DAMAI 31

Romance Series 20333

Amr yang mendengar tiap kata dari insan yang tidak dikenali itu terasa mahu berdepan dengan mereka. Namun dia mahu mendengar jawapan dari wanita yang baru sahaja melamarnya tadi.

“Kawin dengan Lutfi.”

Punya la lama tak dengar kabar berita, tau-tau datang membawa hajat yang memang wajib ditolak.

“Mama, perkara macam tu takkan berlaku. Kalau mama nak jumpa Aisy Amrah boleh bawa. Kalau mama nak jumpa Amrah pun Amrah boleh pergi rumah mama. Tak dak alasan rasanya kalau Amrah nak kena kawin dengan Lutfi.”

Terbayang wajah ceria dan gila-gila Lutfi. Wajah dia memang seiras Abang Lukhman. Mereka cuma beza dua tahun, namun Lutfi belajar dan bekerja di luar negara jadi agak jarang bertemu dengan dia. Tiba-tiba mahu satukan mereka? Itu pun selepas Amrah beranikan diri melamar Amr? Lagi la tidak.

“Mama nak Amrah tinggal dengan kami. Mama dah lama rindukan Amrah. Takkan Amrah langsung tak rindukan mama. Lutfi pun dah pindah sini dah.”

“Macam Amrah cakap tadi, kita boleh jumpa bila-bila masa saja yang mama nak. Tapi kawin bukan salah satu dari pilihan.”

Rindu? Terasa mahu ketawa sahaja mendengar perkataan itu. Dirinya dibiarkan tanpa sebarang kabar berita. Bertanyakan perihal dirinya juga jauh sekali. Entah kali keberapa dia harus mengadap orang yang mahu kawinkan dia sesuka hati ini.

“Awat Amrah dah kawin ka? Tak mungkin kan sebab Amrah sayang dekat Lukhman kan.”

“Zu, awak tak boleh paksa dia macam tu. Kita balik ya Zu. Maaf la Amrah papa dah pesan dah dekat mama kamu ni jangan timbulkan soal ni.”

Puan Zurida tidak faham kerana Amrah tidak pernah ceritakan mengenai hubungan dia dan Lukhman. Mereka berdua bukan ada cinta dari dua pihak.

“Tak pa papa Amrah paham, Amrah dah ada seseorang yang menunggu Amrah dan Amrah takkan sesekali kecewakan dia demi sesiapa pun. Mama dengan papa tetap akan jadi mama dan papa Amrah sampai bila-bila pun.”

“Dia lebih baik dari anak mama ka Amrah, sampai Amrah terus menolak lamaran mama ni, Amrah tak kesian ka dekat mama ni.”

“Dia baik mama, sekurangnya dia sangat baik dengan Amrah, Amrah tak akan kecewakan dia sama selali.”

Puan Zurida tunduk lagi. Dia tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk Amrah. Kalau lah dulu dia tidak tinggalkan Amrah dengan Aisy. Tentu tidak jadi begini.

“Nanti jangan lupa jemput kami ya. Papa dengan mama duduk rumah lama tu lagi, nanti bawak Aisy dengan bakal suami kamu tu ya.”

“Baik papa, terima kasih sebab memahami.”

Bunyi loceng pintu dibuka mematikan kata dari bibir Amrah meneruskan kata. Wajah Lutfi tersenyum kambing.

“Aik pasai apa semua muka macam terkejut tengok Fi. Sory ma Fi cari parking tak dak tadi. Akak sihat dak kak? Ishhh tak adil la akak masih comel lagi walau dah bertahun tak jumpa.”

Dari kecerian Lutfi dia seolah tak tahu rancangan gila mamanya. Lutfi masih tersenyum, Ya Allah wajah dia memang seiras dengan Abang Lukhman. Amrah memandang wajah itu tidak berkelip, kagum dengan wajah yang saling tak tumpah. Dia akan temukan Lutfi dengan Aisy nanti.

“Akak sihat ja. Amboi pekat lagi utara kamu walau dah lama tak balik. Ni balik terus ka apa ni? Comei apanya kamu ni.”

Wajah Amrah direnung oleh Lutfi. Masih indah wajah wanita ini. Dia masih ragu kenapa mamanya tidak pernah menyuruh dirinya yang berkahwin dengan Amrah dulu. Mamanya memilih abangnya. Sedangkan dia juga sudah cukup umur saat itu.

“Oik, tak dengaq ka akak tanya ni.”

Amrah sebenarnya agak kekok dengan Lutfi, lama sudah tidak bersua muka.

“Ehh apa dia tadi kak?”

Terasa malu apabila dirinya hanyut dengan wajah indah milik wanita itu.

“Akak tanya balik terus dah ka kat sini?”

“Balik terus la nak kawin dengan orang Malaysia la kak. Lama sangat dah kat sana. Mama dengan papa dah sembang ka dengan kak Amrah.”

“Dah sembang dah Fi, dia dah ada orang lain la Fi.”

Wajah Lutfi sukar dibaca kerana senyuman dia sentiasa mekar dibibir. Kecewa pun masih begitu, marah pun begitu. Saat ini hatinya seolah retak seribu, buat kali kedua. Rancangan ini ternyata gagal. Sekali lagi bunga yang pernah singgah dihatinya dipetik orang.

“Ha kan Fi dah habaq dekat mama, mama ni kan kak tak percaya dekat Fi. Fi dah habaq dah takkan la orang comei macam ni tak dak sapa mau. Fi habaq kat mama kata akak mesti dah kahwin.”

“Fi betoi ka tak mau kawin dengan Amrah?”

“Ya Allah ma, kan kak Amrah habaq dah ada orang lain dalam hati dia.”

Lutfi perasaan dari tadi ada lelaki yang sedang memandang. Jelas bahawa itulah lelaki yang berjaya mencuri hati bekas kakak iparnya itu. Sesungguhnya jodoh benar adalah rahsia Allah.

“Kamu pun Fi, cubalah bagi mama tenang hati sikit. Cepat-cepat la kenalkan dengan mama wanita yang kat hati kamu tu. Yang dulu abang bagitahu sdah dipetik orang. Sekarang takkan tak dak lagi kot ganti.”

“Mulanya ada la akak. Tapi memang nasib Fi kot kali ni pun sama dipetik orang jugak. Slow sangat la Fi bab macam ni akak.”

Kalaulah Amrah tahu keduanya yang dipetik orang itu adalah dirinya mahu malu setahun Lutfi. Dia sendiri pun tidak berusaha gigih untuk mendapatkan wanita itu. Semasa mamanya menyuarakan soal ini baru dia terasa mahu miliki Amrah.

“Maknanya itu bukan jodoh kamu la. Usaha lagi la Fi.”

“Akak kerja sini lama dah ka?”

“Lama dah. Kamu nanti mai la sini bila-bila pun.”

“Nanti kacau akak ja kalau Fi mai sini.”

Puan Zuraida memerhati sahaja kedua mereka melantun kata. Dia tahu anaknya ada hati dengan Amrah, namun apakan daya dia terlewat.

“Kacau apa sangat aih. Mai sini boleh jugak tolong-tolong.”

“Ha boleh la jugak Fi masih tanam anggur lagi dekat sini. Malas nak cari kerja lagi.”

Amr yang hanya mendengar sahaja dari baru boleh menarik nafas lega. Dia baru sahaja seronok setelah mendengar luahan hati Amrah. Risau apabila dia melihat Amrah merenung Lutfi tadi. Masih wujudkah rasa cinta kepada arwah suaminya itu?

“Fi nanti akak bawak Aisy jumpa dengan kamu. Macam muka arwah abang tau dia.”

“Akak jaga Aisy tu ka?”

Jelas dia terkejut dengan apa yang dia dengar. Anak saudara yang diabaikan.

“Ha la sapa lagi nak jaga, dua-dua ayah dengan mak dia meninggal.”

“Meninggal? Laaa siannya dekat dia. Boleh bawak jumpa hari ni dak? Akak habis kerja pukui berapa?”

“Nanti akak habaq lain dekat Fi. Akak nak sambung kerja ni. Fi bawak mama dengan papa balik dulu okay.”

“Bagi nombor akak dekat Fi nanti apa-apa boleh calling-calling.”

Usai sahaja menukar nombor telefon Lutfi segera mengajak mama dan papanya pulang. Amrah menghantar mereka dengan pandangan sahaja. Dia lebih risaukan lelaki yang sedang perhatikan dia dari tadi. Punya la kebetulan, satu pelanggan pun tak masuk sini sepanjang mereka ada disini tadi.

“Amr.. awak dengaq ka semua tadi?”

“Tak berapa jelas sangat. Awak ok ka Amrah.”

Orang risaukan dia, dia pulak risaukan kita.

“Saya okay ja la, awak tu okay ka?”

“Tadi masa mama awak tu cakap rindu, muka awak nampak macam kecewa ja saya tengok. Lepas tu maa Lutfi tu masuk awak renung dia dengan kesedihan.”

Punya detail dia tengok boleh dia kata tak berapa jelas. Amrah tersenyum.

“Pertama saya kecewa sebab mama cakap rindu lepas bertahun dia larikan diri dari saya. Sedangkan saya hilang semua masa tu. Masa keluarga saya meninggal, mama hulurkan tangan sambut saya bagai tatang minyak yang penuh. Tapi saat saya kehilangan tempat bergantung mama datang cakap yang mam rindu. Kecewa lawak semua ada tau. Saya faham sebab mama sedih hilang anak, tapi mama lupa saay pun hilang jugak. Dapat tau pulak masa tu saya diduakan.”

Belum sempat Amr menutur kata Amrah menyambung semula.

“Kedua, saya renung sebab wajah dia memang sama dengan arwah. Sangat sama. Bohong kalau saya kata langsung tak rasa apa, sangat bohong. Terus saya teringat Aisy masa tu, indahnya kalau Aisy dapat tengok sendiri wajah lelaki yang sangat serupa dengan arwah bapanya.”

Amr agak malu kerana hampir sahaja dia cemburu dengan benda tidak berasas, hingga dia lupa dengan ucapan Amrah takkan sesekali kecewakan dia tadi.

“Awak maafkan depa dak?”

“Saya tak dak hak nak maafkan atau dak Amr, depa sambut saya masa saya sangat perlukan bantuan untuk teruskan hidup. Sedih masa mama sebut Aisy mati sekali ka? Apa salah anak tu dekat dua-dua keluarga Amr. Dia tak salah langsung. Yang salah tu saya ni Amr, kalau saya tak terima huluran depa masa tu tentu tak jadi semua ni. Tapi sapa saya ni Amr nak tentukan takdir saya, nak sesali apa yang terjadi. Saya bersyukur sangat semua ni jadi, nak jadi asbab saya dapat jaga Aisy.”

Pertama kali Amrah luah yang terpendam semuanya. Apa yang paling disesali bukanlah dia ditinggalkan. Namun penerimaan mereka terhadap Aisyah dan Aisy.

“Rasa lega sikit dak dapat luah apa yang terbuku dalam hati awak tu, saya takkan kecewakan awak Amrah. Saya tau apa yang saya cakap ni ayat yang klise. Tapi percayalah saya adalah orang terakhir yang nak buat awak kecewa.”

“Saya tau Amr, sebab tu saya lamar awak.”

Senyum lagi Amr teringat mengenai hal tu. Dia ingat dia akan kecewa kali kedua. Kali dia dia takkan biarkan Amrah pergi dari hidup dia. Dia sekarang dah ada kerja tetap, ada rumah ada kereta. Yang belum ada cuma isteri sahaja.

“Mama awak okay ka Amr. Dah boleh terima hakikat ka pasai abang awak tu.”

“Dia okay sangat, cuma bab Zahara tu susah sikit dia nak terima. Masih nak cuba lagi suruh saya terima dia. Zahara pun dah boleh terima hakikat dah. Nanti saya bincang dengan mama.”

Meredah rimba yang berduri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience