Amrah merenung skrin telefonnya, selesai bercakap dengan Nia dia cuba telefon Mak Cik Esah namun tetap tiada berjawab. Sudah masuk hari ke4 Mak Cik Esah tidak dapat dihubungi. Lagi dua hari dia akan mula kerja shif malam.
Amrah memandang wajah anak kedua arwah. Anak dia kini. Baginya tiada keperitan yang dia lalui sepanjang menjaga Aisy. Walau dia tidak didekati oleh mana-mana lelaki namun dia tidak pernah peduli tentang itu semua. Namun sejak dua menjak ni hatinya sering diusik rasa.
Wajah Amr sering menjadi hiasan matanya kini. Dia tidak pernah menafikan kehadiran Amr disisinya membawa seribu senyuman kepada hari-hari yang dia lalui.
Kehadiran keluarga arwah kak Aisyah pula mengundang seribu debar dihati Amrah. Ketenangan yang dia pamerkan mungkin bukan keseluruhannya. Dia masih samar dalam membuat andaian, yang pasti satu pegangan dirinya tiada sesuatu berlaku tanpa hikmah disebaliknya.
————————————
“Aisy, nak beli kuih apa hari ni? Mak nak beli ansik untuk aunty Durrah.”
“Ermmmm…. Sat g Aisy pilih la mak.”
Dia mula dah nak memilih sendiri. Amrah hanya menggeleng kepala melihat tingkah anaknya itu.
Teringat Arwah semasa mengandungkan Aisy, juga memillih macam ni jugak. Nanti sewaktu memilih pun masih itu tidak kena ini tidak kena. Tapi kalau Amrah yang belikan makanan, makan macam sedap sahaja semuanya.
“Assalammualaikum mak cik, macam biasa na mak cik.”
Mak Cik Ani tersenyum seperti biasa menyapa Amrah.
“Amrah, Esah tak balik lagi ka? Ramai orang dok tanya ni kuih dia.”
“Tak balik lagi mak cik. Call pun sedia tak dapat.”
“Ish…sibuk sangat la tu. Hang tak reti buat ka Amrah. Kalau nak kira mak cik ni tak dan nak buat.”
Terkekeh ketawa Mak Cik Ani sambil berkata. Dia memang senang ketawa.
“Boleh la takat nak buat tu mak cik, tapi minggu depan saya kerja malam. Takdan nak buat.”
“Saja la mak cik melawak ja dengan hang. Aisy hari ni nak beli kuih apa, dari tadi tok wan tengok dok cangak sana cangak sini.”
Aisy menggaru kepalanya. Malu la tu ditegur sebegitu. Dia menunjukkan jari kearah roti sosej. Akhirnya itu jugak yang dia pilih. Kadang-kadang apom polkadot tu. Paling-paling pun donut. Tapi jangan bagi coklat, dia memang tak makan. Ha itu sebjik arwah Abang Lukhman.
“Eh, Usop. Tak pi kerja lagi ka?”
Baru nampak kelibat dia, jarang Amrah sempat bertegur sapa dengan anak lelaki Mak Cik Ani ni.
“Haah Amrah, abang baru nak p keja ja ni.”
Mak Cik Ani menyiku anak lelakinya itu. Disuruh bercakap lagi dengan Amrah la tu kan. Yusuf sudah terbiasa menyebut dirinya abang bila bercakap dengan Amrah, namun Amrah segan jadinya hanya sesekali dia mmanggil abang kepada Yusuf. Umur mereka juga agak berbeza.
“Amrah, hang tak dak kawan dengan sapa-sapa ka la ni?”
“Kawan tu ada la mak mak cik dua tiga orang. Awat tu mak cik?”
Amrah sengaja berpura tidak faham, padahal kalau orang utara ni bertanya soalan sebegitu memang nak tanya ada boyfriend ka tidak la jawabnya.
“Kawan laki ka sampai dua tiga orang tu.”
“Campoq mak cik laki dengan pompuan. Aisy dah pilih ka sayang.”
“Pilih dah tadi kan mak.”
Aisy memandang Amrah pelik.
“Ish mak ni, dok tanya dia kawan dengan sapa buat apa la mak. Segan la Amrah tu.”
Yusuf juga tidak suka emaknya bertanya soalan sebegitu kepada Amrah. Soal jodoh ni bukan boleh nak paksa-paksa. Hatinya bukan tidak ada tertaut kepada sesiapa, ada namun wanita itu belajar lebih tinggi dari dia dan dia tahu dirinya tidak layak. Sekurangnay itulah rasa hatinya. Lain orang lain pendapat.
“Ish dak aih tak segan pun, saja ja usik mak cik. Amrah tak kawan dengan sapa la mak cik. Nak pikiaq pasai Aisy ja dulu.”
Akhirnya Amrah mengalah untuk menjawab soalan dari Mak Cik Ani.
“Ha…sama la dengan si Chop ni. Dok tak dak sapa tak dak sapa. Bukan makin muda lagi dah. Nak pikiaq pasai Aisy nanti hang oun makin naik usia jugak.”
Yusuf hanya senyum mendengar ulah dari mulut pot pet ibunya. Selalu dah dia mendengar tentang itu. Amrah juga ikut senyum. Hari ni tak ramai pulak orang. Mak Cik Ani pun lambat pula dia bungkus nasi Amrah.
“Ha siap dah nasik hang.”
“Terima kasih mak cik. Jom Aisy. Jom Usop, mak cik Amrah pi dulu na.”
Akhirnya siap pun. Selalu jarang nak dengar dia berceloteh sebab ramai orang.
“Elok-elok jalan tu Aisy, nanti mai lagi kedai mak tok tau.”
“Okay bye bye.”
Amrah mengayuh perlahan basikalnya sambil memuat Aisy dibelakangnya. Diam sahaja dia. Ada la tu yang dia fikir. Semasa sampai Zahara juga baru sahaja sampai. Dia seolah kenal dengan orang yang hantarkan Zahara tadi, namun dia mengabaikan sahaja.
“Assalammualaikum cikgu, hari ni saya ambik Aisy lewat ya cikgu. Saya ingat nak bagi dia transit terus boleh dak cikgu.”
“Amrah nak saya bagitau dekat pengetua dak?”
“Boleh jugak Ara, rasa macam mudah macam tu lagi.”
“Boleh kan Aisy, mak hantar Aisy sampai petang dekat sekolah.”
“Boleh mak, petang ni mak mai ambik Aisy tau. Sayang mak.”
Aisy memeluk Amrah erat. Zaahra memerhatikan mereka berdua. Aisy selalu cerita itu ini mengenai Amrah. Pujian tinggi melangit terhadap Amrah. Namun saat dia terbaca profil Aisy terus dia tahu bahawa Aisy bukan anak kandung Amrah.
“Ara, saya pergi dulu ya.”
“Baik Amrah.”
Mata memerhati sekeliling takut juga pengetua mendengar dia memanggil Amrah dengan nama. Dia terasa mahu berkawan dengan Amrah.
“Amrah!”
“Ya, ya awat tu Ara.”
“Boleh dak bila-bila kita keluaq makan. Atau Amrah mai rumah saya dengan Aisy kita masak sama-sama.”
“Boleh la awat pulak tak boleh. Jom Ara saya kena pi dah ni lewat masuk keja.”
“Ok Amrah.”
Dia melihat Amrah hingga wanita itu hilang dari pandangan. Suasana tadika masih sunyi hanya beberapa anak-anak dihantar awal bagi ibu bapa yang bekerja awal.
“Cikgu, Aisy masuk dulu tau.”
“Okay sayang. Tunggu dalam dengan kawan-kawan.”
Amrah mengayuh laju basikalnya. Dia tidak mahu terlalu lewat masuk kerja. Pagi itu agak panas hingga keluar peluh halus Amrah. Kalau ikutkan hatinya dia tidak mahu menghantar Aisy hingga lewat petang, namun memandangkan Mak Cik Esah masih ggal dihubungi dia terpaksa.
“Assalammualaikum Durrah, sory tau aku lewat sikit hari ni. Aku bincang dengan cikgu Aisy nak hantaq dia sampai petang, kiranya sampai maksimum la time dia.”
“Ish kau ni lewat apa bendanya.”
“Nasi aku letak sini ja k.”
“Sempat pulak kau belikan aku nasik. Dalam pada lewat tu.”
“Bukan hang tak tau Aisy tu tadi milih kuih dah macam apa dah dia. Memang sempat la takat nak belikan nasik tu. Dah la Durrah oiii makan cepat lepas tu balik la ya.”
“Ammmmboiii menghalau nampak. Bukan main eh.. Amrah, macam mana dengan Mak Cik Esah, masih tak dapat hubungi dia lagi ka?”
“Belum la Durrah, aku memang dah cuba call banyak kali. Sama ada bunyi tapi tak angkat atau terus tak dapat. Memang setiap hari aku call.”
“Kau memang tak tahu langsung ke kampung dia dekat mana Amrah.?”
“Itulah yang aku dok pikiaq ni Durrah, hari tu aku dah tanya tapi mak cik tak jawab. Lepas tu aku pun memang dah tak pikir dah pasai benda tu. Aku tak mau la nak paksa dia.”
Sikap Amrah yang tidak mahu bersangka buruk dan terlalu tenang menyebabkan sesekali dia dalam keadaan dilema perasaan. Bukan hanya sekali ini.
———————————-
IMBAS
“Abang, Arah tanya sikit boleh?”
“Apa dia tu?”
Lukhman baginya tiada apa yang kurang, namun selepas mereka mendirikan rumah tangga dia dapat rasakan yang Lukhman terseksa. Namun gara-gara sikapnya yang terlalu tenang dan tidak suka pertikaian menjadikan Lukhman lebih terseksa.
“Abang dengan girlfriend abang tu dah putus ka?”
“Apa Arah tanya macam tu, benda yang lepas jangan ungkit lagi.”
Lukhman tersenyum kepada Amrah, Amrah tahu dia terseksa namun dia hanya memandang perkara itu kebiasaan dalam setiap perkahwinan yang diatur. Salah dirinya? Senyuman lelaki itu jauh berbeza dengan dulu.
“Arah tanya ja. Abang jarang senyum lepas kawin dengan Arah ni, tu Arah tanya.”
“Macam mana kelas okay ka?”
Lukhman akan mengubah topik perbualan kearah yang normal sahaja. Dia mengelak soalan mengenai hati dan perasaan. Amrah juga tidak pernah pertikai lagi.
“Okay ja abang.”
“Nanti kalau duit tak cukup habaq kat abang tau. Ada apa masalah pun habaq jangan pendam sorang-sorang, bukan abang tak kenai adik abang sorang ni.”
Amrah hanya tersengih mendengar Lukhman mengucapkan kalimah adik itu. Dia bahagia begitu, tanpa memikirkan Lukhman yang terseksa. Ayat yang sama sebelum mereka berkahwin lagi. Cuma kali ni dia akan tepuk tiga kali kepada Amrah.
—————————-
“Woiiii menung apa sampai aku panggil tak dengar ni. Aku nak balik dah tau. Tu encik Pengurus hang pun dah sampai.”
Lamunan Amrah terhenti, sejak akhir ni dia lebih teringatkan arwah. Mungkin disebabkan hal-hal berkisar mereka sedang dihadapi oleh Amrah.
“Durrah hang boleh tolong aku dak?”
“Boleh boleh apa dia tu?”
Dengan muka tak bersalah dia masih bertanya,
“Tolong jangan nak jadi orang utara jadian boleh dak, hang cakap ja la macam besa. Aku paham ja.”
“Ishhh biar la aku, dengki kan. Amr, mai sini ambik kawan baik kau ni. Dengki dengan kita. K la aku nak balik tidor, hari ni aku kena masuk awai la kan sebab adik kesayangan Amrah kita tak mai, Syah adik kesayangan kedua pun sama juga masuk lewat.”
“Mana dia kawan baik saya tu Durrah, tak nampak dia pun.”
Amr pun melayan ja si Durrah tu.
“Salah aku la kan, hang kena msuk awai sikit. Takpa nanti aku belanja hang k. Balik elok-elok tau.”
“Durrah, awak masuk macam biasa ja ok, tak payah mai awai. Saya boleh handle sementara Shah mai.”
Durrah mengangkat jari ibu menandakan dia setuju dengan masuk macam biasa tu sambil berlalu keluar.
“Amrah, awak ada masalah ka nak handle Aisy. Kalau nak cari mengasuh habaq dengan saya.”
“Buat masa la ni apa yang saya boleh pikiaq nak kena jalan shif pagi ja dulu. Nak tunggu seminggu dua lagi. Boleh ka macam tu Amr.”
“Boleh nanti saya habaq dengan Durrah ngan Rizal.”
Keluhan berat keluar dari mulut Amrah. Dia penat nak fikir. Dengan Faizal pun dia belum jumpa lagi. Sms Faizal pun dibiarkan tergantung tidak berjawab.
Dalam tenang Amrah, sesekali saat ribut melanda dia akan tergoyah juga. Satu persatu ujian kecil untuk dirinya.
Share this novel