IMBAS
“Amrah, nanti awak nak study bidang apa?”
Suatu petang Amr tiba-tiba terasa nak bertanyakan soal itu. Dia tahu Amrah minat kejuruteraan sama sepertinya.
“Tanya lagi mesti la kejuruteraan. Awak pulak?”
“Saya pun la, memang minat bidang tu.”
“Kita study sama la, mintak sekali nanti tau Amr.”
Melihat senyuman Amrah, Amr sesekali tidak akan menyatakan tidak. Manisnya senyum itu selalu termimp-mimpi.
“Ok no problem, harap kita dapat sekali kan.”
“Kita tengok la rezeki kita nanti. Nanti masa nak apply kita apply sekali la. Pilih sama semua.”
Dalam hal mereka, tiada siapa yang mungkir janji. Namun takdir seolah-olah tidak memilih mereka dalam bidang itu. Amr langsung tak dapat satu tawaran pun bidang kejuruteraan. Dia dapat perniagaan. Amrah pula dapat kejuruteraan namun dia terpaksa hentikan pengajian di tengah jalan.
“Amr, kalau saya tak dapat bidang tu, keja yang lebih kurang macam tu pun jadi la.”
“Ish.. awak pandai la mesti boleh.”
“Dah jadi jurutera nanti saya nak keja pastu beli rumah. Lepas beli rumah saya nak kawin umur 25 keatas macam tu.”
“Wahhh… jauh sungguh perjalanan awak punya pelan hidup kan. Ingat tau Amrah, kita ni hanya mampu merancang saja, selebihnya ditangan Allah.”
Amr selalu mengingtakan Amrah mengenai itu. Amrah juga tahu hakikat semua itu. Dia pun hanya mampu merancang sahaja.
“Alaaaa… rancang ja pun. Lagipun tak pakai modai pun kalau buat rancangan.”
Amrah masih tersenyum mengenangkan impiannya. Keinginan dia bukanlah tinggi mana, namun takdir Illahi lebih tahu apa yang baik buatnya.
Selang beberapa minggu habis sahaja SPM Amrah datang bersama berita yang sayu ditelinga Amr. Sudahnya dia sebatang kara kini.
“Amr, saya kena kawin. Lepas tu kena pindah ikut dia sebab dia kerja.”
Suaranya senada sahaja. Hingga saat ini telinga Amr masih terdengar lagi kata-kata itu. Tiada emosi dalam bait kata itu. Macam mana nak hidup sekali dengan orang yang tiba-tiba kita kahwin. Amr kenal ka siapa dia? Amr nak tanya banyak soalan namun tiada satu pun yang dia nak tanya terkeluar.
“Awak setuju terus ka?”
Lama dia diam. Seolah hilang kata-kata. Airmata sekali lagi keluar dari mata itu. Amr ingat setiap detik itu.
“Ya terima terus. Bukan tak kenal dia. Kenal…”
“Kenal baguslah… nanti jemput aku tau kenduri.”
Amrah cuba tersenyum namun senyumnya langsung tiada seri. Amr mahu memegang tangan itu. Amr mahu meredakan sedih itu. Namun dia tidak mampu saat ini. Dia tidak mampu menyatakan dia mahu berkahwin dengan Amrah, sedangkan dia juga masih dibela ibu bapa.
“Amrah.. saya ada untuk awak walau apa pun jadi lepas ni. Jangan pernah awak lupa semua tu. Ni janji saya.”
Akhirnya Amr mampu untuk berjanjikan sesuatu yang membuatkan hati Amrah sedikit lega. Cukuplah sekadar janji.
—————————————————-
“Wei Amr, hang mai jugak kan. Awat aku tak nampak hang dari tadi?”
Rahman menegur Amr, boleh tak perasan kehadiran mamat ni dari tadi. Dia paling bising dalam kelas dulu. Sebab tu siapa pun akan cari dia.
“Ada la aku tadi sampai pun tak nampak hang, hang mai ngan sapa?”
“Aku mai dengan awek aku. Hang mai dengan sapa?”
“Awekkkk… adoi mana awek hang, kami kenai dak?”
Tak sempat Amr bertanya lanjut Faizal mencelah terlebih dahulu.
“Jaiiiii.. baru nak keluaq ka, tadi kata nak mai isap rokok, aku keluaq hang hilang. Yang ada tiba-tiba Amr.”
Rahman mahu bertanya kemana dia pergi, namun dia buat seolah lama tidak berjumpa dengan Faizal.
“Aku elok nak keluaq tadi aku jumpa crush aku. Stop sat tanya habaq, kalut hang tu.”
“Crush? Sapa plak dah, ramai sungguh crush hang ni. Sat awek sat crush, ingat muda lagi ka wei.”
“Amrah la sapa lagi. Aku muda lagi la, hampa yang tua.”
“Bukan crush hang sorang, crush aku jugak tau. Kalau aku tua sekali hang la tua. Hang ingat umoq aku ngan hang beza berapa tahun.”
Faizal pula mengusik. Amr tidak senang duduk mendengar nama Amrah dipetik. Kalau dia tahu tak bawak Amrah datang hari ni.
“Wei jom masuk tadi geng pompuan ajak tangkap gambaq. Aku nak kena balik dah sat lagi. Aku keja hari ni.”
Amr memotong segera perbincangan mereka yang sudah mula memetik nama Amrah. Faizal dan Rahman saling berpandangan kemudian ketawa. Mereka sengaja mengusik Amr tadi. Bukan mereka tidak nampak mereka datang bersama tadi. Amr Amr. Puas kedua mereka meneka tadi berdua.
“Jom la jom. Kalut sungguh mamat ni. Tak relaks la hang ni Amr.”
Amrah mencari kelibat Amr. Berkali sudah jam tangan direnung. Dia terasa rendah diri berada dengan kawan-kawan disini. Kebanyakkan masih bujang. Hanya beberapa orang sahaja yang sudah mendirikan rumah tangga. Dan hanya dia seorang yang janda.
“Wei jom ambik gambaq, Amr nak balik dah tu.”
Rahman memanggil semua kawan-kawan. Sementara Chandran setting kamera.
“Chan siap dak lagi kami dah beratoq ni.”
“Deiii elok sikit la mana boleh ini macam beratoq ingat perhimpunan ka.”
Chandran mengarahkan satu persatu hingga dia puas hati. Lebih Chandran puas hati bila Amr dengan Amrah duduk dekat berdua. Tersenyum dia.
“Hang duudk mana sat lagi Chan?”
“Aku sebelah Lee ngan Rajesh. Okay ready aaa.”
——————————
“Seronok dapat jumpa kawan-kawan kita tadi Amrah.”
Amrah diam sahaja dari tadi. Apa agaknya yang dia fikirkan.
“Seronok tengok kawan-kawan semua berjaya. Saya ja qheja kedai serbaneka ja.”
Amr dah agak pasti sebab itu. Dia manusia biasa, walau sepositif mana pun sikapnya pasti sedikit sebanyak memberi kesan dihatinya.
“Awak malu ka qheja macam tu.”
“Bukanlah maksud saya tu seronok tengok kawan kita semua macam tu. Ada yang dah kawin ada yang qheja baguih-baguih. Tengok Julia dengan Hafiz paling tak sangka kan. Awak tak bagitau saya pun.”
“Laaa saya pun bukan tahu sangat. Dengan awak pun baru ni ja kita tahu kan. Jangan la macam tu tuduh saya.”
“Ish awak ni saya tak tuduh la. Tapi bestkan.”
“Best ka jumpa Hafiz tu tadi. Dia suka gila kat awak dulu kan Amrah.”
“Tapi kan tadi dia ada mai sembang dengan saya masa saya ambik makanan.”
“Oh ya, dia cakap apa?”
Padahal semua Amr dengar tadi. Sengaja bertanya.
“Dia tanya mana husband saya. Lepas tu dok merepek lawa la apa la. Malas nak layan dah tu yang saya suruh awak ambikkan makanan lain. Sat lagi Julia pikiaq apa plak.”
“Saya dengaq tadi ni. Geram jugak tadi ni saya pun. Tapi malas nak cakap sat lagi jadi lain pulak.”
“Tau aih awak nampak semua kan. Faizal dengan Rahman masih baik lagi kan depa dua.”
“Sebut semua nama yang suka dekat awak ja kan.”
“Dah depa tu ja yang baik dengan saya. Awak ni pun. Chandran ja makan kurus. Smart dia la ni. Malini ngan Rajesh bercinta ka?”
Amr diam sahaja mendengar kata-kata dari mulut yang susah sungguh nak dengar bicaranya itu.
“Ammrrr… awat diam.”
“Seronok dengaq awak cakap pasai kawan-kawan kita. Berapa bulan saya nak dengaq suara awak pun payah. Lain kali kita jumpa kawan-kawan kita lagi tau.”
“Nanti kita pi rumah Julia.”
“Ermmm okay tuan puteriku sayang.”
Terus diam dia. Amr geleng kepala.
———> ORANGE BORAHAE
* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH. MAAF ATAS KELEWATAN.
BORAHAE…
Share this novel