DAMAI 8 - UNGU

Romance Series 20333

Amrah sudah siap menyusun semua makanan yang sampai malam tadi, mana yang kurang sudah ditambah. Makanan seperti mi segera sangat perlu dipesan awal setiap kali. Sangat tinggi terutama yang jenis ramen pedas.

“Amrah, nak dak sat lagi masa tak ramai pelangan kita makan ramen pedas tu.”

Amrah dah bersinar mata mendengar ramen pedas. Lama juga dia tak makan. Amr tahu dia suka makan ramen pedas. Semua gara-gara kumpulan yang Amrah minat tu.

“Boleh juga, tapi janji sambil dengaq lagu BTS. Kalau dak makan tak habis. Ada reward dak sapa menang.”

“Sapa menang dapat hadiah dari yang kalah.”

“Yeahhhh… okay sat lagi la. Ni dah mula waktu kemuncak dah ni, jom la kita.”

“Amrah, sat lagi awak keluaq break dulu. Saya pi yang kemudian.”

“Kalau keluaq sama-sama tak boleh la kan?”

Sempat pulak Amrah mengusik jiwa Amr.

“Kalau nak keluaq sama kena time habis keja sat lagi.”

Amrah merenung anak mata Amr.

“Errr… betoi gak kan kita balik time sama sat lagi.”

Gulp! Hampir nak tertelan lidah Amrah. Tak logik kan.

“Amr, menjawab hal tadi, ok sat lagi saya keluaq dulu. Awak esok keluaq dulu.”

Amr senyum. Baru dia teringat Amrah sudah tidak memanggilnya Encik Pengurus. Idea mahu bertanya lanjut diteruskan.

“Amrah, kenapa awak panggil saya Encik Pengurus sebelum ni.”

“Lagi dok tanya ka Amr, sebab saya cuma nak panggil awak sorang ja Amr. Mana nak tauhu yang Amr ni pun Amr saya juga.”

“Amr awak?”

“Yala, saya terpikir juga ada kan nama Amr sama macam Amr saya kenal dulu.”

“Yala saya faham. Saja seronok dengaq awak sebut Amr saya tu.”

“Amr, saya kan masa awak tak dak selalu ingat sangat kat awak. Selalu pikiaq kalau la Amr mai masa macam aku dalam masalah selalu tu. Tapi tak jadi macam tu. Saya sampai pikiaq mungkin awak langsung dah tak ingat saya.”

“Ha…kan, saya pun pikiaq benda sama la tu. Tu saya kata macam tu kelmarin. Tapi awak merajuk.”

‘Ding dong’. Bunyi ada pelanggan masuk membejat ayat dari mulut Amrah. Sempat Amr bisik pada dia. Sambil kenyit mata. Amrah dah memakai semula pelitup muka. Begitu juga dengan Amr.

“Nanti kita sembang lagi.”

“Semua rm13.70 puan.”

“Puan, ada apa-apa lagi yang puan nak tambah?”

Wanita dihadapannya ralit memandang Amrah, hinggakan Amrah memanggilnya untuk kali kedua. Namun dia seperti berada dalam dunia lain.

“Errr… apa adik cakap tadi?”

“Rm13.70 puan.”

Wanita tersebut menyerahkan kad untuk membayar. Dia kelam kabut ambil minuman dan sandwich untuk segera pergi. Ada dua lagi pelanggan dibelakang wanita tersebut.

“Awat tu Amrah?”

“Tak tau nak kata. Macam hilang tumpuan saya tengok dia tadi.”

Sejam berlalu dan pelanggan masih tidak berhenti. Amrah menyuruh Amr segera pergi solat dan makan.

“Amrah, awak pergi pulak. Sekejap lagi kita setelkan bilik belakang tu senang nak solat.”

Terfikir juga dia, macam mana mereka bersabar selama ini. Dia yang baru datang beberapa hari pun dah serabut dah keluar masuk.

Hampir jam 3 petang baru pelanggan sudah sangat sedikit. Amr mengeluarkan barang yang dia beli untuk bilik solat mereka. Mereka selesai mengeluarkan semua barang dari bilik belakang. Hampir kesemuanya Amr mahu buang. Meja terlalu besar sehingga memakan ruang. Kerusi pula koyak rabak memang sudah tidak boleh diguna pakai.

“Ha Ah seng, sudah sampai ka, bawak masuk semua barang. Nanti u kasi angkat sekali barang luar buang.”

Amrah cuma memandang Amr berbual dengan seseorang. Amr keluar membuka pintu untuk lelaki yang dipanggil Ah Seng tadi.

“La… sofa bed dengan almari siap.”

Amrah bicara seorang diri. Terpegun dengan kesungguhan Amr. Selesai Ah Seng dan pekerjanya mengangkat semua barang Amr memberikan dua botol air minuman kepada mereka.

“Terima kasih ah Amr, lebih kulang mintak halal.”

“Pandai a u Ah Seng.”

Mereka ketawa berdekah. Kenal sangat agaknya Amr dengan Ah Seng tu.

“Amrah, mai sini. Jom susun cepat. Sat lagi asaq kita dah boleh solat sini.”

“Wah… kenai lama dah ka dengan tauke tu tadi Amr. Bukan main awak kan.”

“Kenai semalam masa beli barang.”

“Bukan main ramah awak kan. Masih sama macam dulu.”

Sambil menyusun almari dan sofa bed, ambik membentangkan karpet. Kemudian dia memasang langsir bagi memisahkan ruang antara tempat solat dan ruang sebelah lagi. Meja pula Amr beli yang lebih kecil. Almari dan locker juga saiz yang lebih kecil. Mudah untuk diletakkan.

“Nah Amrah, ni untuk awak. Lagi satu nanti saya serah pada Durrah sendiri.”

“Warna ungu… dia masih ingat.”

Perlahan suara Amrah namun dapat didengari oleh Amr.

“Ya…warna ungu sebab awak suka BTS kan.”

“Terima kasih Amr. Tapi ni kena basuh dulu baru boleh pakai.”

“Saya dah basuh. Suruh Ratu basuh.”

“Ratu? Ummi awak ka?”

Amr cuma ketawa. Amrah memegang lama teleking yang diberikan oleh Amr. Lama dah dia tidak terima telekung dari lelaki. Kali terakhir semasa menerima hantaran dari Abang Luqman.

“Terima kasih Amr, tapikan awak kena sedia telinga la sat lagi. Durrah paling benci warna pink.”

“Pulak, kalau saya tahu saya beli hijau ka kuning ka.”

“Sat lagi Shah mai awai kan?”

Amr sempat berjumpa dengan Shah cuma sekejap sahaja kerana dia pekerja separuh masa. Masih belajar lagi

“Ya dia mai awai. Hari ni dia ada kelas sampai pukul 2 ja. Tu jadual dia.”

“Meja tu nanti bagi Shah guna buat assignment dia. Memang saya beli sesuai untuk sorang ja pakai. Besaq-besaq macam sebelum ni nak buat apa.”

“Tempat pengurus yang tu untuk tengok cctv.”

“Muat lagi yang tu pun. Bukan besaq pun komputer tu.”

Patut lah pak cik dia menyuruh dia kerja dekat sini. Macam mana la pengurus sebelum ni buat kerja.

“Ya la Amr.”

“Saya nak susun sikit lagi ni.”

“Saya nak pi susun barang untuk Shah siap-siap. Awak sambung la ya.”

Amrah sebenarnya tak berapa selesa berlama dibilik belakang tu dengan Amr. Terasa terkurung. Masih segan lagi sebenarnya.

“Amrah…”

Lembut Amr memanggil. Amrah berpaling.

“Iya, Amr.”

“Jangan lupa janji kita kejap lagi nak makan ramen.”

“Tak mungkin lupa la kalau yang itu.”

“Pukul 7 kejap lagi.”

“Baik Encik Pengurus.”

“Aikkkk”

Sengaja Amrah mengusik Amr. Dia berlalu sambil tersenyum. Bahagiakah dia?

“Amrah, dah siap susun dah ka. Barang yang nak luput nanti bagi saya ya. Kalau ada yang mana Amrah nak ambik dulu.”

“Amr nak buat apa?”

“Nak bagi kawan saya. Depa study sampai tak ingat dunia sampai tak dan makan.”

“Simpan yang Shah suka sekali. Malam selalu dia lapaq.”

“Amboi asyik ingat dekat dia ja dari tadi. Yang mana Shah suka awak simpan la.”

“Kami sama-sama yatim piatu Amr, mesti la tahu apa yang dia rasa. Kalau tak peduli nanti dia rasa tak dak orang peduli dengan dia.”

“Ya saya tau, saja saya usik tadi. Saya mungkin tak begitu memahami Amrah. Tapi saya peduli. Jangan pernah nak pikiaq saya tak peduli. Saya akan selalu ada untuk awak.”

“Hmmm yala, saya harap awak tak hilang dah.”

“In shaa Allah selagi awak izinkan saya.”

Amrah cuma senyum memandang Amr.

“Assalammualaikum kakakku yang cantik manis dan bulat macam kue pau.”

“Waalaikumsalam adikku yang hitam macam tiang elektrik.”

Shahril dah sampai. Mood baik hari ni boleh dia panggil Amrah kue pau.

“Sampainya hatimu kakak memanggil daku tiang elektrik.”

“Ha la kurus sangat la kamu ni Shah. Nah ni untuk makan kejap lagi. Pukul 7 sat lagi hang tolong jaga kaunter. Akak dengan abang pengurus ada championship.”

Bukan main tak mau kalah nama pertandingan makan ramen dia.

“Jangan cakap hampa nak makan ramen sat lagi.”

“Yesssss.”

“Abang, bahaya tau lawan dengan kak Amrah. Shah banyak kali kalah dengan dia.”

“Dengan abang tak kan ada peluang.”

“Menu rahsia dia akan buat abang kalah. Tengok la tak percaya.”

Menu rahsia? Arghh tak mungkin la ada menu rahsia bagai. Shah paling selalu jumpa dengan semua oekerja sebab dia pekerja separuh masa. Jadinya banyak masa berlainan waktu dia bekerja.

“Silap besaq la abang nak lawan dia. Lama mana dah dia dok buat ramen dia tu.”

“Sengaja hang kan mengusik abang Amr tu, dah pi tengok meja hang kat belakang tu. Malam ni nak buat assignment buat kat situ. Kalau nak lelap sat lelap dekat sofa bed tu.”

“Kak. Baiknya pengurus baru ni. Hat lama tu Shah dan keja dengan dia sebulan ja. Nyaris dah nak berhenti. Mujuq tak berhenti. Memahami sungguh hat ni”.

“Pi cakap terima kasih dekat dia.”

“Abang, i lap u. Terima kasih.”

Periang sungguh la budak sorang ni. Betul ka dia yatim piatu.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Agaknya sapa yang menang ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience