DAMAI 29

Romance Series 20333

“Amr, Ara tau banyak dah Ara susahkan hidup Amr. Sebab kedegilan Ara, Amr jadi mangsa keadaan. Ara gunakan mama punya keadaan untuk buat Amr tak dak pilihan lain.

Pelik dengan tingkah laku Zahara, dia tiba-tiba mengajak berjumpa. Hal pertunangan katanya. Kan mereka sudah bertunang, mahu bincangkan apa lagi. Macam menyesal ja ni.

“Jadi, apa yang hang cuba nak sampaikan dekat aku.”

Mesra kan Amr, lepas sahaja sah mereka bergelar tunang Amr membahasakan diri dia aku dan menyebut hang kepada Zahara. Zahara tahu namun keras hatinya mahu teruskan juga.

“Kita putus tunang, Amr boleh terus cintakan sesiapa pun dihati awak Amr.”

Agak terkejut dengan pengakuan jelas dari Zahara, namun dia belum boleh percaya.

“Habistu. Macam mana hang rasa lepas nak putus tunang?”

“Habistu apa lagi Amr, Amr bebas la pi kawin dengan sapa pun. Rasa macam mana maksud Amr?”

“Maksud aku, habis tu dekat mak ayah semua sapa nak habaq, aku tak mau hang bubuh nama aku kata aku yang nak putuih. Sat lagi mama benci aku bertambah lagi. Rasa hati hang dekat Arman macam mana? Tak pa ka kalau hang tak kawin dengan adik dia?”

Kerisauan Amr yang selama ini Zahara sengaja butakan, malah dia gunakan kelemahan itu untuk mengawal Amr demi kepentingan dirinya.

“Ara salah Amr, jangan la marah lagi.”

Siapa saja tak marah, dia gunakan nama orang yang bukan dia sorang saja yang sayang, Amr sayangkan abangnya juga. Adilkah begitu.

“Mana-mana manusia pun akan marah Zahara. Aku ada hati, mama aku seolah salahkan aku, dengan terima hang aku sangka mama akan terima semuanya tapi tetap macam tu jugak.”

“Ara mintak maaf Amr, Ara bukan tak sedaq Amr takut mama semakin benci Amr tapi Ara sengaja butakan mata.”

“Takpa la Zahara, benda pun dah berlaku. Tolong la habaq awai-awai dekat keluarga kita. Aku tak sanggup dah nak pikiaq pasai benda ni. Beban sangat-sangat. Abang aku tu satu-satunya, lagu mana aku nak kawin dengan tunang dia. Aku tak sanggup. Kalau hang sanggup sebab cintakan dia, aku pulak tak sanggup sebab aku sangat sayangkan dia.”

“Ya ya Ara sedaq salah Ara. Ara janji akan bagitau secepat mungkin.”

“Terima kasih banyak-banyak Zahara.”

Amr sudah mahu mengangkat kaki, tak betah berlama disitu. Dia mahu segera bertemu dua mata dengan Amrah.

“Amr, sat. Tolong maafkan saya boleh.”

“Boleh, ada apa-apa lagi dak?”

“Tak dak apa dah, kirim salam dekat Amrah nanti. Dia wanita baik Amr, janagn lepaskan dia.”

“Ni la yang aku tengah buat ni. Aku takkan lepaskan dia tak kira apa status diri dia.”

Gila dasyat cinta Amr dengan Amrah. Begitu dalam hingga tak mampu tembok itu ditembusi. Namun gamaknya dia mahu menjadi isteri yang tak mungkin diiktiraf.”

Amr tak terkejut pun kalau Zahara tahu tentang hal itu. Dia lagi seronok. Entah kuasa apa la yang Amrah tu ada kan. Kuasa cerita yang mampu mengubah hatia keras manusia.

———————————————

Amrah termenung sendirian terkenangkan masa lalunya yang masih terukir jelas difikiran. Dari detik dia kenali Amr, dari kematian keluarganya dan dari hari dia bertemu semula dengan Amr.

“Assalammualaikum sahabatku Amrah. Termenung jauh sangat gayanya tu.”

“Oih baru sampai ka aku dah sampai ke bulan dah tau.”

Amrah berjanji dengan Nia mahu berjumpa direstoran makanan segera pada jam 3.00 petang. Tapi Amrah yang terlebih awal. Dia terus bercadang mahu berjumpa dengan Nia sebaik sahaja dia selesai dengan Zahara.

“Mana ada bulan disiang hari sahabat.”

“Amrah, hang ok ka ni. Lama sangat aku tunggu hang call aku tau. Ni kalau dak aku nak mai dengan Zahari tu.”

“Ha apa cerita hang dengan Zahari tu, hari tu beria sangat aku tengok kata kawan sahaja la apa semua.”

“Hang tau kan ex dia culik aku kot.”

“Serius la hang kena culik wei. Teruk sangat aih ex dia tu pun.”

Namun Nia disini bukan mahu menyebut mengenai dirinya, dia mahu mendengar cerita dari Amrah.

“Amrah, aku mai ni sebab aku risaukan hang. Kalau hang anggap aku sahabat hang tolong jangan mengelak lagi.”

“Aku okay ja Nia, takdak apa yang aku nak selalin ada orang yang sudi terima aku seadanya. Hang tau, aku walau dah pernah berkahwin tapi aku tak pernah rasa erti berkahwin.”

“Maksud hang?”

Nia terpinga, versi yang dia tak tahu, yang dia tahu Amrah kematian suami dan harus membesarkan anak suami dia bersama madunya. Itu pun dah cukup perit untuk ditelan.

“Maksud aku, sama macam apa hang pikiaq tu aku tak payah masak selalu tak payah sediakan baju dia ka apa. Cuma kadang-kadang aku nak jugak-jugak buat semuanya. Walau dia berkali tak bagi.”

“Sebab apa tu?”

“Sebab dia tak pernah anggap aku isteri Nia, dia anggap aku adik dia. Hang tau kan hubungan adik dengan abang macam mana.”

“Ya Amrah aku tau. Hang tak pernah tanya dia?”

Suara Nia semakin kendur, dia hampir sahaja tak mampu nak terus mendengar cerita seseorang yang sangat kuat bagi dirinya.

“Pernah aku tebalkan muka tanya dia, dia cakap ‘Arah kan muda lagi, nanti baru pikiaq semua tu, la ni abang nak Arah belajaq ja ok’. Suara dia masih terngiang lagi dalam fikiran aku. Pada awal aku tak mau nak luah dekat sapa oun pasai benda ni, sebab dia dah tak dak kat dunia ni.”

“Tapi hati hang sentiasa rasa macam ada sesuatu yang terseksa kan. Awat hang tak luah semua ni Amrah? Awat hang diam boleh senyum macam biasa ja?”

“Aku tak tau nak luah macam mana, dia dah tak dak Nia. Dia dah tinggai aku tanpa sebarang penjelasan.”

Suara Amrah sebak, ini baru dia mahu membuka pekung didadanya. Peritnya hati hanya Allah yang tahu. Pedihnya jiwa hanya Allah yang tahu.

“Jadi macam mana hang boleh jaga Aisy? Awat selama ni hang tak pernah cerita dengan aku semua ni Amrah.”

Sudah lama sebenarnya dia mahu bertanya kepada Amrah soal ini, namun dia memilih untuk membiarkan wanita itu membuka sendiri cerita tentang dirinya. Kini dia sedang mengupas cerita satu persatu, minda Nia menyalin setiap bait kata dari Amrah.

“Aku jaga Kak Aisyah masa dia dibuang keluarga tu. Baru-baru ni keluarga dia nak jumpa Aisy. Aku nak cerita tapi aku tak tau macam mana nak mula.”

Terkejut lagi, Nia terasa diri seolah sahabat yang tak berguna.

“Awat yang sampai depa buang dia. Serius tak paham.”

“Baru-baru ni jugak aku baru dapat tau mak dia tak boleh terima hakikat tentang anak dia jadi isteri kedua. Padahal depa tak tau kisah sebenaq Nia. Depa taktau dalam hal ni aku yang jadi penghalang kisah depa diteruskan.”

“Tapi hang pun bukan dilayan seperti isteri pun kan Amrah?”

“Tapi dia sangat-sangat baik Nia, aku mungkin tak cintakan dia tapi aku sayang dengan dia. Kalau dia anggap aku adik, aku rela menjadi adik.”

“Tapi hang tetap terluka kan Amrah?”

“Luka yang sekejap, Allah pinjamkan aku Aisy. Aku masih sempat merasa kasih sayang. Aku ada tempat untuk aku teruskan senyuman aku ni. Tapi baru-baru ni aku sangat-sangat terseksa masa aku dapat rasa family kak Aisyah nak ambik Aisy dari aku. Hang bayangkan aku tau dan sedaq aku tak dak hak lebih dari depa.”

Amrah tersenyum mengenangkan Aisy.

“La… depa nak ambik dia lepas besaq dah? Hang lawan ka macam mana.”

Teringin jugak dia nak tahu macam mana wanita setabah dan setenang Amrah ni saat dia berada dalam keadaan yang dia gelabah dan gelisah.

“Aku bawak Aisy jumpa tok dia macam biasa, secara perlahan aku pujuk dengan kata-kata.”

“Amrah kan, dengan kata-kata ja dia boleh ubah hati sekeras batu jadi pasiaq.”

“Maaf la aku nak cerita tapi hang tengah dalam masalah dengan Zahari masa tu.”

“Apa la sangat nak banding dengan keadaan hang ni Amrah. Aku ni kira tak dak apa sangat. Jangan la macam ni lain kali, patut la hati aku tak tenang sangat.”

“Setiap orang diuji dengan berbeza Nia, yang mampu hadap lebih diberikan lebih.”

“Ni macam mana hang boleh ubah fikiran nak luah dekat aku?”

“Aku harap hati aku boleh lepaskan semuanya untuk menerima seseorang dalam hidup aku.”

“Uihhhh tak sabaqnya aku. Aku harap sangat hang bahagia Amrah. Ni Aisy balik pukui berapa ni?”

“Aisy balik dengan paksu dia hari ni. Aku masuk kerja malam hari ni.”

“Kirim salam la dekat dia na. Nanti aku mai dengan Ari. Sebelum tu aku nak habaq dekat hang satu benda ni, aku rasa kan Mia dah lama cintakan Ilham.”

“Hah, serius la Nia? Macam mana hang tau?”

“Aku sebelum ni dok agak ja, nasib baik la memang aku dengan dia tak dak jodoh kalau dak sian la adik kita sorang tu.”

“Jodoh kan, betoi-betoi cinta sejati ni.”

“Aku pun la. Hang pun sama sejati jugak. Nanti hang cerita pasai Amr dekat aku tau.”

“Ha la nanti aku cerita dekat hang ok. Hang pun tak cerita detail lagi dekat aku semua benda.”

“Ok baik cik Amrah sayang. Dah jom aku nak kena balik dah ni.”

“Ok Nia thanks teringat nak jumpa aku. Nanti aku bawak Amr pi jumpa hang dengan Ari ok.”

“Haaaa lupa nama dia Amr.”

Mereka berpelukkan, kemudian Nia dan Amrah membawa haluan masing-masing. Walaupun lewat namun Amrah lega dapat meluahkan apa yang dia rasa.

Kalau sayang katakanlah, kalau benci jugak katakanlah. Maka tiada seseipa yang akan terluka kerana rasa yang tidak-tidak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience