diam ja tadi mak. Aisy tanya dua kali baru mak tok jawab. Panggil pun tak dengaq.”

“Ermmm tak pa la mak tok penat kot.”

“Aisy nak beli kuih dulu dak. Ka nak makan kat sekolah ja.”

“Mak, Aisy tadika la bukan sekolah.”

“Sama la sayang, sekolah tu tempat belajaq. Tadika ka taska ka semua sekolah.”

Senyum ja dia dia pagi ni. Mood betul-betul berada dipuncak.

“Assalammualaikum cikgu, Aisy dah sampai.”

“Wasalam, Aisy.”

“Cikgu kalau Aisy nakai cikgu pukul ja dia, saya izinkan.”

“Ish Puan ni. Nanti merajuk dia.”

“Berapa kali dah habaq jangan panggil Puan. Panggil ja nama.”

Cikgu Zahara yang manis, nampak sebaya dengannya. Beruntung punya peluang mengajar anak-anak.

Sengaja mahu melihat reaksi Aisy. Gelabah pulak dia.

“Makkkkk…”

Ketawanya Amrah dan gurunya membuatkan Aisy tahu dia bergurau.

“Salam mak dulu la sayang.”

“Saya balik dulu Ara.”

“Baik Puan.”

“Amrah la…”

“Tak boleh nanti pengetua marah.”

Amrah hanya senyum. Dia tahu tapi maish mahu mencuba. Mana tahu boleh berkawan.

——————————————

“Amrah, mak cik nak balik kampung 3 hari Amrah ok ka?”

Belum sempat menyuap suapan kedua dia dikejutkan dengan persoalan yang tak pernah dia jangka.

“Errrr..mak cik nak balik kampung mana? Awat Amrah tak tau pun.”

Sepanjang duduk dengan Amrah sekali pun Amrah tak pernah dengar mengenai kampung.

“Aisy ada orang jaga dak. Kalau tak dak mak cik boleh tangguh dulu.”

“Mak cik nak balik bila tu. Dan dak kalau saya habis dua hari malam ni dulu?”

“Dan Amrah. Mak cik nak pi pagi Amrah habis malam tu.”

Mak cik Esah mengelak menjawab soalan Amrah tadi.

“Mak cik… mai kita duduk mak cik cerita dekat Amrah. Nanti kalau apa-apa hal senang Amrah nak tolong mak cik.”

“Mak cik tak tau nak cerita macam mana dekat Amrah. Serba tak kena. Anak mak cik telefon baru ni habaq nak juai tanah arwah dekat kampung. Tapi nama mak cik. Maaf na Amrah, lain kali mak cik cerita dekat Amrah.”

“La… awat mak cik tak pernah habaq dekat saya pasai benda ni. Mak cik ada anak pun Amrah tak tau. Tak pa mak cik saya faham. Tiap orang ada jalan cerita masing-masing.”

“Dia yang buang mak cik dalam hidup dia. Lari ikut lelaki. Apa pilihan mak cik ada. Kalau boleh tak mau nak sebut langsung dah. Tapi tak tau lagu mana dia timboi pulak.”

“La ni kan mak cik, mak cik tangguh dulu. Tunggu nanti hari saya cuti ni saya apply lagi sehari cuti kita pi sama-sama ok. Habis saya keja minggu ni. Boleh dak macam tu?”

Risau sebenarnya dia mendengar soal jual-jual tanah ni. Ingat mudah ka. Haru sungguh orang yang ada ibu bapa tapi memilih untuk mengikut lelaki lain. Apa sudah jadi dengan dunia.

“Nanti anak mak cik tu marah. Dah berapa kali dah dia telefon.”

“Saya niat nak teman mak cik ja. Kalau mak cik tak selesa mak cik boleh pi sorang. Nanti Amrah mintak tukaq shif.”

“Nanti mak cik cerita detail pasai benda ni dekat Amrah. Mak cik balik paling lama pun dalam 3hari.”

“Mak cik jangan risau minggu ni saya keja pagi jadi senang nak urus. Nanti saya mintak keluar sekejap untuk ambil Aisy.”

Amrah masih was-was dengan cerita dari Mak Cik Esah. Dia langsung tak pernah dengar Mak Cik Esah ada anak. Namun memilih untuk membuang segala prasangka buruk, Amrah memilih untuk tunggu cerita dari Mak cik Esah sendiri.

“Mak cik, Amrah masuk tidoq dulu. Sat lagi nak ambik Aisy saya bangun. Mak cik nak pi mengaji kan.”

————————-

“Durrah, aku pelik tau. Mak cik tak pernah habaq kat aku kata dia ada anak. Gelabah semacam dia semalam. Awat na?”

“Amrah, kadang kan kita tak tau macam mana hidup dia sebelum ni. Hang kenai dia pun baru berapa tahun. Naluri ibu ni kadang membuatkan dia tak mau sebut pasai anak dia.”

“Itu la aku hairan. Dia nampak macam terpinga-pinga masa aku jumpa dia. Dia habaq suami dia dah tak dak. Anak dia tak sebut langsung.”

“Kita fikir macam ni la Amr, kalau dia nak buang anak dia mesti dia tukar dah no dia.”

Tiba-tiba dia panggil Amr pulak. Sat lagi mai si Amr tu ingat Durrah bercakap dengan dia.

“Awak cakap dengan saya ka tu Durrah.”

“Hehe dak aih. Amrah, jangan pening kepala fikir. Tunggu ja mak cik cerita nanti.”

“Hmmmm yala. Hang dah habih makan ka. Tunggu apa lagi pi la balik.”

“Biadap hang kan. Tadi hang yang sembang ngan aku. Mai Amr dan-dan hang halau aku. Berduka sungguh hati beta.”

“Maafkan patik. Dipersilakan tuanku pulang segera. Patik banyak kerja nak buat.”

“Syah adik hang tu dah tolong susun semua. Takut kakak dia penat la kot. Benci aku.”

“Tq Syah. Nanti akak belanja lolipop tau.”

“Ok kakakku sayang. Jom abang, kak. Saya balik dulu.”

—————————-

“Amrah, awak free dak cuti ni?”

“Awat tu Amr. Rasa macam tak dak plan apa pun la. Nak duduk rumah pastu masak dan tengok tv dengan Aisy ja. Sebabnya mak cik tak dak.”

“Ohh yaka. Ok tak pa la macam tu.”

“Laaa habaq la pasai apa.”

“Ingat nak ajak awak jumpa ratu saya. Tapi saya nak cerita sesuatu dulu.”

‘Ting tong’. Pelanggan masuk.

“Satg na saya cerita. Buat keja dulu.”

Bukan dia tak kenal Amrah, jadi tak tenang jiwa. Earphone dipasang perlahan. Hari ni hari streaming untuk Army (BTS fanclub). Kumat kamit mulut menyanyi dia pun.

“Errr, adik. Tumpang tanya ada juai vitamin c tak kat sini.”

Auntie tu lagi la. Kenapa la dia tutup muka macam tu.

“Ada puan. Cuma yang jenis soluble ja ada. Puan nak ka saya boleh tolong ambik.”

“Boleh juga. Lepas tu ada ramen yang tak pedas dak. Nak makan kat dalam kedai ni, boleh kan.”

“Boleh puan. Saya buat terus ya.”

Semakin pelik. Jarang berlaku benda macam ni.

“Amr, saya nak teman auntie tu duduk sat. Awak tolong cover ya. Sesuatu sangat.”

“Hmmm mula la tu kan nak jadi detektif tak bertauliah.”

“Sat ja.”

“Iya…buatla apa pun Amr, selagi awak boleh tersenyum kembali macam dulu.”

Perlahan suara Amr melafazkan kata. Rindu pada Amrah yang dulu.

“Puan, dah siap dah. Mai kita makan.”

“Adik ni nama sapa?”

“Nama saya Amrah.”

Memang dia tahu nama gadis dihadapannya ini siapa. Namun dia tidak tahu bagaimana nak mulakan kalam.

“Auntie sebenaqnya tengah cari orang. Rasa macam dah jumpa tapi takut nak habaq.”

“Puan cari sapa.”

“Saya cari seorang perempuan. Dia madu anak auntie.”

Bammmm!!! Benda yang paling dia takut dah muncul. Macam mana kalau depa ambik Aisy dari dia?

“Puan dah bercakap dengan dia?”

Sehabis baik Amrah mahu kawal suaranya.

“Dah cuba tapi risau sangat auntie nak cakap dengan dia.”

“Puan boleh berterus terang ja dengan dia. Habaq hal sebenaq supaya tak dak salah paham.”

“Amrah, kalau auntie nak jumpa dengan Aisy boleh dak?”

“Puan ni ibu kak Aisyah ka?”

Sudah terang lagi bersuluh. Ibu siapalah lagi kalau nama madu dia. Suara Amrah semakin lemah. Dia tahu keselesaaan yang dia hadap sekarang ini tidak akan bertahan lama.

“Ya Amrah. Boleh kan auntie dengan uncle nak jumpa Aisy. Lama sangat kami abaikan dia.”

“Boleh puan. Puan ambik nombor telefon saya ni dulu. Nanti saya bawak dia jum[a auntie.”

“Jangan la panggil puan lagi, Amrah boleh panggil auntie. Kalau lagi baik panggil mama lagi baik.”

“Saya panggil auntie ya.”

Amrah tahu haknya tiada untuk bersuara lebih. Adakah dia akan kehilangan Aisy jugak? Dia mencari wajah Amr. Tangan diramas sekuathati. Aisy!! Arm bertanya awat dengan isyarat. Namun Amrah menggeleng.

“Lain kali auntie datang lagi sini boleh?”

“Boleh auntie. Terima kasih sudi jumpa dengan saya.”

Amrah mengawal sebaik mungkin suaranya. Dia menyalami ibu kepada arwah. Wajahnya terlindung dengan cermin mata hitam. Ramen tadi mungkin hanya alasan. Dia langsung tidak menyentuhnya. Tabahlah wahai hati. Berdamailah dengan kesabaran.

ORANGE BORAHAE- TERIMA KASIH SUDI HADIRKAN DIRI DISINI. KOMEN YANG DITINGGALKAN JUGA SANGAT MEMBINA. HIDUP AMRAH MASIH BELUM NAMPAK JALAN YANG MUDAH. DIA MAHU JADI TABAH. MAHU JADI SABAR. SEJAUH MANAKAH HATI ITU BERTAHAN.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience