DAMAI 1 - AMRAH

Romance Series 20333

“Assalamualaikum, siapa bercakap ditalian?. Saya perlu bercakap dengan isteri Encik Lukhman”.

Suara seseorang membuatkan senyumnya hilang.

“Saya isteri dia, siapa bercakap ditalian?”

“Saya isteri kedua Encik Lukhman”.

Telefon ditangan jatuh bersama airmata. Aku cuma dinikahi selama 2 tahun dan aku belum pun pernah disentuh. Dalam hati Amrah terasa sukar untuk bernafas. Dugaan apakah ini? aku gagahkan diri mengangkat semula telefon. Masih berfikir wajar.

“Boleh saya tahu, apa bukti cik bahawa cik isteri suami saya”.?

Lidahnya seakan-akan kelu dalam menutur bicara.

“Buktinya anak yang sedang saya kandung ni”.

Wanita dibalik talian menyatakan sesuatu yang paling mengerikan.

“Tapi tujuan saya telefon adalah untuk memberitahu bahawa suami kita baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi”.

Kedengaran suara ditalian sebak yang halus. Cinta itu selama hari ini adalah bukan untuk aku.

“Kita? Ya betul juga awak isteri kedua dia. Maaf, saya tak boleh nak berfikir. Boleh cik ulang sekali lagi”.

“Suami kita, abang Lukhman dah meninggal. Jenazah masih dihospital”.

Sepatutnya aku lebih sedar, kerana abang Lukhman selalu menjaga aku seperti seorang abang kepada adiknya.

Patutlah sering kali aku terasa sepi tanpa cinta darinya. Selama bertahun ini adakah aku hanya sekadar boneka dalam hidupnya.

“Maaf saya terpaksa telefon juga sebab pihak hospital telefon saya tadi, abang Lukhman kemalangan dan tidak dapat diselamatkan, kita jumpa dihospital sebentar lagi, saya nak kesana sebentar lagi”.

Wanita ditalian tidak kedengaran jahat atau menyakitkan hati. Suaranya lembut berbicara walau dia juga pasti sedang berduka saat itu.

Betapa dasyatnya lagi, pihak hospital telefon dia dan bukan aku.

Kaki aku tidak mampu bertahan, terasa sangat goyah. Tangan juga ketar. Cemburu sedih marah gelisah semua menjadi satu. Dugaan jenis apakah ini.

Persoalan demi persoalan bermain diminda.

Siapa wanita itu? Diakah

Kenapa aku tidak tahu?

Kenapa Abang Lukhman tak pernah bagitahu? Pernah agaknya aku yang tak perasan.

Bermacam lagi persolan.

——————————————————————-

“Mak, Aisy lapaq mak”.

Panggilan si kecik membuatkan lamunan tadi mati. Kanak-kanak berusia 3 tahun itu memegang hujung baju aku sambil meminta sesuatu. Bicaranya sudah tidak pelat. Aku tidak pernah mengajar Aisy bercakap pelat, jadinya dalam usia tiga tahun kanak-kanak itu sangat petah berkata.

“Sat ya Aisy, mak tengah masak ni, nak siap dah. Aisy tengok tv dulu ya”.

Aisy akur lalu berlalu kedepan. Lamunan tadi membawa Amrah jauh ke dasar. Mak cik Esah belum pulang dari tadi pagi, melawat sahabatnya katanya.

3 tahun berlalu disaat isteri kedua Lukhman meninggal. Benarlah mereka suami isteri yang punya cinta sejati. Dia meninggal saat melahirkan Aisy. Kini Amrah ada Aisy, memadailah untuk Amrah. Mereka juga sudah pergi buat selamanya.

Meninggalkan benih mereka buat Amrah. Amrah sedikit pun tidak pernah merasa benci dengan Aisy. Dia tidak berdosa. Hari ni Amrah tidak bekerja jadinya masa yang ada ni Amrah luangkan untuk Aisy.

IMBAS SAAT AISYAH LAHIRKAN AISY. (AMRAH POV)

Semasa Aisyah memberitahu bahawa dia isteri kedua Lukhman, Aisyah mengandung 9 bulan. Betapa tabah wanita itu menghadapi suaminya menghadap IIlahi. Namun aku sendiri juga bukanlah tidak berduka langsung. Sebaik mungkin aku mengawal emosi demi kak Aisyah. Dia tidak bersalah. Begitu juga kandungan itu.

“Amrah, akak mintak maaf dengan Amrah sebab berkahwin dengan Abang Lukhman walaupun akak tahu Abang Lukhman dah kahwin masa tu. Cinta kami bukan kerana nafsu tetapi benar-benar cinta”.

Kak Aisyah memegang erat tangan aku semasa menyatakan kata-kata maaf. Dia sudah sangat sarat.

Mereka memang bercinta dari sebelum kami kahwin. Abang Lukhman terpaksa mengikut kata kedua orang tuanya untuk mengawini aku. Aku masih muda semasa ibu bapa dan kedua adik kembar aku meninggal dalam kemalangan. Masih ditahun kedua belajar. Abang Lukhman tua 8tahun dari aku. Jadi wajarlah dia sudah punya pasangan waktu itu.

Demi kedua orang tuanya, Abang Lukhman berkahwin dengan aku tanpa banyak bicara. Namun silapnya dia tidak memberitahu aku bahawa dia berkahwin dengan kak Aisyah. Jika dia beritahu aku pasti akan benarkan dia berkawin. Segalanya terjawab kenapa dia tidak pernah sentuh aku. Rupanya cinta tiada buat aku. Aku mengerti itu namun langsung tidak pernah menyangka bahawa dia berkahwin lain.

Pasti dia kasihankan aku sebatang kara waktu itu. Jadi dia tidak berfikir panjang terus menerima cadangan dari orang tuanya.

“Kak harap sangat Amrah sudi menjaga anak kami ni kalau kak Aisyah tidak berumur panjang. Amrah namakan ja dia dengan nama yang Amrah rasa sesuai”.

Aku mula rasa tidak sedap hati. Bimbang dengan kemungkinan itu. Bermain dengan perasaan yang aku tak mahu ianya berlaku.

“Kak, jangan cakap macam tu kak. Kita jaga dia sama-sama okay?”.

Tolonglah jangan fikir bukan-bukan kak. Amrah semakin gelisah.

Kak Aisyah menitiskan airmata. Aku juga tidak tahu mahu katakan apa lagi kepada kak Aisyah. Selepas mengenalinya aku yakin dia dan Abang Lukhman memang punya cinta yang kuat. Sebenarnya akulah yang menjadi orang tengah dalam hubungan mereka.

“Amrah, akak anggap Amrah macam adik akak. Walau kita baru sahaja berjumpa, Abang Lukhman selalu sebut tentang Amrah pada akak. Jadi akak selalu teringin nak jumpa dengan Amrah.”

“Kak Aisyah jangan fikir apa-apa lagi ya, banyak-banyak berdoa supaya bayi dan akak akan selamat.”

“Zikir banyak-banyak kak.”

Dahi kak Aisyah berpeluh, dia semakin sakit saat dia tumoah darah. Kelahiran dengan tumpah darah pasti menyakitkan.

Aku segera menekan loceng kecemasan.

SELESAI IMBAS

“Mak, dah siap masak belum mak.”

Lagi sekali Aisy datang tanya. Mak cik Esah tak ada hari ni lagi la si Aisy tak senang duduk.

“Kejap sayang, dah siap ni. Sini mari mak cucikan tangan Aisy.”

“Yeahhhh, makan, makan.”

“Sedapnya bau mak, mesti sedapkan mak masak.”

“Belum makan mana tahu sedap atau tak.”

“Mesti sedap la mak masak.”

Petah sungguh bercakap, bersoal jawab bukan main lagi.

“Jom makan Aisy, baca doa dulu.”

Seronok tengok Aisy makan. Amrah tahu dia tak selalu masak untuk Aisy jadinya Aisy selalu seronok bila Amrah cuti.

“Aisy petang ni kita pergi kubur ya.”

“Ok mak, Aisy rindu nak jumpa mama dengan papa.”

Amrah tidak mahu rahsiakan dari Aisy, dari dia boleh berbicara dan mendengar Amrah dah bagitahu perihal mama dan papanya.

“Ya sayang. Lepas makan ni mak nak kemas-kemas. Aisy tengok tv kat depan ok.”

“Ok mak. Mak tambah nasik mak. Sedap la mak masak.”

Amrah senyum mendengar pujian tak putus dari mulut Aisy. Bicara seperti orang dewasa.

Amrah meneman Aisy menonton rancangan kegemarannya sambil melipat baju.

Esok Amrah kerja shif pagi.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience