Salam Amrah, aku Faizal. Boleh kita jumpa.’-
Amrah mengeluh melihat pesanan ringkas yang baru diterimanya.
“Amr, awak ka yang bagi nombor saya dekat Faizal ni.”
“Dia mintak tadi Amrah masa saya pi jumpa dia tadi ni. Awak marah ka?”
“Saya tak marah pun cuma saya belum boleh terima sahabat saya ada kaitan dengan hidup lalu saya. Awak paham kan Amr.”
“Saya mungkin tak faham sepenuhnya Amrah, tapi ketahuilah saya agak memahami.”
“Ni sekarang dia nak jumpa pulak dah. Nak cakap apa lagi Amr. Saya kalau boleh tak mau pikiaq.”
“Dia kata nak cakap pasai Aisy. Awak cuba la jumpa dulu. Apa yang saya nampak macam tak dak niat tak elok.”
“Memang la macam tu Amr, tapi hari tu dah cakap dah.”
Dalam mereka bercerita, ada telinga yang mendengar. Faizal belum tahu Rizal kerja sini. Kalau dia tahu mehu menyinga agaknya. Sukar diselam sikap abangnya itu.
“Dengaq cakap saya ni Amrah, awak jumpa dia okay. Awak kenai dia kan macam mana.”
“Awak teman saya boleh Amr.”
Jarang Amrah mintak tolong macam ni, mustahil Amr nak tolak.
“Mesti la boleh Amrah, balik keja ni ka bila?”
“Balik ni tak boleh la, Aisy tak dak sapa tengok. Kena tunggu mak Cik Esah balik.”
Teringat-teringat dah berapa hari berlalu Mak Cik Esah masih belum balik. Lagi satu kerisauaan dihati dia mengenai Mak Cik Esah. Masih belum menghubungi dirinya. Entah apa yang berlaku.
Rizal yang dari tadi mendengar bual bicara mereka berdua memelikih untuk menghulurkan tangan kepada wanita yang berkali dikecewakan oleh ahli keluarganya.
“Kak, biaq Rizal jaga dia boleh dak kak. Maaf la saya terdengaq tadi akak macam ada kerja penting nak buat.”
Amrah memandang wajah Rizal, berfikir sama ada mahu atau tidak menerima bantuan dari dia. Dia bukan tidak kenal siapa Rizal. Dia kenal. Dirumah keluarga Aisyah dia sudah lihat gambar Rizal. Namun entah kenapa dia tidak merasa benci dengan Rizal.
“Nanti akak pikiaq dulu Rizal. Bukan akak tak percaya dekat Rizal, tapi rasa macam melepaskan tanggungjawab.”
Ya betul tu Rizal, ni la Amrah yang aku kenal. Dia memang takkan mudah terima bantuan macam tu sahaja. Mesti dia akan fikir dulu tentang anaknya itu.
“Takpa Amr saya mesej dia habaq jumpa lain kali ja. Lagipun hati ni tak rasa nak jumpa dia lagi.”
Senang… dia memang belum bersedia. Lebih baik punya alasan yang munasabah.
“Rizal, akak rasa tak pa kot dulu sebab rasanya nak tangguh dulu benda ni.”
“Ok kak. Kalau perlu bantuan habaq la na.”
“Ya Rizal terima kasih.”
Rizal bukan tidak kenal dengan orang yang Amrah elak untuk berjumpa itu, lebih dari kenal. Kalaulah Amrah tahu dia juga salah seorang dari ahli keluarga itu pasti kecewa hatinya.
“Amr, boleh dak saya nak cakap dengan Rizal sat.”
“Boleh, boleh. Amr pi solat sat.”
Waktu begini hampir sunyi tanpa kelibat pelanggan. Sesuai jika dia mahu bercakap dengan Rizal.
“Duduk la Rizal. Rizal ada apa-apa nak cakap dengan akak dak?”
Menduga kejujuran anak muda dihadapannya. Sepanjang dia kenal dengan Rizal tidak pernah sekali Rizal menyakitkan hati atau menyentuh perihal peribadi. Rizal dah menduga mendengar kesopanan dari tutur kata Amrah.
“Akak dah tahu ka?”
“Tahu apa tu Rizal.”
“Tahu yang saya adik kak Aisyah.”
Amrah senyum tawar. Dia tahu hanya baru-baru ni. Dua kejutan yang dia terima dengan kehadiran orang yang dia tidak sangka. Cumanya Rizal dia rasa seperti pernah berjumpa semasa dihospital.
“Akak baru tahu masa tengok gambaq keluarga dekat rumah Rizal. Pasai apa tak berterus terang ja dengan akak Rizal.”
“Rizal nak dekat dengan akak, kalau habaq takut akak tak boleh terima saya ka macam mana. Dah la kak long meninggal nanti akak Rizal yang ni pulak tinggalkan Rizal.”
“Ish apa cakap macam tu, Rizal tak salah dalam hal ni buat apa akak nak hukum Rizal.”
“Habis tu pasai apa akak elak nak jumpa dengan angah.”
“Dengan dia bukan akak elak nak jumpa. Cuma akak perlu masa nak pikiaq. Tak dak sebab nak benci orang yang tak salah. Yang akak terkilan sebab arwah lebih sanggup cari akak. Kalau akak ulang benda ni seribu kali sekali pun akak tetap tak boleh hadam.”
“Rizal selalu pi melawat kak long dekat hospital masa akak tak dak. Ummi memang tak boleh terima kak long kawin dengan suami orang.”
“Entah la Rizal, akak ni yang salah dari awai lagi hadir antara depa. Tapi namanya takdir, semua pertemuan memerlukan sebab. Jadinya poerkahwinan akak dengan kak Aisyah dan Abang Lukhman bersebab.”
Kalau perlu dia tidak takut untuk ulang benda ni walau sejuta kali sekalipun, demi kedua arwah dan demi anak kesayangan dia. Dia akan terangkan hatinya tidak disakiti oleh mana-mana. Dia lebih memikirkan hati Kak Aisyah saat dia bertarung nyawa tanpa ahli keluarga.
“Rizal sorang ja ka yang mai jumpa kak long?”
“Dak… ayah ada mai jugak tapi tak habaq dekat ummi. Ayah serba salah tak tau nak pujuk ummi macam mana. Sekali dia buat salah ummi hukum sampai hari ni. Ummi sangat berdendam. Lepas dah hampir nak reda hati ummi tu tengok-tengok ummi dapat tau yang kak long kawin dengan laki orang, elok dah pregnant.”
“Apa la salah ayah Rizal sampai ummi tak boleh nak terima.”
“Ayah duakan ummi. Ummi bukan macam akak boleh terima. Ummi murung berapa lama, lepas tu ayah pilih ummi sebab tak sampai hati tengok ummi macam orang sakit. Dekat ummi nak lega tu pun lepas berapa tahun tengok-tengok dapat tau abang long dah kawin sebelum kawin dengan kak long.”
“Sian dengan ummi dan ayah Rizal. Hati dia sakit sangat agaknya sebab dia betul-betul sayang dengan ayah, ada anak pulak. Akak lain Rizal. Akak dapat tau kata hadirnya orang ketiga lepas abang meninggal.”
“Serius la kak, takkan akak tak tau langsung sepanjang depa kawin?”
“Akak tak pernah nampak perbezaan dalam layanan arwah abang. Dia tak pernah culas tanggungjawab dia.”
Yang dia culas hanyalah tangungjawab batin. Namun Amrah tiak pernah merasa apa-apa kerana memahami. Dia halalkan semuanya. Reda dengan segala ketentuan.
“Akak ni memang baik la, ummi pun tak dapat terima tapi akak senang ja ambik kak long jaga. Hebat tau dugaan akak ni.”
Kadang-kadang dia terfikir apa perasaan Puan Maria. Sebabnya dia terasa luka namun luka itu tidak cukup untuk buat dia membenci Aisyah. Apatah lagi membenci Aisy.
“Ish apa cakap macam tu. Kalau boleh akak tak mau musuh dengan sesiapa. Kalau mampu bersabaq kita sabaq.”
“Akak memang baik. Kak, Rizal mintak maaf tau tak terus terang dengan akak. Lepas kenal akak baru saya tau pasai apa kak long boleh duduk dengan akak.”
“Baik tu bukan dari kita Rizal, kita manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.”
“Saya rasa kan kak, kalau akak selalu sembang dengan ummi mungkin boleh terubat rindu dia dengan kak long. Sepanjang kenai dengan akak kan, memang akak sama macam kak long.”
“Kita tengok la kedepan nanti macam mana. Dah jom sambung buat kerja, sat lagi marah Tuan Pengurus kita.”
“Amboi depa, kita tak kata apa pun aih. Buat Amr macam teruk sangat.”
Amr selesai solat beberapa minit yang lalu namun dia memilih untuk tidak menyibuk, lambat laun Amrah akan cerita kan semua kepada dia nanti.
————————————-
“Mak, malam ni Aisy nak tidoq dengan mak tau.”
“Boleh sayang.”
Memang kebanyakkan hari Aisy akan tidur dengan Amrah. Cuma Amrah mahu mengajar dia tidur asing.
“Aisy, dah baca doa ka?”
Diam…
“Amboi cepatnya lena.”
Senyum simpul Amrah melihat telatah anak kecil itu. Hilang rasa yang bercampur dari tadi pagi. Bunyi gegaran telefon mengalihkan perhatian Amrah. Melihat nama pemanggil Amrah tersenyum.
“Assalammualaikum sahabat, lama tak dengaq cerita.”
“Waalaikumsalam Nia. Haah last aku call hang hari tu kan. Suara ceria sangat ni.”
“Aku nak jemput hang mai akad nikah, kenduri sekali.”
“Wow, macam tu ja hang ajak aku.”
“Ha la nak ajak macam mana lagi. Nanti aku p la dekat hang tau. Hang ok ka Amrah?”
“Errmmm, aku okay la seronok dengaq hang nak kawin. Dengan Zahari ka Ilham?”
Sengaja Amrah mengusik.
“Zahari la ishhh… ni awat cakap bisik-bisik ni.”
“Aisy baru ja tidoq.”
“Hurmmm patut pun. Hang betoi ka ok ni. Mak nak jumpa hang la Amrah. Nanti mai la masa kenduri dengan akad nikah tau.”
“Nanti aku pi la. Seronok la tu kan dapat dah idaman hati.”
“Hang doakan aku tau Amrah. Nanti kita sembang lagi okay. Aku sayang hang dunia akhirat.”
“Aku pun. Amrah tidak mahu bercerita perihal Aisy lagi, Nia sedang bahagia.”
Tersenyum dia memandang telefon, melafazakan syukur apabila sahabatnya itu bakal mendirikan rumah tangga.
Share this novel