DAMAI 27

Romance Series 20333

Assalammualaikum auntie, auntie sihat? Aisy salam dengan nani dulu.”

“Meh kat nani meh. Takkan tak kenai lagi kan hari tu dah mai dah.”

“Tok ayah mana?”

Nampaknya Aisy lebih memilih Tok ayah berbanding naninya.

“Ehhh sapa dia mai ni. Tok ayah dengaq macam ada orang panggil je ni.”

Tuah Husin mendepakan tangan kearah Aisy. Aisy berlari kearah tok ayahnya. Tersenyum Amrah memandang wajah cemberut Puan Maria. Apa yang Puan Maria harapkan dari seorang budak apabila dia mengabaikan ibunya dan kanak-kanak itu tak mengerti keadaan itu, silap besar la kan.

“Mak, Aisy duduk dengan tok ayah boleh?”

“Baru nak tanya lepas berlari pi kesitu ka Aisy.”

“Hehehe, sory mak.”

“Mak gurau ja Aisy. Main dengan tok ayah ok. Mak nak masak dengan nani.”

Puan Maria memandang Amrah yang dirasakan sesuka hati nak memasak dirumahnya.

“Jom auntie kita masak.”

Amrah menarik tangan Puan Maria. Dia tak peduli sama ada wanita itu marahkan dia atau tidak. Namun wanita separuh abad tetap melangkah. Rizal yang baru turun kebawah tersenyum memandang mamanya yang masam sahaja dengan sikap Amrah.

“Auntie ok ka kalau Amrah masak ni.”

“Dah beli barang semua baru nak tanya.”

“Dulu kak Aisyah habaq auntie dengan uncle suka makan gulai ikan kan. Amrah masak gulai ikan ya.”

“Pandai ka masak?”

Sekurangnya Puan Maria sudah mahu bercakap dengan dia. Walaupun jawapan dia agak keras.

“Suka sangat la kak. Rizal pun suka jugak. Sebelum pi kerja dan dak makan dulu. Agaknya abang Amr marah dak kalau saya pi lambat.”

“Kamu jangan nak ambil kesempatan eh Rizal. Hari ni mungkin Amr masuk kerja tau. Syah tolong kak Durrah sampai pukul 1 ja tau. Akak masak cepat-cepat bawak bekal ok.”

“Yala akak ni kan selalu tau tak bagi peluang.”

Puan Maria sekali lagi diam tak terkata apa melihat Amrah dan Rizal dekat sinki sembang macam dia tak wujud.

“Mana boleh bagi peluang dekat kamu, nanti ambik kesempatan.”

“Kak, masak cepat-cepat tau. Ada barang kena beli lagi dak, saya nak pi kedai sat ni.”

“Jangan nak beli rokok pulak Rizal.”

“Baik kakakku sayang.”

Sifat keibuan Puan Maria tersentuh dengan kemesraan Amrah dan Rizal. Bagaimana Amrah semudah itu memaafkan. Sedangkan dia masih belum dapat maafkan suami dia yang dia hadap hampir setiap hari.

“Auntie, auntie okay ka ni. Kalau auntie tak larat auntie duduk depan Amrah boleh masak sorang-sorang.”

Keluhan berat dilepaskan. Dia tak tahu dimana patut dia mulakan. Namun dia mahu berbicara dua hati dengan wanita ini.

“Amrah.”

“Ya auntie.”

“Macam mana Amrah buat?”

Aik buat apa pulak dah. Mula apa pun belum lagi ni kan. Namun dia masih senyum.

“Buat apa tu auntie?”

“Macam mana Amrah boleh bertenang mai sini walau Amrah tau hakikat yang auntie tak suka pun kat Amrah. Amrah tau auntie nak ambik Aisy dari Amrah. Amrah tau Rizal tipu Amrah pasai sapa dia yang sebenaqnya. Jadi macam mana Amrah boleh tenang macam ni. Sedangkan..”

Puan Maria tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia rasa sebak. Amrah meletakkan pisau dan duduk disebelah Puan Maria.

“Sedangkan apa auntie?”

“Sedangkan auntie nak maafkan uncle pun ambik masa, sampai hari ni tetap tak boleh nak maafkan dia. Semua kejadian masih dok rasa lagi dalam hati ni.”

“Amrah dulu arwah mak dengan ayah memang selalu pesan, kalau rasa memaafkan tu boleh buat hati kita tenang, jadi maafkanlah. Kalau melupakan tu susah jadinya jangan lupakan tapi belajar menerima. Amrah bukan tenang auntie tapi Amrah pilih untuk bertenang. Kalau itu bukan hak Amrah, Amrah takkan rebut. Kalau Amrah bukan pilihan sesiapa pun Amrah tahu semua tu dengan izin Allah. Kalau Amrah dah berusaha tapi tetap tak dapat jadinya Amrah tahu tu bukan untuk Amrah. Amrah pegang kuat dengan setiap sesuatu berlaku dengan hikmah. Takkan pernah tanpa izinnya. Kalau buruk bagi kita barangkali itu lebih baik sebenarnya.”

Panjang lebar kata-kata Amrah yang memanah hati wanita tua itu. Sesungguhnya usia takkan pernah mematangkan seseorang. Dua wanita yang diuji masih tak dapat menerima hakikat biar masa sudah bertahun berlalu.

“Jadinya kalau apa jadi dengan Amrah, Amrah takkan tak sedih langsung.”

“Allahuakbar auntie, Amrah ni manusia yang punya hati dan perasaan. Kalau luka terasa pedihnya, kalau dikhianati pasti menangis. Tapi Amrah pilih untuk rawat luka tu dengan percaya yang berlaku ada hikmahnya. Bukannya Amrah duduk tunggu sahaja semuanya selesai tanpa buat apa-apa. Jangan pernah rasa diri sendiri mangsa keadaan.”

“Jadi masa Amrah tau kata Aisyah kawin dengan Lukhman apa Amrah buat.”

“Amrah jatuh terduduk, rasa tergamam, rasa tak berguna semua ada. Lebih menjawab semua tu bila Amrah tengok kak Aisyah mengandungkan Aisy masa tu. Amrah takdak sapa masa tu. Tapi pikiaq kata kak Aisyah tengah sarat mengandung Amrah buang jauh semua perasaan tu.”

“Amrah tau kan keluarga dia sendiri buang dia masa tau yang dia madu seseorang, auntie memang sangat benci dengan orang yang rampas kasih orang lain.”

Amrah sudah memehami serba sedikit. Dulu pun Kak Aisyah ada sebut serba sedikit tentang mamanya yang tak boleh terima dia kerana itu.

“Kasih sayang manusia ni pinjaman ja untuk kita auntie. Amrah dah rasa kehilangan 5 kesayangan dalam hidup, mak,ayah, adik lelaki, suami dan madu. Jadinya kalau Amrah turut rasa sakit dalam hati ni sapa yang akan jadi mangsa? Aisy yang tak berdosa. Auntie kena belajar maafkan uncle. Cuba pikiaq kebaikkan dia yang ada. Salah tu kalau tak berulang biarlah berlalu auntie.”

Menangis teresak-esak Puan Maria. Memikirkan khilaf diri, membiarkan masa dibunuh dengan rasa marah kepada suami dan anak. Rugi sungguh sedangkan Tuan Husin sudah puas berusaha mengambil hatinya semula. Faizal yang berdiri dibalik tiang hanya menjadi pendengar.

“Cakap memang senang, auntie cintakan uncle lebih dari diri auntie, malah lebih dari diri auntie sendiri.”

“Betoi-betoi tu sebenaqnya salah auntie betoi dak Amrah. Auntie menyayangi orang lain melebihi diri sendiri. Hinggakan terus menerus menyakiti hati sendiri betoi dak.”

Belum sempat Amrah mengulas, Puan Maria lebih sedar akan jawapan pada persoalan tadi.

“Ya..kita kena sayang diri kita sendiri dulu baru kita boleh terima semuanya. Jangan pernah nak salahkan diri kita. Manusia tak sempurna semuanya. Uncle buat silap auntie betulkan. Auntie buat silap uncle akan betulkan.”

“Jadinya uncle kawin satu lagi dulu tu bukan salah auntie atau uncle?”

“Amrah tak dak situasi tu auntie jadi kita tak tau salah sapa. Tapi apa pun auntie kena belajaq menerima kenangan yang tak mampu kita ubah. Masa depan masih boleh dibentuk, masa lalu gunakan untuk bentuk diri kita.”

Tangan Amrah masih lincah memotong sayur dan bawang. Dia masih mendengar keluhan dari Puan Maria yang seolah baru terjaga dari menungan yang panjang. Puan Maria bangun pantas menuju kepada Tuan Husin. Dengan airmata yang masih berjurai. Dia duduk didepan suaminya yang sudah lebih 8tahun menunggu maaf dirinya.

“Abang, Ma mintak maaf sangat-sangat dengan abang. Ego, bongkak dah buat Ma ingat Ma sorang ja yang terseksa. Ma terlupa abang dah betulkan semuanya, abang dah jelaskan semuanya. Ma ja yang buta. Ma mintak maaf sangat-sangat. Tolong ampunkan Ma abang.”

“Allahuakbar Maria, abang dah lama maafkan Ma. Abang sayang Ma. Abang dah tinggalkan semuanya demi hubungan dengan Ma. Abang salah dulu abang mengaku. Allahakbar Alhamdulillah.”

Faizal mengesat airmatanya. Hanya dengan kata-kata hati mamanya boleh menjadi lembut sebegitu. Benar kata Amrah, setiap yang berlaku ada hikmah. Rizal yang baru balik dari kedai terpinga-pinga memandang mamanya masih tunduk menyalami ayah mereka.

“Kak, mama pasai apa tu?”

“Sat lagi Rizal tanya Faizal.”

“Alaaa akak ni selalu tau.”

“Dahh akak nak masak cepat ni. Sat lagi tak dan baru la nak komen macam-macam.”

Amrah tersenyum, dia tahu satu masalah dah selesai. Puan Maria hanya mahu ada insan disekeliling dia. Dia juga masih rasa bersalah dengan salahnya menghalau Aisyah dulu. Namun keegoan adalah musuh hebat manusia.

“Mak, nani nangis la mak.”

“Nani sedih la tu teringat dekat ibu. Aisy nak ayaq dak mak nak bagi.”

“Tak mau mak. Aisy nak sambung main dengan tok ayah.”

“Ngan pak su tak mau main ka. Jom kita keluaq Aisy main kat luaq.”

“Panas kat luaq tu woi. Jom ikut pak ngah kita naik atas nak dak Aisy. Pak ngah tunjuk bilik pak ngah dekat Aisy.”

Macam biasa Aisy akan memandang Amrah meminta Amrah angguk atau geleng. Angguk ok yes.

“Akak, terima kasih kak bawak Aisy mai sini walau akak tau dah kata mama nak ambik dia terus dari akak.”

“Rizal, tau dak hampa lagi ada hak dekat dia. Lagipun nanti kalau akak ada kerja ka apa senang boleh bawak mai sini. Nani dengan Tok Ayah dia mesti suka kalau dia selalu mai sini.”

Abang, kak Aisyah, tengok Aisy happy kan. Amrah dah cuba yang terbaik harapnya semua orang bahagia.

Susahnya nak jadi Amrah ni. Boleh ka kita jadi macam dia ni. Demi orang lain dia sanggup ketepikan apa saja yang melibatkan dirinya. Tapi dengaq kata dia nak pertahankan Amr. Kalau abb seterusnya boleh ka dia pertahankan Amr tanpa lukakan hati sesiapa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience