DAMAI 19

Romance Series 20333

Awal pagi tu Amrah bangun awal untuk solat hajat. Dia sangat berhajat agar Allah bukakan hati kedua orang tua Kak Aisyah menerima baik cucu mereka tanpa rasa yang tidak baik. Dia bersiap untuk ke tempat kerja. Mak cik Esah masih belum balik. Puas dihubungi namun talian tidak berjawab.

“Amrah, macam mana jumpa dengan diorang semalam. Ok ke?”

Durrah tidak sabar mahu bertanya soal itu. Sakit hati bukan kepalang saat Amrah ceritakan mengenai kelaurga Aisyah itu kepada dia hari tu.

“Tuan Husin tu ok, tapi Puan Maria tu macam susah sikit nak terima aku kot. Aku paham pasai dia seorang ibu. Aisy pun mesra ja dengan Tok Ayah dia.”

“Ish tak ok macam mana cuba bagitau detail sikit.”

“Tak dak apa la, hang tak mau balik lagi ka ni Durrah sat lagi pukui berapa nak boleh lena. Nasi dah lama habis dah aku tengok.”

“Nak mengelak jawab soalan aku la tu. Tak pa aku paham susah nak luah benda macam ni.”

“Bukan la sahabat ku sayang, cumanya aku pun nak keja ni kalau hang dok kacau lagu mana nak buat keja dengan tenang.”

“Okaylah aku balik dulu. Alasanla tu.”

Durrah sedikit sebanyak sudah mengenali tingkah laku Amrah. Dia tidak selalu bercerita perkara yang bermain difikiran dia. Ada kepastian baru dia luahkan. Amrah sibukkan diri untuk melupakan seketika soal mereka.

“Amrah, sat lagi saya nak keluaq sat tau masa Rizal sampai. Awak kalau nak pi break awai bagitau saya okay.”

“Okay Amr.”

Amr dari tadi hanya menjadi pemerhati sahaja. Dia yang mengenali Amrah juga tidak akan bertanya. Melihat menungan jauh dari tadi lagi. Amrah sengaja sibukkan diri. Namun setiap kali bertentang mata senyuman masih dilemparkan.

————————————-

“Assalammualaikum, lama ka hang tunggu aku Jai.”

Amr bersalam dengan Faizal sebelum melabuhkan punggungnya.

“Waalaikumsalam, eh dak pun aku pun baru ja sampai.”

“Tak pernah hang ajak aku jumpa berdua lagu ni, pasai apa ni hang nak kawin ka?”

“Dak pun la, aku tunggu bidadari jatuh dari langit. Saja la nak jumpa dengan hang tak boleh ka?”

Faizal nekad mahu bertanyakan mengenai Amrah kepada Amr. Dia tahu Amr pasti tahu mengenai Amrah.

“Boleh la saja la aku pun tanya ja. Hang order makan dak lagi.”

“Belum la tunggu hang la ni, hang kerja mana la ni Amr?”

“Sat kita order makan dulu.”

Selesai sahaja memesan makanan Faizal semakin tidak sabar.

“Aku kerja kedai serbaneka ja. Hang kerja mana la ni.”

“Aku ofis boy ja pun.”

Sah sah la bohong kan macam la Amr tak tahu dia kerja mana.

“Ya ya ja kan hang. Takkan hang tak rasa nak kawin lagi Jai.”

“Aku nak tanya hang pasai Amrah sebenaqnya ni. Dia macam lain sikit masa aku jumpa dia dekat reunion kita tu.”

Dah agak dah, memang tak berubah.

“Tak berubah hang kan, masih sama macam kat sekolah dulu.”

Dekat sekolah dulku, Faizal kalau nak tanya soalan atau nak bagi apa-apa kepada Amrah, Amr la yang akan jadi pengantara.

“Sama apa tu?”

“Hang kalau nak tau pasai Amrah ka apa mesti guna aku.”

“Hang kan baik dengan dia. Aku nak tanya kali ni sebab aku nak jumpa dia Amr. Perlu sangat-sangat.”

Dup dap dup dap. Jantung Amr menjadi irama yang semakin laju.

“Macam penting sangat ni. Boleh aku tau pasai apa dak?”

Faizal melepaskan keluhan berat.

“Aku memang tak pernah tau yang Amrah tu madu arwah kak long aku. Masa dia mai rumah aku baru ni baru aku tau Amr.”

“Sat, aku tak paham, madu? Suami depa orang yang sama maksud hang. Ishhh tak percaya aku.”

“Aku lagi la tak percaya Amr, kawan aku jadi madu kakak aku Amr. Tak tau nak hadam macam mana. Kalaulah ummi tak bertegas masa tau kak long kawin dengan laki orang tu mesti aku tau lagi awai.”

“Aku tak paham Jai. Cuba hang bagi faham.”

“Cerita dia, arwah Abang Long bercinta lama dah dengan arwah Kak Long. Lepas tu depa kawin tak dak sapa tau yang Abang Long masa tu kawin dah, dengan Amrah la. Ummi dapat tau terus ummi tak mau ambik tau pasai Kak Long. Arwah Abang menuinggal pun ummi pi takat kuboq saja. Adik aku ada pi jumpa dengan Kak Long sebab masa tu dia pregnant. Aku pulak selalu tak dak sebab aku tengah sambung study.”

“Takkan hang tak jumpa langsung dengan Amrah.”

“Aku tak jumpa langsung Amr. Memang aku terkejut sangat-sangat masa dapat tau. Kalau aku jumpa hang rasa aku tak tanya hang macam ni.”

“Jadi hang dah jumpa dia masa dia pi rumah ummi hang kan?”

“Aku dah jumpa dah. Tapi aku nak tau banyak lagi. Aku nak bagitau dia sesuatu.”

Amr terasa sakit dihati. Dia tahu punca Amrah diam sahaja hari ni.

“Hang nak tau apa sebenaqnya Jai. Aku tak boleh bagi kalau sebab dia akan sakitkan hati Amrah, hang tau dak la ni dia hanya ada Aisy dengan dia. Hang tau macam mana berat hati dia nak bawak anak kedua arwah tu jumpa keluarga dia.”

“Itu la aku nak jumpa dia Amr. Ummi aku macam nak ambik Aisy dari dia.”

“Aku kenai dia Jai, dia bawak Aisy jumpa ummi dengan ayah hang sebab dia nak Aisy rasa kasih sayang yang dia dah hilang. Kalau nyawa dengan Aisy aku rasa dia akan pilih Aisy. Dia kuat sebab budak tu, hang kena halang ummi hang Jai.”

“Aku nak jumpa dia sebab tu la Amr. Hang tau dak kalau ummi aku panggil lawyer memang Amrah tak dak peluang langsung nak menang.”

“Ayah hang macam mana?”

“Ayah aku memang takkan bukak mulut, pasai ayah aku la ummi aku jadi benci dengan kak long aku lepas tau dia bermadu.”

“Dengan Amrah dia benci dak?”

“Nampak gaya macam benci. Aku tak tau. Masih dok pikiaq lagi mana logik benda ni.”

Amr sangat tumpah simpati kepada Amrah, seusia itu dia diuji dengan banyak sekali. Setelah ibu ayahnya, suaminya kemudian madunya. Kini anak jagaannya pula menjadi taruhan.

“Aku kenai dia Faizal, dia takkan biarkan anak dia naik turun mahkamah. Dia akan merana lagi. Dia sebatang kara la ni. Keluarga mertua dia pun tak pernah kisah pasai dia.”

“Aku nak tolong dia la ni Amr. Hang kena bagi aku jumpa dia.”

“Aku bagi nombor dia hang call dia tanya sendiri. Aku boleh tolong takat tu ja.”

Amr terpaksa izinkan juga walaupun hatinya tidak rela. ——————————

“Rizal sampai bila lagi Amrah?”

“Sampai tadi kan masa awak keluaq.”

“Hai tadi bukan abang tegoq saya ka dekat luaq.”

Amr tahu cuma dia perlukan modal untuk bercakap dengan Amrah.

“Abang tau la nampak tadi. Mana tau tadi kamu pergi mengular ka apa.”

“Sengaja la tu kan nak bersembang dengan kakak kita buat-buat tanya pasai kita pulak.”

“Dah pi main jauh-jauh.”

Sengaja Rizal mengusik Amr. Dia tahu lelaki itu sukakan Amrah.

“Awak okay ka ni Amr. Tadi masa nak keluaq elok ja, ni awat macam hilang bini ja Amrah tengok.”

Wajah itu direnung segenap wajah. Dia tidak mahu wanita ini terluka lagi. Lebih lagi bukan dari pihaknya.

“Awak nak cerita kat saya apa-apa dak Amrah.”

“Amr, arwah mak pernah pesan. Selagi benda belum berlaku kita jangan pikiaq apa nak buat. Biaq berlaku dulu. Jadinya apa pun yang dirasakan saat ni hanyalah khayalan minda kita. Kita takkan tau apa tindakkan kita bila berlaku sesuatu pada kita.”

Bukan Amrah tidak tahu yang Amr juga sama seperti Durrah menunggu cerita darinya. Namun dia msih tidak tahu kerisauan hatinya saat ini bersamaan atau tidak yang bakal berlaku. Saat ini dia hanya mampu berdoa sahaja.

“Tau la Amrah. Tapi kan kalau ada apa-apa awak nak cerita awak boleh cerita ja tau dengan saya.”

“Jodoh pertemuan, kematian bukan kerja kita Amr. Kita hanya boleh berdoa. Selebihnya serah pada Dia.”

Amr tahu kekuatan dia adalah nasihat dari arwah kedua orang tuanya. Susah mahu melihat Amrah menjadi hilang arah.

“Kalaulah ratu saya macam awak ni kan Amrah senang saya nak pujuk.”

“Jangan bandingkan orang Amr. Setiap orang diberikan dugaan yang berbeza.”

Nampak tak, dia masih boleh nasihat Amr lagi. Sedangkan bukan Amr tidak tahu setelah mendengar cerita dari mulut Faizal tadi dia dah boleh tahu betapa hati Amrah susah hati saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience