Pagi itu seperti biasa, Amrah bangun awal untuk membantu Mak Cik Esah membuat kuih untuk dihantar ke kedai Mak Cik Ani. Bengkang beras sudah disediakan pada malam hari. Mudah untuk memotong pada pagi ini.
“Mak cik, Amrah tanya sikit boleh dak?”
“Apa dia Amrah, tanyalah.”
“Selalu mak cik dok pi jumpa kawan mak cik tu dekat mana.”
“Dekat-dekat ni ja tak jauh pun. Amrah dah siap ka ni. Sat mak cik letak kuih dalam bakui dulu.”
Selalu macam itulah tingkah Mak Cik Esah saat ditanya kemana dia pergi. Amrah cuma risaukan dia. Diaakan segera ubah topik sebelum Amrah tanya lanjut. Amrah tahu ada sesuatu yang Mak Cik Esah sembunyikan.
“Amrah pi dulu na mak cik, sat lagi Aisy bangun mak cik habaq Amrah dah pi kerja tau. Semoga baik-baik ja untuk mak cik hari ni.”
“Pi elok-elok ya Amrah.”
Mata sayu milik Mak Cik Esah selalu menenangkan Amrah. Amrah sangat sayangkan dia.
“Assalammualaikum mak cik.”
Amrah tiba dikedai Mak Cik Ani, nasi dia dah Durrah dah ada seperti biasa. Amrah menambah sebungkus lagi untuk Rizal. Namun setelah berfikir, dia menambah lagi satu untuk sahabat dia yang lagi satu.
“Hari ni ada kuih apa Amrah? Awat yang hari ni bawak nasik lebih dua bungkuih?”
“Bengkang beras, karipap sardin dengan lepat pisang. Saja nak bagi kat member tempat kerja sekali.”
“Ya la mak cik saja tanya ja. Ni tumpang orang tak ramai lagi. Sat lagi nak sembang dengan sapa pun tak dan dah.”
“Sungguh mak cik, ni awai lagi ni.”
“Esok kalau dan suruh Esah buat bengkang ubi sama, orang dok cari bengkang dia. Ni pun sat lagi tak dan pukui 8 habis kuih dia dulu.”
“Baik mak cik, nanti Amrah beli barang untuk Mak Cik Esah. Sat lagi kalau ingat mak cik habaq kat Mak Cik Esah sekali na.”
“Ha sungguh jugak lupa dah mak cik pun.”
“Mak cik, Amrah pi dulu tau. Sat lagi jangan lupa tolak duit.”
“Ha la, mak cik gtau la. Dah hang pi la kerja tu dulu.”
“Mak cik, nanti Mak Cik Esah mai ambik bekas na.”
“Ha….”
Lanjut Mak Cik Ani membalas. Mak Cik Ani memandang Amrah hingga hilang dari pandangan. Dia teringin nak jodohkan Amrah dengan anaknya, namun tiada kekuatan untuk bertanya. Namun lamunannya dikejutkan dengan sapaan dari anak lelakinya.
“Mak, siap dak lagi nasi hat kawan Chop pesan tu?”
“Tak dan tadi dok sembang dengan Amrah. Sat ,mak bungkuih.”
“Tak pa la Chop tolong mak la na. Chop pun awai lagi ni.”
“Chop, mak nak tanya ikit dekat hang ni. Jawab betoi-betoi tau?”
“Aish macam serius ja ni mak, jangan bagi Chop risau mak.”
“Hang ada hati dak kat Amrah tu Chop?”
“Mak jangan nak merapu mak, Amrah tu baik comei mana padan dengan Chop.”
“Mak tanya hang kenan ka dak. Bukan padan tak padan.”
“Tak kenan la mak, Chop anggap dia macam adik-adik ja. Mak jangan merapu la na. Sat lagi dia tak mau mai sini dah ha jenuh.”
“Tu la mak tak pernah tanya dia. Mak pun saja tanya hang. Kalau hang tak kenan tak pa la mak pun saja ja.”
“Jom mak, Chop pi dulu. Sat lagi nak kemas semua mak tunggu sampai Is mai. Hari ni dia cuti.”
“Selalu pun mak buat sorang, kalau dia mai biaq pi, nak panggil memang dak la. Dah hang pi elok-elok tau. Tu ada orang mai dah tu.”
Yusuf salam dengan Mak Cik Ani sebelum ke motor untuk ke tempat kerja. Nama Yusuf bukan main sedap lagi. Tapi mak dia panggil dari kecil lagi dengan panggilan Chop tu.
———————————————
“Amrahku sayang, hang bawak dak nasik lemak aku.”
“Aku beli dah ni. Nak ambik hang punya pastu makan. Extra dua untuk Rizal dengan Encik Pengurus.”
“Hang tak mau makan ka Amr?”
“Sat aku tukaq baju dulu.”
“Ha okay ingat tak mau makan dah.”
Durrah mengatur ayat bagaimana nak bertanya kepada Amrah perihal semalam.
“Durrah, awat hang tak makan lagi. Tunggu aku jugak ka?”
“Tunggu la, tak kan main makan ja. Jom kita makan sementara tak dak orang ni.”
“Jom la makan, Rizal meh sekali makan. Akak ada beli untuk hang sekali.”
“Terima kasih kak, kalau dak tadi ingat balik sat lagi nak ajak kat Durrah makan roti canai depan tu.”
“Amboi… tak payah la balik teruih rehat la. Tiddur cukup masa. Hang tu sat lagi kerja lagi.”
“Yala kak, terima kasih kak. Jom makan kak.”
“Assalammualaikum.. semua makan tak ajak saya ka?”
Semua memandang kearah Amr.
“Baru nak makan abang, mai la sekali makan. Memang kak Amrah beli untuk abang sekali.”
“Terima kasih Amrah, ingat nak beli untuk saya.”
“Makan la Amr. Memang saya beli lebih.”
Durrah tidak jadi bertanyakan soalan mengenai semalam. Awal pulak hari ni Amr masuk kerja. Tidak tenang la Durrah hari ni nak tidur siang.
“Durrah awat yang hang macam tak lalu ja aku tengok.”
“Ha kak, awat kak. Jai pun tengok macam tu dari tadi.”
“Eh… aku ok la. Sedap la nasik ni kenapa yang aku tak lalu makan pulak.”
Macam biasa la ayat dari Durrah seringkali bercampur bahasa.
“Hmmm yala tu. Aku percaya ja la kat hang. Eh makan cepat shif nak habis dah.”
“Okaylah Durrah sayang.”
Usai makan pelanggan mula masuk. Amrah bangun segera untuk menjaga kaunter.
————————————————————
Amrah, sat lagi kita kemas bilik belakang tu na.”
Amr puas fikir ayat untuk memulakan perbualan dengan Amrah.
“Ha, awak pi susun barang siap-siap. Sat lagi masa time tak berapa sibuk kita kemas.”
Amrah mahu bercakap dengan Amr kira okay la tu.
“Awak marah saya lagi dak. Saya mintak maaf na. Boleh dak maafkan saya.”
“Boleh aih, maafkan dah. Dah pi buat kerja. Malas nak cakap dah.”
Macam mana nak tanya soalan macam-macam. Baru cakap sikit dah kena halau buat kerja. Macam dia pulak pekerja. Padahal pengurus.
“Amrah, sembang la dengan saya dulu. Jangan la marah macam ni.”
“La…kan saya dah lupa kat Amr. Mana ada apa nak cakap dah sebab dah lupa.”
Pendendam sungguh, sampai mati la dia akan ungkit perkataan tu.
“Saya mintak maaf la Amrah, kita kawan baik kan. Awak maafkan saya na.”
Wajah lembut milik Amrah ditenung oleh Amr. Wajah itu tidak banyak berubah cuma semakin matang.
“Saya ok la Amr. Cuma mula tu saya memang sangka itu awak. Tapi tak berani tegoq.”
“La…awat tak tegoq, mana tau betoi. Sekali memang betoi lakan.”
“Hmmm biaq la dah berlalu dah pun.”
“Amrah, saya nak tanya sikit boleh dak. Suami awak ada mana?”
Tangan Amrah yang sedang bergerak terhenti.
“Dia dah pergi jauh. Awak pulak macam mana. Dah kahwin dah?”
“Saya tak kahwin lagi. Jauh mana tu dia outstation atau macam mana.”
Amr tidak memahami maksud Amrah
“Dia dah lama meninggal dah Amr.”
Mata Amrah bergenang airmata. Amr terkejut dengan apa yang baru dia dengar.
“Maafkan saya Amrah saya tak tahu.“
“Tak pa la Amr, benda dah lama.”
“La ni awak dengan dia ja la.”
“Haah dia cuma ada saya ja la ni. Dia bukan anak kandung saya. Dia anak isteri kedua arwah suami saya.”
Sekali lagi Amr terkejut. Amrah bermadu? Kisah apa la yang dilalui oleh sahabatnya ini.
“Awak boleh pahamkan saya dak. Awat rasa susah nak hadam.”
“Lain kali kita cerita lagi. Awak pulak macam mana. Macam mana boleh sesat keja dekat sini.”
“Saya pun tak tau. Pak cik saya yang mintak saya urus cawangan ni. Jodoh nak jumpa dengan awak agaknya.”
“Tak sangka kan boleh jumpa kat sini. Saya punya la dok teringat dekat awak. Dok pikiaq kalau awak ada.”
“Kalau saya ada?”
“Awak pendengaq yang baik. Awak sahabat yang baik. Saya memang tak pernah lupa walau hanya 4tahun kita bersahabat.”
Amr amat terkejut dengan khabar yang baru dia dengari. Selama ni kawan-kawan tidak pernah bercerita apa-apa. Mereka pun mungkin tidak tahu menahu dengan hal Amrah.
“Awak masih contact dengan Julia dak Amr. Saya lama dah tak contact dengan kawan kelas kita dulu.”
“Ada nombor Nazri dengan Malik ja. Yang lain tak dak. Nanti kena suruh depa buat group senang kita nak reunion.”
“Semua pakat sibuk la ni, pakat keja habis semua agaknyalah.”
“Keja pun kawan-kawan tak kan tak dan nak jumpa. Ramai jugak yang solo lagi. Nazri dengan Malik pun masih solo.”
“Termasuklah awak.”
“Ya…termasuk saya. Muda lagi baru umuq 24tahun”.
Lama sungguh tidak berbual dengan Amrah macam ni. Sahabat yang periang diuji dengan banyak kehilangan.
———> ORANGE BORAHAE
* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.
BORAHAE…
Share this novel