DAMAI 9 - AMR TAHU

Romance Series 20333

“Assalammualaikum, apakah kehadiranku ini tidak diingini. Beta sangat murka dengan kamu wahai Amrah.”

“Ampunkan patik yang mulia Durrah, patik sibuk benar dengan kerja yang masih berbaki.”

“Kau buat bodo ja aku masuk tadi kan. Hang sibuk buat apa?”

Mula dah ayat campur aduk dari si Durrah. Dengan bahasa istana tertunggingnya.

“Tak buat apa. Awai hang hari ni. Pelik jugak ni.”

“Aku dengaq ada championship sat lagi. Kena la mai awai support kawan-kawan.”

“Durrah, ni telekung awak.”

“Pink…. Serius awak bagi saya pink. Awak mesti sayang gila dekat saya kan. Awak tahu warna kegemaran saya. Serius Amr awak bagi pink. Amr serius kan ni awak bagi pink.”

Amrah tersenyum senget kearah Amr. Nampak tak Amr. Dia beli sendiri pink tak pa. Orang bagi memang dia jadi gila macam ni.

“Shah, kau tengok abang pengurus bagi akak telekung pink. Tak tahu pulak dia tahu akak suka pink.”

“Kak, relaks kak. Telekung ja kot. Kak Amrah dapat ungu kot. BTS sangat.”

Durrah memandang Amrah meminta penjelasan. Seolah dia bertanya. ‘Macam mana dia tahu kau suka purple bts?’

Amrah mengangkat kening seolah tidak paham.

“Macam mana dia tau hang suka purple.”

“Sama macam dia tau hang suka pink la kot. Tipikal kan perempuan pink purple.”

“Kita bukan elsa dengan anna tau nak suka pink purple macam kanak-kanak.”

“Eh, memang kita suka pink purple kan?”

“Amr habaq sat kat dia ni pasai apa awak beli warna purple dengan pink.”

“Saya beli sebab saya tau Amrah suka purple, BTS kan. Awak pulak saya memang teka ja. Sebab motor awak pink helmet pink. Pelik bila Amrah kata awak benci pink.”

Durrah memandang Amrah.

“Dia kawan aku masa sekolah dulu. Kawan baik aku.”

“Hang kene story nanti kat aku. Dah jom sediakan ramen masing-masing. Tahap kepedaan yang tinggi. Wajib campur hanya dua bahan sampingan.”

Amrah dah siap rendam telur dalam cawan untuk makan dengan ramen. Serta dia dah masukkan tonkatsu chicken dalam oven. Amr masih terkial-kial mahu campurkan bahan apa.

“Amr, cuba sosej cheese dengan telur.”

Amr masih berfikir. Dia kemudian memilih kimchi dan telur. Bad, bad.

“Lets begin. Jam 6.45 petang.”

Shah melihat dari kaunter. Tersengih melihat mereka masih seperti kanak-kanak.

Amrah makan dengan penuh nikmat, manakala Amr tersedar dirinya tersalah memilih kimchi dan telur. Tidak sesuai dengan tekak. Namun Amr masih terus makan. Kita bukan korea Amr oiiii. Bukan main banyak dimasukkan kimchi. Muka Amr dah merah.

“Pemenangnya adalah Amrah ya Amr. Habiskan sekali hadap tanpa minum air.”

Amr masih teruskan perjuangan.

“Meh nak rasa sikit. Teruk sangat saya tengok awak makan tu Amr.”

Amrah menghabiskan ramen Amr sekali tanpa minum air. Sedap juga cuma jadi masam terlebih.

“Bukan main hang kan, boleh pulak hang share dengan dia ramen. Dengan aku hang nak share apa pun tak boleh.”

“Ramen dia bukan ramen aku. Kalau yang aku memang sayang macam mana pun aku tak bagi.

“Kau memang pilih kasih.”

“Hang ni cakak kau ka hang. Pilih satu ja.”

“Sama ja kan. Jangan nak ubah topik pulak tau.”

Amr memandang wajah Amrah. Masih macam dulu. Hebat betul la perempuan ni. Amr geleng kepala sebab kalah. Amrah mengambil air yogurt dalam peti. Dah berkemas nak balik.

Teringat masa balik sekolah mereka akan beli ramen di kedai serbaneka dan ambik air panas disitu kemudian makan bersama. Memang Amrah juara makan pedas. Amr memang selalu kalah.

“Durrah esok aku last pagi. Masuk malam pulak esoknya. Hang last bila?”

“Aku lagi malam ni last. Esok tak keja. Rizal masih ada malam. Dia dengan Shah.”

“Orait esok last aku beli nasik dekat hang.”

“Okay no hal. Esok mai awai sikit.”

“Tengok macam mana, aku singgah hantaq kuih dengan beli nasik. Shah esok akak beli nasik tau.”

“Untuk saya sekali dak?”

“Sekali la…”

“Jom balik Amr. Esok keja pagi last lusa masuk malam.”

“Okay Amrah jom. Kita jalan sekali.”

Durrah tak sabar mahu tahu kisah dia dan Amr. Patut la semacam ja tengok. Amrah sampai tak mau panggil nama dekat Amr tu.

———————————————

Amrah menolak basikal. Amr memandang Amrah. Mudah Amrah menerimanya semula. Seolah tiada waktu yang hilang antara mereka.

“Awat pandang saya macam tu. Ada apa-apa kat muka saya ka Amr?”

“Awak naik la basikal tu. Saya jalan sambil awak naik.”

“Kita jalan sekali. Awak tengok langit masih cerah Amr. Langit sentiasa tahu matahari sedang merangkak untuk tidur. Bulan sedang bangun dari lena yang panjang. Dia terlupa matahari masih memberikan cahaya buat dirinya yang kelam.”

Ayat yang sama. Amrah masih gunakan istilah yang disukai.

“Masih cerah. Saya kalau tengok langit memang ingat awak. Ingat dak masa kita balik jalan kali masa mula awak mintak tolong saya tu.”

“Terpahat Amr, terpahat. Bukan takat ingat atau dak. Secebis pun tak dak yang hilang ingatan tu.”

“Awak selalu ingat saya sebab apa Amrah?”

“Sebab masa saya sedih saya akan teringat awak akan ada untuk saya. Saya marah, saya susah saya akan ingatkan awak, awak memang akan ada.”

“Sama dengan saya. Awat kita tak pernah jumpa langsung kan. Awak sambung belajaq dekat mana?”

“Dekat dengan rumah arwah suami. Memang ulang alik semua dari sana. Masa tahun kedua dah saya kawin. Mak ayah dengan adik semua meninggal.”

“Dan…. Awak langsung tak habaq dekat saya?”

“Saya lost masa tu Amr. Mak ayah ngan adik saya pi time saya belajaq. Abang Luqman kawin dengan saya masa tu.”

“Dan Aisy?”

Lama Amrah diam. Namun saat mahu membalas, Aisy menyapa.

“Mak dah sampai la mak tok.”

“Aisy, bukan selalu time ni Aisy tengok tv ka. Ni nak masuk maghrib dah tau.”

“Aisy tunggu mak la. Ermmm sayang mak.”

Aisy memeluk Amrah. Tak peraaan kehadiran Amr disebelah. Amr berharap dia punya hak memeluk Amrah sebegitu.

“Sayang Aisy jugak. Dah pi salam uncle.”

Lama Aisy renung wajah Amr. Baru dia melangkah mendekati Amr.

“Uncle nak peluk juga. Boleh?”

“Sorry uncle, only for mak.”

Bijak sungguh anak berumur 3 tahun ini.

“Awak nak singgah dulu dak Amr?”

“Dak kot hari ni janji dengan Ratu nak bawak tengok Minions.”

“Minions? Mak, Aisy nak pi tengok Minions.”

Mata Aisy terbuntang luas. Ohhh my Aisy.

“Nanti mak bawak Aisy ok. Mak janji dah kan nanti hari mak cuti mak bawak Aisy.”

Macam mana selamba ja Amr sebut pasal Minions depan budak. Adoiii kejap lagi jenuh nak hadap muka monyok Aisy.

“Okay mak Aisy paham. Jom masuk. Amr kami masuk dulu tau.”

Dia cakap dia faham. Tapi mulut dia tu muncung. Oh nooo… (Jungkook version). Mampus la macam ni. Merajuk hero dia yang satu.

“Amrah, jom kita pergi sekali tengok malam ni.”

“Tak boleh Amr, esok Aisy kena pergi sekolah. Lain kali ok.”

Amrah terkejut mendengar Ratu Amr nak tengok minions. Dia hanya tersenyih.

Amr menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia menyesal menyebut soal Minions tadi. Terlupa yang kids memang suka sangat dengan makhluk kuning itu. Dia berjalan semua kekereta. Segera pulang untuk tayangan jam 9.00 malam.

—————————————

“Aisy, boleh pandnag sini dak?”

Aisy diam. Maknanya dia marah. Satu cara ja. Play victim.

“Kesiannya dekat mak ni, baru balik kerja. Anak dia kan merajuk. Apakan daya la tak dak orang nak kat mak ni.”

Aisy memandang Amrah. Dia lihat Amrah berlalu untuk mandi dan solat.

“Mak janji kan kita tengok Minions nanti.”

“Janji sayang. Mai sini mak peluk. Jangan merajuk tau.”

“Okay mak.”

Muncungnya tidak lama. Kena dengan cara la kalau nak pujuk anak kecil itu. Ulahnya sangat comel. Minions sesuai dengan umur macam Aisy la kan? Masih tertanya macam mana la jenis Ratu Amr ni.

———> ORANGE BORAHAE

* TERIMA KASIH SUDI BACA, PERCUBAAN KEDUA PENULISAN DARI SAYA YANG MASIH AMATUR, SAYA SANGAT SUKAKAN KISAH YANG BIASA-BIASA DAN LEMBUT. SUDI-SUDILAH KOMEN YA. MAAF JIKA ADA SILAP DAN SALAH.

BORAHAE…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience