Dibilik belakang Amr berfikir untuk buat surau kecil disini. Kesian mereka masa terbuang untuk melakukan solat harus jalan selama 10minit. Kemudian kelam kabut balik semula. Jika shif malam lebih sukar.
Amr melihat cctv tak ramai lagi pelanggan. Usai urusan Amrah melayan pelanggan tersebut Amr segera memanggil Amrah.
Amrah menanggalkan pelitup muka. Amr merenungnya. Wajah itu tidak seperti dulu. Lain benar wajah yang dirindui itu. Apa cerita dibalik wajah itu.
“Ada apa En.Pengurus panggil saya ya?”
Amr terkejut dengan panggilan dari Amrah. Terleka sebentar memandang wajah itu.
“Saya ada benda nak tanya pendapat awak Amrah?”.
“Apa dia tu encik.”
Amrah kurang selesa berdua dengan Amr diblik belakang tersebut.
“Saya bercadang nak buat surau kecik dibilik belakang ni. Mudah untuk kita semua solat waktu keseorangan.”
“Tapi En.Pengurus, dulu waktu pengurus lama yang uruskan, saya dengan Durrah pernah bagi cadangan tu, dia tak setuju. Dia kata tak sesuai sebab ni bilik rehat. Padahal solat tu sebahagian pada waktu rehat kita kena guna.”
“Itu kan pengurus lama. Saya kan pengurus baru. Saya bagi cadangan yang mudahkan kita. Kalau bilik rehat lagi la senang kita nak ubah dia supaya jadi bilik solat. Pengurus lama tu mungkin fikir tak sama macam kita.”
“Okay boleh En.Pengurus. Lega saya dengaq macam tu.”
“Takpa kita tunggu Durrah sampai dulu ok.”
“Nak dekat time dia sampai dah ni encik.”
Amrah memang mahu mengelak berlama disini.
“Awak ni degil kan. Masih nak panggil encik.”
“Saya belum biasa lagi. Baru seharian kita kenal. Mana boleh encik harap saya panggil encik dengan panggilan.”
“Durrah ok ja.”
“Terang-terang nama dia Durrah, nama saya pulak Amrah. Mana sama.”
Kalau menjawab cakap tu memang sah la ni Amrah.
“Yalah tak sama. Asyik nak menang ja.”
Amr tersalah bicara. Dia memandang Amrah untuk melihat reaksi wanita itu.
“Asyik?”
“Salah sebut ja la. Awak macam kawan saya dulu. Dia selalu nak memang.
“Ya lah kalau asyik tu maksudnya kita dah banyak kali berbual.”
“Kan saya dah habaq tadi. Silap guna perkataan.”
Amr tersenyum dibalik pelitup muka. Dia tahu Amrah memang kalau ikut hati dia boleh pertikai lagi.
Pintu dibuka dan Amr keluar untuk lihat jika pelanggan yang masuk. Namun ternyata Durrah. Amr memanggil Durrah masuk dan bertanyakan solan yang sama kepada Durrah. Lupa untuk melihat di cctv sahaja.
“Saya memang okay la Amr. Masa pengurus lama dulu, Amrah dah pernah bagitau dah nak buat tempat solat kat situ. Tapi dia tak setuju. Katanya nanti susah nak rehat dekat situ.”
“Eh, apa pulak yang susah nak rehat dekat situnya. Solat bukannya lama. Lagi jimat masa tau kalau kita solat dekat sini ja.”
“Itulah yang tak paham. Tapi kalu Amr nak buat saya memang setuju sangat la. Lupa pulak nak tunggu Rizal sekali.”
“Sapa Rizal. Pekerja yang sama shif dengan awak ka?”
“Ya Amr dia memang selalu tak pernah datang awal. Lewat ada.”
“Yala tak pa kita tunggu dia sekali. Saya nak jumpa dia sebelum balik.”
“Kalau Amr ada kerja boleh balik dulu. Nanti saya bagitahu dia.”
“Eh.. tak lah saya memang kena jumpa dia dulu. Mana jumpa dia lagi ni.”
“Okaylah kalau macam tu.”
Amrah dah siap ambik bag nak balik dah dalam pada mereka asyik besembang. Sempat dia melayan dua orang pelanggan yang datang.
“Nanti saya proses buat ya. Paling susah sekali nak solat subuh la. Time tu mana boleh tinggal kedai tak dak orang jaga”.
“Time subuh pun kami pergi surau juga la Amr. Tunggu dah nak dekat hujung waktu. Ramai dah orang keluaq waktu tu.”
“Lepas ni tak perlu buat macam tu lagi. Ruang sini banyak. Bukan tak cukup ruang pun”.
Amr memandang Amrah yang dah siap ambil bag.
“Amrah awak dah habis shif kan.”
“Ya dah habis. Tunggu En.Pengurus habis cakap saya nak balik juga ni.”
“Tak pa awak balik dulu, esok saya boleh jelaskan apa-apa hal dekat awak.”
“Betul ka ni, saya balik dulu la En.Pengurus.”
Durrah memandang pelik mereka berdua. En.Pengurus?. Manala dia dapat nama macam tu.
“Amrah, esok kau cuti kan. Jangan lupa janji nak bawak Aisy. Kalau sempat datang la kedai kejap, bawak Aisy sekali.”
“Aku ingat la. Amboi macam teruk sangat aku ni.”
Dengan Durrah payah sedikit bicara Amrah, dia risau Durrah tidak memahami bahasa kedah. Lama kelamaan dia tahu Durrah faham.
“Bukan la, aku ingatkan ja. Satg kata aku tak ingatkan pulakkk.”
Nampak tu, dia pun sesekali cakap utara dengan Amrah. Amr mendengar bicara kedua sahabat. Makna kata esok dia boleh kenal dengan suami Amrah.
“Ya la terima kasih intan payung.”
“Haaaa macam tu la kawan.”
“Aku pi dulu tau. Hang apa-apa call aku. Kalau aku sedaq aku mai la.”
Amrah senyum. Durrah menjeling. Kau orang terakhir la aku akan kacau. Dengan anak lagi dengan suami tak dak. Simpati pada sahabatnya itu tidak pernah kurang.
————————————————-
Amr memandang Amrah pergi. Durrah memandang Amr dengan penuh kemusykilan. Pelik dengan Pengurus mereka. Macam ada yang tak kena antara mereka. Dia buka pelitup muka pulak Pengurus seorang ni. Sepanjang Amrah ada langsung tak buka.
“Hmmm something fishy… kita kena siasat.”
Dari awal Durrah melihat Pengurus mereka itu dia dah rasa pelik dah. Lain macam ja. Tapi namanya baru jumpa kan. Kena tengok beberapa hari lagi.
Amr memandang Durrah yang temenung dari tadi.
“Awak ni dah kenapa Durrah?”
“Saya nak tanya sikit boleh tak Amr?”
“Ish kita tanya dia, dia tanya kita balik. Nak tanya apa tu?”
“En. Amr kenal ka dengan Amrah?”
Sekejap En sekejap panggil nama. Elok la dua kawan baik ni.
“Soalan apa awak tanya ni. Kenal la semalam kan dah berkenalan. Pelik betul dah pergi buat keja sana. Saya nak balik dah. Sapa nama sorang lagi pekerja. Rizal kan.”
“Yessss…saya Rizal. Ni mesti pengurus baru tu kan. Sory encik semalam saya cuti memang tak boleh mai.?”
“Tak pa la saya faham. Saya balik dulu esok saya mai awai jumpa kamu berdua. Tapi esok saya halfday. Nanti tolong call budak partime mai ya. Dan lagi satu, Rizal awak pun panggil saya Amr atau abang Amr ja.”
“Esok saya ot sampai pukul 10 pagi. Budak partime mai dalam pukul 10 juga. Boleh ka panggil nama ja.”
“Apa yang tak boleh. Ok saya gerak dulu. Esok saya jumpa awak dengan dia sekali.”
Rizal akan buat kerja lebih masa esok menggantikan Amrah. Durrah mula menyusun barang dan memeriksa semua barang yang hampir tamat tempoh. Kalau ada ramen dia akan makan. Lebih jimat makan makanan yang dah hampir tamat tempoh.
———> ORANGE BORAHAE
* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.
BORAHAE…
Share this novel