Satu bab dah selesai, sekarang dia nak jumpa dengan Zahara pula. Kalau benar Zahara cintakan Amr, dia takkan bertagak menyerahkan Amr padanya. Namun kalau dia tiada rasa itu, Amrah takkan berundur.
“Rizal, petang ni balik kita ambik Aisy terus bawak jumpa auntie dengan uncle.”
Dia bukan bertanya tetapi menyuruh. Kata pak su kan. Itu sahaja carabya supaya Puan Maria merasa dekat dengan Aisy selalu. Amrah sedar dia tiada hak menghalang hubungan rapat dengan keluarga itu.
“Betoi ka akak nak Rizal ikut ambil dia?”
“Betoi la, akak ada hal sat lagi. Akak nak mintak tolong jaga dia sat.”
Amr dari tadi hanya memerhati keceriaan Amrah. Dia jadi geram. Amrah cakap nak betulkan keadaan. Nampak tak seorang Amr memang tak punya sabar setinggi Amrah.
“Amrah, awak serius dak dengan Amr?”
“Amr boleh belajaq satu benda dak?”
“Boleh, boleh apa tu.”
“Belajaq bersabaq. Jangan seksa diri.”
Amr patut tahu itu yang akan diperkata oleh Amrah. Menunjukkan wajah cemberut, Amrah buat-buat tak nampak. Dia sayangkan Amr tapi Amr kena sedaq yang dia nak bangkang tu ibunya sendiri, bukan boleh nak gopoh.
Seharian jugak Amr langsung tak mahu menjamu wajah Amrah. Entah kerap sungguh rajuknya kini.
“Amr, awak marah saya ka?”
“Kalau marah pun mana ada orang nak kisah. Amr ni tak penting.”
Ini sikap Amrah yang Amr akan kena telan. Disebalik sikapnya yang tenang, matang dia ada sikap yang takkan luah perasaannya banyak kali untuk kita tahu dia perlukan kita. Dia hanya akan pertahankan kalau orang yang dipertahankan menyangi dia dan turut pertahankan dia. Susah kan. Maksudnya kalau dia sedar dia tidak lagi diperlukan dia takkan teragak-agak untuk undurkan diri.
“Saya mintak maaf kalau kelakuan saya buat Amr rasa diri tak penting. Dalam hati ni ada satu rasa yang kalau Amr tengok Amr baru boleh tau. Tolong percayakan Amrah demi Amr dan semua orang. Kalau Amrah kata akan usahakan, kita akan usaha.”
“Amrah macam tak kisah dengan Amr. Dengan Rizal boleh pulak senyum bagai.”
“Dia bukan tunang orang Amr. Amr tunang orang, Amrah kena jaga batas, sebelum Amr betoi-betoi putus dengan baik saya akan jaga.”
Baru hadam agaknya, seolah masih tak berpuas hati. Amr mengeluh.
“Amr paham. Jadi kita tak boleh keluaq jumpa la kan?”
“Sudah gaharu cendana pula. Amr tunggu la sampai Amr bukan lagi tunang orang. Bukannya kita pun selalu keluaq. Jumpa kat sini pun dah kerap kan.”
Ikutkan hati dia, dia mahu terus putus tunang. Tapi apa kata Amrah, dia akan meninggalkan parut yang sangat dalam kepada keluarga Zahara. Boleh pulak dia fikir sejauh itu.
“Balik kerja sat lagi Amrah nak pi jumpa Zahara tau.”
“Okay.”
Rajuk dengan Amr sukar dipisahkan sekarang.
—————————-
“Aisy, ikut pak su balik rumah nani dengan tok ayah hari ni boleh? Sat lagi mak ambik Aisy okay.”
“Boleh mak, Aisy nak main dengan tok ayah. Seronok la mak main dengan tok ayah.”
Macam biasa la naninya langsung dia tak mahu sebut. Masaklah Puan Maria nak rebut hati Aisy. Budak ni dia lebih memerhati. Jadi kena la berhati-hati. Selepas Aisy dengan Rizal jauh dari pandangan mata baru Amrah memanggil Zahara keluar.
“Zahara, boleh kita sembang sat dekat mana-mana lepas awak habis kerja.”
“Boleh lagi 10 minit saya boleh balik.”
Dia tahu Amrah mahu bercakap soal apa. Dia juga mahu bercakap dengan Amrah.
Mereka berdua ke restoran yang tidak ramai orang. Kedua-dua wanita itu memesan air dan sorang sejenis makanan. Lama sikit berbual.
“Awak nak bincangkan apa Amrah?”
Tanpa mahu berlengah, Zahara mahu terus ke topik utama.
“Kalau saya tanya ni boleh awak jujur dengan saya?”
Jika kejujuran yang Amrah mahukan, kejujuran yang dia akan beri tanpa selindung.
“Boleh kalau itu yang awak mintak.”
“Awak cintakan Amr dak Zahara?”
Soalan yang dia sendiri tanya dirinya. Walau dalam mata lelaki itu tidak ada dirinya, begitu juga dirinya.
“Saya cintakan Arman, saya pilih dia sebab Arman.”
“Jadi Amr awak anggap sebagai apa?”
“Sebagai adik kepada bekas tunang saya.”
“Awak tahu tak Ara, awak kecewakan bukan saja hati Amr, tapi hati awak sendiri. Saya nak tanya awak Ara, macam mana setiap kali awak pandang wajah Amr?”
Amrah sudah memanggil Zahara dengan Ara semula. Dia mahu Zahara tahu niatnya baik.
“Hati saya menjerit berkali-kali kalaulah ni Arman. Percayalah saya tak boleh pandang Amr.”
“Jadi macam mana awak boleh nak kawin dengan orang yang mata dia pun awak tak boleh pandang.”
“Sebab dengan kawin dengan Amr ja saya boleh hidup dengan kenangan dengan Arman. Saya boleh tengok semua kenangan Arman. Saya boleh jaga kesayangan Arman.”
“Jadi awak rasa Arman akan gembira kalau awak buat semua ni. Berbaloi ka Ara?”
“Awak tahu apa Amrah, hati saya ni kalau boleh saya nak korek keluaq lepas dia meninggal. Hancuq hati ni Amrah.”
Amrah memegang tangan Zahara. Dia cuba selam hati wanita dihadapannya. Siapa kata dia tak faham, lebih dari faham.
“Saya paham Ara, tapi awak sanggup nak hidup dengan lelaki yang awak akan terbayang arwah Arman setiap kali pandang dia?”
“Sekurangnya saya akan selalu ingat dia.”
“Jujur cakap saya rasa awak takut awak akan move on dari arwah Arman, sebab tu awak buat semua ni.”
Mata Zahara mula berkaca, dia tahu hatinya sudah mampu menerima hakikat. Dia tak sanggup nak lupakan Arman.
“Kalau la saya layan dia dengan lebih baik masa tu.”
“Awak jangan pernah menyesal apa yang dah jadi. Dia dipanggil awal mengadap Illahi. Siapa kita nak menentangnya. Manusia yang hidup perlu teruskan hidup.”
“Awak ingat takdak orang cakap macam ni ka dengan saya? Ramai dah cakap tapi hati saya tak boleh. Orang tak lalui takkan tau apa saya rasa.”
Perlu ka dia ulang cerita dia lagi. Penatnya dengan orang menganggap dugaan hidup ni sesuatu yang Allah sengaja tetapkan untuk kita. Ada hikmah bagi sesuatu.
“Kita orang islam Ara, kita ada qada dan qadar tau. Kalau awak solat tungking langgang sekalipun kalau hakikat yang awak sebut awak tak boleh nak terima makna kata awak tak paham apa yang awak kerjakan tu Ara.”
“Bukan macam tu. Saya cuma tak mau kawin dengan orang yang tak ada kaitan dengan Arman.”
“Rasa bersalah takkan buat awak tenang Ara oercayalah, sampai bila nak hidup dalam kenangan. Atau awak lebih takut awak lupakan arwah?”
“Memang saya takut saya lupakan dia. Kalau saya kawin dengan Amr saya akan ingat dia selalu.”
“Saya sampai hari ni belum boleh lupakan arwah suami saya Ara. Dia mungkin bukan diciptakan untuk saya tapi dia pernah menjadi suami saya.”
“Kenapa awak cakap dia bukan diciptakan untuk awak> dia kawin dengan awak kan?”
“Sebab tu saya tak mahu awak kawin dengan Amr tanpa rasa cinta. Awak tahu perit dia hanya Allah yang tahu. Saya bagitahu awak sorang ja Ara, saya kawin dengan arwah suami sebab keluarga saya meninggal, jadinya dia terima saya poadahal masa tu dia dah ada kekasih hati. Jujur cakap saya tahu dia tak pernah cintakan saya. Dia anggap saya adik dia. Jadi saya ni dia tak pernah sentuh. Lepas dia meninggal baru saya dapat tahu dia kawin dengan kekasih dia tu, iaitu arwah ibu Aisy. Pedih perit terluka saya tak boleh luah. Keluarga kak Aisyah buang dia, keluarga arwah suami terus keluar negara.”
Muka Zahara bertukar riak, dirasakan dia yang hadap dugaan hebat namun apa nak dibandingkan dengan Amrah.
“Awak tak pernah tanya kenapa dia tak sentuh awak?”
“Tak berpeluang untuk bertanya, dia layan saya baik sangat. Nafkah zahir dia tak pernah culas. Saya sambung belajar, dia cakap saya masih muda.”
“Saya cuma terima semua tanpa meminta apa sebab saya pikiaq ada orang sudi jaga kita pun dah bahagia sangat dah.”
“Jadi Amr?”
“Saya pindah terus lost contact dengan semua kawan-kawan. Amr yang jumpa saya kerja dekat kedai pak cik dia. Entah la mungkin takdir nak temukan dengan seseorang, dia kembalikan senyuman saya.”
“Aisy macam mana pulak?”
“Aisy anak arwah suami dengan arwah madu saya. Kak Aisyah saya jaga sampai dia salin dan meninggal.”
Cerita yang tadinya mengenai diri Zahara kini bertukar kepada cerita Amrah. Sesiapa pun yang mendengar cerita dia pasti akan rasa dia tabah. Tapi dia juga manusia biasa, dia lalui waktu sukar tanpa sesiapa disisi.
“Saya mintak maaf Amrah, saya tak patut bertunang dengan Amr.”
“Kalau awak cintakan dia dengan rela saya boleh serahkan dia kepada awak. Tapi kalau awak cuma nak buat dia sebagai tempat awak mengingati arwah abang dia sendiri, itu akan sangat lukakan hati dia.”
“Ya saya salah Amrah, saya terlalu ikut perasaan saya.”
“Ikut perasaan tak salah Ara, ysng salah sebab awak nak korbankan hati awak, hati Amr.”
“Hati awak?”
Amrah hanya senyum. Dia punya hati lebih dari terluka la.
“Hati saya pun akan terluka.”
“Saya akan putuskan pertunangan saya dengan Amr. Kesian dia saya gunakan mama dia untuk paksa kawin dengan saya.”
Ada penyesalan diwajah Zahara. Dia tahu dirinya salah. Amrah lega dia berjaya pujuk Zahara. Demi Amr dia buat banyak perkara tak masuk akal.
Amrah susah nak mengaku dia cintakan Amrah. Namun usaha dia melebihi segala.
Share this novel