Amrah masuk ke bilik belakang. Tangannya seram sejuk. Macam-macam persoalan bermain dibenaknya. Terbayang wajah Aisy. Dia berusaha untuk berfikir yang baik-baik namun hatinya tidak mahu menerima. Dia terkejut saat seseorang memegang bahunya.
“Amrah, sapa tadi tu. Awat duduk sini sorang-sorang?”
Amr sudah perasan dari tadi lagi perubahan wajah Amrah. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.
“Amr…. Tolong saya Amr. Macam mana kalau depa ambik Aisy dari saya. Macam mana kalau Aisy tak dak dengan saya.”
Mata Amrah berkaca. Mudah benar air mata keluar saat dia terpandang wajah Amr.
“Hei… Amrah.. cerita dari mula. Jangan terus habaq benda yang belum jadi. Amr tak paham.”
“Tadi yang mai tu mak mertua Abang Lukhman. Mak Kak Aisyah. Depa nak jumpa Aisy. Tapi pasai apa sekarang Amr. Aisy dah masuk 4tahun dah. Selama ni tak dak sapa kisah pasai dia.”
“Okay depa ada kata nak ambik Aisy ka macam mana.”
“Depa tak kata tapi kalau depa ambik macam mana..?”
Amr cuba mencari anak mata Amrah. Ni bukan Amrah yang dia kenal.
“Amrah, pandang saya sini. Amrah yang saya kenal bukan macam ni tau. Dia selalu positif. Dia tak kan buat kesimpulan membuta tuli macam ni.”
Amrah tunduk. Malu dengan kekhilafan diri. Dia sedar sesekali dia menjadi tamak. Macam manala dia nak positif kalau Aisy yang dipertaruhkan. Hilang semua kewarasan akal.
“Tapi Amr, saya cuma ada Aisy sorang ja kat dunia ni. Semua dah tinggalkan saya.”
“Amr kan ada, Durrah ada semua ada untuk awak. Saya terkilan kalau awak cakap awak ada Aisy sorang ja.”
“Kawan-kawan ni kita tak tahu bila akan tinggalkan kita. Entah-entah esok lusa. Macam awak Amr entah kawin nanti lupa saya terus.”
Terkilan lagi namun dia faham alasan Amrah berkata begitu.
“Saya tak berani nak janji apa-apa dengan awak. Tapi saya akan pastikan kita tetap akan macam ni tak kira saya atau awak kawin sekali pun. Takkan jadi lagi macam sebelum ni.”
Amrah memandang wajah Amr. Mencari keikhlasan disitu. Ya… keikhlasan memang ada. Dia tahu Amr adalah kawan paling sejati. Amrah mengesat airmatanya. Dia perlu kuat.
“Saya kena kuat Amr. Walau apa pun jadi saya akan pastikan Aisy tetap dengan saya.”
“Jadi awak nak bawak dia jumpa depa tak?”
“Saya akan bawak. Saya tak boleh pentingkan diri macam tu. Saya kena terima hakikat mereka tetap ahli keluarga Aisy.”
“Haaaa macam tu la Amrah yang saya kenal. Ingat apa pun jadi semua ada hikmah.”
Dia perlu terima hakikat bahawa mereka lebih layak untuk Aisy. Dia hanya ibu tiri.
“Jom kita buat kerja. Kejap lagi balik awak cakap baik-baik dengan Aisy. Bagi dia paham dulu.”
Ada benarnya dalam kata-kata Amr. Apa pun dia tetap kena bagitahu Aisy.
“Jom jom. Kita kerja. Mengulat ja kan kerja. Rizal masuk kerja pukul berapa hari ni.”
Wajah Amrah masih tidak ceria. Namun Amr tahu dia dah mampu bertenang. Pelik dia nak menangis kerana perkara yang dia tak pasti. Amrah berpaling melihat dia bercakap sorang diri.
“Amr, sini la menung apa situ. Orang tanya ni Rizal masuk pukul berapa.”
Amr mengaru kepalanya yang tidak gatal. Orang tu risaukan dia bukan menung sesaja.
“Dia masuk sat lagi la kot. Macam awak cakap la kan dia selalu lambat.”
“Main kot-kot pulak dah. Minggu lepas kita habis shif malam tu kita keja pagi kan Amr.”
“Ya awat tu.”
“Saya masuk kerja pukul 8 boleh tak, lepas tu nak balik pukul 5petang. Boleh tak Amr.”
“Awak nak buat apa kalau saya tak bagi.”
“Saya nak ambik cuti kalau tak boleh. Dalam 3 hari macam tu.”
“Bolehla sahabatku sayang. Nanti remind lain la dekat Amr.”
“Okay baik sahabatku… lega tak payah cuti.”
“Sahabatku ja ka? Awatnya cuti awak kan banyak lagi.”
“Menyempat kan. Banyak pun kena simpan la Amr. Mana tahu ada emergency.”
“Ya la ya la. Bercakap mana mahu kalah.”
Gara-gara kehadiran Puan Maria tadi dia hampir terlupa mahu bertanya mengenai itu.
———————————
“Ummi pi jumpa kak Amrah lagi ka?”
Berapa kali dah pesan jangan diganggu Amrah dan anaknya itu. Namun umminya degil.
“Eh dak la. Awat adik tuduh ummi macam tu.”
“Jangan dok pi kacau dia la ummi, dia bukan kenai kita pun kan.”
Puan Maria merenung tajam kearah anaknya itu.
“Habis tu dah ummi teringin nak jumpa cucu ummi. Kalau boleh nak ambik dia duduk dengan kita terus. Pasai tak kenai la ummi nak bagi kenai.”
“Hari tu masa along mati, ummi cakap tak mau kisah dah kan pasai anak tu. Ni awat ummi kalut nak bagi kenai pulak.”
“Dia tetap cucu ummi Rizal. Walau macam mana pun dia tetap cucu ummi.”
“Ha adik tahu tu cucu ummi. Tapi ummi buang dia dulu. Lepas tu nak ambik dia macam tu ja. Ummi tak kesian dengan kak Amrah ka. Dia tu baik ummi.”
“Laaa ummi jumpa ja dia adik. Ummi tak buat jahat pun.”
Entah kenapa Rizal rasakan ada sesuatu dengan niat umminya. Puan Maria tersenyum sendiri. Dia tak sabar mahu berjumpa dengan cucunya.
“Kamu masih kerja partime dekat situ ka Rizal. Dia tahu tak kamu tu siapa.”
“Dia tak tau ummi. Biar la dulu. Angah pun tak boleh tahu. Ummi buken tak kenal angah tu macam mana.”
“Kecik sangat dunia ni adik. Macam mana kamu tahu dia kerja situ?
Sampai bila kamu nak kerja situ? Kalau angah tahu mati kamu.”
Bertubi-tubi umminya bertanya. Niatnya cuma mahu dekat dengan madu kakaknya itu. Awalnya dia cuma mahu kerja sekejap sahaja dekat situ namun dia seronok bekerja dengan mereka. Tamha sekarang dah tukar pengurus.
“Sampai bila pun boleh ummi. Adik memang nak dekat dengan kak Amrah.”
Rizal memang berniat begitu. Selepas kematian kakaknya dia merasa bertanggungjawan mencari Amrah. Lama baru dia jumpa. Kebetulan dia dapat selalu shif dengan Amrah.
———————————-
“Assalammualaikum kakakku sayang. Pasai apa macam petai jeruk ja muka ni. Abang Amr buat apa kat kakakku.”
Pandai dia datang kerja terus ceria. Sudah la datang lambat. Padahal dia bukan tak tahu pasti punca umminya. Siapa la lagi.
“Amboiii sedap ja hang tuduh abang kan. Kakak hang ni dia emosi kurang stabil. Tanya dia pasai apa, yang penting bukan sebab abang. Kan Amrah kan…”
“Hmmm tak dak apa aih, awat lambat ni adikku. Tau kan masuk pukui berapa kalau part-time. Nak kena denda ni budak ni. Melampau kata muka kita macam petai jeruk.”
Sengaja Amrah berpura marah Rizal. Bukan tak kenal Rizal memang tak pernah awal. Lewat ada la yang kerap. Kalau kena shif Durrah mahu bernanah telinga dia kena bebel. Dengan Amrah boleh la dia nak main-main.
“Dah dah pi sana susun stok ramen ngan ayaq. Mujuq la malam tadi ada si Syah tu tau, kalau harap hang ni Rizal memang dak la.”
“Ala akak memang la asyik puji Syah ja. Saya ni sapa la nak puji.”
Ketawa ja dia mendengar kata-kata dari mereka. Dia tahu mereka bergurau. Namun senyuman dia tuntas mati saat teringatkan umminya. Lama dia merenung Amrah. Rasa macam nak bagitahu ja siapa dia.
“Akak, boleh dak nak tanya sikit. Mai sini sat.”
“Apadia tu Rizal. Pelik sangat ni. Nak tanya pun sampai kena habaq ni.”
“Akak ok dak ni, kalau ada apa masalah boleh bagitau saya. Saya ni kan adik akak.”
“Akak ok la Rizal jangan risau. Nak tanya yang tu ja pun sampai kena panggil. Adik akak ni baik sangat la. Macam…arwah..adik akak…”
Amrah menggosok kepala Rizal secara spontan. Teringatkan arwah adiknya. Matanya berkaca lagi. Mudah benar airmata ini mahu menghadirkan diri sejak dua menjak ni. Rizal dan Syah memang mengingatkan dia pada arwah.
“Laaa akak jangan la sedih.. tak pa akak boleh anggap Jai ni adik akak. Jangan sedih k kak.”
Susah hati pulak dia melihat Amrah hampir menangis. Wanita kuat itu mudah menitiskan airmata. Sebanrnya dia juga ingin tahu kisah kakak dan abang iparnya.
Share this novel