DAMAI 25

Romance Series 20333

“Mak, Amrah nak balik dah tu.”

Puan Zaleha dikejutkan dengan panggilan dari Nia. Zahari hanya mengikut sahaja. Senyum tidak lekang dari wajah. Matanya juga tidak lepas dari memandang wajah Amrah, wanita yang diceritakan oleh Nia seorang yang kuat.

“Segaknya dia, awat Nia tak pernah bawak dia mai jumpa mak. Selama ni dok dengaq dari mulut Nia ja pasai Amrah. Ni mesti Aisy kan?”

“Haah mak cik, ni Aisy. Aisy salam dak lagi.”

Aisy hanya diam sahaja.

“La…apa panggil mak cik, panggil mak la Amrah. Mai salam mak tok mai. Comeinya dia.”

Puan Zaleha tahu hampir semua kisah Amrah. Dia kagum melihat anak itu depan mata dia. Amrah tergenang air mata mendengar kalimat mak. Panggilan yang dia rindu.

“Amrah nak balik dah mak, lain kali Amrah mai lagi na.”

Puan Zaleha memeluk Amrah erat. Bahu yang memikul sejuta beban itu digosok perlahan.

“Moga Amrah kuat, mak ada sini untuk Amrah.”

Hanya bisikan sahaja dapat dilafazkan. Amrah tunggu hingga petang pada hari bermakna buat sahabat dia.

“Terima kasih mak.”

Agak berat lafaz itu dikeluarkan. Kalam yang sudah lama tidak disebut. Kalam yang dah lama dirindui. Nia juga tergenang air mata. Wanita kuat itu memang bukan tandingan dia dalam hadapi cabaran.

“Lain kali kita sembang lagi, mak pun teringin nak sembang dengan Amrah. Hari ni tak dan nak sembang lama-lam.”

“Aisy salam semua dak lagi?”

“Dah mak, Aisy balik dulu tau. Bye-bye.”

“Jom Nia, mak Zahari. Tahniah sekali lagi tau.”

Nia menghantar Amrah kedepan. Zahari turut sekali namun memberikan jarak buat mereka. Dia dan Nia juga sudah menyalin pakaian lain tadi untuk menunaikan solat. Waktu petang sudah tidak ramai tetamu.

“Amrah, thanks tau hang mai jugak dalam pada tak dan itu ini. Nanti aku bawak Ari jumpa hang secara rasmi.”

“Ya Nia okay.”

“Awat hang tak bawak dia tu mai.”

“Aku tak tau la Nia aku sekarang banyak kena pikiaq. Nanti kita cerita. Ni hari bahagia untuk hang aku tak mau bagi hang emosi.”

Amrah tahu Nia mahu tahu tentang dirinya. Dirinya yang dibelenggu rasa rindu, dirinya yang mencari rasa dalam diri, dirinya yang hanyut dalam mainan rasa. Nia menghantar Amrah dengan pandangan penuh rasa ingin tahu.

Selepas selesai majlis kenduri Nia dan Zahari, Amrah segera membawa Aisy pulang. Dia terasa sayu dengan layanan dari ibu Nia. Teringat kepada arwah ibunya. Sewaktu Mak Cik Esah menyuruhnya memanggil ‘Mak’ dia langsung tidak terasa mahu memanggil. Namun saat ibu Nia menyuruh dengan mudah dia dapat lafazkan bait kata itu.

——————————————

“Amrah, macam mana majlis kawin Nia? Ok ka?”

“Macam majlis kawin, ada pengantin dan ada makanan.”

Tak pandang langsung muka Amr. Berpaling pun dah tak sudi.

“Amrah, pandang Amr sini. Pasai apa ni cuba habaq dekat Amr, tak kena dekat mana.”

Bukan dia tak tau dekat mana yang tak kena, sengaja mahu Amrah menyebut. Cemburu la tu.

“Amrah, kalau sekali ja Amrah luah rasa dalam hati tu Amr sanggup hadap dunia untuk pastikan Amrah bahagia tau.”

“Apa cakap macam tu, jodoh rezeki semua kan dari Allah.”

“Iya, maksud Amr, Amr sanggup usaha bagi dapat bahagiakan Amrah. Bukan Amr tak percaya dengan itu. Cumanya kita tetap perlu berusaha kalau nak capai sesuatu.”

Amrah yang tadi memandang Amr pun tidak sudi kini mahu bertentang mata dengan Amr. Dia kalah dengan rasa dalam hatinya kini. Berita Amr bakal bertunang bukan hanya meninggalkan kecewa, malah meningga terobek hatinya. Namun dia menafikan sekerasnya.

“Hati orang jangan dikecewakan sewenangnya Amr.”

“Hati sapa tu Amrah cuba habaq.”

“Sapa lagi, hati Zahara la.”

“Bukan hati Amrah ka hurm.. Dia pun tak cintakan Amr, mama yang paksa dia kawin dengan Amr.”

Dalam lembut Amr sering palu hati Amrah supaya Amrah meluahkan apa yang dia rasa.

“Amr pasti ka dia terpaksa? Awak dah tanya dia ka? Hati saya tak ada kena mengena kan.”

“Amrah, apa yang tak kena sebenaqnya ni, kalau terus dok pertikai ja tak guna, kita boleh pi tanya dia terus. Mau dak..”

Dalam lembut lagi Amr seolah memaksa Amrah beritahu tentang hatinya. Namun Amrah tahu ini bukan masanya. Amrah juga sedar dia tiada hak satu apa pun terhadap Amr.

“Esok saya nak jumpa Faizal.”

Sengaja mahu mengubah topik perbualan. Mahu sakitkan hati Amr pula barangkali.

“Amr ikut.”

Amrah tidak mahu membalas, namun dia sendiri pelik dengan dirinya pergunakan nama Faizal disaat ketegangan hati datang. Padahal dia punya la mengelak dari jumpa dengan Faizal tu lagi.

“Amrah, dengaq dak Amr habaq kata Amr ikut Amrah masa nak jumpa Faizal.”

Bunyi telefon tanya membejat pertanyaan dari Amr, pertanyaan yang memang Amrah tak mahu jawab sebab dia tiada jawapan.

“Assalammualaikum mak cik, awat mak cik tak call Amrah langsung ni risau tau.”

“Wasalam, maaf Amrah mak cik dok proses juai tanah tu. Nanti balik mak cik cerita ya.”

Suara Mak Cik Esah agak kekalutan. Seolah tidak sabar mahu meletakkan telefon.

“Mak cik balik bila ni? Mak cik sihat dak?”

“In shaa Allah hari ni atau esok mak cik balik. Okay na mak cik letak dulu. Assalammualaikum.”

Pap, panggilan terus dimatikan. Amrah pun pelik dengan keadaan yang tidak rasional ini. Sihat ka dak pun tiada jawapan.

“Amr, pelik tau Mak Cik Esah ni. Dia cakap kalut-kalut. Risau pulak kalau ada masalah apa yang dia tak mau habaq.”

“Amrah cakap dengan Amr ka?”

Dia masih dok berAmr Amrah. Sengaja nak menduga hati wanita dihadapannya.

“Tak pun, cakap dengan ramen ni.”

Amrah terus berjalan pergi. Entah apa yang merasuk Amr sehingga bersikap acuh tak acuh dengan dia. Takkan dia tak faham kot keadaan diri dia.

“Akak, Rizal mintak maaf kak.”

Lewat petang itu Rizal datang untuk mengisi waktu yang Amrah terpaksa balik awal. Amr masih dengan sikapnya berdiam diri dengan Amrah. Protes agaknya.

“Pasai apa pulak mintak maaf. Tak dak apa yang nak dimaafkan pun.”

“Saya tau akak dah tau saya adik along. Awat akak diam ja.”

“Tak dak apa yang akak nak cakap Rizal. Akak suka bila Rizal ada dekat dengan akak.”

“Akak tak marah kat saya ka?”

“Nak marah pasai apa pulak, jangan la pikiaq yang bukan-bukan lagi.”

Sudah la dia serabut dengan lamaran dari Faizal, lagi Rizal nak tambah lagi dengan permikiran yang serupa. Dia tidak tahu celah mana harus dia marahkan Rizal, lelaki itu masih muda.

“Angah ada jumpa dengan akak kan, dia cakap apa?”

“Nanti Rizal tanya dia sendiri boleh? Akak tak tahu nak cerita macam mana.”

Rizal menyambung semula kerja, sudah sampai waktu Amrah ambil Aisy disekolah.

“Amr, saya balik dulu.”

Amr menghantar Amrah hanya dengan pandangan. Entah macam mana wanita itu mampu bertenang sahaja dalam apa situasi pun. Masa dirinya sakit hari tu dia dengar semua apa Amrah cakap. Dia mengaku nak kawin dengan kita, tapi ni macam endah tak endah pulak.

————————————-

“Assalammualaikum Ara, apa kabar?”

Wajah Amrah langsung dia tak mahu tatap.

“Aisy mana Ara?”

“Sat lagi dia keluaq, kita cakap sat boleh dak?”

Amrah sudah tahu isu apa yang akan diperkatakan. Amrah sudah bosan jika isu yang sama lagi akan diperkata.

“Boleh, cakap la Ara.”

“Saya dah jadi tunang Amr, awak tahu kan?”

Tanpa berbasa basi Zahara terus bercakap topik yang dia pendamkan. Dia agak kecewa setelah tahu wanita dihati Amr adalah Amrah.

“Saya baru tahu Ara. Tahniah tau.”

Amrah masih tersenyum. Kecewa sudah disimpan dilubuk hati paling dalam.

“Awak tahu kan dengan siapa.”

“Saya tahu Ara.”

“Saya takkan mintak awak jauhkan diri dari Amr, sebab perkara tu hanya akan buat Amr lagi benci saya. Saya cuma nak awak kekal sebagai sahabat dia. Tolong bagitahu dia yang awak tak cintakan dia.”

“Baik Ara kalau itu yang membuatkan awak pandang saya pun tak sudi. Saya harap hubungan kita yang baru awak minta untuk dibina tu masih ada disitu. Syaa takkan pernah berbohong kepada dia. Hubungan dia dengan saya bukan macam yang awak fikir.”

Zahara tidak menyahut kata-kata itu. Dia memangsakan dirinya. Amrah dibiarkan sebagai pemangsa. Amrah juga sudah tidak sudi memanggil Zahara dengan panggilan Ara.

“Saya paham, maaf atas salah silap saya. Saya tak janji apa-apa dengan awak sebab ni melibatkan hati dan perasaan Amr. Dia berhak memilih apa yang dia suka. Kita hanya berhak mengawal rasa hati sendiri saja. Jangan pernah mengatur apa pilihan orang.”

Zahara merasa terpukul dengan kata-kata Amrah. Bukan Amrah sengaja mahu berkata begitu, namun dia geram memikirkan wanita itu pernah mahu menjadi sahabatnya namun kini seolah mereka seperti musuh. Lebih geram lagi dia mahu memaksa hati orang lain.

“Kalau paham bagus la, awak jangan bagitahu Amr saya cakap dengan awak ni pulak.”

“Pasai apa nak atoq hidup orang suka hati ja ni ha. Awak usaha ja tawan hati Amr tu. Dia nak sahabat dengan siapa ka suka hati dia. Kalau dia mintak pendapat kita baru kita ada hak nak bagi pendapat.”

Nada Amrah sudah naik satu oktaf. Dia benci betul dengan sikap suka mengawal hidup ni.

“Bukan nak atoq hidup sapa-sapa tapi saya tak mau nanti awak cerita yang bukan-bukan pulak.”

Seee, dia memang takut dengan Amrah. Dia lebih takut bila wanita dihadapan dia jauh lebih meahami Amr, lebih dekat dengan Amr setiap hati.

“Ikut awak la cikgu. Saya nak ambik anak saya, dan nak terus balik. Cikgu boleh terus hidup dengan syak wasangka.”

Amrah sudah memanggil Zahara dengan cikgu semula. Rasa kesian kepada Amr semakin menggunung. Sudah la mamanya masih memaksa, kini dia dapat rasakan Zahara juga sama.

Manusia yang suka mengatur hidup orang ni selaluny akan rasa diri dia mangsa keadaan. Dia akan rasa semua orang buat benda tak betul. Dia saja yang betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience