Terdiam sebentar dia melihat wajah seseorang yang dipanggil angah itu tadi. Senyuman yang dari tadi entah apa rupanya terus kendur. Hilang manisnya. Matanya menyapa wajah yang dia kenali itu.
“Ummi.. macam mana kawan angah boleh ada sini. Apa kaitan dia dengan ummi.”
“Dia tak dak kena mengena dengan ummi, tapi dia ada kena mengena dengan along. Dia madu along.”
Sebelum suara si angah menjadi petir Puan Maria segerakan menjawab soalan yang kali keberapa entah dari anaknya itu. Amrah terdiam dari tadi. Dia memandang sekali lagi ke arah Amrah. Membutuhkan jawapan. Amrah kelu sebentar dengan hubungan aneh ini.
“Amrah, aku tanya hang ni macam mana hang ada sini?”
“Aku bawak Aisy mai sini Faizal, hang pulak macam mana?”
Amrah tidak tahu mahu bertanyakan soalan apa dengan Faizal.
“Ni rumah ummi dengan ayah aku. Ummi, tolong bagi angah cakap dengan Amrah sat. Jom Amrah kita sembang dekat luaq.”
Puan Maria sememangnya agak takut dengan anak keduanya itulah. Masih terkejut dengan hubungan kawan yang diperkatakan itu, Puan Maria tidak banyak songeh. Tuan Husin hanya menjadi penonton dari tadi. Dia lebih berminat dengan cucunya itu. Aisy pula sibuk bermain mainan hingga dia tidak menyedari apa-apa.
“Macam mana aku boleh tak tau hang ni madu kakak aku Amrah, dan macam mana hang boleh mai sini?”
“Masa Kak Aisyah meninggal aku tak jumpa sorang pun ahli keluarga dia. Masa dia sakit sapa pun tak mai jengok dia Faizal. Hang nak suruh aku cakap dari mana ni sebenaqnya.”
Terkenangkan detik Aisyah bertarung nyawa dan memegang tangannya seperti dia tahu dia tiada sesiapa lagi yang pedulikan dirinya. Lebih risaukan anaknya pada saat itu.
“Aku nak tau dari mana-mana pun tak pa. Hang cerita bagi aku hadam benda ni. Masa Abang Long meninggal, along meninggal awat aku tak nampak hang langsung.”
“Hang pertikai soal apa sebenaqnya Faizal. Soal aku tak dak masa depa meninggal atau macam mana ni. Aku nak tau pasai apa masa dia bertarung nyawa nak lahirkan anak dia sorang dari hampa tak mai pun.”
Dia sebenarnya lebih kecewa memikirkan apabila seorang anak yang sarat mengandung dibiarkan oleh ahli keluarganya sendiri. Lebih menyedihkan lagi dia punya dua adik dan ibu bapa yang masih hidup.
“Ummi kecewa masa dapat tau along kawin dengan suami orang. Masa abang long meninggal pun kami hanya pi takat kuboq ja baru bebrapa bulan ja tau yang Abang Long ada isteri dah. Masa arwah abang meninggai aku tak nampak hang pun.”
“Mana boleh pi kuboq, kan dalam edah. Tapi pasai apa masa Kak Aisyah nak bersalin sapa sorang pun tak mai. Dia pegang aku macam aku satu-satunya yang aku ada.”
“Macam mana along kawin dengan Abang Long hang tak buat apa-apa ka?”
“Aku tau masa hari abang meninggal. Masa tau tu aku tak dapat buat apa dah. Aku tau ada hikmah untuk yang jadi. Lagipun depa saling cinta.”
“Cinta pun…boleh macam tu ka hang terima.”
“Hang tau dak kalau tak kerana aku, depa mesti dah kawin. Sebab dia kesian dengan aku dia tinggalkan Kak Aisyah. Hang tau dak macam mana depa dah cuba nak bagi aku bahagia.”
“Hang bahagia?”
“Bahagia tu macam mana kita ambik benda tu Faizal.“
“Aku rasa bersalah lepas dapat tau kakak aku kawin dengan dengan laki orang.”
“Hang tak heran ka dia mai cari aku lepas hampa buang dia, hang pernah tertanya dak.”
“Susah aku nak hadam Amrah benda ni.”
“Takpa lah Faizal, sapa aku nak menegakkan benda ni. Cuma aku nak tau pasai apa hampa biaq dia sampai hari nak salin pun takdak sapa mai.”
Dia benci memikirkan tiada sesiapa datang menyambut Aisy yang lahir kedunia. Namun disaat dia bertanyakan kepada jururawat ada orang azan atau belum jururawat beritahu ada ahli keluarga yang datang.
Keluhan berat keluar dari bibir Faizal.
—————————————
“Ummi, along dengan Abang Long bukan kawin lari ka apa jangan la hukum along sampai macam tu, Abang Long baru ja meninggal dia tak dak orang lain selain kita tau ummi.”
Mencerlung Puan Maria memandang Rizal saat dia mendengar bait kata itu. Memperlekehkan rasa marah dia.
“Aku kalau kata aku tak suka perbuatan tu tetaplah aku tak suka. Hang tak kawin lagi mana hang tau rasa dia dikhianati. Ni anak aku sendiri buat macam tu.”
“Angah, hang pun pikiaq macam ummi ka?”
“Aku tak mau nak komen apa. Ikut ja cakap ummi. Lepas ni aku dengaq sapa-sapa sebut nama depa aku bubuh penampaq ja. Ummi pun kalau dah tak mau ambik tau jangan sebut langsung. Biaq nanti berita kata dia dah mati ja baru ummi pi jengok.”
Marah bukan sebab kakaknya itu berkahwin dengan suami orang namun dia marah kerana umminya tidak mahu mendengar langsung. Ummi tidak berani sebut langsung nama Aisyah dalam rumah sampai saat dia terima berita kematian Aisyah.
“Puas kan ummi terima berita macam ni. Sekarang ummi jangan sebut dah macam yang ummi nak tu. Angah dah kata suruh dia terangkan sebab dia buat semua tu. Dia saksi kesakitan yang ummi rasa tu. Bukan ummi tak tau.”
Tuan Husin hanya jadi pemerhati sahaja, semuanya berpunca dari dirinya yang tidak setia dahulu. Hinggakan isterinya jadi seperti itu. Anak-anaknya tidak pernah menyalahkan dirinya, namun hatinya sendiri tahu sememangnya sakit yang tidak tertanggung yang dia akan bawa hingga akhir hayatnya.
“Ummi salah ka angah? Ummi bukan nak hukum dia tapi ummi tak boleh terima bila dengaq macam tu.”
Rizal diam Faizal juga tidak mahu berhujah lagi, sudah arwah kakak mereka.
————————-
“Aku mintak maaf Amrah, aku tak dak alasan semua yang jadi ni bukan kehendak kita.”
“Bukan dari aku yang perlu hang mintak maaf Faizal, aku bukan sapa-sapa. Aku teman dia sebab dia anggap aku adik dia. Hang bayangkan dia tak buat aku rasa benci pun dengan dia. Tapi hampa abaikan dia masa dia paling perlukan. Aku anak yatim tau tapi dia sambut aku masa satunya insan yang ada dalam hidup aku hilang terus.”
“Aku tak tau nak cakap apa Amrah, hang sudi bawak anak along mai sini aku berterima kasih sangat-sangat.”
“Aku bawak sebab hampa lebih berhak atas dia, tapi kalau perpisahan aku dan dia yang hampa nak aku memang tak boleh bagi Faizal. Aku ada dia ja dalam hidup ni. Ibu bapa mertua aku dah pi luaq negara. Tolong jangan ambik dia dari aku.”
Faizal memandang Amrah pelik, sampai menangis dia. Siapa yang nak ambil Aisy dari dia.
“Sapa nak ambik dia dari hang ni, aku cakap hang sudi bawak mai tu baguih la. Dah jom la masuk.”
Faizal bukan tidak faham tapi dia faham sangat umminya. Wajah Aisy sangat iras dengan Aisyah, iras wajah dia juga. Klau ikutkan banyak lagi yang dia nak tanya. Dia harus bersabar.
“Ya baik.”
Puan Maria dari tadi tidak tenang melihat dari jauh sahaja Amrah dan Faizal bersembang, wajah keduanya tegang.
“Aisy, jom kita balik sayang. Mak nak kena pi beli barang dulu sat lagi.”
“Aisy tak mau tidoq sini ka sayang.”
Puan M aria mengumpan Aisy lagi sekali. Macam mana pun dia tetap akan ambil Aisy duduk dengan dia.
“Tok Ayah, Aisy nak balik dah. Jom Tok Ayah.”
“Alooo nak balik dah ka. Nanti mai lagi Amrah. Maaf atas segala kekurangan. Amrah pandai jaga Aisy.”
Tidak banyak bercakap namun dia tahu Tuan Husin pasti baik orangnya. Aisy seolah tidak menyukai Puan Maria.
“Tak pa uncle lain kali Amrah bawak Aisy mai lagi sini okay. Aisy salam Tok Ayah dengan Nani dan pak ngah sekali.”
Wajah Aisy direnung lagi, hatinya sangat rindukan Aisyah. Faizal kalah dengan mata itu.
“Meh sini pak ngah dukung sat nak tengok besaq mana dah dia.”
Air mata jantannya keluar saat dia memeluk Aisy dan Aisy membalas semula.
“Balik baik-baik tau Aisy, Amrah. Nanti aku telefon hang.”
“Saya balik dulu auntie, uncle.”
Macam tadi dinginnya Puan Maria dapat dirasakan hingga dia nak pulang. Faizal menyatakan hasrat mahu menghantar namun ditolak dengan baik oleh Amrah.
“Ummi, tak kira apa pun permikiran ummi sekarang jangan pernah terpikiaq pun nak buat. Batalkan niat tu segera.”
“Apa angah cakap ni, ummi tak niat apa pun. Abang tengok anak abang ni.”
“Maria, betoi kata angah tu. Aisy elok ja duduk dengan Amrah. Jangan nak pisahkan depa dua beranak.”
Diam Puan Maria. Tidak puas hati namun dia memilih untuk diam dahulu.
“Ayah, seronok ka dapat main dengan cucu.”
“Seronok la angah, bijak sungguh dia. Muka dia macam along sangat-sangat.”
Airmata tergenang di tubir matanya. Kerana kesilapan dia dahulu anaknya menjadi mangsa. Cucunya juga menjadi mangsa.
“Ayah…jangan pikiaq benda yang dah lepas. Ada hikmah apa yang jadi.”
Faizal tidak tahu rasa hati ayahnya itu. Namun dia tahu saat dia tidak bersuara bukan kerana dia tidak mahu namun dia tidak boleh.
————————————
“Assalammualaikum, Amrah… Amrah. Buka pintu ni akak nak cakap dengan Amrah sat.”
Aisyah sudah bebrapa kali mahu datang kerumah Amrah namun kakinya tidak terlangkah.
“Eh akak awat dengan perut sarat macam ni mai sini. Awat tak habaq dekat Amrah boleh Amrah pi dekat akak.”
Aisyah memeluk Amrah.
“Sedangkan keluarga akak pun tak terima akak, macam mana Amrah boleh terima macam ni ja.”
“Abang kan sayang dekat akak. Mesti la Amrah pun sayang dekat akak jugak. Mai masuk kak. Beg akak mana.”
“Macam mana Amrah tau…”
“Mai masuk kak, Amrah masak untuk akak ok.”
Wanita sebaik itu diuji diusia mudanya. Namun dimana dia peroleh kekuatan dan rasa itu. Andai dapat ditembusi hati itu. Selesai makan Amrah meminta diri untuk mandi dan solat. Aisyah berniat untuk berehat sebentar.
“Ya Allah, peliharakanlah rasa didalam hati ini supaya mencintai hanya Kau ya Allah. Tabahkan hati ni dengan secebis ketabahan dari Siti Hajar, kurniakan kesabaran dari secebis kesabaran dari Asiyah. Ampunkan kekhilafan aku Ya Allah, damaikan hati yang walang dan berikan secebis senyuman, kurniakan kesihatan kepada isteri kepada arwah suami ku Aisyah dan anak dalam kandungannya Ya Allah, demi MU aku sayang akannya. Permudahkan hisab suami kami dan ibu bapaku Ya Allah.”
Airmata Aisyah keluar lagi. Dia sudi doakan aku Ya Allah. Berikan dia bahagia, berikan dia bahagia Ya Allah.
“Eh kak, pasai apa akak menangis ni. Jangan la sedih nanti baby ni lahir asyik nangis ja.”
“Akak mintak maaf lukakan hati Amrah, maaf sangat-sangat.”
“Jangan macam tu kak, Amrah tak tau abang cintakan akak sangat-sangat. Kalau tau dari awai Amrah undur diri. Abang tak pernah sentuh Amrah sebab dia sayangkan akak tau. Jangan risau Amrah halalkan semua kekurangan abang.”
Tangisan Aisyah masih lagi kedengaran.
“Terima kasih sudi mai rumah Amrah ni waktu akak perlukan seseorang. Kalau dak sunyi Amrah tak dak sapa-sapa.”
“Baik sangat Amrah ni. Sian adik akak ni kena hadap macam-macam usia muda macam ni.”
“Dah kak jom bangun. Tak mau sedih-sedih dah. Esok kita keluaq beli barang baby ok.”
—————————
“Puan, puan. Dah sampai dah ni.”
“Maaf pak cik saya tak perasan. Aisy sayang bangun kita dah sampai ni.”
Dalam sungguh termenung wanita itu. Lama juga pak cik tadi diam menunggu dia. Barulah dia panggil.
“Saya angkat dia ja la pak cik. Terima kasih pak cik.”
Amrah turun mahu dukung Aisy namun Aisy sendiri bangun pulak. Tergeleng kepala Amrah melihat tingkah laku anaknya itu. Melelong jalan masuk kedalam rumah.
Siapa kita menilai kelakuan setiap orang. Pertama kita perlu cermin tingkah kita terlebih dahulu. Terlajak perahu masih boleh diundur lagi.. terlajak kata hilang percaya…
Share this novel