DAMAI 11 - CERITA AMRAH

Romance Series 20333

“Amr, kalau saya tanya sikit boleh dak?”

“Tanya la banyak pun boleh sampai esok pagi pun boleh kalau nak tanya.”

Mesti pasai pegang tangan tadi tu. Amr senyum sendiri. Malunya masih seperti dulu.

“Tadi lama dak saya pegang tangan awak?”

Kan dah kata mesti pasai tadi.

“Lama jugak la dalam sejam macam tu.”

“Pasai apa awak biaq ja saya pegang?”

“Sebab awak yang pegang jadi saya biaq la.”

Amrah mendongak, namun tidak berani menentang mata Amr. Dia malu sangat-sangat. Dengan masih menahan sakit lagi.

“Amrah… saya gurau ja. Awak pegang dalam 10minit macam tu ja, saya tau awak dalam kesakitan. Jadi saya biaq pun, tak dak niat apa pun. Jangan pikiaq yang bukan-bukan okay.”

Amrah memandang tangannya. Rasa bersalah namun dia tidak mahu bertanya lanjut.

“Maaf awak terpaksa kerja sorang hari ni. Boleh dak awak tolong anggap hari ni saya cuti. Maaf sangat-sangat.”

“Jangan pikiaq macam tu Amrah, saya okay ja tadi. Kerja janji siap dah cukup la. Lepas ni kita kerja malam kan?”

“Awak pengurus nak keja shif mana pun boleh Amr.”

“Saya shif awak la. Kan Durrah dah habaq hari tu. Jangan melawan cakap senior.”

“Ya baik boss.”

Masih lemah bicara dari Amrah.

“Amrah ingat dah situasi awak datang bulan dulu macam ni jugak kan. Saya juga tolong awak.”

“Ingat la tragedi yang merapakan awak dengan saya kan.”

“Bukan merapatkan la, tapi mengeratkan persahabatan. Kita memang dah kawan masa tu cuma belum erat.”

“Nak menang ja keja kan.”

Amrah berani sebut orang lain nak memang, dia lupa agaknya dalam perbalahan mana pun mana orang lain boleh menang.

“Amrah cuba cerita sikit tentang perkahwinan awak. Saya dah lama teringin nak tau tapi kawan kita sapa pun tak tau.”

Amrah agak keberatan pada mulanya. Namun dia fikir apa salahnya kalau bercerita.

“Saya kahwin awai masa tahun pertama tu sebab mama mertua saya yang mintak arwah Abang Lukhman kawin dengan saya.”

“Okay faham.”

“Lepas tu saya memang pernah tahu yang Abang Lukhman memang ada cintakan orang lain jadi masa dia setuju tu saya langsung tak pikiaq apa. Lepas kawin saya ada tanya tapi katanya tak dak jodoh dengan perempuan tu. Rasa beralah sangat-sangat masa tu. Sepanjang kami kawin Abang Lukhman tak suruh saya buat tangungjawab sebagai isteri, dia suruh saya belajar ja. Saya memang tak pikiaq apa cuma setuju saja. Duit bulanan memang tak pernah tak bagi.”

“Jadi macam mana boleh ada Aisy?”

“Masa saya dapat tahu yang Abang Lukhman dah kawin dengan Kak Aisyah lepas Abang Lukhman meninggal. Kak Aisyah call bagitahu pasai kemalangan dia.”

Suara Amrah semakin bergetar, air mata juga seakan galak mahu luruh dari kelopak matanya.

“Saya tanya apa bukti perkahwinan depa, Kak Aisyah cakap bukti dia anak yang dia kandung. Saya terduduk masa dapat tau, Allah tak izin saya cemburu sebab suami kami baru ja meninggal masa saya tau.”

“Lepas arwah Abang Lukhman meninggal tu Kak Aisyah ajak duduk dengan dia. Mama dengan papa mertua saya seolah tidak mahu peduli dengan perkahwinan kedua arwah, langsu mereka berpindah ke luar negara.”

“Allahuakbar kesiannya dengan awak.”

“Bukan dengan saya Amr, dengan Kak Aisyah. Dia mengandung 9 bulan masa Abang Lukhman kemalangan tu. Sama dengan keluarga Abang Lukhman, keluarga Kak Aisyah pun perit nak menerima Kak Aisyah isteri kedua. Padahal masa awal semua menerima biak kehadiran Abang Lukhman.”

“Manusia Amrah, begitulah sikapnya.”

“Kak Aisyah meninggal masa lahirkan anak mereka. Dia amanahkan Aisy dalam jagaan saya. Arwah berdua ada meninggalkan harta mereka pada Aisy. Cukup untuk Aisy guna sampai dia besaq. Saya cuma tolong jaga dan sara sedikit sebanyak ja. Lepas tu saya jumpa dengan Mak Cik Esah, dia pun dah kematian suami. Jadi win win situation la saya jaga mak cik, mak cik tolong jaga Aisy.”

“Baiknya awak Amrah sanggup menerima Aisy dengan hati terbuka. Ambik mak cik Esah lagi.”

“Bukan soal baik atau dak Amr, tapi budak tu tak salah. Kak Aisyah pun tak salah. Abang lukhman memang tak pernah cintakan saya. Dua tahun kawin sekali dia tak pernah sentuh saya. Sentuhan hanya salam, tarik tangan begitu sahaja. Cinta dia memang untuk Kak Aisyah Amr.”

“Itulah saya cakap baiknya awak. Awak terima semuabenda dengan sangat positif.”

“Entahlah Amr, yang baik semua dari Allah. Saya hanya ada Aisy ja sekarang ni. Moga Allah pinjamkan dia lama pada saya.”

“Saya?”

“Awak pun la. Masa saya ditimpa masalah terkadang saya pernah terdetik, kalau Amr ada mesti macam ni macam tu. Selalu teringatkan awak. Tapi masa awak cakap saya langsung tak rindu awak tu saya sedih sangat-sangat. Sampai hati awak.”

“Sory k, saya ingat lepas awak kawin tu awak bahagia dan terus lupakan saya.”

“Lain kali tanya dulu jangan main tuduh ja tau.”

“Masa awak tidoq tadi, awak ada sebut suruh lepaskan awak. Apa maksud awak?”

“Entahlah saya pun tak pasti. Nama pun mimpi kan.”

Amrah tidak mahu mengulas lanjut perihal mimpi tadi.

“Amr, macam mana awak boleh kerja sini.”

“Pak cik saya suruh urus. Katanya pengurus lama tu main banyak. Ayat dia macam tu lah. Lagipun saya tau sini ada awak. Saya nak dekat dengan awak semula.”

“Ohhh jadinya awak memang tahu dari awai la kan yang saya keja sini.”

“Tahu… Amrah pasai apa awak tak kerja yang bagus sikit dari kerja macam ni.”

“Macam ni pun apa kurang dia Amr, dekat dengan rumah. Gaji pun boleh tahan jugak sini pun. Saya memang minta keja macam ni, jangan risau la ya Encik pengurus.”

“Nakai kan.”

Amr sebenarnya masih belum puas hati dengan jawapan dari Amrah tadi. Dirasakan seolah bukan alasan kukuh.

“Awak belajaq hari tu dan habis dak?”

“Tak dan lagi satu sem. Saya berhenti sebab nak jaga Aisy. Jadi tergantung dah 3tahun dah. Biaq la Amr, rezeki takat tu ja.”

Amrah sangat positif dengan segala yang menimpa dirinya. Dia tidak permnah menyalahkan takdir. Bagi dirinya setiap yang terjadi pasti ada hikmah.

“Bagusnya kalau Ratu macam awak ni Amrah.”

“Kenapa dengan Ratu awak Amr?”

“Ratu saya seolah tidak dapat menerima takdir. Saya pun buntu nak pujuk macam mana.”

“Setiap orang menerima takdir hidup dengan cara berbeza Amr. Awak tak boleh meletakkan Ratu awak dalam situasi orang lain. Salah tu.”

Waktu ni kedai sangat lengang, hampir tiada pelanggan. Selang sejam hanya dua pelanggan yang masuk.

“Saya paham Amrah. Itu la saya cuma mengeluh. Saya patut paham dengan situasi mama saya.”

Amr cuma berharap Ratu hatinya itu menerima takdir dengan baik. Amr agak termotivasi selepas mendengar kisahdari Amrah. Kesiannya pada dia. Patutlah dia langsung tak sempat nak cari kawan-kawan. Dah la study pun tak sama dengan kawan-kawan lain.

“Awak memang tak mau jumpa dengan kawan-kawan kita semua ka Amrah. Depa semua rindu tau dekat awak. Julia tu lagi la selalu tanya semua orang pasai awak.”

“Nak jumpa. Nanti kita jumpa depa. Cuma saya rasa sedgan la lama tak jumpa. Kalau ada orang jaga Aisy In shaa Allah kita pi ok.”

Amrah yang sekarang ni selalu sebut kita. Amrah memang sangat mudah memaafkan. Entah diman dia belajar namun jiwanya sangat kental. Langsung tak marah dengan situasi yang menimpa dia.

“Amr, jangan cerita pasai benda ni dekat sapa-sapa tau. Biaq ja orang ingat Aisy tu anak saya.”

“Memang anak awak kan tu Amrah.”

“Memang la nanti kesian dekat Aisy kalau bertubi-tubi orang tanya dia.”

“Aisy tau dak pasai benda ni Amrah.”

“Mesti la dia tau, dari awai lagi memang saya selalu cerita. Kira macam bedtime story dia dah.”

“Alhamdulillah la kalau macam tu pandai awak ajaq dia.”

“Kecik lagi Amr dia tu. Harapnya membesaq jadi anak yang baik macam arwah mak dan ayah dia.”

“Macam awak pun sama la Amrah.”

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience