Amrah, esok awak cuti kan?”
Diam tiada balasan. Tangan Amrah masih menyusun barang-barang. Amr datang mendekat.
“Amrah, saya tanya ni esok awak cuti kan? Ohhh Amrah.”
“Ha, apa dia Amr? Sory-sory saya tak dengaq.”
“Awak pikiaq apa ni Amrah sampai macam tu sekali Amr tengok. Kalau pikiaq pasai benda yang belum terjadi, lebih baik awak jangan pikiaq sangat. Semua yang jadi ada hikmahnya. Awak tahu tu kan Amrah?”
“Saya tahu Amr. Saya cuma risau saja tak pikiaq apa pun. Esok harinya Amr. Seram sejuk kalau teringat saja pun.”
“Awak dah bagitau Aisy ka pasai esok?”
“Saya tak habaq lagi. Macam tak dak kekuatan. Dekat Mak Cik Esah pun Amrah tak habaq apa lagi. Dia pun macam dalam masalah ja saya tengok. Dia nak balik kampung dua tiga hari masa kita kerja pagi nanti. Ingat tau saya masuk lambat sikit.”
“Iya…Amr ingat la. Pasai apa ni Amrah sampai macam ni sekali.”
Kali ini perasaan Amrah sangat-sangat rapuh. Dia memikirkan terlalu banyak kemungkinan yang tidak-tidak.
“Tak dak apa Amr. Kita sambung buat kerja dulu. Nak habis shif dah ni.”
“Ingat pesan Amr ni Amrah. Jangan lupa tau, apa pun jadi semua ada hikmah tak kira baik atau buruk. Amr akan selalu ada untuk Amrah.”
Amrah hanya senyum mengangguk, dia suka dapat mendengar kembali ayat itu. Ada seseorang untuknya walau hanya sekadar kawan.
“Assalammualaikum sahabat. Kenapa yang seorang diutara dan seorang diselatan tu. Bergaduh ka?”
Diam siapa pun tidak menjawab. Kedua mereka berada dalam mode berperang agaknya. Durrah mendekati Amrah.
“Hello…sahabat awat diam ja ni. Aku bagi salam berapa kali tak jawab apa pun.”
Memang suka berlebihan, padahal sekali saja dia bagi salam tadi.
“Sory, aku tak dengaq. Dok dengaq lagu.”
“Hmmm yela. Aku pi simpan bag dulu. Hang tinggal situ la semua tu aku sambung.”
Amrah diam kembali. Durrah terkerut dahi dah melihat tingkah laku Amrah.
“Amr, kenapa dengan Amrah tu. Dari tadi macam duduk dalam dunia dia ja.”
“Saya pun tak tau la pasai apa. Memang macam tu dari tadi. Dua tiga kali panggil baru dia nak sahut.”
“Mesti ada benda yang dia fikir. Kalau tidak bukan macam tu.”
“Mungkin la.”
Amr tidak mahu bicarakan soal yang belum diketahui Durrah. Biar amrah sendiri yang cerita. Amr kebelakang mengambil bag. Amrah masih menyusun dari tadi. Mengeluh Amr melihat telatah Amrah seharian ni.
“Durrah, aku balik dulu tau. Jangan lupa esok aku cuti tau.”
Tangan Amrah masih menyusun barang serba sedikit sambil bercakap dengan Durrah yang masih memandang Amrah tanpa berkata apa-apa.
“Durrah hang dengaq dak ni. Diam pasai apa?”
“Aku dengar la Amrah… yang peliknya kalau nak balik awat tangan dok susun barang lagi tu. Ni mesti ada benda hang dok pikir kan.”
Macam biasa la loghat bercampur dia tidak pernah membosankan hidup Amrah. Keluhan kecil keluar dari mulut Amrah. Hari ni hari keluhan sedunia. Durrah senyum.
“Esok aku bawak Aisy jumpa ibu ngan ayah Kak Aisyah. Hang doakan untuk aku tau.”
Selamba sahaja dia berkata, namun benar mengejutkan Durrah. Patut la kawan tak keruan.
“Macam mana depa tau hang kerja sini Amrah? Depa datang jumpa hang ka? Hang ok tak ni. Nak aku teman dak?”
“Hang kerja kan esok. Tak pa kot tu cucu depa jugak. Nanti apa-apa aku habaq dekat hang okay. Aku pun tak tau macam mana depa boleh tau. Aku tak boleh nak pikiaq lagi. Kena jumpa depa dulu baru boleh tau.”
Amr dari tadi hanya memerhati sahaja dari jauh. Esok adalah harinya. Seharian hari ni Amrah seolah tidak berada dalam kedai tersebut. Mindanya terawang-awang. Bebrapa kali sahaja Amr sempat berbual dan nasihat dia.
—————————————
“Aisy, mak nak cakap sikit dengan Aisy boleh?”
Mak Cik Esah sudah keluar untuk usrah bersama kawan-kawan mengajinya.
“Ya mak.”
“Esok Aisy ikut mak pi kubuq tok wan mak tok dengan pak su na. Lama kan kita tak pi sana?”
“Okay mak. Mak okay ka ni?”
Suara halus itu meruntun naluri keibuan Amrah. Air mata seolah tidak dapat dibendung. Amrah memeluk erat Aisy. Hatinya seolah tidak dapat menerima hakikat yang dia akan berkongsi rasa dengan orang lain.
“Mak rindu mak tok dengan tok wan?”
Amrah angguk dalam pelukkan.
“Aisy kan ada mak. Esok kita pi jumpa depa tau mak.”
“Aisy, esok lepas pi kuboq kita pi jumpa keluarga ibu ya?”
Aisy diam. Mungkin cuma memproses erti keluarga untuk arwah ibunya.
“Sapa?”
“Ibu dengan ayah Ibu Aisy.”
“Dalam kuboq ka mak?”
“Dak sayang depa hidup lagi, depa nak jumpa Aisy.”
“Aisy tak mau mak, Aisy tak kenai depa.”
“Ya…sebab tu mak nak bawak Aisy jumpa depa. Nak bagi kenai la tu.”
Masih dalam pelukkan, Aisy diam agak lama dan Amrah membiarkan diamnya itu seketika.
“Mak tak tinggai Aisy dekat sana kan? Mak ikut Aisy kan mak?”
“Ya sayang mak ikut. Apapun jadi mak akan ada selalu dengan Aisy. Aisy boleh pegang tangan mak ni sampai ma.. bila-bila.”
Tidak jadi Amrah menyebut perkataan mati. Aisy angguk. Memilih untuk mempercayai Amrah. Dia mengeratkan lagi pelukkan.
————————————
“Mak Cik Esah, pagi ni lepas sarapan Amrah bawak Aisy keluaq. Mak cik pi stesen bas dengan apa?”
“Mak cik pi dengan teksi ja sat lagi. Amrah pi elok-elok tau. Nanti aoa-apa mak cik telefon.”
Suara Mak Cik Esah perlahan sahaja. Dia tidak bertanya kemana Amrah pergi.
“Mak cik pi baik-baik tau jangan lupa telefon. Kalau tak pasti apa-apa mak cik tanya Amrah dulu ya. Kunci rumah mak cik bawak kan, ic semua ada dak?”
Amrah risaukan Mak Cik Esah, namun dia tahu sejauh mana pun itu tetap anak mak cik. Sedar akan dirinya bukan sesiapa untuk Mak Cik Esah. Tak pernah lagi dalam tempoh mereka duduk bersama ni Mak Cik Esah pergi berhari-hari macam ni.
“Ada mak cik bawak dah semua. Amrah pi baik-baik. Aisy jangan nakai tau masa mak tok tak dak ni. Jangan susahkan mak tau.”
“Mak tok balik cepat tau nanti Aisy rindu. Sayang mak tok.”
Aisy memeluk Mak Cik Esah dengan erat. Mereka keluar serentak. Amrah dan Aisy terus ke tanah perkuburan.
“Mak, Ayah hari ni Arah nak pi jumpa keluarga kak Aisyah. Arah tak boleh nak mintak doa dari mak atau ayah dah. Arah risau sangat tapi Arah harap ini yang terbaik untuk Aisy. Aisy, doa untuk mak tok dengan tok wan dak lagi?”
Aisy diam tidak menjawab, rupanya sedang berdoa dengan kusyuknya. Anak kiriman Tuhan ini sangat berharga dihatinya. Amrah membaca doa untuk arwah mak,ayah dan adiknya.
“Sayang, dah siap ka doa untuk mak tok dengan tok wan.”
“Dah mak, untuk pak su pun dah. Aisy sedih mak. Rindu ibu dengan ayah. Mak pun mesti rindu kan?”
“Rindu sangat sayang. Dah jom kita pergi jumpa keluarga ibu ya, anak mak dah sedia ka?”
“Sedia dah mak.”
Dalam perjalanan Aisy tidak banyak bercakap seperti selalunya. Jika Amrah bertanya baru dia jawab seringkas mungkin. Entah apa yang ada dalam fikiran anak itu dia tidak berani meneka.
“Kita dah sampai dah ni, Aisy ok kan sayang?”
“Aisy ok mak.”
Tangan Amrah dipegang erat. Loceng rumah ditekan dua kali. Kelibat seseorang keluar dari rumah mendebarkan dada Amrah. ‘Ya Allah kuatkan hatiku Ya Allah’.
“Assalammualaikum auntie, apa khabar auntie sihat?”
“Wahhhh…dah sampai dah sapa nama ni..”
Tidak menjawab salam dari Amrah, Puan Maria terus menerpa kearah Aisy. Dia tunduk sedikit supaya mudah untuk melihat wajah cucunya. Saling tak tumpah seperti Aisyah. Huluran tangan Amrah juga diabaikan.
“Sapa nama ni nani tanya ni.”
“Aisy sayang, jawab la tu kan nani tanya Aisy tu.”
“Nama Aisy umur 4 tahun.”
“Olohhh comeinya… jom masuk rumah nani jom tok ayah tunggu kat dalam.”
Aisy menarik tangan Amrah apabila Puan Maria menarik tangan Aisy seorang sahaja. Amrah dapat rasakan kehadirannya tidak diperlukan pun sebenarnya. Namun dia masih tersenyum dan mengikut langkah kaki Aisy.
“Tok ayah beli banyak mainan untuk Aisy tau. Aisy makan dulu baru main okay.”
Aisy diam, tangan Amah semakin kuat digengam. Puan Maria mengeluh perlahan. Bukan mudah nak tangani hati anak kecil itu. Dia memandang wajah Amrah yang masih senyum tanpa jemu.
“Jom masuk. Duduk ya auntie nak buat air.”
“Amrah tolong auntie ya.”
“Tak pa tak pa duduk ja ya.”
Puan Maria dingin tidak seperti semasa mula-mula dia datang bertemu Amrah hari tu. Sedar dengan kekurangan diri Amrah hanya diam membisu. Tuan Husin memandang tingkah laku isterinya. Amrah memandang Tuan Husin dan senyum sedikit lagi. Semakin lama mungkin semakin tawar senyum itu.
“Amrah dari mana dengan Aisy tadi?”
Sekadar berbasa-basi Tuan Husin bertanya juga sepatah dua kepada Amrah. Lembut wajah anak gadis itu benar membuatkan rindukan Aisyah. Dilihat pula wajah Aisy yang saling tak tumpah itu lagi la dia rindu.
“Dari rumah tadi terus pi kuboq dulu baru mai sini.”
“Ohh boleh uncle tahu kuboq sapa Amrah pi tadi.”
“Arwah mak ayah dengan adik saya uncle. Keluaq awai pagi tadi terus pi situ dan mai sini.”
“Aisy mai sini dok kat tok ayah. Sat lagi kita main sama-sama ok.”
“Abang, Aisy mai sini makan.”
Puan Maria hanya menjemput kedua mereka tanpa menyebut nama Amrah.
“Amrah, jom kita makan.”
Lembut nada Tuan Husin mengingatkan pada ayahnya. Masing-masing pernah merasa kehilangan.
“Baik uncle. Jom Aisy.”
Amrah hanya mengambil sedikit nasi dan lauk. Dia tidak boleh menelan pada waktu begini. Aisy makan seperti biasa, jika dengan ayam goreng pasti tidak panggung kepala dia.
“Sedapnya cucu nani makan.. sedap dak nani masak.”
“Sedap. Mak, Aisy dah kenyang.”
Ditegur oleh Puan Maria, Aisy langsung berhenti makan.
“Aisy…habiskan makan dulu ya, tak baik ada lagi sikit nasik dengan ayam tu. Sayoq pun habiskan.”
“Okay mak..”
“Biarkan ja la kalau dah dia tak habis. Jangan dipaksa budak tu.”
Sinis suara Puan Maria hanya mampu mengundang senyuman dari Amrah. Aisy makan hingga habis semua dalam pinggan seperti yang disuruh Amrah.
“Bagusnya dia… pandai mak dia ajar dia. Nanti tok ayah bagi hadiah tau sebab Aisy dengaq cakap.”
Amrah mengutip pinggan Aisy dan dirinya dan membawa ke dapur untuk dibasuh.
“Tinggai ja situ, sat lagi auntie basuh. Tak payah nak pandai-pandai nak basuh bagai.”
Amrah tetap terus basuh kedua pinggan itu tanpa membalas bicara yang semakin berbisa dari Puan Maria. Dai kedepan dan duduk dibawah. Melihat Aisy bermain bersama dengan Tuan Husin. Semakin mesra dan hati Amrah seolah ditusuk sembilu. Aisy memandang Amrah.
“Mak, Aisy main sat boleh..”
“Boleh sayang mainla.”
Puan Maria duduk bertentang dengan Amrah, hari ni dia akan suarakan juga keinginan dia.
“Amrah,auntie nak ambik Aisy tinggal sini boleh?”
“Maksud auntie?”
“Macam yang Amrah dengaq macam tu la maksud dia. Kalau nak bawak pi mahkamah pun tak pa, auntie ok ja.”
Suara Puan Maria tidak dapat didengari oleh Tuan Husin.
“Tapi auntie dia sekolah dah sekarang ni, jadinya kalau cuti sesekali boleh la Amrah hantaq dia mai sini.”
Bukan tidak faham tapi sengaja dia tak mahu faham.
“Sini pun ada sekolah jugak… kami ada boleh tengok-tengokkan dia. Lagipun Amrah kerja kan.”
Tengok-tengokkan? Sebelum ni jenguk dekat hospital pun tidak sampaikan Kak Aisyah meninggal mereka cuma uruskan mayat sahaja. Anak itu pun tak mahu.
“Ada orang jaga dia auntie, Mak Cik Esah duduk dengan kami.”
“Kami ni keluarga dia, lebih utama kalau kami yang jaga dia.”
Puan Maria tidak mahu mengalah. Dia menukar niat saat terpandang wajah Aisy. Sebijik macam Aisyah. Namun rautnya seperti Lukhman.
“Assalammualaikum ummi, ayah. Eh.. Amrah… awak buat apa dekat sini.”
“Waalaikusalam.. angah bukan angah keja ka hari ni.”
Amrah memandang wajah insan yang dipanggil angah itu tadi.
Andai cinta yang dipertaruhkan maka aku sanggup berundur diri. Namun jika Aisy yang dipertaruhkan dia akan lawan sampai mati… dirinya diuji lagi. Namun senyum masih mekar dibibir.
Share this novel