Pagi itu agak sibuk, Amr belum sempat bertegur sapa dengan Amrah. Waktu dia sampai tadi Amrah sedang melayan pelanggan. Usai itu dia terus susun barang.
“Amrah, kita pi sama-sama tau reunion nanti.”
Amrah hentikan kerja seketika. Tiba-tiba ada reunion? Baru teringat hari tu ada Amr sebut. Macam mana dia tak ingat. Sebab dia memang tak mahu ingat langsung.
“Saya tak tau pun ada reunion. Bila tu Amr?”
Sengaja seolah lupa tentang reunion. Rasa macam dia tiada apa hendak dibanggakan. Kalau pergi reunion pasti ramai akan bertanya tentang itu ini.
“Hujung minggu ni la. Kita pi sat ja. Habaq kata keja tak boleh pi lama-lama.”
Kita?
“Errr memang kena pi ka Amr?”
Amrah sebolehnya mahu mengelak berjumpa dengan sesiapa pun. Namun dia juga rindukan Julia. Lama sangat tak dengar khabar berita dari sahabatnya itu. Terbayang muka tiap seorang.
“Dekat mana depa buat reunion nanti.”
Amrah tidak punya pilihan selain terima pelawaan dari Amr.
“Kita keja malam kan hujung minggu ni. Pi awal sikit la terus boleh pi keja.”
“Ikut awak la macam mana pun tak pa. Pakai baju apa pun tak pa kan. Depa buat dekat mana reunion. Tapi saya kena tanya mak cik Esah dulu.”
Entah apa alasan yang dia nak bagi.
“Dekat hotel PA ja. Jauh jugak nak pi tu. Saya ambik awak pukui 5 macam tu. Dan la kita masuk keja dalam pukui 8. Nanti saya habaq dekat Rizal suruh mai awai.”
Hujung minggu ni makna kata lagi tiga hari ja la. Resah jugak nak jumpa kawan-kawan pun.
“Hei, Amrah okay dak ni. Nak jumpa kawan-kawan kita ja. Menung macam nak jumpa mertua pulak.”
“Saya nak sambung buat keja ni Amr, sat lagi dan orang ramai payah pulak.”
Amr hanya memandang Amrah berlalu menyusun barang. Dia belum dapat kembali Amrah dia yang dulu. Apa sebenarnya dalam hati wanita itu. Dalam kesibukkan Amr terlupa pada bilik solat yang dia sedang deco tu. Kembali semula untuk selesaikan sedikit lagi. Langsung dia menyambung kerja lain lagi. Pesanan stok baru semua dah siap.
———————————————-
Terasa cepat sungguh hujung minggu tiba. Amrah tidak keruan. Mak cik Esah berulang kali memesan jangan risaukan Aisy.
“Mak cik, betoi ka ok ni Amrah nak pi awai sikit hari ni.”
“Aisy betoi ka mak boleh pi kerja awai ni.”
“Mak ni… Aisy ok la mak.”
“Betoi la tu Amrah, jangan risau. Aisy pun okay ja tu. Pi la elok-elok dengan kawan Amrah sat lagi. Ingat mak cik pesan, jangan rasa rendah diri. Amrah dah buat banyak benda yang sangat mulia.”
“Baik mak cik. Amrah cuma rasa tak bersedia ja mak cik. Risau pikiaq.”
Panggilan masuk dari Amr semakin buat Amrah gelisah.
“Saya dah sampai ni Amrah.”
“Err awak nak masuk dulu dak?”
“Dak kot, sat lagi lewat pulak kita sampai. Sat saya keluaq.”
“Jom Amrah, mak cik kami pi dulu tau. Aisy take care ok.”
“Bye sayang, mak pi dulu tau.”
“Bye mak i Love You.”
“Ramai ka Amr yang pi ni?”
“Lebih separuh juga kawan kita yang pi, pasai apa Amr tengok Amrah macak tak tenang ja ni. Apa kata awak luah ja kat saya. Kadang-kadang bukan semua benda kita boleh pendam sorang-sorang.”
“Entahlah Amr, seingat saya kebanyakkan kawan-kawan saya dah tak jumpa hampir 5tahun, jadi flow hidup saya terlalu sukar nak diceritakan. Kalau berbohong jadi berdosa. Kalau ceriota yang betul sapa pulak yang nak percaya.”
“Awak kena ingat ni ja, selagi awak redha dengan apa yang jadi dengan hidup awak, selagi tu la awak boleh terima dan cerita sahaja. Kalau orang nak percaya atau tak itu depa punya pasai la kan.”
“Kita tengok ja nanti. Rindu sangat dengan kawan-kawan kita.”
Amrah mungkin tidak sedar begitu juga dengan kawan-kawan pasti ingat dengannya.
“Kalau rindu kejap lagi jumpa dengan depa. Rahman dengan Faizal paling frust dulu dengaq awak kahwin.”
“Ish awak ni tiba-tiba isu tu pulak yang timbul.”
Teringat gelagat penerimaan sahabatnya sewaktu dia beritahu soal perkahwinan. Mereka terkejut gara-gara Amrah tidak pernah menyebut tentang itu.
“Assalammualaikum, wahhhh datang berdua, hang tak habaq pun kat kami kan Amr.”
Dengar suara macam kenal. Amrah kalih. Julia datang sambil pegang tangan Hafiz. Hafiz?
“Waalaikumsalam… Julia. Weiii lama gila tak jumpa. Hang sihat ka. Awat aku tak tau hang kawin dengan Hafiz.”
“Hang dengan Amr? Double Amr.”
“Ehhh dak, bukan macam hang dengan Hafiz. Nanti la kita sembang pasai aku, kita sembang pasai hang dengan Hafiz dulu.”
Hafiz malu-malu melihat Amrah. Hanya Amr tahu yang dia sukakan Amrah dulu. Dalam kelas tu dulu tiga orang sukakan Amrah. Tapi yang tidak segan kongsi rasa hanya Faizal dan Rahman. Tidak serius kedua mereka itu. Hafiz yang serius.
Amrah memeluk Julia lama. Julia mengandung.
“Macam mana hang boleh ter kawin dengan dia?”
“Jodohhh… jom kita masuk dalam dulu. Lama tak sembang dengan hang.”
“Sayang, Ju masuk dalam dulu dengan Amrah tau.”
“Sayang, makan nanti tunggu Fiz ambik tau, jangan ambik sendiri.”
“Okay sayang. Jom Amrah.”
“Amr, jom.”
“Jom, jom.”
Seronok melihat Hafiz yang malu-malu menyebut sayang depan kawan-kawan. Didalam kebanyakkan yang mahu hadir telah pun hadir.
“Amrah, lama tak jumpa. Makin cantik hang la ni kan. Rindu gila tau.”
Azmin datang salam dan peluk cium sahabat lama mereka itu. Lama sungguh tak jumpa.
“Kan, lama tak jumpa dia. Lepas ni boleh la kita selalu keluaq.”
Semua sahabat perempuan datang menyapa dia. Reunion yang sebelum ni semua muka-muka yang ada ni pernah hadir. Hanya Amrah yang paling disebut-sebut.
“Jom Julia kita duduk sana, aku pi ambik makanan dulu. Hang tunggu Hafiz ambik kan.”
Julia angguk sahaja.
“Amrah, awak nak makan apa? Nak saya ambilkan ka?”
Sengaja Amr mengusik Amrah. Semasa Amrah ambil makanan, HAfiz ada disebelahnya.
“Amrah, apa kabar? Mana husband?”
“Kabar baik, hang macam mana?”
Amrah mengelak bercakap awak saya dengan Hafiz.
“Saya sihat, awak makin cantik sekarang.”
“Sama ja. Amr, sat lagi tolong ambik buah dengan kuih. Saya nak pi duduk. Kesian Julia sorang-sorang.”
Hafiz terdiam, dengan Amr boleh pulak berawak saya. Amrah memang sengaja nak mengelak. Hafiz pun bukan ada niat lain, hanya bertanya khabar.
“Amrah, hang ambik apa ja?”
Julia hairan melihat pinggan Amrah hanya ada dua jenis makanan.
“Sat lagi la aku pi lain. Eh, story la pasai macam mana hang boleh kawin dengan Hafiz.”
“Mula tu dia selalu call aku dok tanya ada dak aku contact hang dengan Amr, lepas tu makin kerap dia contact sampai la kami keluaq beberapa kali terus buat keputusan nak kawin. Amr pun mai kenduri kami.”
“Ohhh… Amr tak habaq apa pun.”
“Mana la Amr dan nak habaq kat Amrah, kita baru ja jumpa kan.”
Belum sempat Julia membalas Amr terlebih dahulu membuka cerita.
“Sayang, makan la dulu sat lagi sambung sembang lagi.”
Hafiz tiba lewat sedikit dari Amr. Amr meletakkan pinggan makanan yang dipesan Amrah tadi.
“Amboiii kata baru jumpa tapi dah siap tolong ambikkan makanan dah aku tengok.”
Julia mengusik Amrah dan Amr.
“Ala.. nama ja baru jumpa, tapi kan dah lama kenai. Betoi dak Amrah.”
“Ha…betoi betoi betoi.”
“Dah jom makan dulu. Sat lagi kita sambung sembang lagi.”
Hafiz seolah geram mendengar Amr dan Amrah mesra begitu. Julia pelik memandang suaminya.
“La sayang biaq la kat depa. Jom la kita makan dulu. Sat lagi kita bergambaq.”
“Aku dengan Amrah pun tak boleh lama, sat lagi kami nak masuk keja dah.”
Amrah hanya diam makan, akhirnya semua diam. Amr bangun sekali lagi mengambil sagu gula melaka. Dia tahu Amrah suka.
“Ehhh awak ingat lagi Amrah suka ni.”
“Pasai apa tak ingat pulak. Makan la, Amr nak keluaq sat sembang dengan geng hisap roko. Satg Amr mai balik tau.”
Amr berbisik perlahan pada Amrah. Amrah hanya mengangguk.
“Julia, hang bila due ni.”
“Katanya bulan 11 ni. Harap tu accurate la.”
“Ohhh tak lama dah la.”
“Suami hang tak mai ka Amrah, macam mana hang boleh mai dengan Amr.”
“Aku satu tempat keja dengan Amr, sat lagi terus balik ni nak masuk keja.”
“Suami hang tak marah ka hang mai dengan Amr ni?”
“Dia dah meninggal dunia 3tahun lepas dah Julia. Jodoh tak panjang.”
“Innalillah… kuatnya hang Amrah. Hang ada anak dak?”
“Ada umur tiga tahun.”
“Uihhh besaq dah. Nanti bawak la mai rumah kami. Aku duduk Kepala Batas ja.”
“In sha Allah, eh jom kita pi jumpa kawan-kawan lain.”
Belum sempat Amrah bangun, Faizal datang duduk ditempat Amr tadi.
“Apa habaq Amrah, sihat dak?”
“Alhamdulillah sihat ja, hang macam mana la ni, kawin dak lagi.”
“Dak lagi la aku frust hang kawin dulu dari aku.”
“Ishhh menyempat ja hang kan, dok buat keja apa la ni?”
“Keja bodo-bodo ja. Tadi aku nampak Amr, mana pi dia aku lama tak jumpa dia.”
Sekurangnya Faizal tidak cuba berawak saya dengan Amrah. Tak selesa lama tak jumpa kan.
“Dia keluaq dengan geng hisap rokok. Rahman mana, tak mai ka?”
“Ada kat luaq juga aku rasa.”
“Eh jom la aku nak p kat meja Malini dengan Shuhada sat.”
Faizal hanya melihat Amrah bangun.
———> ORANGE BORAHAE
* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH. MAAF ATAS KELEWATAN.
BORAHAE…
Share this novel