DAMAI 26

Romance Series 20333

Dari cerita Zahara, dia nampak macam Zahara memaksa untuk mengawal Amr. Dari cerita Amr dia langsung tak selesa dengan paksaan dari Zahara. Dia juga kecewa dengan sikap mamanya yang meletakkan Amr dalam situasi yang dia seolah tiada pilihan.

“Kak, Syah nak mintak tolong boleh dak?”

Teguran dari Syah menghentikan lamunan Amrah. Hari ni kelibat Amr langsung tak kelihatan. Dia pula memilih untuk tidak menghubungi Amr, tahu-tahu pagi ni Syah yang datang.

“Boleh la nak apa tu?”

“Masak sat untuk kawan-kawan Syah.”

“La pasai apa pulak dah, depa nak apa tu. Bila nak kena buat tu.”

“Segan la kan asyik depa ja belanja Syah. Dapat gaji baru ni ada extra sikit lepas tolak itu ini. Ingat nak suruh akak buat nasi tomato ja.”

Fikiran macam orang tua-tua, selalunya orang belanja kawan dekat luar ja. Ini dia memilih Amrah untuk masak.

“Nak masak letak dalam bungkus ka atau macam mana?”

“Syah ingat nak ajak depa makan dekat sini. Senang ayaq beli dekat sini ja, tapi kan kak… beleh dak tolong habaq dekat Abang Amr sat. Takut nak habaq dekat dia.”

“Takut pulak dia. Nanti akak habaq. Nak buat shf bila?”

“Malam ok gak rasanya.”

“Nanti habaq hari apa.”

Wajah yang tak pernah meminta simpati, namun Amrah selalu rasa simpati dengan Syah. Dia anak yatim, tapi tetap teruskan pelajarannya. Sanggup kerja. Simpati hanya dia simpand alam hati, khuatir Syah tidak selesa.

“Kak, Syah tengok akak kerap termenung ja. Ada masalah ka?”

“Tak dak apa la Syah. Exam macam mana, bila start nanti nak part time hari apa habaq la tau.”

“Baik kakak ku yang bulat katik.”

“Sengaja kan. Main-main pulak dia. Lepas habis susun ni pi study. Main ja tau.”

“Baik kak.”

Dia beruntung sebenarnya kerja dekat sini, semua memahami. Walau gaji yang diterima tidak banyak mana namun dia suka disebabkan mereka faham situasi dia. Kalau tempat lain dia ytidak poasti akan dapat atau tidak layanan macam ni.

“Amrah, mai sat nak bincang.”

Bila masa pulak pengurus ni datang kerja. Monyok ja tu muka. Sabar ja la.

“Ya Amr, ada apa tu.”

“Kita kawin.”

Hai la masalah sungguh, dah la diri tu tunang orang. Lagi nak serabutkan kepala.

“Bila? Lepas awak kawin dengan Zahara ka?”

Amr memanggung kepala. Dia diam. Amrah masih memandang Amr dengan raut mengharap Amr yang dia kenal kembali. Dia tahu Amr mahu kata putus dari dirinya.

“Kita selesaikan satu-satu ok. Mula-mula awak angkat kepala awak. Pandang saya sini. Awak percaya saya dak Amr?”

“Melebihi diri sendiri.”

“Jadi apa masalahnya sekarang ni Amr, semalam awak macam marah dekat saya. Apa salah saya.”

“Awak macam tak mkisah bila Amr dengan Zahara tu.”

“Jadi awak tipu saya yang awak percayakan saya kan Amr. Awak tahu dak, benda kalau kita tak pasti jangan main redah cakap ja. Saya dah jumpa Zahara, dia cikgu sekolah Aisy. Cerita dia saya nak tahu awak cintakan dia atau tidak.”

“Dak, lamngsung sekelumit pun dak.”

“Senang, jadinya awak nak saya berjuang sorang-sorang untuk awak atau kita sama-sama berjuang.”

“Sama-sama.”

“Jadinya kalau nak berjuang biuat cara nak berjuang, saya nak ingatkan awak satu ja, jangan menyesal atas pilihan awak ya. Awak pilih saya pakej sekali dengan Aisy.”

“Ya saya tahu tu. Pernah ka saya menyesal. Hati saya tak pernah berganjak walau satu zarah pun.”

“Okay baik, kalau dah pilih jangan sampai hati tu berboilak balik. Kita sama-sama berusaha. Ingat batas awak kena jaga sebab awak dah jadi tunang orang. Sebab tu masa awak nak ikut saya jumpa Faizal saya diam.”

Tunduk balik, dia selalu kalah dengan Amrah. Macam mana Amrah boleh bertenang dalam apa juga situasi.

“Macam mana awak hadap semua benda ni Amrah. Awak boleh tenang dalam apa pun situasi kecuali masa hal Aisy tu.”

“Saya manusia biasa juga Amr, kalau hati terusik saya sakit, kalau jiwa dipermain saya menangis, kalau ditipu saya marah. Tapi cumanya saya pilih untuk kawal rasa tu. Matanglah dalam memilih emosi.”

Kalah lagi Amr kalau dengan Amr. Wanita ini adalah satu-satunya yang dia mahu dari dulu. Namun demi menjaga hubungan dia memilih hubungan sahabat berbanding cinta. Rugi jika hilang sahabat seperti Amrah. 5tahun hilang seorang seperti dia, Amr tak pernah jumpa mana-mana insan lain yang serupa dengan Amrah.

“Amrah tau dak, Amr tak pernah jumpa orang sehebat Amrah.”

“Hebat macam mana tu, saya tak boleh terbang apatah lagi menghilangkan diri.”

Sempat lagi dia berseloroh.

“Nak jumpa yang tenang, yang jujur dalam beri pendapat, yang simpati pun disorok, hati orang pun awak fikir semua segi, hinggakan Syah tu nak kerja shif mana sesuai pun awak pikir untuk dia. Awak tak memaksa sesiapa pun untuk diri awak. Saya memang takkan pernah memilih yang lain.”

“Jangan terlalu memuji Amr, saya tetap saya. Apa yang dididik itu menjadikan saya. Mak dengan ayah saya dah tak dak. Kalau sikap saya ditonjol buruk orang akan bercakap mengenai mereka. Saya buat bukan sebab pujian tapi inilah saya.”

“Ni la maksud saya Amrah sayang, awak memang baik. Tengoklah sekarang pun walau awak tahu saya marahkan awak semalam, awak tak dak nak paksa saya atau call saya bertubi-tubi. Awak faham saya.”

“Hmmm dah la tu Amr. Serabut pulak dengaq pujian tak berasas tu. Dah saya nak sambung kerja ni. Nanti kita pikiaq apa nak buat.”

Amr memandang Amrah dengan pandangan bangga. Akhirnya Amr memilih dia. Berhari-hari dia fikir risau kalau-kalau Amrah pilih Faizal berbanding dirinya. Dia risau kalau kerana Aisy Amrah akan buat keputusan begitu.

“Sat Amrah, ni bermaksud Amrah terima Amr ka?”

“Ishhhh…awak ni kan. Awak tu tunang orang tau dak. Kita setel nanti. Jangan serabutkan fikiran. Doa jodoh kita ada. Amrah pun sama dengan Amr. Kita selesaikan satu-satu la Amr. Mula kita selesaikan bab Faizal dulu.”

Dia faham kalau kalimat itu dilafazkan. Dia tahu dengan siapa dia boleh bergantung kini. Barulah dia yakin.

“Tak selesai lagi ka dengan dia. Amr ikut dak jumpa dia nanti.”

“Dak, dok diam-diam.”

Amrah harus menjaga setelah jelas dia tahu Amr kini tunang Zahara. Hati wanita itu harus dijaga. Sekurangnya hingga dia tahu rasa hati Zahara yang sebenar.

“Amr, sebelum lupa Syah mintak nak bawak kawan dia mai sini makan dekat meja sini. Boleh ka? Dia suruh saya masakkan untuk depa.”

Mengenali Amr pasti lelaki itu akan setuju.

“Awat dia tak habaq sendiri. Mana dia panggil dia.”

“Syah..oh Syah.. Abang Amr kamu ni panggil. Jangan panggil dia abang lagi dah kena panggil dia encik lepas ni. Tak sporting dah dia.”

“Ya kak. Sory la Abang Amr syah segan nak tanya. Ingat abang tak mai hari ni. Tu mintak tolong kak Amrah.”

“Berapa orang kawan kamu Syah?”

“5 orang ja abang. Boleh dak abang.”

“Boleh, nanti minuman ambik ja yang mana pun abang belanja tau.”

“Ish mana boleh macam tu.”

“Betoi-betoi nak panggil encik ka dekat abang. Bagi la abang bujat macam tu untuk adik abang.”

Memang padan sungguh dua insan ini. Hati mereka sangat tulus.

“Abang dengan kak Amrah ni memang sama perangai, baik sangat dengan Syah. Terima kasih abang.”

Sangat terharu dengan kebaikkan dua insan dihadapannya. Durrah juga baik dengan dia.

—————————————

“Ya Allah mak cik, awat la mak cik tak habaq apa dekat saya. Susah hati tau dok telefon tak dapat. Nak pi cari tak tau dekat mana.”

“Mak tok, rindu la Aisy dekat mak tok.”

Akhirnya Mak Cik Esah sudah balik dari kampung. Masih berahsia dengan Amrah. Dia tidak mahu bercerita. Aisy segera peluk wanita separuh abad itu.

“Maafla Amrah, nanti bila-bila mak cik cerita na. Alahai siannya cucu mak tok ni. Lepas ni mak tok tak pi mana dah tau.”

“Amrah, masa mak cik tak dak Amrah hantaq dia pi kat sapa?”

“Hantaq kat sekolah dia sampai petang. Amrah ambik shif pagi ja masa mak cik tak dak.”

“Alaa sian la cucu mak tok ni. Lepas ni mak tok jaga dia na.”

“Mak cik sihat ka ni. Kalau dah sedia nak cerita dengan Amrah nanti mak cik cerita la na. Mak cik pi la rehat dulu sat lagi kita makan Amrah masak sat.”

Mak Cik Esah memandang Amrah dengan mata berkaca, kebaikkan dia tidak setanding dengan sesiapa yang dia pernah jumpa. Anak dia sendiri tidak sudi menyantuni dia sebaik ini.

“Mak cik mintak maaf dengan Amrah.”

“Awat ni mak cik, jangan la macam ni mak cik. Nanti kita sembang na mak cik. Mak cik pi rehat solat dulu.”

Hanya anggukan yang dapat diluahkan oleh Mak Cik Esah pada saat ini. Dia benar tidak tahu bagaimana mahu membuka aib anak dia sendiri. Dua minggu lebih dia disana tak mampu mengubah apa-apa.

————————————

Seperti dijanjikan dia bertemu dengan Faizal. Dia memang perlu selesaikan dengan Faizal terlebih dahulu.

“Faizal, aku dah buat keputusan.”

“Ish berdebaq pulak jantung aku ni.”

“Aku tak dapat nak terima macam yang aku tunjuk sebelum ni. Kalau mama hang nak bawak pi mahkamah ka apa terpulang pada dia. Cuma pikiaq satu benda ja benda ni takkan mudah sebab aku memang akan lawan walau peluang nak menang tu tipis. Ingatlah dia satu-satunya peninggalan arwah.”

Seperti yang Faizal tahu Amrah sememangnya bijak mengunakan ayat. Sukar disangkal jika dia memberikan hujah.

“Aku tak paksa hang Amrah, aku cuma pikiaq ni peluang untuk aku. Sebab kalau hang tak pernah sedaq selama ni aku pun cintakan hang sama macam Amr.”

“Ni la jadi masalah bila hati aku tertutup tak dak sapa pun teringin nak mai, bila aku dah bukak hati aku untuk Amr hang pun mai mintak aku jadi isteri hang.”

Lagi hujah dia bagi lama mana dia pendam perkara ni.

“Tu belum kira Aisy lagi, masa dia mula nak meniti, mula nak kenal pasiaq, mula nak kenal nasik sapa ja ada dengan dia. Bila dia besaq sikit aku dah sayang sangat dengan dia ada yang gamak nak ambik dia macam aku ni tunggui tak dak hati.”

“Sabaq Amrah, aku bukan nak pertikai hak hang pada dia. Aku buat pun demi dia dengan hang.”

“Bukan sebab hati hang ka, hang sanggup nak perguna hati aku ni untuk kepentingan hati hang sendiri.”

Bekali-kali terpukul dengan kata-kata dari Amrah, Faizal tahu dia tak layak bersuara lebih. Memang dia salah dari awal lagi.

“Aku mintak maaf Amrah. Aku salah sebab perguna situasi hang yang tersepit tu demi kepentingan diri aku.”

Akur dengan khilaf sendiri, Faizal tiada lagi alsan untuk pertahan salah dia.

“Tolong pujuk mama hang, aku tak kisah kalau depa nak jumpa dia sesekali aku boleh bawak. Kalau nak ambik terus sangat tak adik untuk aku dengan Aisy.”

“Ya aku pujuk nanti, nanti hang mai jumpa dia.”

“In shaa Allah kalau tak dak apa aku boleh ja nak bawak dia. Kalau sama-sama kita jaga dia tak payah nak pi mahkamah ka apa. Duit pun tak habis.”

Setenang Amrah saat dia pertahankan jangankan mengalah, berpaling pun jauh sekali. Dia akan buat pertahankan kesayangan dia selagi mampu.

Mahu perjuangkan sesuatu, harus perjuangkan bersama. Kalau satu pihak sahaja yang berjuang jadinya tak ada guna lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience