Amr dari tadi hanya memerhati sahaja Amrah melakukan kerjanya. Langsung tak bertegur sapa. Dengan orang lain semua dia bukan main lagi senyum ketawa. Dengan Amr pandnag pun belum lagi.
“Awat Encik Pengurus pandang saya macam tu dari tadi, tak puas hati tang mana tu?”
Dia panggil Amr Encik Pengrus pulak dah. Sengaja perangai tu kan.
“Amrah, awak ok tak ni. Tak tegoq saya langsung hari ni.”
“Laaaa pasai tu ka muka macam kena sengat tebuan ni. Syah? Abang kamu ni dari tadi macam ni ka?”
Amrah menahan senyum. Dia sengaja mahu mengusik lelaki disebelahnya itu. Syah yang dari tadi memerhati juga ikut menahan senyum. Kalau suka cakap ja la suka. Rindu cakap rindu. Tapi sikap Amr yang suka menunggu, suka berkias, suka memehami yang sampai tidak-tidak itu membuatkan dia terseksa sendirian.
“Kak, jangan lupa janji kita tau kak. Dari tadi lagu tu la dia. Entah apa yang dia pikiaq pun tak tau. Takut nak selam, takut lemas.”
Amrah memahami niat Syah juga mahu turut mengusik Amr. Tangan Amr terhenti dari menyusun barang disebelah Amrah. Mana Syah tak perasan dari tadi dia menyusun barang semua yang sudah disusun Amrah. Amrah susun dia susun balik dikedudukan yang sama.
“Okay Syah, esok tau.”
Amr sekali lagi terasa tergugat apabila dia tidak mengerti perbualan Syah dan Amrah. Padahal sebut tentang sahabat dia yang mahu datang tu la. Tapi disebabkan hati dia dan fikiran dia entah kemana-mana dia jadi tak tenang.
“Abang Amr, habaq ja terus terang. Jangan diam lagu tu. Kak Amrah saja usik abang tu.”
“Usik? Usik apa?”
Dia tak faham Syah oiii. Apa punya slow la.
“Abang, semua orang tahu abang sukakan kak Amrah. Jangan la dok bertangguh lagi. Kak Amrah tu perempuan tau takkan nak tunggu dia cakap baru abang nak cakap.”
Amr menggaru keningnya. Merasa terpukul dengan kata-kata Syah. Amrah mengemas bilik stor pula.
“Abang, go now. Nak tunggu bila tahun lagi. Masa ni abang nak tanya soalan apa pun boleh. Gogo.”
Syah serabut betul dengan Amr yang sangat lambat bertindak. Kalau dia jadi Amrah dah lama dia lempang ja Amr ni biar faham.
“Amrah, awak marah saya?”
Marah? Serius la Abang Amr tanya pasai marah? Tahap apa punya lembab ni abangku.
“Awak ada buat salah dengan saya?”
Masuk perangkap sendiri. Padan muka. Syah macam nak tarik rambut Amr. Dia kesiankan Amrah.
“Salah.. ada ka kan?”
Dia jadi tidak keruan memikirkan ada atau tidak salah dengan Amrah. Rasa macam takdak.
“Amr, saya cintakan awak.”
Bam. Syah hampir jatuh. Akhirnya yang buka kata hati adalah Amrah. Amr yang terkejut. Sabar ja la. Apa punya teruk la abang Amr ni. Hampir tergolek Syah mahu ketawa.
“Amr tau Amrah marahkan Amr kan... Sat-sat apa awak cakap tadi Amrah boleh ulang dak?”
Dia tak salah dengaq kan. Bukan mainan kan ni. Amrah kata dia cintakan aku kan? Masih tidak percaya dengan kata-kata yang dia dengar tadi.
“Saya cintakan awak sepenuh hati saya sepadat jiwa saya. Saya nak awak terima saya dari semua sisi buruk dan baik.”
Amrah berani menentang mata Amr saat malafazkan kata azimat itu. Seolah dia cakap Amr saya nak makan. Dengan mudah sahaja. Syah sekali lagi menahan hati. Mahu ketawa sampai esok sahaja rasanya. Awat la hanya dia yang menjadi saksi saat ini.
“Kalau awak sudi awak boleh ambil saya jadi isteri awak. Kalau tak sudi…”
“Sudi, Amr sejuta kali sudi. Sudi sangat-sangat.”
Ha tahu pun takut belum sempat Amrah melanjutkan kata dia dah takut. Syah terkejut lagi. Hahahha gila. Mana ada sampai macam ni perempuan kena buat untuk buat lelaki faham. Teruk sungguh hang ni bang.
“Amrah mintak maaf sebab buat Amr tunggu lama macam ni. Maaf sebab Amrah menyeksa jiwa Amr terlalu lama.”
Amrah tahu Amr terseksa. Amrah tahu Amr menunggunya lama. Amrah juga tahu dia patut mengambil langkah awal demi Amr. Dia tak mahu kehilangan Amr lagi. Seseorang yang dia boleh bergantung harap tak kira dalam apa jua situasi. Dia tak pernah malu pertahankan Amr.
“Amr tak pernah rasa macam tu. Amr tulus sayangkan Amrah. Amr sanggup tunggu Amrah lama mana sekalipun. Biaq masa berlalu, biar tua bertamu.”
“Dah dah tak payah nak drama dah. Geli dah Syah dengaq. Abang punya tahap lembab tu memang tak leh bawak bincang. Sampai tara tu kak Amrah kena habaq baru nak faham.”
“Hang tau apa Syah, abang ni dari sekolah lagi tunggu dia. Tup-tup dia kawin. Pindah pulak tu. Langsung tak berhubung. Ni abang dapat jumpa dia kat sini hang tau kalau dia ada depan mata saja pun abang dah happy gila.”
Terlupa dengan kehadiran Syah disitu. Amrah baru tersedar dia bukan berdua dengan Amr. Ahh lantak la yang penting dia buat demi Amr. Malu sekejap dengan anak muda itu. Namun berbeza dengan Amr dia mahu menjawab.
“Alolo siannya dengaq. Syah melawak ja la. Seronok tau tengok kak Amrah senyum lebaq macam ni. Selalu senyum sampai pipi ja senyum hari ni sampai medula oblongata dah Syah tengok.”
“Hang tak boleh jawab biologi siap hang. Main nama otak pulak dia.”
“Amrah betoi kan awak ajak saya kawin.”
“Tak mau takpa tau. Biaq dua-dua bujang sampai tua.”
“Mau-mau. Ish saja nak ugut lagu tu tau.”
“Syah kata sudah tadi kan. Dok main cinta pulak depan ni.”
Bunyi pelanggan masuk membejatkan Syah yang masih nak menyibuk hal kedua-dua mereka. Syah datang semula kebilik belakang. Amrah masih mengemas.
“Akak, ada orang nak jumpa.”
Amrah keluar dengan senyuman. Sudah lama dia tidak senyum selebar itu.
“Amrah, Allahuakbar lamanya mama tak jumpa Amrah. Rindunya mama dekat kamu sayang.”
Amrah kejung tidak terkutik. Hilang senyuman lebar tadi. Baru hari ni mereka kembali? Setelah dia baru sahaja mahu mengukir bahagia dihati? Untuk apa kembali? Untung mengingatkan dia tentang arwah? Dia tuntas menggelengkan kepala dengan segala tanda tanya yang tidak baik.
“Mama, lama tak jumpa mama. Mama sihat ka? Papa sihat?”
Amrah salam dengan kedua mama dan papa mertuanya. Hatinya tidak tenang. Risau bertimpa. Wajah Amr dicari mahu melihat reaksi lelaki itu. Namun Amr membelakanginya.
“Papa sihat Alhamdulillah.”
“Mama sihat sayang. Amrah masih belum kawin kan sayang. Masih setia dengan Lukhman kan sayang?”
Terburu-buru Puan Zurida bertanya. Padahal baru sahaja mereka berjumpa. Terus bertanya soal kawin lagi.
“Memang belum kawin, tapi mama..”
“Alhamdulillah… abang kan Zu dah kata Amrah mesti setia dengan Lukhman.”
“Zu, jangan la dikawal lagi dia. Kita dah lama menyebpi tiba-tiba awak mai sini cakap lagu tu dengan dia.”
“La… Zu tak buat apa pun abang. Zu tanya ja.”
Bukan dia tidak tahu niat isterinya. Puas sudah dia pujuk namun gagal. Isterinya sangat degil.
“Mama dengan papa bila balik Malaysia? Lama Amrah tak dengaq habaq berita.”
Lepas sahaja kematian arwah Abang Lukhman, mereka terus berpindah ke luar negara. Langsung tidak pedulikan dirinya dan kak Aisyah yang sedang mengandungkan cucu mereka. Masing-masing menolak perkahwinan yang telah terjadi. Hanya Amrah yang menerima Aisyah disaat dia berada dalam keadaan paling teruk.
“Balik dah 3 bulan dah sini. Mama cuba cari Amrah tapi tak dapat. Ni baru dapat jumpa ni. Lama dah ka kerja sini?”
“Kalau kita berhubung mesti dapat cari Amrah kan mama. Lama dah.”
Suara Amrah kedengaran sayu. Dulu dia ingat dapat menumpang kasih dengan keluarga ini. Namun dia seolah beban bagi mereka. Disaat dia disuruh kawin dengan Lukhman, dia menerima dengan senyum. Namun disaat dia sekali lagi beradi dititik sama mereka tinggalkan dia.
“Mama mintak maaf sayang. Mama tak dapat nak terima hakikat yang Lukhman meninggal dunia. Isteri dia lagi satu mana?”
Masih keras nada itu. Untuk apa dia terluka sedangkan yang menanggung sakit diduakan adalah dirinya yang sudah lama menerima hakikat tersebut.
“Dia dah meninggal masa lahirkan anak.”
Papa hanya menjadi pemerhati sahaja dari tadi. Seolah tidak bersetuju dengan tingkah laku isterinya. Dia tahu niat isterinya itu.
“Anak tu macam mana? Mati jugak ka?”
Amrah hampir sahaja hilang satu titik kesabaran. Disaat anak itu disebut atau dipertikai, dia memang susah mahu bersabar. Mati jugak?
“Anak tu sihat mama, Amrah yang jaga dia sekarang. Bijak macam arwah ibu dengan ayah dia. Mama dengan papa nak jumpa dia? Dia ja Amrah ada la ni.”
Amr yang dari tadi mendengar ikut sedih dengan layanan yang diterima Amrah oleh mereka. Bukan tidak mesra. Namun seolah mengawal segalanya. Mereka tidak mahu tahu pun mengenai dirinya.
“Papa nak jumpa dia. Amrah duduk mana sekarang?”
Belum sempat Amrah menjawab, Puan Zurida memintas. Tidak mahu lanjut bercakap soal Aisy. Sakit sungguh dada Amrah.
“Hurmm biaq pi la kat dia. Mama nak habaq ni. Amrah sedia la na, mama nak bawak rombongan meminang Amrah.”
“Apa mama cakap ni mama. Kawin dengan sapa?”
Wajah Amrah langsung hilang seri. Hatinya masih mahu dicarik lagi? Kenapa mereka mahu mengatur hidupnya? Bukan dulu mereka buang dia disaat dia perlukan keluarga?
Adakah kali ini Amrah akan berkeras? Atau diam menerima?
Share this novel