DAMAI 6 - AISY

Romance Series 20333

Aisy seronok bercerita tentang sekolah dan kawan-kawan taska dia. Sambil makan, sambil ketawa. Seronok Amrah melihat gelagat Aisy. Hanya dengan bawak makan kfc dia dah begini gembira.

“Aisy, mak nak tanya sikit boleh dak?”

“Erm tanya apa mak.”

“Aisy seronok dak dengan mak?”

“Seronok sangat. Mak sayang Aisy. Mak tok pun sayang Aisy. Mak tak seronok ka dengan Aisy?”

Dia tanya balik soalan tu dekat Amrah. Amrah senyum sebelum menjawab.

“Seronok sangat-sangat. Aisy harta mak paling berharga.”

“Mak, sat lagi kita nak pi mana lagi. Tengok wayang lepas tu Aisy nak jumpa Aunty Duyah. Mak belanja Aisy ais krim boleh dak sat lagi.”

“Durrah la sayang. Mana mai la jadi Duyah pulak. Nanti mak telefon aunty dulu. Boleh awat pulak tak boleh.”

“Ok mak.”

Aisy segera menghabiskan makanannya. Dia tidak sabar mahu menonton wayang dan berjumpa dengan mak ciknya.

“Sayang… makan slow-slow la. Awat kalut sangat ni.”

“Mak, wayang gambaq apa?”

“Minions… Aisy suka Minions kan?”

“Suka la mak.”

Selesai makan dan menonton wayang mereka ke kedai buku. Amrah membeli beberapa buah buku buat dirinya dan Aisy. Tidak lupa untuk Mak Cik Esah buku agama.

—————————-

“Aikkkk… sapa datang tu. Mai sini dekat kakak mai. Lamanya tak jumpa dia. Awat kakak nampak Aisy dah besar ni.”

Aisy berlari kearah aunty kesayangan dia tu. Terlupa habis pada mak dia dekat belakang.

“Kalau hang takat nak cakap utara campoq kl hang tu baik tak yah la Durrah oiii. Serabut aku dengaq.”

Terlupa kepada mata ketiga yang memerhati mereka dari tadi. Pada hemat Amr itu pasti anak Amrah. Besar dah anak dia.

“Amr, mai la sini tengok anak Amrah. Amr belum pernah jumpa kan.”

Durrah pun baru teringat nak kenalkan dengan Amr.

“Hai… awak nama sapa?”

“Ermmm… mak?”

Amr melutut untuk benarkan Aisy melihatnya dengan paras yang sama. Namun Aisy berundur kebelakang. Sukar menerima kehadiran orang yang memakai pelitup muka
Dia tidak percaya.

“La…awat cari mak pulak… uncle tanya nama apa tu kan. Jawab la sayang.”

“Mak la habaq, Aisy takut.”

“La.. takut apa. Amr, bukak mask tu baru dia ok sikit.”

Amr segera membuka pelitup muka. Siapa lagi yang nak terkejut selain Amrah. Insan yang dia rindu dan insan yang pernah menjadi sahabat baiknya dulu.

“Amr… Amr…”

“Kau dah pasai apa Amrah.. dok Amr Amr.. macam tertelan kapur ja aku dengar.”

Berterabur bahasa si Durrah. Campur-campur kl dengn utara.

“Errr tak dak apa. Aku terlupa nak kata apa. Aku p belakang sat Durrah. Lupa ambik barang.”

Amrah tidak tahu bagaimana untuk menghadapi Amr. Itu memang Amr dia. Amr yang dulu selalu dengan dia. Tapi kenapa Amr tidak pernah beritahu kepada dia. Banyak persolalan dalam kepala Amrah. Airmatanya tergenang sedikit.

“Ish pasai apa pulak dengan Amrah tu Amr. Kenapa dia dok Amr Amr tadi ni. I is musykil sangat.”

“Aisy, tunggu sini dengan uncle, aunty nak p tengok mak sat.”

“Tak pa Durrah bagi saya ja pi. Sebab Aisy tak mau dekat saya.”

“Ok Amr pi la.”

Durrah semakin pelik. Kenapa Amr yang nak pi tengok.

“Amrah, awak ok ka ni. Saya mintak maaf tak kenaikan diri lebih awai dengan awak.”

“Amrrr…. Saya rindu gila dekat awak. Awat awak buat kat saya lagu ni. Awak lupa ka kita sahabat dulu.”

Suara Amrah bergetar. Dia menangis? Amr dah kelabah dah.

“Amrah, maaf la saya takut awak lupa dah kat saya. Saya memang nak habaq kat awak tapi saya takut.”

“Lupa? Sampainya hati awak. Hmmm…”

“Bukanlah sebab awak dah kahwin kan saya takut awak memang tak ingat saya lagi. Jangan marah Amrah.”

“Saya bukan marah, tapi kecewa dengaq awak kata lagu tu. Saya selalu ingat kat awak tak pernah lupa.”

“La…Amrah, sory la na. Saya pun rindu dekat awak. Selalu doa awak bahagia. Lega saya tengok awak bahagia.”

“Ya…saya bahagia. Tak pa la Amr buat ja tak kenai macam biasa. Lagipun kan awak ingat saya dah lupakan awak.”

Amrah terus berlalu keluar meninggalkan Amr seorang diri didalam bilik belakang. Sakit pulak hati memikirkan ayat lupa tu. Tergamaknya dia.

“Amrah… saya mintak maaf Amrah. Aduhhh macam mana ni.”

“Aisy sayang jom kita balik ya. Nanti mak tok tunggu lama.”

Amrah segera menarik tangan Aisy ajak balik dengan segera.

“Durrah aku nak balik dah tau. Esok pagi aku mai. Nasik macam biasa la na esok.”

“Okay… cepatnya Aisy dah nak p. Come give me hug dulu.”

“Sayang aunty.”

Amrah langsung tidak berpaling lagi. Terus pergi sahaja. Sukar untuk berhadapan dengan Amr. Sekurangnya untuk hari ni. Yang Amr masih terpinga-pinga tak tahu nak kejar atau biarkan dulu Amrah reda.

“Aisy, sory tau sayang, mak nak balik cepat. Tak dan nak beli apa untuk Aisy.”

“Tadi mak dah beli banyak buku, belanja Aisy makan lagi.”

“Ya la, baiknya dia.”

Mereka berjalan berpegangan tangan. Aisy sangat baik. Mohon dipinjamkan dia untuk masa yang lama. Itu adalah doa Amrah hampir setiap waktu.

Sampai hati Amr cakap Amrah dah lupa pada dia. Dia ingat 5 tahun tu cukup agaknya nak lupakan macam tu ja. Malas nak fikir banyak. Airmata seakanmahu keluar. Amrah rindukan sahabatnya itu.

——————————-

“Durrah, umuq Aisy tu berapa tahun dah. Comei sangat.”

“Tiga tahun lebih dah tu. Memang comei dan pandai pulak tu.”

“Ikut muka ayah kot kan. Lain dari muka Amrah.”

“Itu anak tiri dia ja Amr. Nanti Amr tunggu dia cerita dekat Amr tau la ya. Saya tak berani nak cerita apa-apa.”

Amr semakin ingin tahu. Apa kisah disebalik senyuman itu. 5tahun yang lama.

“Ohhh anak tiri, jadinya dia kahwin dengan duda ada anak ka Durrah.”

“Nanti Amr tanya dia sendiri la. Payah juga nak bukak cerita sahabat sendiri ni, rasa tak elok.”

“Amr, awak bincang apa kat belakang tadi, sampai nak balik terus Amrah tadi.”

“Mana ada saya cakap apa-apa kat dia. Nanti awak tanya dia tengok.”

“Eh…pasai apa pulak saya yang nak kena tanya. Yang sembang dengan dia tadi ni awak bukan saya.”

Durrah tahu ada sesuatu yang tak kena antara Amr dan Amrah. Pelik sangat cara Amrah sebut Amr Amr tadi. Selalu dia panggil encik pengurus. Tak sabar nak jumpa Amrah esok. Siap la dia akan ku korek semua kisah.

“Dah la tu Amr, jom sambung kerja dulu. Saya nak susun barang Amr jaga kaunter boleh.”

“Awak memang tak mahu cerita kat saya ke Durrah.”

“La… awak tak habis lagi ka pasai tu. Lain kali la dengaq dari Amrah sendiri.”

Durrah berlalu sambil ketawa. Kenapa dia nak tahu sangat pun entahlah.

——————————————————

“Mak, mak tok tak dak pun lagi dekat rumah.”

“Oh yaka, mak ingat mak tok balik dah. Tak pa Aisy pi mandi dulu ok.”

Amrah masih pelik dengan Amr. Macam mana boleh dia fikir aku lupa dekat dia. Kawan dari sekolah. Dia tolong aku masa aku datang bulan tu. Dia lupa agaknya.

———————————

IMBAS SEDIKIT

“Amr, awak janji jangan habaq kat sapa tau hal semalam tu.”

“La…awat awak habaq lambat, saya dah habaq dekat kawan-kawan kita.”

“Sampai hati awak Amr. Saya ingat awak baik.”

Amrah hampir mahu menangis.

“Saya gurau ja la Amrah. Saya tak habaq kat sapa pun. Jangan risau itu kan aib awak.”

“Suka main macam tu tau dak. Sabaq ja la.”

“Amrah, awak hang tiba-tiba baik dengan si Amr tu.”

Julia tiba-tiba menyapa.

“Baik biasa ja kan kita satu kelas.”

“Kita satu kelas dari awai tahun Amrah. Bukan baru semalam. Awat yang hari ni baru hang nak baik dengan dia.”

Penyibuk la Julia ni. Malunya la kalau nak cerita. Nanti ja la cerita.

“Dah, jom la duduk sat lagi cikgu mai.”

————————————————

SELESAI IMBAS

Dari kejadian itu mereka memang baik sangat-sangat. Selalu study sama-sama. Macam mana dia gamak kata aku lupa. Matilah hang Amr, sampai mati Amrah nanti sebut pasai benda ni.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience