DAMAI 2 - DUA AMR

Romance Series 20333

Basikal aku letak ditempat biasa, segera masuk kedalam kedai untuk menukar shif dengan Durrah.

“Amrah, awal kau hari ni. Aku belum sempat sarapan lagi. Kau belikan tak nasik lemak Mak Cik Ani untuk aku.”

Durrah terus menerjah Amrah dengan soalan.

“Aku beli la nasi lemak tu dah hang pesan awal tadi. Dua bungkus macam biasa dan nak sambal lebih dan telur mata.”

Siapa la tak tahu kegemaran Durrah, memang suka makan pedas.

“Pandai pun kau, kau tahu kan hari ni pengurus cawangan baru kita masuk. Kau kerja siang dengan dia tau, aku tak kerja lebih masa hari ni sebab dah dua hari aku buat kerja lebih masa, bateri kong.”

Sambil menyuap nasi lemak Durrah tak henti bercerita. Sedang aku dalam dengar tak dengar tengah fokus makan nasi.

Sesekali aku angguk kepala tanda dengar apa yang Durrah cakap.

“Kau dengar tak Amr?”

Sengaja Durrah memanggil Amrah begitu. Dengan Durrah memang bercakap aku kau la jawapan dia. Durrah orang perak. Selesa berbicara macam tu.

“Tak dengar!”
“Tak dengaq!”

Bergema dua suara menjawab pertanyaan dari Durrah.

Aku pantas mencari suara yang bertanya, suara lelaki ya. Jadinya memang cuak sangat. Kenapa sibuk dia menyahut sama sedangkan Durrah bercakap dengan aku.

“Ulang sekali lagi pertanyaan tadi,saya kurang jelas.”

Lelaki tadi muncul depan mata. Aku mencari anak mata lelaki itu, dia memakai pelitup muka. Agak payah meneka siapa disebaliknya.

“Errrr Encik nak beli barang ka?”

Durrah tergagap, tak sedar bila masa lelaki tu muncul.

“Ehh tak, saya pengurus cawangan baru. Hari ni mula kerja. Maaf la saya lewat sikit.”

Lembut dan tenang suaranya. Aku tiba-tiba teringat seseorang yang aku kenal. Tapi pantas aku lepaskan ingatan itu. Tak mungkin dia. Dunia ni luas.

“Oh, okay. Maaf Encik….apa ya”.

Durrah cuba berbasa-basi.

“Lupa kenalkan diri, saya Amr. Tak perlu berencik-encik dengan saya. Panggil saja Amr.”

Mudahnya lelaki ni cakap. Patut la tadi dia menyahut semasa Durrah sebut Amr tadi.

“Okay boleh Encik Amr, saya Durrah dan ni yang akan berkerja dengan Encik shif pagi ni nama dia Amrah.”

Amr memandang Amrah. Amrah hanya dapat melihat anak mata lelaki tersebut. Amr yang samakah?. Masih berfikir kearah yang sama.

“Amrah rupanya, patut la Durrah panggil awak Amr tadi.”

Lelaki tadi masih memancing kata dari Amrah.

Namun Amrah tidak menyahut. Dia bingkas bangun dan menyusun barang-barang yang hampir habis. Kena bersiap sedia, waktu kemuncak pagi sebentar saja lagi. Amrah segera mengenakan pelitup muka. Kewajipan bagi semua orang pada kala ini. Walau pandemik sudah surut. Namun norma baru masih diteruskan bagi kedai 24jam seperti mereka.

Namun saat tiada sesiapa mereka boleh buka pelitup muka mereka.

“Amrah, aku balik dulu tau. Jumpa malam ni.”

Durrah mengambil bag dan terus berlalu pergi. Dia menuju kearah Amr tadi tu.

“Amr, saya pergi dulu ya. Kalau ada apa-apa Amr boleh tanya Amrah”.

Durrah berkata sambil mengenakan pelitup muka.

Sejam berlalu namun sukar benar mahu memancing kata dari mulut emas itu. Amr dari tadi perhatikan Amrah menyusun barang.

Dia mencari idea mahu mendengar suara emas itu sekali lagi.

“Amrah, awak tahu tak dekat mana senarai barang dan list vendor kita?”

Amrah berpaling dan terus ke bahagian penyimpanan untuk mencari apa yang Amr perlukan. Tanpa bicara Amrah menyerahkan senarai itu kepada Amr. Amrah pelik selalunya orang hanya merujuk senarai dalam komputer sahaja, tapi dia nak tengok list atas kertas.

“Terima kasih Amr.” Amrah terkejut dengan usikan dari Amr. Nama tu memang keramat untuk dia. Tiada lelaki pernah memanggilnya Amr kecuali seorang.

Telefon tangan Amrah berbunyi, dia terus kebelakang untuk menjawab panggilan tersebut.

“Assalammualaikum makcik, ada apa-apa masalah dengan Aisy ka makcik. Mak cik dah ambil Aisy?”. Amrah tidak tunggu lama apabila nama mak cik Esah memanggilnya.

“Mak cik dah ambil Aisy tadi, Aisy yang nak cakap dengan kamu. Dia minta mak cik telefon kamu, tak sabaq nak cakap dengan kamu.”

Huh lega ingatkan apa la tadi.

“Baik mak cik, tapi saya tak boleh lama ni sebab sat lagi waktu kemuncak tengah hari.”

Amrah menunggu Aisy.

“Mak, Aisy nak makan KFC, lama Aisy tak makan dengan mak.”

Amrah baru teringat janjinya dengan Aisy minggu lepas, dia terlupa langsung untuk tunaikan janji itu. Amrah tidak sedar kehadiran Amr dibilik belakang. Amr bukan senngaja mahu mencuri dengar tapi dia bimbang tiba-tiba sahaja Amrah kebelakang.

“Mak minta maaf Aisy, mak lupa nak bawa Aisy pergi masa cuti hari tu. Mak janji cuti ni Mak bawak Aisy”.

“Ok Mak Aisy tunggu, mak janji tau.”

Petah anak itu berbicara. Semoga lama la kiriman Allah ini dapat aku pinjam.

“Okay sayang, bagi telefon pada Nek Esah ya”.

“Makcik, saya kena sambung kerja, pukul 7 nanti saya balik, makcik ada nak kirim apa-apa dak?”

Makcik Esah sudah lama kehilangan suami, jadinya mereka sangat tahu rasa hati masing. Betapa sukar teruskan kehidupan tanpa suami. Amrah mengajak mak cik Esah tinggal dengannya. Jadinya mak cik Esah tak perlu bekerja dan menyewa. Amrah pula tak perlu mencari orang menjaga anaknya. Situasi menang menang.

“Makcik tak ada nak pesan apa-apa. Cuma kamu jangan kalut balik nanti, perlahan-lahan bawak basikal. Makcik letak dulu. Assalamualaikum.”

Dalam hati Amrah menjawab salam. Amr segera beredar sebelum Amrah perasan kehadirannya disitu. Khuatir Amrah langsung tak mahu bercakap dengannya.

Amrah memerhatikan gerak geri Amr. Dia leka melihat lelaki itu, susuk dan suara itu sangat dikenalinya. Namun dia tak mahu meneka dalam samar. Amr pun seolah-olah tidak mengenali dirinya.

Masuk sahaja waktu 1.30ptg pelanggan tak putus, terus menerus Amrah berada dikaunter pembayaran. Kelibat Amr hilang sebentar. Amrah tidak pula mahu mencari. Pukul 2ptg baru Amr muncul. Amrah hanya berfikir bahawa Amr pergi solat atau pergi makan. Amrah masih belum solat dan masih belum makan. Macam mana la pengurus boleh pergi macam tu saja tanpa beritahu apa-apa.

Amr tiba-tiba datang duduk sebelah Amrah. Amrah jadi tidak tentu arah sebab dia berada dibahagian dalam. Amrah diam disitu. Namun Amr membuka kata terlebih dahulu.

“Amrah, awak boleh keluar makan dan solat, biar saya pula yang jaga kaunter”. Amr memberikan arahan dengan nada sangat lembut, namun lunak didengar oleh telinga Amrah.

“Saya pi sat ya En.Pengurus.” Akhirnya dari pagi tadi Amr nak dengar Amrah memanggil dirinya. Namun dia panggil Amr ‘PENGURUS’. Lunak suara Amrah didengar.

“Ya, baik Amrah. Ambik masa awak ya.”

“Baik Encik.”

Amrah memakai semula pelitup muka.

ORANGE BORAHAE

——-> HI>>> NI PERCUBAAN KEDUA SAYA…. HARAP ADA YANG SUDI BACA DAN KOMEN YA. TERIMA KASIH. SAYA DOAKAN HARI YANG INDAH DAN DAMAI UNTUN SEMUA.

Ps- semoga kita macam Amrah, semua yang datang dianggap sebuah perjalanan. Luka yang dia ada bukan membuatkan dia jatuh namun semakin kuat. LOVE YOUSELF

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience