DAMAI 5 - AISY DAN AMRAH

Romance Series 20326

Amrah segera mengambil basikal dan mengayuh pulang. Dia suka angin petang beransur senja. Kawasan perumahan dia duduk tak jauh dari kedai. Laluan pokok-pokok sangat mendamaikan. Lupa sejenak pada keletihan. Fon telinga dipasang dan lagu Bts kegemarannya dipasang. Pengubat duka. Lagu yang selalu buat semangat dia naik. Tidak pernah silap dia meminati kumpulan tersebut.

“Assalammualaikum mak cik, Aisy.. mak dah balik ni.”

“Waalaikumsalam Amrah dah balik ka. Sat mak cik bukak pintu. Aisy dok ada kat dalam tu tengah tengok tv.”

“Mak dah balik, yeahhh boleh makan dah sat lagi.”

“Aisy sayang tunggu sat mak mandi sat lagi kita makan.”

“Ha Aisy jom tolong tok kat dapoq. Satg lagi lepas mak mandi solat kita makan sama-sama.”

Sayup-sayup kedengaran azan maghrib. Usai solat , Aisy sudah terpacak depan pintu bilik menunggu Amrah mengangkat doa untuk berdoa bersama. Wajah suci itu sering kali buat Amrah menumpahkan airmatanya.

Usai berdoa mereka kedapur untuk makan bersama. Mak cik esah memang pandai masak. Terkadang Amrah rindukan ibunya bila merasa makanan yang dimasak Mak Cik Esah.

“Mak cik, esok Amrah cuti. Mak cik ada nak pergi mana-mana esok boleh la ya. Kalau tak da esok ikut Amrah dengan Aisy ja pun boleh.”

“Mak cik nak pergi belajar mengaji dekat masjid esok. Amrah pergi dengan Aisy saja ya.”

Terkadang Mak Cik Esah mahukan masa ketenangan buat dirinya. Dia rindukan arwah suaminya. Anaknya sehingga hari ni tak dengar khabar berita. Dia hanya ada Aisy dan Amrah tempat menumpang kasih.

“Aisy, hari ni tidoq dengan mak ya. Esok bangun awai kita pi jalan-jalan dan makan kfc.”

Mata Aisy mula bersinar. Dia seronok mendengar perkataan kfc tu. Umur baru saja 3tahun.

“Mak, esok Aisy pakai baju warna apa?”

Dia dah mula dah. Kalau bagitahu awal nak pergi mana-mana, macam ni la jadinya. Banyak bicara dari bibir halus tu.

“Kita pakai warna pink la ya.”

“Tak mau la mak, kita pakai warna biru la. Aisy suka biru.”

“Hmmmm tu awat tanya mak.”

“Mak merajuk ngan Aisy?”

“Dak la, mak melawak ja. Dah baca doa tidoq pastu kita tidoq. Esok bangun awai tau.”

———————————-

Usai solat subuh, Amrah segera memasak nasi lemak buat mereka. Dia masak lebih untuk Durrah dan Rizal.

“Eh awalnya Amrah dah masak. Mak cik ingat pagi ni nak goreng bihun ja.”

“Tak pa la mak cik, ni Amrah ada ni. Biaq Amrah yang buat. Sat lagi mak cik nak pi mengaji pukui berapa?”

“Lepas dhuha satgi mak cik pi. Tadi ingat nak solat kat surau ja. Tapi tak jadi, mak cik pi sat lagi ja.”

Amrah membungkus 2 bekas nasi untuk Amrah dan Durrah. Tiba-tiba dia teringatkan En.Pengurus. Dia bungkuskan tiga.

“Aisy tak bangun lagi. Mak cik jaga dia sat na, Amrah pi hantaq nasi lemak dekat Durrah sat.”

“Okay pi la Amrah. Awai lagi ni.”

Amrah mengayuh basikal menuju ke kedai serbaneka. Angin sejuk pagi mendamaikan. Inilah kenapa Amrah memilih untuk menaiki basikal.

“Assalammualaikum Durrah, Rizal. Ni aku masak nasik lemak. Hampa makan la sat lagi.”

“Aik awat tiga ni Amr.”

“Satu untuk saya kot”.

Mereka memandang ke pintu masuk. Amr dah sampai. Amrah malu sendiri. Entah kenapa dia rasa macam kenal lama dengan Amr. Tapi dia tak berani bertanya.

“Err… aku pi dulu tau.”

“Satu lagi sapa punya Amrah.”

Durrah masih nak bertanya. Nak kena sekeh kepala agaknya.

“Untuk hampa tiga orang la. Okaylah aku pi dulu sat lagi bangun si Aisy tu menangis pulak ingat aku tinggai dia.”

“Terima kasih Amrah.”

Semasa Amrah lalu untuk kepintu sempat Amr berterima kasih padanya. Amrah hanya senyum memandang.

“Sama-sama.”

Dah keluar dari kedai baru dia menjawab terima kasih dari Amr.

“Mak, mak pi mana tadi. Aisy ingat mak lupa kat Aisy.”

“Mak pi hantaq nasik dekat aunty Durrah ja.”

“Dia risau sangat la mak dia lupa nak bawak dia pi kfc tu. Mak cik pi dulu nak Amrah.”

“Okay mak cik. Sat lagi mak cik masak untuk mak cik ja tau.”

“Mak cik balik sat lagi terus pi rumah kawan mak cik. Belajaq menjait.”

“Okay mak cik. Kalau mak cik nak pesan apa-apa habaq nanti tau.”

“Baik Amrah jangan risau kat mak cik.”

“Aisy pi mandi cepat. Kita pi kedai buku dulu tau. Lama mak tak pi sana.”

Tapi mak, kita pergi kuboq dulu kan. Aisy rindu ibu dengan ayah.”

“Iya sayang kita kesana dulu. Jangan risau.”

Aisy memandang wajah Amrah, nak minta tolong mandikanlah tu. Umur dah nak masuk 4tahun pun masih nak mengada-ngada lagi.

“Yala mak mandikan. Jom. Cerdik la dia kan.”

“Aisy tak suka mandi sendiri. Mak mandikan baru best.”

Amrah hanya senyum mendengar celoteh Aisy. Lebih baik diam kalau tidak lagi banyak la pertanyaan dia. Usai menyiapkan Aisy, Amrah bersiap ala kadar sahaja. Segera dia memanggil grab. Segera dia memanggil grab. Jarak dari rumah untuk ketanah perkuburan lebih kurang 20minit.

“Aisy jom cepat, kereta nak sampai dah ni.”

“Okay mak.”

“Jangan lari la nanti jatuh.”

Amrah hanya geleng kepala melihat Aisy boleh ketawa mendengar dia yang kerisauan.

Nanti masa dekat kubur Aisy nak cakap apa dengan ibu dan ayah.”

“Aisy nak bagitahu pasal sekolah, pasal mak juga.”

“Nak mengadu la tu kan.”

Aisy hanya senyum menampakkan gigi dan gusi.

“Jom sayang, kita sampai dah.”

“Assalammualaikum ibu, Assalammualaikum ayah, Aisy mai dengan mak ni.”

“Mula-mula Aisy baca doa dulu ya.”

“Okay mak.”

Amrah membiarkan Aisy membaca doa yang diinginkan.

“Ya Allah, kau jaga ibu dan ayah. Aisy sayang ibu dan ayah. Aisy dekat sekolah seronok, dekat rumah seronok. Aisy ramai kawan dekat sekolah.”

Amrah mengesat airmatanya. Luluh hatinya melihat Aisy memahami sebegitu rupa.

“Ibu, ayah jaga diri baik-baik dekat sana. Aisy dekat sini ada mak yang baik jagakan Aisy. Mak sayang sangat dekat Aisy.”

Lama Aisy diam menahan air matanya dari luruh.

“Aisy nak pi kfc dengan mak. Lama Aisy tak pi. Mak selalu kerja untuk jaga Aisy.”

Aisy memandang aku, seolah-olah berterima kasih. Aku peluk Aisy yang menangis tenang. Dia tahu bahawa dia bukan anak aku. Itu yang lebih menyakitkan dada. Kami sama-sama kehilangan. Namun dia langsung tidak dapat merasakan kasih keduanya. Usia hampir 4tahun namun dia sangat memahami.

“Mak dah habis doa ka mak. Mak ada habaq dak Aisy anak yang baik dekat ibu dan ayah.”

“Dah sayang, mak dah habaq dah kat ibu dan ayah. Aisy memang nak yang baik.”

“Jom mak, lain kali kita mai sini lagi.”

“Jom sayang. Kita pi kfc pulak k.”

Aisy senyum girang. Begitu mudah untuk buat seorang kanak-kanak bernama Aisy ni tersenyum dan gembira begitu.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience